Monday, November 24, 2014

#Kini Aku dewasa


Assalammualaikum.

Tajuk dah macam lagu  gayanya . hahaha (hentam sajalah labu ) Hari nie wara nak kasi throwback sikit kisah lama . Dulu masa wara kecik-kecik wara selalu rasakan bestnya jadi dewasa . Sebab orang dewasa boleh keluar sana sini boleh pergi belajar jauh jauh , boleh cepat kerja dan the most important boleh kahwin . (uuuuuuuuuuu nampak sangat daripada kecik kau dah gatai wara ish ish ish ) . Tapi sebenarnya liku liku cerita dewasa tak sama langsung daripda apa yang wara perhatikan masa kecik dulu susah sebenarnya jadi dewasa . Tak sama macam apa yang kita semua bayangkan . Semakin dewasa kita semakin banyak masalah yang kita perlu pikul .


Kalau dulu wara pernah nak lari rumah sebab mak rotan tapi sekarang wara kalau boleh nak hari-hari kat rumah tak nak keluar-keluar , kalau  dulu wara asyik gaduh dengan adik beradik tapi sekarang wara rasa adik beradiklah sebenarnya supported yang terbaik , mereka tulang belakang wara untuk wara berdiri hari ini . Apa yang wara lakukan hari ini wara harap dapat membuahkan hasil buat keluarga dan mampu buat mereka gembira . Kalau dulu wara tak kena rotan , tak kena membebel , tak kena kejar dengan mak sebab balik sekolah lewat mesti wara tak akan jadi orang hari ini . Betul kata orang apa yang berlaku pada kenangan itu kau pasti akan berterima kasih pada kenangan itu . Kerana disebabkan kenangan itu kau menjadi manusia yang matang hari ini .


Betul kata sir rahsidi “you rasa jadi dewasa seronok ke ? you sebenarnya beruntung jadi pelajar sekolah sebab you tak perlu fikir pasal bil api , bil air yang you tahu cukup minggu minta duit belanja” Yess sir sekarang baru saya sedar kita sebenarnya tak pernah bersyukur dengan apa yang kita dapat hari ini . Kalau bisa putarkan masa akan ku putarkan kembali zaman kecik ku  , biar wara dapat menghargai zaman itu dengan sebaiknya .


Sekarang mak dan abah pun dah lanjut usia kalau setiap kali hati jadi resah , nak exam , sedih mesti orang pertama wara akan call mereka . Bila lepas call rasa tenang hati nie . Bila wara rasa bosan kak ana selalu jadi mangsa wara untuk whatsaap walaupun sometime wara rasa menjengkalkan whatsaap wara tapi dia tetap layankan saja . Abang wan always give supported and kadang-kadang seram nak buat hal dia memantau walaupun dalam diam . Bila wara rasa bosan wara akan call kakak , suruh ambil or pergi rumah dia. Beruntung sebenarnya jadi anak bongsu nie sebab ramai yang akan jage and didik kita jadi manusia kita je yang selalu rasa diorang tak sayang kita padahal sebenarnya sayang .


Jadi harap kepada semua pembaca hargailah masa-masa anda sekarang dengan keluarga . Ingat keluargalah segala-galanya . Bak kata  perpatah melayu “air yang di cincang tidak akan putus” bergitulah hubungan sedarah sedaging kita . 



Saturday, November 8, 2014

#Pandangan

Assalammualaikum.
Tujaan post nie bukan nak menghina atau nak mencaci siapa-siapa nie sekadar apa yang dilihat dimata kasar tentang masyarakat zaman ini . Suka membuat aduan atau aibpan melalui laman sosial berbanding aduan pada undang-undang . Yang si pengomen yang tak tahu pokok pangkal cerita "MENGYEKAN" sahaja si penulis status atau lebih senang cakap "SI PENGADU LAMAN SOSIAL" kalau komen tu sedap di baca tak apa ini siap ada perkataan yang rasanya boleh memalukan bangsa sendiri. Negara kita ada undang-undang, pihak berkuasa tak ada kuasanya nak baca aduan awak kat laman sosial sekiranya awak tidak kemukakan secara sah dan ada hitam putih serta saksi . Jadilah manusia yang bertamadun kita bukan lagi hidup di zaman batu yang nak mengadu kena tulis kat atas batu kat atas tanah . Ingatlah Rasulullah s.a.w pernah berpesan dalam hadits shahih: "Dan barangsiapa yang menutup aib seorang muslim, niscaya Allah menutup aibnya di dunia dan akhirat." (HR. Muslim).

Kita di era 2000 kita patut mengubah pandang kita . Bangsa kita ini sering dihormati tapi adakah dengan cara yang kita lakukan ini bangsa kita akan terus di hormati ? . Kalau wara cakap sebergini orang akan cakap melayu jatuhkan
melayu tapi cuba kita tengok secara terperinci dan menyeluruh ada tak bangsa cina atau india giat aktif untuk jatuhkan bangsa mereka sendiri ? TAK ADA . Melayu pantang nampak syarikat melayu lain maju mulalah ada yang "buat membuat ini" sedangkan kita adalah melayu yang ada agama yang ada tamadun tapi kita tak beri contoh yang baik pada masyarakat dunia .

Sejujurnya post kali ini wara nak masyarakat kita ubah pandang mereka . Jangan jadikan sesuatu itu  atasan atau benting untuk menjadi "glamor" di laman sosial . Gunalah laman sosial tu dengan baik dan bertamadun . Laman sosial di cipta bukan untuk kita mengfitnh atau mengaibkan orang lain . Sebelum mengemukakan status berfikir dahulu baik buruknya . Dalam negara ini juga ada akta undang-undang laman sosial . Sekiranya tersalah langkah orang yang dianiaya boleh mengemukakan saman malu  . Siapa yang akan susah diri sendiri bukan ?

Nasihat wara bagi penguna laman sosial gunakanlha laman sosial ini dengan molek dan waras . Jauhi daripada anasir ganas dan anasir fitnah memfitnah . Kepada "SI PENGADU LAMAN SOSIAL" sekiranya awak tidak berpuas hati dengan sesorang individu bersemuka dengan individu tersebut dan sekiranya di tipu laporkan secara pantas pada pihak berkuasa jangan update je tahu tapi nak ambil langkah yang sepatutnya di ambil tak tahu .