Wednesday, December 16, 2015

# DAY 1 : ACEH


Assalammualaikum

Alhamdullilah jijak jugak kaki ketanah aceh indonesia . Kenapa aceh ? history tsunami membawa kami kesini. Tahun ini 11 tahun kejadian ombak besar yang berlaku di aceh indonesia ini . Berjuta-juta nyawa di ragut . Al-Fatihah buat mangsa Tsunami .

Sampai sahaja di aceh kami di bawa untuk mengisi perut yang kosong . Waktu Aceh dan Malaysia mempunyai perbezaan sejam . Kami tiba di Aceh pada jam 11 wib waktu Aceh bermakna jam 12 tengah hari waktu Malaysia . Selesai kami isi perut tour guard terus bawa kami ke"Perkuburan".Perkuburan ni tak bertanda . Di sinilah mangsa Tsunami di kebumikan . Berjuta-juta mangsa yang dikebumikan di sini . Berlapisan 7 tingkat .Menurut tour guard itu , perkuburan ini dicadangkan oleh salah seorang orang luar , untuk mengembumikan sebanyak jutaan nyawa. 

Kemudiaan kami ke "Kapal atas rumah" . Kapal atas rumah ini melambangkan peristiwa Tsunami yang berlaku di Aceh . Menurut peduduk kampung itu , sebelum berlakunya tsunami mereka di gegarkan dengan gempar bumi yang dasyat . Mereka memang sudah biasa dengan gempar tapi gempar bumi kali itu , teramat dasyat . Berlaku pun dalam minit yang lama sampaikan mereka rasa hari itu adalah hari pengakhiran(Kiamat). Bila je gempar berhenti mereka berasa lega dan mahu pulang ke rumah masing-masing. Mereka nak baiki balik keadaan rumah yang rosak di akibatkan gempar . Belum berapa lama mereka pulang , mereka mendengar ramai orang menjerit "air !! banjir! air banjir!" mereka sekali lagi keluar dan mereka nampak air setinggi pokok kelapa pantai seolah-olah berdiri ingin membaham mangsa . Kederasan air itu sangat laju . Ramai penduduk kampung itu di ragut nyawanya . Seorang pakcik yang mempunyai 3 orang anak cerita pada kami , sewaktu kejadian itu dia , isteri dan anak-anak tengah membersihkan rumah bila mereka nampak ombak besar mereka rasa takut tanpa berfikir panjang mereka lari tanpa menghiraukan satu sama lain . Baik anak , baik isteri , baik suami matlamat mereka nak selamatkan diri masing-masing . Masa dengar cerita tu wara dah mula rasa sebak dan rasa takut . Subahan ALLAH hebatnya kuasa Allah . Pakcik tu ternampak ranting kayu yang besar dan pakcik tu capai ranting kayu tu . Tengah dia menhayutkan diri dia terdengar suara budak kecik meminta tolong . Pakcik tu pun tolong budak kecik itu . Mereka ke satu atap rumah yang tinggi , budak kecik itu membalutkan kaki pakcik tu dengan sepihan kain bajunya sebab kaki pakcik tu luka terkena zink atap . Kemudian datang lagi ombak besar dan budak tu pun di hanyutkan sekali lagi . Pakcik itu kejar budak kecik tu . Tiba satu pokok kelapa budak itu tersangkut. Lepas itu pakcik itu terdengar suara anak dan isteri dia yang memanggil kemudian dia nampak anak dan isterinya berada di pokok kelapa . Tapi seorang lagi anaknya telah di hanyutkan sampai hari ini tak di jumpai . Masya Allah sebaknya . Masa mereka tersangkut di atas pokok kelapa pantai . Sewaktu itu mereka melihat satu kapal nelayan yang dihanyutkan oleh ombak besar itu ke satu rumah . Pemilik rumah itu selamat walaupun keadaan rumah itu teruk . Kuasa Allah . Jika Dia inginkan sesuatu itu berlaku maka sesuatu itu akan berlaku . Sewaktu itu perasaan insaf menyular dalam diri . 

Selepas itu kami teruskan lagi perjalanan untuk melihat bandar aceh . Walaupun 11 tahun Tsunami meninggalkan aceh tapi sisa bakinya masih ada lagi . Keadaan negara aceh tak semewah negara indonesia yang lain macam jakarta dan bandung. Mereka tidak diberi pilihan , mereka hidup sekadar ala kada.Kami menginap di HOTEL MEDAN . Hotel tu betul-betul tengah bandar Aceh di hotel itulah mayat-mayat mangsa Tsunami bertaburan . Mula-mula masa masuk tu cuak jugak . Orang cakap cuak dalam pasrah . Kami di beri masa untuk rehat seketika sebelum meneruskan lagi penjelajahan kami di bumi Aceh Indonesia.

Bila dah fresh penat pun dah hilang sedikit kami teruskan lagi ke "Kapal Genset Terapung". Kapal ini telah di
hanyutkan oleh Tsunami ke sebuah perkampungan nelayan . Berat kapal ini 1.6 tan dan panjangnya 63cm . Memang sebuah kapal yang sangat besar . Menurut juru cakap di situ mereka meramalkan terdapat mayat yang tersepit di bawah kapal itu tapi mereka tak dapat nak menarik di sebabkan kapal itu terlalu besar dan berat . Masa masuk dalam kapal , korang boleh rasa kapal itu seperti di atas permukaan air tapi kapal itu berada di darat sekarang , terasa bergelombang . Didalam kapal tu terdapat banyak kisah-kisah kejadian Tsunami . Siapa sangka kapal sebesar itu dan seberat itu pun dapat di kalahkan dengan ombak air. Kini kapal itu di jadikan tempat kuasa generate buat penduduk aceh . Day 2 akan bersambung.


                                                                                    


                                       




Ini kapal nelayan yang terdanpar di atas rumah





Kapal Genset Terapung


Nak tahu kenapa ioall sopan sangat ? 
Tunggu entry seterusnya . :)







#Perang


Assalammualaikum.

Bila final dah tiba wara be like:
“Malasnyaaa nak pergi class”
“Apa lagi nak kena buat”
“malasnya nak bersiap”
“Tidur tak cukup”

Wara rasa semua student akan alami benda yang sama macam wara alami . Bila final semakin dekat tahap dewa kemalasan itu mula menguasai diri . Lagi-lagi bila nak final , makin bertambah-tambah assignment dari segala ceruk chapter . Masya Allah . Bila selesai je satu assignment rasa lega teramat sangat ingatkan dah boleh hidup seperti manusia normal sekali datang lagi assignment baru itulah salah satu punca kenapa ramai student akan jadi ‘malas’ bila final nak dekat . Kerja tak pernah habis .

Bila nak final makin kurang sesi bermanja dengan katil . Kadang-kadang tu pukul 2 , 3 pagi barulah jumpa katil . Pergorbanan tidur adalah pergorbanan yang paling besar para student buat . As student kalau dapat pejam mata 5minit  ,10 minit adalah satu anugerah paling besar . Kesihatan tak payah tanya memang tak teratur .Breakfast , lunch , dinner semua di satukan dalam satu pinggan . Gaya hidup sihat???hmmmmmmm sukar nak jelaskan gaya hidup sihat bagi seorang student . Kalau  awal sem wara semangat pergi berenang kat bawah hostel  konon-konon adalah senaman yang wara buat,bila tengah sem makin kurang tapi still buat bila akhir sem  wara balik je tengok lampu kolom renang pun dah tutup .

Banyak perubahan awal sem dan akhir sem nie . Masa awal sem dulu class tak banyak sangat . Masih ada ruang nak manjakan diri . Tapi bila akhir sem , mandi pun mandi kambing je . Tak ada masa nak bersolek , berlipstik , berblusher , berbedak ke kolej . Sekadar ada sunblock dah cukup ALHAMDULILAH . Yes wara mengaku lately nie agak selekeh . Class sentiasa penuh . Daripada pagi hingga malam . Pantang jadual ada kosong lecture akan sumbat kami dengan class-class ganti . haih letihnya . Makin final nak dekat makin banyak test , makin banyak kuiz . Siapa kata student psikologi stady atasi stress? Student psikologi yang paling banyak tak boleh nak control stress diri sendiri .

Mungkin betul kata orang “kita pandai cakap tapi tak pandai buat” kami belajar cara mengatasi stress , depression tapi nak apply pada diri sendiri tu sangatlah payah . Kebanyakkan student psikologi mempunyai masalah abnormal yang berbeza . Bukan abnormal sydrom down tu . Abnormal daripada segi emosi . Siapa pun di tempat wara pasti akan mengeluh panjang . Nasib baik sem nie sabtu ahad cuti kalau last sem hari sabtu pun kami ada class . Tapi sebabkan sem nie kami ambil research method everyweek kami akan ada assignment yang perlu di sumitkan every Tuesday so cuti sabtu ahad pun kadang-kala tak berguna pada kami .


Haihh harap segala pergorbanan nie akan membuahkan hasil yang memberasangkan.




p/s i will update about my trip at ACEH INDONESIA on my sem break . Stay tune !


Monday, November 9, 2015

#Jom jadi positif .

Assalammualaikum.




1) "dia tak pakai tudung . Dah tentu minah rempit"

2) "dia bertudung labuh . Mesti dia ahli syurga"

3) "lelaki tu hisap vape . Mesti lelaki jahat , tengok muka pun dah tahu"

4) "Lelaki tu muka baik , senyum manis . Mesti seorang lelaki yang berakhlak mulia"

5) "Dia bekas penangih dadah . Kes pecah masuk rumah semalam mesti dia yang rancang"

6) "Dia pengangur . Mesti sekolah dulu dia tak pandai"

7) "Dahlah pandai cantik pula tu . Beauty with brain"

8) "Abang bedah tu janda . Jangan nak baik sangat"

9) "Kerajaan X salah ahli neraka semua tu"

10) "artis nie dulu macam nie macam nie(gosip)

Hari ini kita dapat lihat berapa ramai manusia diluar sana menjadi hakim luar makhamah dengan menghukum manusia lain mengikut emosi mereka sendiri . Kadang kala wara pelik dan hairan kenapa kita sebagai manusia suka benar menjatuhkan hukum seolah kita adalah sesebaik hamba .

Lihat sahaja dilaman sosial setiap hari pasti ada sahaja fitnah cyber yang mengalir bagaikan air . Kadang kala terfikir jugak mereka nie tak ada kerja lain ke ? memang kerja asyik menghadap gadget je ke?. Hentilah menjadi keybord worrier . Apa kata kita buat kempen "update pekara baik" . Kurangkan dosa kering . Bukalah minda kita Malaysia . Jadilah manusia yang positif atas setiap perkara . Manusia yang positif akan dikelilingi dengan orang-orang yang positif dan cerita yang positif . Tapi orang yang sentiasa berfikiran negatif , mereka akan dikelilingi dengan orang yang negatif dan pekara-pekara yang negatif . 

Jadi hari nie jom kita sama-sama ubah pandangan kita ke arah yang positif . Hentikan sifat judgemental yang ada dalam diri kita . Sentiasa pandang baik pada orang lain . Orang lain juga akan pandang baik pada kita . 

Sunday, November 1, 2015

Last DAY : PENANG

Assalammualaikum.
Alhamdulillah percutian kami berjalan lancar. Hari nie wara dan piya bangun awal pagi sebab kami nak kejar masa . Last day nie kami terkejar kejar nak beli barang untuk bawak balik . So kami berpercah . Wara dengan piya dan adriana denga elle . Our flight pukul 5 petang tp kitaorang harus check out pukul 2 petang dan kena terus pergi ke Airport. Last day , kami kembali ke street art untuk beli cenderamata . Piya beli classic beg . The beg was so cutee. Harga hanya RM25.00 . Memang homemade punya . 

Sepanjang jalan macam-macam kedai cenderahati ada . The price resonable dengan quality barang . Kemudian kami menuju ke  jetty . Jetty tempat ferri tu . Kami  tak adalah naik ferri kami hanya pergi kesitu untuk tidak melepaskan peluang . Rugi kalau tak ke jetty . Kalau korang nak pergi muzium 3D dan muzium2 yang lain korang ambil bus ke jetty. Di jetty korang hanya boleh jalan kaki  pergi ke muzium-muzium yang ada di penang . 

Kalau nak makan pasembor , abc dan cendol pergilah ke padang kota . Heaven makanan di sana . Kalau nak pergi ke padang kota korang boleh naik CAT . Sampai di depan padang kota CAT bus tu hantar . Kami mengunakan CAT bus sepanjang perjalanan kami di penang . Cuma ke batu ferrigi dan penang hill sahaja CAT bus tak hantar . CAT bus adalah bus percuma . Sangat banyak di penang . Kat situ korang boleh saving . 

Lepas ke jetty,lokasi terakhir kami di JERUK PAK ALI. Kalau pergi penang tak sah kalau tak bawak jeruk pulang . Mungkin dah menjadi tradisi kena bawak jeruk balik . Jeruk di kedai ini sangat fresh dan sedap . Harga sangat-sangat murah . Disebabkan kami begpacker kami hanya beli  sikit sahaja. Tak larat nak bawak banyak-banyak . Huhu . 

Lepas habis beli jeruk . Wara dan piya menujuk ke hotel untuk berkemas-kemas . Adriana dan elle pergi ke lokasi terakhir mereka di kedai cake hipster . Apabila jam 2 kami pun check out dan terus menuju ke komtar . Kami menaiki bus 103E menuju ke aiport . Memang betul-betul depan aiport . Tak perlu berjalan jauh . Setiap bus yang kami naik semunya berhenti dekat-dekat dengan tempat yang kami ingin pergi . Tak susahlah bagi kami untuk menjelajah penang. Kami juga banyak gunakan perkhidmatan orang ramai serta encik google di  penang untuk mencari tempat-tempat menarik di penang .

Okay selesai sudah percutian kami di penang . Kadang kala kita memerlukan masa dan ruang untuk diri sendiri . Bagi mereka yang ingin ke penang atau ke mana-mana sahaja di luar negara dan dalam negara korang jangan pernah rasa takut . Di mana pun kita pergi kita tetap di bumi Allah . Nabi juga pernah bersabda :
    
         "Carilah ilmu meskipun di negeri Cina, karena mencari ilmu itu wajib bagi setiap muslim."

Ilmu itu wajib . Kita harus gali segala ilmu di dunia ini . Bukan sahaja ilmu dunia malahan ilmu akhirat jugak . Dalam kita bercuti melihat negara or negeri orang lain kita juga memperlajari cari kehidupan masyarakat lain . Sesetangah negara dan negeri mempunyai keunikan budaya masing-masing . Sambil bercuti sampai kita belajar dan memahami . Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan . Daripada perjalanan itulah kita bakal matang . Kita bakal memperlajari pelbagai kerenah manusia . Kadang kala kita tak pernah terfikir yang manusia sedemikian wujud di bumi ini tapi bila kita berjalan jauh barulah kita dapat melihat manusia itu . 

Berakhirlah cerita kami di penang . Terima kasih bagi yang membaca . Wara rasa lega cerita di penang habis . Lepas nie boleh update benda lain . Huhuhu . Thanks guys and if you have  plans to go vacation with your friends , you need to go ! . "Jika kamu ingin mengenali sahabat mu , bawalah mereka bermusafir" . You will see the true colour of your friend.



Bye-bye Penang !!!!!!!!!!!


Saturday, October 31, 2015

#Day 3 : PENANG



Assalammualaikum.

Pejam celik pejam celik dah 3 hari kat penang. Bila lama-lama di tempat orang mula rindu di tempat sendiri . Yelah bak kata perpatah melayu "hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri". Hari nie kami teruskan jelajah penang . Kami pergi ke penang hill . Dah ke penang kalau tak pergi ke penang hill rasa macam tak complete lah penang trip nie . Kami pergi ke penang hill as usually naik bus 204 . Bus nie betul-betul hantar ke depan pintu masuk penang hill . Tinggal bayar , beratur dan naik train. Sampai kat puncak penang hill wara jadi teruja sebab suasana yang cool dan angin-angin sempoi buat rasa diri di ambang-ambangan . 

Wara dengan diorang decide nak naik kereta tour puncak bukit . Satu kereta RM30 untuk 4 orang . I think berbaloi. Sebab kat puncak bukit tu viewnyaa sangat cantik dan banyak villa2 yang besar-besar . Lepas dah pusing bukit perut menagis minta di isi . So pergi makan kat cafe penang hill . Harga boleh tahan but some stall mahal dan tak sedap . So kena pandai-pandai pilih . Lepas ke penang hill someone my friend nak shooping so weoall pergi ke gurney plaza . Masuk je gurney dah terlintas dah dalam otak "ala-ala pavi" terus pergi ke ATM apa lagi . Segala jenama in the world ada kat situ . Paddini , h&m sangat-sangat besar dan rambang mata kat market depa nie .Orang penang kaya-kaya .

Lepas dah buat marathon di dalam gurney masing-masing dah penat so kami pulang ke tune hotel. Tak banyak tempat kami pergi tapi yang pastinya sedikit sebanyak adalah pengalaman kami di sini . Boleh sembang loghat utara dengan anak cucu cicit 😁. Okey over baru 3 hari macam pro pulak loghat . Okey esok last day in penang . I will update to you guys . Incase siapa nak tengok gambar di penang tengok di instagram wramkhtr . 




Penang Hill



Nampak jerebu.



Semestinya kami.
 .

 

Friday, October 23, 2015

#Day 2 : PENANG

Assalammualaikum.

Haaaaaa lega dapat katil . Hilang rasa penat. Travel itu seronok tapi penatnya Masya Allah. Hari nie kami pergi ke batu ferringi beach. Wow best gilaaaa kat sana . Kami spent sepanjang masa di pantai . Daripada tune hotel ke batu ferringi lebih kurang 30 minute . Yes great i heard someone say "jauhnyaaaaaaa" . My first time google map tengok minute/hours dia pun rasa macam nak tumbang . Jauhhh . Tapi kami gagah jugak redah je semua . Dah alang-alang sampai takkan nak terperuk dalam bilik ! . Soryy guys this is not honeymoon okey . (Typical mind) . Kami pergi ke komtar dengan menaiki CAT . Sebab malas nak jalan kaki ke komtar . Sampai di komtar kami menaiki bas rapid penang 101 ke batu ferrigi. Mudah je nak tahu .

Kat komtar ada papan tanda ala ala airport . So korang boleh tahu lagi berapa minute bus akan sampai . Line-line bus pun ada tulis .(contoh:line satu ke batu ferrigi , line 2 ke bukt bendera) so mudah je korang nak ke sana . Kalau tak tahu tanya je orang-orang di situ . Wara nasihatkan banyakkan bertanya , ramahkan diri sebab orang di sini baik-baik belaka . Mereka akan tolong , tak banyak sikit pun mereka akan tolong . Tak adalah kami ambil masa yang lama . Setiap orang yang kami rasa memang orang jati penang(daripada segi loghat) kami akan ringankan mulut bertanya . Sampai di batu ferrigi kami berjalan kaki sikit ke pantai . Kami decide nak main banana boat . RM 30 per person but kami dapat RM20 per person sebab kami ringan-ringankan mulut dengan mereka di pantai tu. Serius cakap , kalau korang baik orang akan layan baik .

Memang super main banana boat nie . Ini first time wara main banana boat .  Nanti dah tua bolehlah cerita kat anak cucu cicit😁. Btw day 2 in penang done✔️.


Starbucks yang jadi viral di BP Penang.



Semestinya Kami.

Wednesday, October 21, 2015

#Day 1 : PENANG

Assalammualaikum.

Actually dah lama nak plan datang ke penang dengan member-member almost 2 month before weall plan and masa cuti sem pendek we all booking tiket airasia and hotel. Someone ask me why im go to penang by airbus ? Okey bukan nak berlagak atau acah acah kaya bila nak flight tapi the total bajet naik flight is more cheap then you using your own transportation . This is because when you driven you kena servie kereta , bayar minyak , bayar tol , 4 5 jam dalam kereta dan penat . You guys nak pergi holiday but when you guys drive lagi2 4 5 jam lagi lah terasa rasa penatnya . Kalau naik flight you guys just bayar duit flight macam RM70 je untuk pergi baik (kena selalu check) tak perlu bayar tol . RM70 tu kalau kita drive just untuk bayar duit tol je . So better flight . Memanglah agak sulit nak berjalan sana sini. Tapi inilah namanya pengalaman . 

Perjalanan daripada KL ke penang mengambil masa 1jam. Sampai sahaja di penang kami ambil bus rapid untuk menuju ke komtar . Kami stay di tune hotel downtown penang . Sampai sahaja di komtar check in pukul 2petang tapi kami tiba awal jadi kami round-round komtar . Pengalaman bawak begpacker masuk mall . Di sana kami makan dan berjalan-jalan . Kat situ ada h&m , brand outlet dan macam-macam jenama brand yang gah-gah . The best thing banyak gilos pilihan . Tujuan agak terpesong bila nampak baju, kasut dan seluar . #laribajet 😭 so lepas je jelajah komtar kami check in . Hotel bajet yang cukup-cukup untuk kami berempat . Ia cukup dengan keselesaan kami berempat . Kami rehat sebentar . Setelah puas berehat kami meneruskan misi kami menjelajah penang. Kami berjalan kaki ke station bus untuk ke jalan armenian. Di jalan armenian  nielah uguys akan jumpa street art , ais kepal dan macam-macam lagi yang di viralkan di media sosial   . 

The best one , jalan armenian nie penuh keunikan tersendiri . Style binaan kedai yang baba nyonya buat wara rasa "wow" . Sempat beli cat charm yang harga sangat murah rm1.00 . Wara rasa cat lover mesti suka . Lepas beli charm kami berjalan dan ambil gambar ala-ala freelence model jalanan hehehe. Meriah kalau weekend jalan armenian nie . Dengan ada "show you talent" memang sangat menarik perhatian . Lepas je habis jalan sekitar armenian kami berjalan mencari nasi kandar line clear . Masing-masing dah mengelupur laparrr weyyyy . Jalan punya jalan finally jumpa jugak nasi kandar yang tip top kat penang (bersebelah kedai buku terpakai). Lepas dah kenyang kami naik CAT bus untuk balik ke hotel . Kalau korang nak tahu CAT bus nie adalah bus free . Kami naik bus CAT je pergi jalan armenian. . Sooo esok sambung lagi day 2. Nak tanya banyak contact me at my email .





Mesti cuba kalau pergi art street.



This is art Street.


Nasib tak berapa baik ais kepal 70-an tutup.



Monday, April 20, 2015

#Sendirian

Assalammualaikum.

Pernah tak korang nampak orang yang suka bersendirian ? . Bukan bersendirian yang macam orang gila tu , bersendirian like , duduk seorang , makan seorang . Pernah tak ? okey hari nie nak bukak topic pasal “bersendirian lebih selesa” . Why I say like that ? . Okey sesetengah orang bertanggapan yang bersendirian nie lebih membantu mereka dalam mematangkan kedewasaan mereka . Tapi ada setengah juga berpendapat yang bila bersendiri seperti antisocial .

To me , I think bersendirian itu lebih baik untuk masa-masa tertentu . Macam bila kita nak munasabah diri kita patut bersendirian . Supaya kita dapat teliti dengan baik akan kekilafan diri kita sendiri . Bila kita , munasabah diri dalam keadaan orang ramai , korang rasa jadi ke kemunasabahan diri kita tu ? bila datang kawan ajak bersembang , ajak makan , ajak bergosip dan ajak segala-galanya . Nak munasabah diri jadi musibah diri pulak . Bersendiri itu tak salah mungkin kita perlu jugak tengok masa keadaan kalau kawan-kawan tengah berborak riuh tak akan tiba-tiba angkat kaki nak bersendirian . Nampak pelik pulaklahkan . Nanti for sure , your friends akan terasa dengan tindakan you guys .

Orang yang suka bersendirian nie mereka mungkin rasa selesa bergitu . Bukan bermaksud mereka anti social dan tak boleh nak bergaul  mereka seperti nie kalau di kaji sebetul-betulnya dalam diam mereka mengkaji tindak tanduk manusia . Sekiranya  korang ada masalah cuba korang cari kawan korang yang suka bersendiri mesti banyak idea, motivasi , nasihat dan kata-kata semangat yang dia bagi pada korang . Cara pemikiran mereka sebenarnya jauh lebih matang . Bukankah dalam islam ada mengatakan lebih baik kurang bercakap dan rajin mendengar . Bila kita kurang bercakap benda yang lara kita mampu sebenarnya mengaksess diri kita atau menlatih diri kita menjadi seseorang yang memahami perasaan orang lain .

So if korang ada kawan yang suka bersendiri , jangan pulaukan dia ,jangan abaikan dia dan sentiasa prihati dengan perubahan dia . Incase orang yang pendiam nie boleh bertukar wajab sekiranya mereka dalam masalah . Contoh mereka mungkin akan banyak cakap , jadi pelik dan berbicara pun pelik . 
Jangan takut ye . Mereka memang bergitu kadang-kadang kita akan lihat mereka daripada segi lain dan yang lain.

Thursday, March 26, 2015

#Duhai Abah

Assalammualaikum .


Hari makin berlalu bertapa penatnya nak hadap semua buku , semua assignment yang memberatkan.Pulang daripada kolej tarik bantal dan tidur . Bila terjaga bukak laptop kembali hadap reality sebenar . Baru je tadi mimpi zul ariffin datang meminang . Rupanya mimpi sekadar mimpi , perut rasa lapar pergi dapur buat sup cendawan , dah lama mengidam now masanya . Lepas siap , terus makan , nikmatnya masakan sendiri . Rasa sihat dan mudahnya kenyang . Call abah bagi tahu masa sup cendawan dan telur puyuh , abah risau sebab cendawan berangin , telur puyuh mengandungi kalestrol yang tinggi , abah cakap jangan amalkan selalu . Lepas masuk air hari tu abah makin peka dengan wara . Setiap kali call mesti tanya ( dah makan ?) dan tak pernah abah lupa tanya ( adik belajar apa tadi ? ) . Walaupun dah masuk alam keremajaan kolej abah selalu buat wara rasa , macam kanak-kanak lagi . Bila tengah malam terjaga  daripada tidur the first I think is abah , setiap 3 pagi abah bangun solat tahjjud . Rasa bangga dapat abah macam abah .Abah very understanding . Abah always the first hero . So abah this time Insya Allah I will make you proud with me . 

Monday, March 23, 2015

#Buat tahu atau tak tahu .

Assalammualaikum.

Situasi A
A : Kau tahu meatball kat ikea tu sedap giler ...
B : kau pernah pergi makan ke kat sana ?
A : tak aku search google je .

Situasi B
A : Semalam aku pergi ikea dia punya meatball sedap giler aku sampai tambah berkali-kali .
B : Tulah aku pun pernah dengar orang cakap macam tu cuma aku belum berkesempatan nak pergi.
A : Nanti kita pergi .

Hari nie terasa terpanggil nak menari-nari isu dua makluk nie . Okey guys buat tahu atau buat-buat tahu mempunyai  maksud yang berbeza . Sometime orang yang tahu nie di lebih banyak input yang dapat di kongsikan , malah orang yang tahu ini dia membuat kajian bukan melalui pembacaan saja , dia buat permerhatian pergi sendiri ke tempat tu . Kalau orang yang buat-buat tahu nie berbeza pula mereka hanya bercakap berdasarkan apa yang orang lain cakap . Bahaya sebenarnya macam tu . Orang yang cuba buat-buat tahu nie berkemungkinan akan dapat malu sendiri . So if you tak pastikan sesuatu tu better you diam . 

Tuesday, March 10, 2015

#can i do tutorial ?

Assalammualaikum.



Hari nie nak update benda simple-simple and senang je , tak nak update panjang-panjan bukan ada orang nak baca pun kan ? *emoji tutup mulut* . Okey , wara just nak tanya can i do tutorial in my blog ? . What tutorial ? . hmmmmmmm wara nak buat tutorial how to wearing shwal and bawal . What do you THINK ?


Ada tak orang akan terima ? So waitting for my next entry for my first tutorial . Up to you kalau di terima alhamdulilah kalau tak terima atau meluat kita just shanke hand maaf bermaafan ye .










-THE END-

Thursday, February 5, 2015

#When i was child .

Assalammualaikum.


When i was child ! . Siapa rindu zaman kanan-kanak ? ( put up your hand !!!) . Kita geng  ! wara rindu sangat zaman kanak-kanak . To me zaman kanak-kanak ada lah heaven dunia masa tu . Kita tak perlu fikir apa jenis masalah pun . Siapa pernah kat sini masa kecil main bukak cafe , main jadi cikgu main polis-polis kita geng lagi ! . Masa wara kecil wara banyak cakap seorang -seorang ( bukan sebab gila okey !) sebab masa tu budak-budak , so bila cakap seorang seorang tu menadakan otak atau tumbesaran kanak-kanak itu berjalan mengikut peringkat ke peringkat .

Masa wara kecil wara bercita-cita nak jadi cikgu . Wara ingat lagi wara sampai merengek dekat abah suruh beli rotan , papan putih , marker pen and paper yang banyak sebab kononkan nak jadi cikgu betul-betul . Selalunya wara panggil jiran sekali main . Kalau main mesti wara nak jadi cikgu kalau tak dapat jadi cikgu wara tak nak main . Ush bertapa degilnya wara dulu . Kalau tak main cikgu-cikgu wara akan main buka cafe , wara pun ambil segala pingan kat daput buat jadi peralatan kat cafe.Selalunya wara ambil senyap-senyap , itu kalau mak tahu mahunya 44 malam kena bebel .hehehehe. Penah sekali tu wara ambil bedak then buat jadi nasi letak atas pingan , baru je nak bagi kat customer (kononkan) mak masuk bilik . Apa lagi satu rumah wara kena kejar . Naik hantu mak masa tu .

Bila kenang balik masa dulu seronok sangat , wara dapat merasa main congkak , batu seremban dan paling best dapat rasa main dengan kawan-kawan petang-petang pukul 5 . Kalau boleh undurkan masa nak je lalui masa-masa tu . Tak complicated pun . Zaman sekarang tak rasa semua tu . Kanak-kanak zaman sekarang rasa ipad , ipod , iphone , dan segala waktu dengannya. Sistem tumbesaran di peringkat mereka jauh kedepan . Semuanya di hujung jari . Dulu masa kat sekolah tadika main kahwin-kahwin nie permainan paling popular di kalangan budak-budak tadika tapi sekarang permainan coc , candy crush itu yang paling popular pada zaman mereka . Sehinggakan mereka yang berumur 6-7 tahun nie dah tak lalui zaman yang sepatutnya mereka lalu .

Mostly budak-budak umur dalam 8 to 14 years old dah tak pandai dreesup  , they dreesup like their age 18 or 25 . Wara pelik why diorang nie tak dreesup mengikut umur diorang , they should know that they have to enjoy with childhood life not adulthood life . Percayalah zaman kanak-kanak itu adalah zaman yang paling berharga dalam diri seseorang individu. Di zaman itulah kita membentuk siapa kita bila kita di kemuncak umur .

Wednesday, January 14, 2015

#Perfact ke kau?

Assalammualaikum .

Sambil menikmati pagi cuti semester ini tergerak hati nak buat satu post pasal isu yang wara rasa tengah meletop , panas dan hangit . Until now isu nie tak reda-reda . Isu ini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan .

Isu K-pop.

Pagi nie terasa rajin nak scroll twitter and facebook . Then ada satu post video nie buat wara rasa tertarik nak bukak and tengok , Selalunya tak rajin pun sebab takut data habis tapi kali nie tangan duduk gatai bukak . Dia post video pasal isu k-pop  nie tapi bila wara scroll comment dia di kencam bagaikan di yang melakukan kesalahan . Bagi wara dia just menasihati masyarakat kita yang suka menkencam orang  .Dari sudut pandangan wara nasihat yang dia cuba sampai tu ada benar dan tepatnya. Tapi tak tahulah pulak daripada sudut dan pandangan masyarakat  lain yang rasa diri mereka sempurna ?

Kadang-kadang manusia nie nak je aku kakikan , kerja asyik nak mengecam je orang yang buat silap. Seumpama awak duduk kat dunia nie awaklah yang baik , yang tak pernah buat silap , yang tak pernah tersalah langkah . Bila nampak je salah orang terus kencam orang tu sehabis-habisan macam budak kapel seminggu and isu k-pop. Mereka tu dah tentu-tentu tersilap langkah kita nie yang tak ada kaitan dan tak ada di tempat kejadian pun turut sama menangung dosa kering . Sebab apa ? . Kita duduk mengata , mencaci dan memaki mereka . Sekiranya pekara ini berlarutan tanpa reda mereka akan mengalami tekanan dan boleh terjadi mereka melakukan perkara luar kawalan . Bagaimana ? Tidakkah anda yang mengencam itu rasa bersalah ? Tidakkan anda rasa perasaan yang ditanggung oleh keluarga mereka ? Masa tu takda guna nak tarik balik kata-kata tu , nak minta maaf jauh sekali tanggunglah anda dosa kering tu hingga ke akhirat .

Bagi wara kita patut bagi mereka ruang dan peluang untuk sedari ke khilafan mereka , pihak berkuasa pun dah menjalankan tugas mereka , apa yang lagi yang kita mahukan ? apa lagi yang boleh puaskan hati anda masyarakat "pengadu laman sosial" ? . Sebagai manusia kita sepatutnya bagi moral support bukan mengencam dan bukan menghalalkan apa yang mereka lakukan . Ada pelbagai kaedah lain untuk sampaikan nasihat . Come on , nobody perfact ! .  Bila cakap macam nie ada pulak anasir sinis daripada mulut busuk kata "diorang perlu ambil benda tu secara positif kot , kalau mereka tak ambil secara positif susahlah macam tu" . Positif apa benda ? . Wara yang baca kat ruang comment tu tak nampak langsung unsur nasihat positif daripada masyarakat. Yang ada kencam mereka , yang ada kutuk mereka sampai melibatkan keluarga mereka . Itu tahap melampau . Mana semangat melayu ? mana hilangnya tatatertib dan budi bicara melayu ? . Sebab isu nie melayu kaitkan isu politik , sebab isu nie hilang kemelayuan , sebab isu nie kita gaduh sesama sendiri , sebab isu nie berapa juta orang menanggung dosa kering ? Think about that babehhhhh !

Kita nie patut bukak mata besar-besar , bukak minda besar-besar , bukak hati besar-besar dan bukak akal panjang-panjang . Ingat kita nie pun banyak ke khilafan kita . Jangan mengecam orang seolah kita sempurna tak ada manusia lagilah yang sempurna daripada kita . Banyak cara kita nak sampaikam sesuatu tapi bukan daripada kekerasan malah daripada kelembutan . Api lawan api membara jadinya . Jadi kalau seorang api seorang kelompok jadilah air .Jaga budi bicara kita . Setiap perkataan yang keluar daripada mulut kita adalah gambaran attitude kita .