Friday, August 12, 2016

Kelas Kaseh

Assalammualaikum.

7 Ogos 2016

Minggu lepas aku ada terlibat dengan satu program sukarelwan nie yang di panggil "kelas kaseh" . Dah lama aku nak join program nie tapi tak di beri kesempatan yang utuh. Jadi bila ada masa dan ruang pada hari ahad lepas aku terus tak fikir panjang untuk join program nie. Nice program for me ! Good Job wara! terasa bangga woii tak sangka hati aku mulia jugak nak join program yang berunsurkan sekarelawan nie. Objektif program nie adalah untuk membantu anak-anak orang asli dalam pelajaran mereka. Bagi aku program macam ini memang bagus. Pelajaran dalam negara ini semakin di titik beratkan . Masyarakat semakin sedar tentang kepentingan pelajaran terutama daripada suku masyarakat orang asli. Mereka patut di beri peluang dalam sektor-sektor awam ketika ini.

Sebab itu aku kata program nie bagus. Bukan bagus sebab dapat membantu je, bagus jugak untuk cover dosa-dosa aku zaman sekolah  dulu . huhuhu Diorang juga aku rasa patut diberi moral support, sebab aku tanyalah student yang aku ajar tu, cita-cita diorang sangat besar, nak jadi pakar ekologi, pegawai polis dan sebagainya. Cita-cita yang menarik yang buat aku rasa tertarik.(rupa lagu dah nie) yelah zaman sekolah dulu aku bercita-cita paling tinggi nak jadi  cikgu kalau tak,  polis sebab teringat permainan polis and thief went to jungle. Satu lagi program nie betul-betul bukak mata aku sebab, aku masih tak sangka ada lagi orang yang tidak keterbukaan. Mereka tidak melihat secara terbuka tentang sesuatu itu. Sebabtu aku cakap ia menjadi tugas kita membantu mereka supaya keterbukaan mereka itu. Aku yakin dan pasti suatu hari nanti mereka akan menjadi sesorang dalam negara nie. Siapa tahu. 

Aku ajar 2 orang student sekolah rendah. Kedua-duanya darjah 4. Handle budak sekolah rendah nie bukan senang wey !. Naik hilang separuh keimanan aku. ( beristifar panjang). Aku ajar subjek English and Math. Aku tak adalah pro sangat tapi alhamdulillah apa yang di ajar berjalan lancar. Nasib baik aku ingat lagi tips sekolah dulu cara nak hafal sifir, nak kira tahun , bahagi , darab dan tolak. Tak adalah berpeluh bila budak-budak tu tanya. Kalau korang nak tahu budak-budak nie very hyper, 20 soalan yang diberi 8-9 soalan je yang diorang buat. Haih nasib baik budak-budak nie berdepan dengan student psikologi dapatlah jugak aku buat behavior modification kat diorang. Aku ambil semua makanan diorang, aku buat negative reinforment kat diorang selagi diorang tak habiskan soalan tu aku tak akan bagi balik makan diorang. Barulah diorang buat kerja. Tapi buat kerja dalam keadaan mulut bercakap, mata menjeling. Ala biasalah tu budak-budak. Aku memang nak apply behavior modfication kat diorang. Supaya diorang buat kerja dan siap. Kemudian aku pancing diaorang dengan coklat. Budak-budak biasalah pantang dengar coklat laju je mereka nie. Aku cakap kalau diorang hafal sifir dan rajin belajar aku akan bagi diorang coklat. Aku buat positif reinforment kat diorang. Cara ini untuk tingkatkan behavior diorang untuk belajar. 

Letih jugak sebenarnya, baru aku faham perasaan cikgu-cikgu aku masa ajar aku sekolah dulu. Rasa serba salah pulak buat perangai pelik-pelik. But, itu pengalaman yang terbaik bagi aku, pengalaman yang buat aku rasa nak join lagi . Jujur aku cakap kelas kaseh bagi pengalaman yang tak boleh di beli atau di sewa dimana-mana. Kepada yang berminat bolehlah pergi ke ig dan facebook kelas kaseh. Kat situ diorang akan bagi maklumat bila kelas akan di adakan . Cubalah pergi pasti korang akan membuka mata. 


Anak-anak aku dah pandai behave dah (angkat kening sikit toing! tiong ! tiong! )



Dengan elle sekali behave selalu gengster bila jadi cikgu terus ayu.(hahaha)







Nielah skuad sukarelawan kelas kaseh. Thank you pada pengalaman itu