Monday, November 9, 2015

#Jom jadi positif .

Assalammualaikum.




1) "dia tak pakai tudung . Dah tentu minah rempit"

2) "dia bertudung labuh . Mesti dia ahli syurga"

3) "lelaki tu hisap vape . Mesti lelaki jahat , tengok muka pun dah tahu"

4) "Lelaki tu muka baik , senyum manis . Mesti seorang lelaki yang berakhlak mulia"

5) "Dia bekas penangih dadah . Kes pecah masuk rumah semalam mesti dia yang rancang"

6) "Dia pengangur . Mesti sekolah dulu dia tak pandai"

7) "Dahlah pandai cantik pula tu . Beauty with brain"

8) "Abang bedah tu janda . Jangan nak baik sangat"

9) "Kerajaan X salah ahli neraka semua tu"

10) "artis nie dulu macam nie macam nie(gosip)

Hari ini kita dapat lihat berapa ramai manusia diluar sana menjadi hakim luar makhamah dengan menghukum manusia lain mengikut emosi mereka sendiri . Kadang kala wara pelik dan hairan kenapa kita sebagai manusia suka benar menjatuhkan hukum seolah kita adalah sesebaik hamba .

Lihat sahaja dilaman sosial setiap hari pasti ada sahaja fitnah cyber yang mengalir bagaikan air . Kadang kala terfikir jugak mereka nie tak ada kerja lain ke ? memang kerja asyik menghadap gadget je ke?. Hentilah menjadi keybord worrier . Apa kata kita buat kempen "update pekara baik" . Kurangkan dosa kering . Bukalah minda kita Malaysia . Jadilah manusia yang positif atas setiap perkara . Manusia yang positif akan dikelilingi dengan orang-orang yang positif dan cerita yang positif . Tapi orang yang sentiasa berfikiran negatif , mereka akan dikelilingi dengan orang yang negatif dan pekara-pekara yang negatif . 

Jadi hari nie jom kita sama-sama ubah pandangan kita ke arah yang positif . Hentikan sifat judgemental yang ada dalam diri kita . Sentiasa pandang baik pada orang lain . Orang lain juga akan pandang baik pada kita . 

Sunday, November 1, 2015

Last DAY : PENANG

Assalammualaikum.
Alhamdulillah percutian kami berjalan lancar. Hari nie wara dan piya bangun awal pagi sebab kami nak kejar masa . Last day nie kami terkejar kejar nak beli barang untuk bawak balik . So kami berpercah . Wara dengan piya dan adriana denga elle . Our flight pukul 5 petang tp kitaorang harus check out pukul 2 petang dan kena terus pergi ke Airport. Last day , kami kembali ke street art untuk beli cenderamata . Piya beli classic beg . The beg was so cutee. Harga hanya RM25.00 . Memang homemade punya . 

Sepanjang jalan macam-macam kedai cenderahati ada . The price resonable dengan quality barang . Kemudian kami menuju ke  jetty . Jetty tempat ferri tu . Kami  tak adalah naik ferri kami hanya pergi kesitu untuk tidak melepaskan peluang . Rugi kalau tak ke jetty . Kalau korang nak pergi muzium 3D dan muzium2 yang lain korang ambil bus ke jetty. Di jetty korang hanya boleh jalan kaki  pergi ke muzium-muzium yang ada di penang . 

Kalau nak makan pasembor , abc dan cendol pergilah ke padang kota . Heaven makanan di sana . Kalau nak pergi ke padang kota korang boleh naik CAT . Sampai di depan padang kota CAT bus tu hantar . Kami mengunakan CAT bus sepanjang perjalanan kami di penang . Cuma ke batu ferrigi dan penang hill sahaja CAT bus tak hantar . CAT bus adalah bus percuma . Sangat banyak di penang . Kat situ korang boleh saving . 

Lepas ke jetty,lokasi terakhir kami di JERUK PAK ALI. Kalau pergi penang tak sah kalau tak bawak jeruk pulang . Mungkin dah menjadi tradisi kena bawak jeruk balik . Jeruk di kedai ini sangat fresh dan sedap . Harga sangat-sangat murah . Disebabkan kami begpacker kami hanya beli  sikit sahaja. Tak larat nak bawak banyak-banyak . Huhu . 

Lepas habis beli jeruk . Wara dan piya menujuk ke hotel untuk berkemas-kemas . Adriana dan elle pergi ke lokasi terakhir mereka di kedai cake hipster . Apabila jam 2 kami pun check out dan terus menuju ke komtar . Kami menaiki bus 103E menuju ke aiport . Memang betul-betul depan aiport . Tak perlu berjalan jauh . Setiap bus yang kami naik semunya berhenti dekat-dekat dengan tempat yang kami ingin pergi . Tak susahlah bagi kami untuk menjelajah penang. Kami juga banyak gunakan perkhidmatan orang ramai serta encik google di  penang untuk mencari tempat-tempat menarik di penang .

Okay selesai sudah percutian kami di penang . Kadang kala kita memerlukan masa dan ruang untuk diri sendiri . Bagi mereka yang ingin ke penang atau ke mana-mana sahaja di luar negara dan dalam negara korang jangan pernah rasa takut . Di mana pun kita pergi kita tetap di bumi Allah . Nabi juga pernah bersabda :
    
         "Carilah ilmu meskipun di negeri Cina, karena mencari ilmu itu wajib bagi setiap muslim."

Ilmu itu wajib . Kita harus gali segala ilmu di dunia ini . Bukan sahaja ilmu dunia malahan ilmu akhirat jugak . Dalam kita bercuti melihat negara or negeri orang lain kita juga memperlajari cari kehidupan masyarakat lain . Sesetangah negara dan negeri mempunyai keunikan budaya masing-masing . Sambil bercuti sampai kita belajar dan memahami . Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan . Daripada perjalanan itulah kita bakal matang . Kita bakal memperlajari pelbagai kerenah manusia . Kadang kala kita tak pernah terfikir yang manusia sedemikian wujud di bumi ini tapi bila kita berjalan jauh barulah kita dapat melihat manusia itu . 

Berakhirlah cerita kami di penang . Terima kasih bagi yang membaca . Wara rasa lega cerita di penang habis . Lepas nie boleh update benda lain . Huhuhu . Thanks guys and if you have  plans to go vacation with your friends , you need to go ! . "Jika kamu ingin mengenali sahabat mu , bawalah mereka bermusafir" . You will see the true colour of your friend.



Bye-bye Penang !!!!!!!!!!!