Sunday, June 4, 2017

Cyberjaya University College of Medical Science ( CUCMS)

Assalammualikum.

Sebelum aku terlupa umtuk update blog aku, jadi hari nie dengan berbesar dan berbaik hati untuk update entry baru. Entry kali nie nak cerita tentang  kemasukan aku dalam Ijazah Sarjana Muda di CUCMS. Siapa yang tak tahu apa itu CUCMS bolehlah pergi google maksudnya. Selalunya orang tak tahu apa itu CUCMS jadi aku pun malas nak terangkan. 😁 

  1. Kenapa pilih CUCMS? Kenapa tak pilih Univesity lain?
  2. Kenapa mesti sambung psychology? Kenapa tak ambil benda lain?
  3. Kenapa masuk awal sangat?
  4. Ambil pinjaman apa nanti?
  5. Berapa yuran pembelajaran CUCMS?
  6. Bagaimana kehidupan di CUCMS?
  7. Bagus tak University nie?
  8. Macam mana pengurusan dia okey ke?
Antara soalan yang tanya kepada aku. Aku akan jawap satu persatu:-


1. Antara sebab kenapa aku lebih memilih CUCMS kerana tiada PILIHAN LAIN. Daripada sudut kebaikan aku pandang CUCMS lebih banyak memberi aku kebaikan untuk sambung Degree of Psychology di sana. Selain itu, aku mengambil diploma di CUCMS juga jadi untuk ke peringkat degree tidak ada masalah kerana tranfer credit di sediakan untuk pelajar lama. Jadi aku punya jangka masa pembelajaran semakin pendek. Lagi pun aku semakin berada di zon yang selesa di Cyberjaya nie. Kakak dekat, kawasan yang tak jam, kedai makan banyak, tak jauh daripada KL, dan yang penting ada kedai makan 24 jam. Untuk manusia seperti aku yang malas masak aku rasa ini antara pekara yang baik tidak perlu di fikirkan lagi. Lagi satu hubungan kami dan pensyarah agak rapat. Walaupun pendapat kami sebagai pelajar selalu bertentangan dengan pensyarah.

2. Psychology dah jadi bidang yang tidak asing bagi aku. Mungkin bagi setengah orang berpendapat yang aku tidak akan kemana dengan kelulusan psychology ini. Tapi wahai anak Malaysia pandanglah yang masa depan kita bergantung pada emosi kita. Dengan adanya ahli psychology nie sikit sebanyak dapat membantu kita dari terus menjadi kawalan emosi. Tak di nafikan psychology di Malaysia memang tidak nampak. Tak ramai orang tahu pun apa itu psychology dan ada juga yang bertangapan psychology ini adalah kos merawat orang gila sahaja. Nampak berapa cetikknya minda kita memandang tetang kos psychology ini. Aku ambil kos ini kerana aku percaya suatu hari orang kita akan membuka mata tentang kos ini dan cuba mendalaminya. Aku memilih kos ini adalah kerana aku ingin menjadi lebih baik. Bila kita belajar psychology automatic kita akan relatekan dengan kehidupan kita dan diri kita. Sebab itu aku kata psychology ini sebenarnya sesuatu pekara yang tidak asing lagi dalam diri kita. Aku jugak nak bakti pada manusia lain. Aku percaya kita hidup ini bukan untuk diri kita malah kita juga hidup untuk orang lain. Aku rasa rugi kalau sepanjang kehidupan aku aku tidak tolong orang. Tolong ini bukan daripada nilai sahaja malahan daripada kata-kata juga kita boleh menolong orang.

3. Rancangan awalnya aku decide nak masuk bulan 9, tapi hati di jentik awal . "wara masuklah belajar apa lagi kau nak tunggu daripada kau duduk tepu kat rumah" . Ini monolog yang hati aku di jentik tu lah . hehehehe aku decide nak masuk tak silap aku sebulan sebelum daftar. Aku bagi tahu mak abah yang ada intake bulan 5. Abah aku pun cakap lah  "apa nak tunggu lagi daftarlah daripada adik bosan duduk rumah" mak aku pulak cakap "keputusan kat tangan adik". Kemudian aku fikir punya fikir sampai nak hangus aku fikir. Lepas tu aku tanya orang sana orang sini, cuba tanya senior macam mana degree nie, macam mana bayaran, macam mana tranfer kredit, aku call CUCMS ambil maklumat degree macam mana. Walaupun aku bekas student diploma situ tapi aku kena juga cari maklumatnya . Masuk diploma je awal 2014 sekarang 2017 mungkin ada perubahan. ia idok? tulah aku buat. Kemudian ada kawan-kawan jugak nak masuk CUCMS lagi aku semangat. Jadi aku pun daftar dan siapkan dokumen apa yang patut.

4. Aku ambil Pinjaman Pelajaran Mara. Ramai yang pertikaikan pinjaman aku nie. Pinjaman aku tak sama dengan pinjaman orang lain. Aku buat Pinjaman Pelajaran Mara untuk anak staff. Di sebabkan abah bekas pesara MARA jadi procedure aku lebih mudah dan tak terlaku complicate. Semua anak-anak MARA di tawarkan pinjaman ini. Jadi jangan tanya kenapa aku senang dapat , kau susah dapat. Lagi satu aku dapat pinjaman MARA since aku diploma, masa diploma dulu pun susah juga sebenarnya taklah mudah. Aku kena naik turun, naik turun ibu pejabat MARA tu haa, kena marah dah biasa, dah borang tak lengkap, itu ini. Kau kena tahanlah sebab kau nak buat pemohonan siapa je nak bagi pinjam macam tu jekan. Kalau nak pinjam tanpa kena marah buat je pinjaman persendirian (self-sponsor). Lama juga aku tunggu masa diploma dulu aku apply bulan 5 bulan 7 baru lulus. Degree bulan aku hanya sambung pinjaman sahaja. Jadi semua yang susah dulu aku tak perlu hadap. Processnya pun lebih cepat aku apply hujung bulan 5 awal bulan 6 dah lulus. Cuma penjanjian aku kali nie lain sikit. Pinjaman tetap pinjaman habis belajar kena bayar jugak. Jadi tak kiralah kau pinjam daripada agensi mana sekali pun kau tetap kena bayar. Jadi tak perlulah pertikaikan kenapa orang tu dapat pinjaman tu aku dapat pinjaman nie je. Endup kau dengan aku sama kena bayar PINJAMAN jugak!. hahaha padan muka kau dengan aku sebagai peminjam .

5. Tuition fee aku lain . Sebab aku tranfer kredit jadi tuition fee aku murah sikit. Lagi satu aku punya duration pelajaran pun di singkatkan daripada 3 tahun pada 2 tahun. Jadi bab tuition fee aku cerita secara general. Tuition fee untu Bachelor in Psychology(Hons) kat CUCMS adalah RM 36,000.00 . RM 4,500.00 untuk per sem.

6. Hidup kat CUCMS sama je tak ada yang berubah. Hidup kat cyberjaya lebih rasa selamat sebab tak perlu hadap jem. Kelas start pukul 10pagi , 9.30pagi baru gerak. Itu sebenarnya yang aku suka tak perlu hadap jem. Melainkan kalau kau nak keluar KL . Itu kau hadaplah. Kat Cyberjaya nie strategik walaupun aku rasa macam kat hulu tapi kawasan dia strategik kau nak pergi bangi, shah alam, kl, ioi, dpluze, alamandar semua yang dekat. Tak lah dekat mana tapi bolehlah lagi kau bergerak. Tempat makan memang banyak tapi masalahnya yang sedap tu hmmmm kena cari lagi. Ramai orang luar datang cyber just untuk cari makan je. Aku rasa okeylah untuk student. Tak adalah mati kelaparan rasanya. Satulagi kalau tak ada internet kat cyber ada Internet Selangor kau boleh guna je dengan daftar masuk. Carilah line yang elok. Dalam kereta pun boleh dapat. Kat CUCMS nie waktu rehat macam waktu rehat kat sekolah selalunya pukul 12 hingga pukul 2 itulah masa lunch hours bagi semua course. Jadi kat cafe bolehlah jumpa course2 lain. Lagi satu mungkin CUCMS tak besar selalu je terserempak dengan course-course lain. Boleh jadi kawan. Hormoni sebenarnya CUCMS nie. Kalau kat surau pulak selalunya zohor akan solat berjemaah. Jadi dunia akhirat itu seimbang.

7. Bagus tak bagus tu depends pada diri kau sendiri. Kalau kau jenis orang yang suka complain itu ini, hmmm mungkin kau rasa CUCMS tak bagus. Tapi kalau kau jenis yang redho je tapi still complain macam aku dan kawan aku selalu buat that mean kau orang yang hadap je selagi boleh. Tapu mulut macam puaka complain everything hahaha . Kalau kau rasa CUCMS mengubanh kau punya personality that mean bagi kau ianya bagus. Soalan nie sebenarnya tak valid lah bagi aku. Kalau aku masuk CUCMS masuknya bagus tak bagus adalah akan tentukan aku 10 tahun nanti. Jadi kau tengoklah aku 10 tahun nanti jadi manusia ke tak. Time tu kau dapatlah jawapan bagus ke tak.

8. Pengurusan kat mana-mana pun sama je. Baik IPTA atau IPTS. Dah kau berurusan dengan manusia jadi kau faham lain, manusia nie banyak perangainya. Jadi kau tak boleh judge pengurusan dia based on atitude staff. Ada yang pengurusan elok tapi atitude teruk , ada yang atitude teruk pengerusan bagus. 

Dah jawap dah semuanya. Hopefully berguna dan boleh hadap . hehe byeeee



  "Manusia yang berjaya adalah manusia yang berani mencabar diri dia melakukan pekara luar daripada pemikiran orang lain tentang dirinya."

13 comments:

  1. hi there! Nak tanya, tuition fees for normal students untuk bachelor in psychology di CUCMS berapa ye? And boleh saya dapatkan email awak untuk bertanya lebih lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Normal tuition fees RM 36K. Per sem around RM4500 . Sure you can ask me anything at my email waramokhtar@gmail.com .

      Delete
  2. Hi nak tanya if cucms ni lodging dia macam mana ? Jauh from tempat belajar ke ? Kena pakai kereta ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jauh pun campus ke hostel. CUCMS ada sediakan bus untuk student pergi balik campus.

      Delete
  3. Hi nak tanya untuk sem pertama dlm diploma psychology ni byk menggunakan kan BI x untuk assignment???
    and then kalau yg lemah BI nie sesuai x belajar kat sini...
    TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah fully english. eh ! jangan risau tak semua orang english dia fluent. Yang penting yakin. I punya english pun broken .

      Delete
  4. Hai wara, dirah baru nak daftar sambung degree osh kt sana. So boleh tak wara terangkan serba sedikit keadaan kat sana?

    ReplyDelete
  5. Hai wara, dirah baru nak daftar sambung degree osh kt sana. So boleh tak wara terangkan serba sedikit keadaan kat sana?

    ReplyDelete
  6. Hai! Saya nak tanya. Kalau under mara, fee utk hostel mara tanggung sekali ke?

    ReplyDelete
  7. Hi kolej ni ada menyediakan ape2 elaun utk pelajar tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai , tiada elaun khas untuk pejalar melainkan pinjaman PTPTN , MARA atau biasiswa mana-mana .

      Delete
    2. Hana u plan nak masuk tahun ni ke?course apa?

      Delete
  8. Kalau course MBBS berapa total fees nya

    ReplyDelete