Sunday, March 13, 2016

Come and go

Assalammualaikum.

Cuaca sangat panas lately nie. Nak berjalan daripada hostel ke kereta pun rasa macam tak mampu. Nowadays rasa macam nak duduk kat bilik kunci diri je. Tapi apakan daya ke kolej mencari ilmu itu satu ibadah. This semestes is the semi final semester. All the subjek is very tough. Redho tak redho je sem kali nie. 

Okey bukan nak cerita pasal semestes tapi nak cerita pasal manusia. Banyak betul jenis manusia yang wara nak cerita kali nie. 


First: Kawan acah-acah baik.

Lately nie terlalu banyak kawan yang acah-acah baik. Kawan yang beracah-acah baik ini adalah kawan yang hadirnya bermaktlamat. Bukan maksud wara kawan lain tu tak ada maktlamat tapi kawan yang acah-acah baik ini maktlamat dia lain macam. Maklamat menjatuhkan yang agak kuat. Bila dia tak ada kawan dia akan datang cari kamu, bila dia ada kawan dan dia serta kawan dia tiada apa yang kamu ada dia akan datang meminta tolong daripada kamu. Dia hanya mengunakan kamu sebagai alat kepentingan dirinya sendiri.

Second: Kawan yang suka tuduh melulu.

Kerap kali kawan macam nie hadir dalam kehidupan seharian kita. Senang cakap kawan yang jenis macam nie adalah kawan yang nak jadi spy tak jadi. Nak berdepan dengan orang macam nie kena bermain langkah. Kawan sebegini akan terus dengan segala spekulasi yang pelik-pelik untuk menampakkan dirinya baik dan orang sekelilingnya jahat. 

Third: Kawan preloved.

Kenapa aku cakap kawan preloved ? bila dia tak ada kawan barulah di hadapkan muka dia cari kau. Cuba dia ada kawan, dia tak akan hadap dan tengok muka kau. Nak dengar masalah kau ? jauh sekali. Kawan preloved nie banyak mencipta alasan. 

Berhadapan dengan pelbagai jenis kawan nie sebenarnya cabaran. Istilah "aku tersalah pilih kawan" sebenarnya tak wujud. Kalau kawan hadir bila dia perlu, biarkan dia terus bergitu. Manusia ini seperti pokok yang perlukan air, sekiranya kawan kau memerlukan air dia akan mencari kau , dan kau teruslah memberi dia air. Biar dia mahu buat apa yang dia buat bila dia dah letih dia jugak akan layu seperti pokok-pokok lain. Bila kita buat baik pada orang,oneday Allah will give you 1001 kebaikan. 

Bila kawan kau tuduh kau melulu tanpa mendengar cerita daripada kau, biarkan dia terus menuduh, kesedaran itu akan hadir di kala ego dapat di kawal. Walaupun ia akan menyakitkan hati kau. Kau tenang nikmati kehidupan damai kau. Anggap sahaja kata-kata nista itu seperti angin lalu yang tak beri impak pada diri kau. ( yelah musim panas angin lalu pun tak sedar)

Dulu aku selalu sedih disebabkan kawan. Konon macam kawan tu sempurna sangat. Bila kawan tu tak nak kawan aku lagi , aku meroyan macam hilang laki. When my mom say "kawan nie adik baik macam mana pun dia tak akan menyusahkan diri dia untuk memikul bersama masalah kau" my mom always right. Kawan hadir dikala dia inginkan sesuatu kerna dia adalah kawan sekadar kawan. so set your mind , bila kawan kau tak nak berkawan dengan kau biarkan mereka. "people come and go , the real one will stay with you"