Sunday, June 19, 2016

Nak jadi Iron Lady boleh?

Assalammualaikum.


Ramadhan berjumpa lagi kita tahun ini . Alhamdulillah. This year ramadhan tak sama dengan past years ramadhan . This year ramadhan kena berpuasa kat hostel. * menangis tersedu-sedu, sambil lap higgus yang terkeluaq*. Sebelum nie aku berpuasa di rumah sebab cuti semester aku selalu jatuh pada first ramadhan dan cuti semester 1 bulan !. Tapi itu dulu bukan sekarang. Sekarang cuti semester pun 1 minggu je *meratap di tepi gantang*. Nasib baiklah this years adalah tahun akhir sebagai pelajar diploma sains psikologi. So kalau agak sedih terus cepat-cepat cover dengan ayat *alaaaa relaxlah bukan lama lagi pun nak jadi seorang student* ayat sedap hati kata kawwww!

This years aku dah mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. *Perniagaan yang tidak seberapa hebatnya*. So far alhamdulillah masih boleh menapakkan diri lagi. Harap rezeki ini akan terus berpanjangan. Wokey bisnes apa yang aku buat? jeng jeng jeng jeng . Aku mengeluarkan shawl jenama aku sendiri. Which is WMscarf. Dah lama aku rancang nak buat backup plan untuk kehidupan aku sendiri.  Di sebabkan dunia semakin mahal jadi aku jadikkan WMscarf ini sebagai backup plan untuk masa depan aku. Aku nak sangat WMscarf ini boleh pergi jauh dan boleh membina namanya sendiri. Itu matlamat aku. Aku bukan sahaja nak mengeluarkan shawl bahkan insya Allah akan aku keluarkan lagi product-product WMscarf yang baru. 

Budak baru pelajar macam aku nie kadang-kadang mudah giveup. Nasib baiklah aku nie student psikologi soooo kalau giveup sikit aku terapkanlah segala ilmu-ilmu psikologi pada diri sendiri. Barulah rasa bergunalah sikit diri ini. Mejangkau umur 20-an nie aku lebih memandang jauh. Sampai bila aku nak terus mengharap kepada kedua orang tua aku. Nak tak nak aku perlu terima akhikat yang aku sudah semakin dewasa dan sudah tiba masanya untuk aku berlatih menjadi seorang yang bedikari. Aku nak hakis kata-kata orang yang "anak bongsu nie bukan boleh pergi jauh, berkerja pun bukan boleh tak reti bedikari" itulah objektif kehidupan aku. Masalah bila ramai sangat manusia yang streotype dalam dunia nie. Fikiran terlalu terikat dek kerana "kata orang, kata orang tua, kata orang zaman dulu". Jom kita hentikan segala prejudis manusia dan pekakkan telinga dengan sindiran manusia yang tiada sudahnya.


Inilah shawl kami. Meh melwat instagram shop kami " WM.scarf"