Monday, December 2, 2013

Nota terakhir buat bidadari Syurga.


Assalammualaikum .
Hari nie aku nk tulis entray yang mungkin menyentuh hati siapa yang membaca . Kawan ? semua orang ada kawan kan . yes aku pun ada kawan . Kawan yang menyimpan dan meninggalkan seribu satu kenangan . Semalam tepat jam 0900pagi , pada 02122013,FATIN AFIFAH BT AHMAD TERMIZI meninggalkan kami semua dengan seribu tanda tanya dan kesesalan di muka bumi ini  . Pipah atau Fatin seorang yng sangat-sangat periang dan aktif dalam apa jua sukan . Dia pernah dapat pigat emas dalam permainan handball . Bergitu cepat masa berlalu . Baru kemarin aku melawat dia di Hospital Bainun Ipoh .

Pilu hati bila nak mulakan cerita tentang dia . Insan yang telah diseru oleh ilahi . Punca sakit pipah aku tak nak cerita sebab terlalu banyak andayai hanya Allah dan pipah sahaja tahu tentang itu . Aku dah kenal dia since sekolah rendah just kami jarang bertegur sapa . Kami mula rapat mase form 2 . Boleh dikatakan sangat rapat . Pipah seorang gadis yang jarang keluarkan air matanya . Dia hanya  mampu buat kami disekeliling dia tersenyum tanpa tangisan . 

Pada hari rabu 20112013 daripada bilik peperiksaan spm aku nampak pipah di papah oleh seorang pengawas peperikasaan . Hati aku terdetik kenapa dengan pipah ? Namun aku cuba abaikan mungkin dia hanya demam biasa . Pada 24112013 , jam 9 pagi madiah wechat , beritahu aku yang pipah sakit . Hati aku dah rasa tak sedap tapi aku cuba abaikan . Aku sangkakan dia hanya sakit biasa . Namun bila aku call hanie , hanie cakap pipah bukan sakit biasa .

Saat tu pipah still boleh cakap . Tapi dia cuma tahu meronta-ronta . Mungkin pipah sakit saat tu . Esokan hari pipah di bawa ke KPJ ipoh . Disana pipah buat operation kepala . Doc kata kepala pipah ada lebihan air . Selepas pipah operation pipah terus koma . Pipah duduk di KPJ selama 4 or 5 hari aku tak berapa sure . Lepas itu pipah di pindahkan dia Hospital Bainun Ipoh . Di situlah aku melawat pipah buat terakhir kalinya . Aku bisik kat pipah , aku usap kepala pipah . Jantung pipah terus naik sampai 100% mase tu aku rasa bersyukur mungkin pipah akan sedar nanti . Setelah lama aku di situ , aku cakap kat pipah yang aku nak balik . Jantung pipah terus turun secara mendadak 56-88% . Masa tu aku sangat berat hati nak tinggalkan pipah .

The next day . 0900pg hanie call beritahu yang pipah dah tak ada . Ya ALLAH . aku meraung sekuat-kuatnya . Dugaan bagi aku jam 1100pg aku akn mengambil kertas spm ekonomi asas yang terakhir . Seriusly aku cakap aku tersangat down .

Pipah , maafkan mona sebab tak dapat nak tengok pipah buat terakhir kali . Mona tak boleh keluar daripada dewan sayang . Mona akan sentiasa doakan pipah selamat di sana . Insyaallah mona akan menyusul kemudian sayang . Nama , tarikh lahir , tarikh kematian , senyuman , nasihat dan kata-kata pipah mona tak akan pernah lupa . Al-Fatihah.