Tuesday, October 11, 2016

12 October 16

Assalammualaikum.


"kita kena pandai pilih kawan sebab garam kalau di campur dalam gula kita tak perasan itu garam. Garam dengan gula pun boleh kelihatan sama, tapi punya rasa berbeza"

Aku sering di kelilingan dengan aura positive yang datangnya daripada mereka yang positive. Jujur aku kata, sebelum aku mengenali mereka aku adalah seorang yang sangat closesminded. Aku sangat memikirkan sesuatu yang kedepan dan kerap kali memikirkan risiko yang bakal berlaku, Kata orang itu benda baik sebab memikirkan sesuatu yang panjang berserta risiko. Tapi tidak bagi aku. Risiko yang aku fikirkan membuat aku berasa takut untuk tampil kedepan dan akibatnya aku mempunyai low self-esteem dan tiada self confident level yang setara dengan kalian. 

Bukan senang nak handle perasaan diri, bukan senang nak berdepan dengan diri yang sangat sensitive nie. Kalau tersilap langkah mau aku berkurung tak keluar bilik. Dulu aku bukan manusia yang sensitive ini. Apa yang orang kata aku langgar, apa yang orang mengutuk aku tentang dan apa yang orang sibuk aku membisu. Tanpa memikirkan apa-apa. Hidup senang tak perlu jaga hati orang . Cakap sahaja apa yang terlindas di fikiran, kutuk sahaja mereka yang lemah, perli sahaja kawan yang didepan mata untuk jadi bahan gurau tawa tapi sedar tak aku, sedar tak engkau ada perasaan yang terluka di sebabkan nistanya bahasa yang telah keluar dari pada mulut aku,
engkau dan mereka.

Kita hidup bersama manusia yang mempunyai perasaan, kita hidup dengan mereka yang mempunyai jiwa, jika kalian kata, "jangan kita melukai orang kalau kita tidak mahu terluka" jangan menjadikan kata-kata itu seperti nanah yang meninggalkan parut. Menyuarakan sesuatu tanpa kita sedar ada yang kecewa, memberi pandangan tanpa sedar pandangan itu seolah mengatur kehidupan mereka. Cari salah kita, betulkan diri kita sebelum kita menyenaraikan kesalahannya. "Jangan di tanya mengapa dia berubah tanyalah pada diri kita ada apa yang membuat dia berubah" . 

Hati kalau dah sakit, semua perkara akan kelihat jelik dan buruk. Jangan di sebabkan satu kesalahan yang orang itu lakukan habis kau lupa semua kebaikan yang pernah orang itu lakukan. Jika kau jadikan lawak yang menyakitkan dalam satu perhubungan nescaya perhubungan itu tidak akan kekal. Kerna tidak semua manusia itu bersikap waras dan lebas dalam menerima lawak itu. Kadang kala manusia itu mempunyai satu perasaan sensitive dalam dirinya. Jika benar kau adalah kawannya pastinya kau tahu akan isi hatinya.





"Carilah kawan yang benar-benar ingin berkawan. Kawan yang sanggup menerima akan kekurangan kau dan mampu menutup kekurangan kau dengan kelebihan yang dia ada. Carilah kawan yang memberi kata semangat yang buat kau rasa kehidupan itu pernuh makna. Carilah kawan yang sedarkan setiap kesilapan dan keterlajuran kata. Carilah kawan yang sudi memaafkan kekhilafan kawannya bukan menghina perbuatan yang dilakukan kawannya. Carilah kawan yang tahu menjaga perasaan orang lain dan tahu menyusun kata agar kawannya tidak terluka"- 2016