Friday, August 11, 2017

Wara In Seoul Part 5

Assalammualaikum

Kakak aku dah bising "tak siap lagi ke blog seoul kau?". hmmm sabarlah aku akan siapkan sebelum next trip. Lepastu aku move on lah. Jom sambung Wara In Seoul part 5


28 October 2016

Hari ini sepatutnya kami pergi Mt Seorsksan tapi, belum rezeki kami ke sana. Kami tukar plan untuk ke Ewha Women University. Seperti biasa daripada Myeongdong station ke Ewha Women University dan ambil exit 2.  Kemudian jalan lebih kurang 10 minit daripada station ke Ewha Women University. Masuk je ke area University tu terdetik kat hati, kenapalah tak belajar rajin-rajin kalau tak mesti dah dapat belajar kat tempat secantik nie. Memang cantik, tenang. Kalau diberi rezeki yang lebih memang nak masuk Ewha Women University nie, ambil course pendek pun jadi janji dapat merasa belajar di Negara Korea nie. (Wishlist) doa-doalah semoga impian di tunaikan. Seperti biasa aku dengan kakak aku sampai-sampai terus berOOTD lah di depan University tu. Biasalah Pelancongkan. Tapi aku syak diorang nie dah biasa dengan pelancong yang datang tangkap gambar di University diorang. Kalau belajar kat situ hari-hari aku berOOTD sebelum pergi kelas. hahaha.






Pekara yang paling best sekali adalah kat kawasan sebelum sampai Ewha Women University terdapat banyak kedai kosmetik dan kedai pakaian. Semua yang exclusive tapi MURAH. Ya Rabbi beruntungnya pelajar kat sini, kalau stress je pergi shopping. I want like that! *nangis jap sebab tak pandai*. Tapi ada sesuatu yang leceh, University diorang nie terlalu banyak tangga. Sakit kaki aku naik dahlah tangga tinggi-tinggi. Nampaknya kalau itu University aku memang tak boleh lewatlah pergi kelas. Silap-silap itu jadi alasan ponteng kelas. ia idok? hahahah



Setelah penat pusing-pusing kat Ewha University, kami plan nak ke Istana Seoul dengan memakai Hanbok taraaaaa. pakai Hanbok naik subway kowt. Jangan terkejut. hahahaha








Kami booking Hanbok daripada Malaysia lagi. Jadi kami just datang ke situ untuk ambil Hanbok yang kami booking. Banyak Hanbok yang cantik rasa geram je tengok. Jadi destinasi kami ke Istana Seoul. Tergedek-gedek pakai Hanbok. Cantik Istana Seoul. Masa kami datang tu ramai sangat orang sampai naik lemas, kami pun tak lama kat situ sebab memang ramai dan tak sempat nak meninjau lebih lama kat dalam istana. Kemudian dah tangkap gambar semua kami rasa lapar sangat. Kami terus pergi hantar baju Hanbok kami dan pergi ke Itaewon. Kat Itaewon banyak tempat makan halal, that why kami ke sana. Dah sampai Itaewon rasa rugi kalau tak pergi solat disatu-satunya Masjid di Seoul Korea nie. Kami singgah solat di sini dan segarkan muka setelah penat.

Ya Allah tenang sangat suasana di dalam Masjid nie. Insya Allah aku akan kesini lagi. Lepas dah ada energy kami pun ke satu kedai makan yang sangat best kat Itaewon nie iaitu EID. Aku memang suggest korang pergi makan kat sini. Memang sedap sangat. Kat EID ramai student Malaysia berkerja jadi diorang tahu apa yang boleh makan apa yang tidak. Tapi mostly semua boleh makan kat EID nie. Diorang jumpa orang Malaysia pun tersangat ramah. Suka ioall. Makan punya makan kenyang lebih dahhh macam mana nak balik nieee.




Kat luar pun dah semakin gelap. Jadi aku dan kakak aku beransurlah ke destinasi kami seterusnya. Kemana lagi kami pergi nieeee ala lupaa dah. 

Aku ingat lepas makan naik train dan pergi shopping. Malam tu kami habiskan duit untuk shopping dah tiga hari berjalan tanpa beli barang so this night we need therapy . hahaha kemana shopping kami? dah tentu Myeongdong. Walaupun setiap hari kami ke Myeongdong kami masih tidak beli apa-apa. Dan malam nie lah perlu berusaha untuk membeli. Okey kami nak shopping sat. Korang layanlah gambar nie. Byeee



No comments:

Post a Comment