Tuesday, May 17, 2016

Be Grateful

Assalammualaikum.

Kat twitter tengah trending #TipsmasukU #TipsmasukMatrik bersungguh-sungguh abang-abang, kakak-kakak bagi tips kat adik-adik yang baru nak mengenal dunia yang jauh daripada keluarga. Sambil aku santai minum kopi dan makan karipap, aku pun scroll #TipsmasukU. Macam-macam tips pelik-pelik aku baca, tiba-tiba rasa terhibur pulak yelah lepas penat study cuba-cuba hibur diri dengan teletah manusia. Hurm tiba-tiba aku  teringat first time aku jejak kaki kat CUCMS tu. Hampir 2 tahun setengah dah aku menapak diri kat Cyberjaya. Lagi 4 bulan aku habis semua class dan 2 bulan lagi aku akan officially undergraduate. Jyeahh ! im so excitedddd! *Lompat tinggi*. Aku tak pernah rancang nak jadi pelajar CUCMS, dan aku tak tahu apa itu CUCMS pun aku pergi sana tanpa aku tahu apa-apa cuma sehari sebelum aku pergi aku google tentang CUCMS dan aku baca banyak feedback yang baik, ramai student dia yang berjaya dan aku tahu CUCMS tu adalah medical school. Bila aku tahu CUCMS tu adalah medical school, malam tu aku jadi resah. Aku ragu-ragu dengan keputusan yang aku buat. Course yang aku pilih jauh daripada bidang aku masa di sekolah menengah, tak pernah terlintas pun kat benak otak aku nie nak jadi pegawai psikologi nak deal dengan hidup orang wey bukan senang. 

Aku rancang nak jadi seorang peguam atau seorang pendidik tapi tak kenalah pulak bidang yang aku nak. HAHAHA *gelak kat depan cermin*. Tapi aku bersyukur aturan Allah tu cantik untuk aku . Allah berikan aku 2 bidang yang aku nak sebenarnya perguam semestinya deal dengan kehidupan manusia cuma berdasarkan law, psikologi deal dengan kehidupan manusia berdasarkan humanity, pendidik mendidik luaran manusia dan psikologi mendidik dalaman manusia. Cantik bukan ? Antara kita sedar atau tak sedar je aturan yang Allah aturkan dalam kehidpan kita. hurmmm buat adik-adik lepasan spm jangan terlalu sedih jika bidang yang kamu minat tak dapat sebab Allah dah aturkan sesuatu yang cantik buat kamu, kerja kamu usaha cari aturan Allah berikan, nescaya kamu akan nampak hikmahnya. Macam aku dulu aku tak tahu apa itu psikologi, sekarang aku tahu apa sebenarnya psikologi, aku minat, aku cinta dan aku takut kehilangan bidang nie. Tak kenal maka tak cinta. Right?.

Psikologi banyak mengajar aku erti kehidupan, psikologi buat aku belajar dimana kita hidup didunia ini bukan sekadar untuk diri kita sendiri tapi untuk kehidupan orang lain juga.All the best for those yang bakal masuk U or matrik nanti. Incase kalau ada orang cakap buruk pasal course yang korang ambil nasihat akak pekakkan telinga sebab setiap course tu ada susah ada senangnya. Orang yang bercakap tu dia hanya melihat  course dia sahaja yang baik dan bagus sebab dia tak ada knowledge dalam course orang lain. Be happy and put yourself to be positive*smile*