Wednesday, January 14, 2015

#Perfact ke kau?

Assalammualaikum .

Sambil menikmati pagi cuti semester ini tergerak hati nak buat satu post pasal isu yang wara rasa tengah meletop , panas dan hangit . Until now isu nie tak reda-reda . Isu ini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan .

Isu K-pop.

Pagi nie terasa rajin nak scroll twitter and facebook . Then ada satu post video nie buat wara rasa tertarik nak bukak and tengok , Selalunya tak rajin pun sebab takut data habis tapi kali nie tangan duduk gatai bukak . Dia post video pasal isu k-pop  nie tapi bila wara scroll comment dia di kencam bagaikan di yang melakukan kesalahan . Bagi wara dia just menasihati masyarakat kita yang suka menkencam orang  .Dari sudut pandangan wara nasihat yang dia cuba sampai tu ada benar dan tepatnya. Tapi tak tahulah pulak daripada sudut dan pandangan masyarakat  lain yang rasa diri mereka sempurna ?

Kadang-kadang manusia nie nak je aku kakikan , kerja asyik nak mengecam je orang yang buat silap. Seumpama awak duduk kat dunia nie awaklah yang baik , yang tak pernah buat silap , yang tak pernah tersalah langkah . Bila nampak je salah orang terus kencam orang tu sehabis-habisan macam budak kapel seminggu and isu k-pop. Mereka tu dah tentu-tentu tersilap langkah kita nie yang tak ada kaitan dan tak ada di tempat kejadian pun turut sama menangung dosa kering . Sebab apa ? . Kita duduk mengata , mencaci dan memaki mereka . Sekiranya pekara ini berlarutan tanpa reda mereka akan mengalami tekanan dan boleh terjadi mereka melakukan perkara luar kawalan . Bagaimana ? Tidakkah anda yang mengencam itu rasa bersalah ? Tidakkan anda rasa perasaan yang ditanggung oleh keluarga mereka ? Masa tu takda guna nak tarik balik kata-kata tu , nak minta maaf jauh sekali tanggunglah anda dosa kering tu hingga ke akhirat .

Bagi wara kita patut bagi mereka ruang dan peluang untuk sedari ke khilafan mereka , pihak berkuasa pun dah menjalankan tugas mereka , apa yang lagi yang kita mahukan ? apa lagi yang boleh puaskan hati anda masyarakat "pengadu laman sosial" ? . Sebagai manusia kita sepatutnya bagi moral support bukan mengencam dan bukan menghalalkan apa yang mereka lakukan . Ada pelbagai kaedah lain untuk sampaikan nasihat . Come on , nobody perfact ! .  Bila cakap macam nie ada pulak anasir sinis daripada mulut busuk kata "diorang perlu ambil benda tu secara positif kot , kalau mereka tak ambil secara positif susahlah macam tu" . Positif apa benda ? . Wara yang baca kat ruang comment tu tak nampak langsung unsur nasihat positif daripada masyarakat. Yang ada kencam mereka , yang ada kutuk mereka sampai melibatkan keluarga mereka . Itu tahap melampau . Mana semangat melayu ? mana hilangnya tatatertib dan budi bicara melayu ? . Sebab isu nie melayu kaitkan isu politik , sebab isu nie hilang kemelayuan , sebab isu nie kita gaduh sesama sendiri , sebab isu nie berapa juta orang menanggung dosa kering ? Think about that babehhhhh !

Kita nie patut bukak mata besar-besar , bukak minda besar-besar , bukak hati besar-besar dan bukak akal panjang-panjang . Ingat kita nie pun banyak ke khilafan kita . Jangan mengecam orang seolah kita sempurna tak ada manusia lagilah yang sempurna daripada kita . Banyak cara kita nak sampaikam sesuatu tapi bukan daripada kekerasan malah daripada kelembutan . Api lawan api membara jadinya . Jadi kalau seorang api seorang kelompok jadilah air .Jaga budi bicara kita . Setiap perkataan yang keluar daripada mulut kita adalah gambaran attitude kita .