Saturday, January 27, 2018

I'm back

Assalammualaikum.

hai blog geng ! perhh lama aku tak menaip kat dalam blog nie. Aku bukan apa tak ada topic menarik nak diceritakan. Kalau aku update pasal gosip karang tak fasal pasal aku tanggung dosa kering sepanjang hidup. Okey aku tengah dalam keadaan emosi. Selalunya dalam keadaan emosi je aku banyak idea nak menaip. Sepanjang masuk alam degree banyak sangat drama jadi. Sampai aku sendiri rasa penat dan tak yakin boleh tahan diri nie. Dulu aku fikir degree sama macam diploma. Belajar then habis belajar then dapat kerja. Sumpah jauh daripada bayangan aku. Nak habiskan belajar pun rasa sakit dan aku tak tahu pulak bila dah habis belajar nanti. Sejak masuk sem 2 nie aku tak nafikan memang aku banyak bermain dengan mental dan emosi (jap mental dan emosi sama ke ? ). Nampak mental dengan emosi pun aku tak boleh bezakan sekarang apatah lagi kalau aku dapat soalan stress dengan depression sama ke?. 

Banyak kali aku cakap aku 'penat' 'tak pandainya', aku betul bermaksudkannya. Sometime kau tahu buat tu tapi sebabkan pengaruh sekeliling kau jadi tak tahu. Self-confdent aku juga agak tergangu, apa lagi bila presentation tak sampa pada expectation aku. Balik hostel rasa nak menangis. Sebelum aku masuk degree ramai jugak yang nasihat 'bersedia ke?' 'mampu ke?' 'kuat ke?' tapi jawapan aku, ala masa muda tak mampu pun bagi mampu. Dan sekarang aku rasa tak mampu. (kesebab aku dah tua????) . Nak dijadikan cerita aku nie banyak cari penyakit tak ada kerja cari kerja. Masa awal masuk sem aku pergi join 5 club . (bukan club cucuk langgit tu. kome kalau bab judge orang nombor 1) , club kolej . Belum lagi masa tu tengah sibuk sukan kolej, aku pergi tergedik ambil jawatan jadi bendahari. Elle cakap kat aku "kau gila wara" , aku gila nak jadi aktif tapi makan diri. Nasihat aku, korang jangan terlalu kerja sangat aktiviti kolej nie. Basically jangan jadi macam aku. 

Dahlah pegang jawatan kemudia aku join pula sukan 6 permainan aku masuk. Hari-hari berlatih, hari-hari paksa diri even balik kelas aku rasa level pernafasan aku dah tersangkut aku gagah diri jugak pergi. Pernah satu malam tu aku hampir nak pengsan sebab rasanya aku tak mampu. Elle ada cakap aku suka buat sesuatu tanpa aku tahu kemampuan diri aku. Balik berlatih malam, then aku sambung buat assignment (aku paling tak suka tangguhkan kerja) jadi rutin aku sepanjang minggu sukan tu sangat padat. Tidur memang tak cukup dan kalau aku tidur memang aku tak bangun dah lepas tu (qado tidur).

Habis minggu sukan datang lagi satu sakit , nama aku tersenarai dalam ahli jawatan kuasa psychology day. Bulan MARCH nanti kolej aku buat psychology day, jemputlah datang wey ! kalau korang nak tahu apa itu psychology. Kalau korang yang baca blog nie datang, carilah aku yeee hahahah. Aku kena cari vendor makanan, pakaian dan segala bendalah untuk buka booth. Ini satu sakit, banyak gila drama aku dalam cerita psychology day nie, sekarang pun drama masih berjalan. Aku hanya mampu berharap drama nie tak jadi drama sinetron yang panjang gila tu. Kemudia dapat satu lagi berita, i don't know adakah ini berita gembira buat aku atau berita yang so-so atau berita yang buat hidup aku semakin tidak terurus. 

Aku terpilih untuk serta misi kemanusia di dhaka, Bangladesh. Petang, yang sempoi dalam kelas advance aku sambil berangan , tiba-tiba dapat whatsaap daripada president tu sendiri , katanya nak jumpa aku nak bincangkan sesuatu (terkejut sis taw, nak jumpa-jumpa bagai) kemudian aku dapat tahu, yang mereka memilih kau setai misi mereka insya Allah pada bulan julai tahun ini. Jadi aku pun wooooo alhamdulillah, aku memang suka kerja volunteer nie. Maka start daripada itu hidup aku terubang ambing. 2 minggu lepas tu aku kena dapat final exam. Serabut sangat otak nie. Nasib iman aku tak goyah untuk buat pekara yang tidak melebih akal nie. 

And now aku tengah cuti sem, awal cuti sem aku dapat hadiah birthday daripada kakak aku, pergi travel ke bangkok. Rasa hilang dan terbayar penat aku masa sem 2 haritu. Kemudian balik je bangkok ambil kaww task tfs masuk bagaikan air yang mengalir. Tak tahu penghujungnya bila dan kesemua task due date dekat. Matilah nak . Aku pun kembali menjadi burung hantu walaupun di rumah sendiri. Tak serik juga, aku buat parttime untuk mereka yang nak belajar photography. Bagi aku ini satu jalan untuk aku release stress aku. Buat sesuatu yang aku minat. Even penat aku nampak hasil daripada titik peluh aku sendiri aku seronok. Aku juga buat partime personal shopper innisfree. Selagi aku kuat, aku nak tolong orang, sebab tu banyak aku punya partime mesti berkaitan dengan tolong orang. Daripada sekolah lagi aku nak jadi manusia yang berguna buat orang lain tapi berhasil. (tolong apa kalau minta upah) halo halo halo, aku tolong memudahkan kerja orang. Okey sekian .