Tuesday, August 8, 2017

Wara In Seoul Part 3

Assalammualaikum

ushhhh tengok tajuk baru part 3 , rupanyaa. Pening kepala aku recall satu-satu kejadian kat korea. Semoga aku terus tabah menaip entry-entry korea nie. #PrayForWara. Mari teruskan Wara In Seoul Part 3.



26 October 2016

Pagi yang indah di Seoul. Bangun seawal 4 pagi dah serupa macam pukul 7 pagi di Malaysia. Pagi ini kami planing nak ke Everland. Yahooo ! taman tema di Korea. Misi kami nak naik t-express, roller coaster yang paling menyeramkan di Asia. Perjalanan daripada Myeongdong ke Everland mengambil masa 2 jam juga dan banyak station kena bertukar. Daripada Myeongdong station pergi ke Chungmuro station transfer line 3 ke Yangjae station transfer Shindindang line (jeongja) tranfer Bundang line (Giheung) transfer to Everline (Jondae) ke Everland Jeondae station dan ambil shuttle bus ke Everland. Haaaaa peningkan ?????? . Aku pun pening kepala sebenarnya masa nak tukar-tukar station nie. Nasib baiklah ada super heroin aku seorang nie. Kalau aku seorang-seorang aku rasa terpinga-pinga aku kat subway tu. Last-last aku menangis kat subway station tu nak balik Malaysia. hahahahhaha. Dalam blog nie aku akui yang kakak aku memang hebatlah buat research nie. Memang di partner travel terbaik dalam hidup aku. Aku kalau kahwin aku tetap akan curi masa untuk pergi travel berdua dengan dia. Tinggal laki kami. Padan muka. ! HAHAHAHA. Okey teruskan cerita kita di Everland.

Sampai je Everland aku menjerit-jerit . Jyeahhhhh Everland. Masuk Everland nie 52,000 KRW , pandai-pandailah korang convert ke Ringgit Malaysia yeeee. everland memang super duper awesome!.  Kami habiskan sehari suntuk kat dalam Everland. Semua benda kami main. Rasanya muka naik hijau jugalah. Banyak2 game kat situ aku paling suka t-express. Best gila, aku dah lah penakut tapi aku rasa itulah yang pecahkan rasa takut aku. Aku bangga, aku dapat fight rasa takut aku tu. Tapi aku menangis babe ! kat atas tu. Sumpah rasa nyawa hilang daripada badan. Aku fikir banyaknya dosa aku dengan mak .Setiap kali aku menjerit nama mak aku sebut dulu. Ada kapel belakang aku melayu siap baca doa lagi. Abang tu baca doa kuat-kuat babe ! hahahaha aku rasa macam ada Malaysia pulak. hahahahha

Sebelum naik t-express aku dengan kakak aku masuk rumah hantu. Harga rumah hantu dengan Everland berbeza jadi kau kena get ready duit lebihlah. Aku syorkan kalau kau masuk Everland kau wajib masuk rumah hantu dia. Sumpah aku nyaris nak menangis bercangkung kat dalam rumah hantu tu. Masa beratur masuk rumah hantu tu ada kapel Korea nie buat drama sweet kat depan aku dengan kakak aku. Girl Korea nie takut sampai menangis, peluk boyfriend dia gila-gila ketat. Aku rasa angin pun tak boleh lalulah. Boy Korea nie pulak macam tenangkan girlfriend dialah, cium ubun-ubun rambut girlfriend dia. Alaaaa macam cerita korea tu. Gitulah aku tengok. Aku dengan kakak aku pun cakaplah , "ala masuk rumah hantu biasa je kot. Nak beria kenapa" dengan reaksi berlagaknya kami. Then kami dengar arahan masuk ke rumah hantu tu.Rumah hantu tu kena masuk 2 orang 2 orang. Jadi kami pun okey je dengan muka tak ada perasaan. Kemudian turn kapel depan aku masuk dulu. Aku dengar diorang menjerit-jerit. Aku pandang kakak aku, kakak aku pandang aku. Apa jadi wey? . Kemudian turn kami masuk. Masuk je aku dah seram. Bau dia lain. Serius memang rasa masuk rumah hantu yang real macam dalam filem annabelle dan cerita hantu thailand tu. Sumpah seram. Ada kawasan hospital, wad kosong, bilik air yang berdarah. Kemudian hantu kejar mengejar. Sumpah takut wey, aku niat nak selamatkan kakak aku lepastu aku tarik kakak aku kemudian kami jatuh. Aku tak tahu kami jatuh atas apa. Sama ada atas hantu atau atas kayu. Serious sakit kaki jatuh. (meleleh air mata aku) . Kemudian staff rumah hantu tu masuk tanya kami okey tak, kami kata okey. Kemudian dia suruh kamu teruskan. Kami pun berlari-lari dalam rumah hantu tu. Kemudian kakak aku buat hal, marah aku dalam rumah hantu tu. Kami pun perang mulut kemudian datang kehadiran hantu tanpa kami sedar. Kami bergaduh cakap melayu okey, then hantu korea tu macam terpegun tengok kami bergaduh. Sebabkan diorang kejar masa, hantu korea tu terus cegah aku dengan kakak aku. Lintang pukang kami lari selamatkan diri. 

Selama 20minit dalam rumah hantu tu, beri pengajaran buat aku dan kakak aku iaitu jangan jadi belagak. Kita tak tahu apa yang berlaku pada diri kita di kemudian nanti. Bila dah minum dan tarik nafas kami terus main t-express. Lepas main t-express kami ke mainan yang santai-santai sebab 2 game tadi dah buat aku rasa nak termuntah. Next game kami tangkap zombie. Nie game yang relax je. Kau macam pergi bersia-sia game dia. Habis semua game kami main. Kami naik cable car ke bahagian romantik kat Everland nie. Kat area tu kami banyak tangkap gambar. Kemudia main-mainan yang santai. Jam menunjukkan pukul 6 petang tapi dah macam 8 malam. Aku dengan kakak aku decide untuk balik. Sebabkan perjalanan Everland ke Myeongdong agak jauh dan agak menguji fizikal dan mental, kami pun ambil keputusan untuk tinggalkan Everland sekarang. Harap dapat jumpa lagi Everland. byee hantu korea. Harap dia boleh faham bahasa melayu yang kami cakap. HAHAHA.

Balik daripada Everland kami terus menuju ke hotel. Segarkan diri dan perut rasa lapar. Oh lupa nak bagi tahu, nak balik ikut step macam mana datang tadi taw. Lepas segar kami berjalan ke Myeongdong. Kan aku cakap sepanjang di seoul Myeongdong adalah tempat wajib kami. Street food dia buat aku terindu-rindu. Favorite street food aku ialah roti ikan. Sedap gila. Setiap hari aku beli. beli banyak-banyak pulak tu. hehehehe. Aku beli roti ikan kacang merah, pisang, nutella dan sweet potato dan cheese. Semua  aku rasa semua sedap gila. Kemudian aku suka korea manisan. Tepung jagung dan madu je, isi dia kacang. Sedap manis. Street food akan ada tulis "HALAL" korang bolehlah rasa tanpa ragu-ragu. Macam makanan yang ada minyak dia memang aku tak makan. Sebab aku ragu-ragu. Dalam islam kalau ada perasaan ragu-ragu elok tak payah makan. Kat Myeongdong nielah aku rasa aiskrim bunga rose tu. Sedap tapi bukan super duper sedaplah. Bagi aku cukup sekadar dapat merasa dan tak terasa nak repeat beli . Lepas penat berjalan cari makan kami pun pulang ke hotel. Esok ada aktiviti yang best lagi. Jauh lagi perjalanan kami nie. Jadi aku harap mental aku ada tahap tabah yang tinggi. Semoga  mimpi oppa ! oppah kau !








T-express














Rumah hantu yang buat usus aku bergoyang...






Semoga bertemu jua kebahagiaan!!!


Umur dah 30 tahun tapi feeling-feeling macam budak umur 3 tahun. oi mak mana oi



Nielah roti ikan yang aku suka tuuuuuu. sedapppp bilalah boleh dapat makan lagi.


Taraaa aiskrim bungaaa.

  
Nie pulak nutella apa ntah aku lupa but sedapt!




No comments:

Post a Comment