Thursday, April 11, 2019

Research PROJECT bila nak siap?

Assalammualaikum

Rajin makcik hari ini nak menulis. Hari ini aku nak cerita perjalanan kisah aku untuk menyiapkan research project aku. Aku harap bila sahaja aku siap research nanti , aku akan baca balik post ini dan kenang liku-liku perjalanan sepanjang menyiapkan research ini.

Hampir 3 semester aku buat kajian ini, semakin hari semakin kurang motivasi aku untuk menyiapkannya. Kadang kala aku terfikir cukup sampai disini , aku tak nak teruskan lagi tapi semakin aku nak berhenti semakin itu aku akan terbayang-bayang muka mak dan abah. Setiap daripada kita ada kesukarannya , mungkin aku sukarnya tang ini korang mungkin tang itu. Jalan cerita kita tak mungkin sama.

Kajian yang aku buat ini tidak sehebat mana, aku buat kajian tentang "smartphone use while driving and distraction". Motif aku ingin buat kajian ini adalah aku ingin mengkaji ganguan yang menyebabkan seseorang itu mengunakan telephon pintar semasa memandu. Nampak sahaja pekara itu simple seperti ABC tapi setiap tingkah laku manusia itu mempunyai sebab dan penyebab mengapa ianya berlaku. Tidak ada maksud tingkah laku itu sahaja-sahaja di buat. Sebagai contoh seseorang yang ketagih terhadap telephon pintar sehinggakan emosinya tidak teratur sehingga boleh menjadikan dirinya tidak bertindak seperti normal. Hal ini dianggap abnormal dan boleh menjejaskan kesihatan. Justerus dengan itu aku memilih topic itu sebagai kajian aku.

Tapi itulah, semakin nak siap semakin banyak perlu di perbaiki semakin banyak dugaan yang kena lalui. Pada mulanya supervison aku adalah Prof Dr Mahmood Nazar Mohamed, the best lecture and supervisor. Cara pendidikan beliau sangat santai dan beliau selalu mengagap kami student seperti anak-anak. Tapi semakin kita sayang seseorang itu semakin itu Allah lebih menyayanginya. 3 Januari 2018 beliau di jemput ilahi. Pada ketika ini aku minta korang sedekahkan Al-Fatihah buat beliau. Buat Prof terima kasih kerana membantu selama ini, terima kasih kerana berkhidmat dan menyebarkan ilmu-ilmu yang kami sendiri takkan dapat dimana-mana. Aku betul rasa bangga kerana di beri peluang untuk menjadi anak didik beliau . Aku ingat lagi masa aku diploma dan ambil subject "Research Method" masa tu baru je belajar cara nak buat research dan masa tu yelah aku student diploma manalah mahir nak baca journal berbagai kemudian aku ingat lagi Prof cakap "cara kamu buat nie orang bodoh pun boleh buat" sambil  senyum dia cakap dalam tegas, masa tu aku rasa betul-betul nak menangis , keluar daripada bilik dia aku terus menangis dan belajar buat research siang malam sampai aku tidur pun tunggang terbalik. Aku nak tunjukkan aku mampu lulus dan dapat subject nie A. Alhamdulilah aku dapat A dan sehingga hari ini aku ingat susahnya subjetc Research Method masa tu. Masa tu aku cakap dengan Prof "terima kasih Prof sebab cakap saya macam tu" dan Prof cakap kalau dia tak cakap aku macam tu mungkin aku tak ada inisiatif nak berubah. 

Masa aku dapat tahu Prof jadi supervisor aku dalam Research Project degree aku mula yakin dan happy. Saat tu dia sangat sistematik dan teratur dia tak marah malahan dia tegur pun secara berhedmah. Sekarang supervisor aku berganti. Maka dengan itu mulalah cara baru dan langkah yang baru. Lain orang lain caranya. Tapi aku makin rasa bersyukur. 

Pengenalan yang singkat dengan Prof sangatlah aku hargai . Terima Kasih Prof. Kini aku dibawah Professor Dr Rosnah Binti Ismail. Expectation Prof Rosnah terhadap kami pelajar beliau sangatlah tinggi sehingga aku takut untuk mendaki. Kalau aku jatuh bagaimana ? kalau aku mati di tengah perjalanan bagaimana? itulah sering kali berlegar-legar di benak pemikiran aku.

Aku suka tanya orang tentang research aku. Supaya ramai dapat beri pandangan dan dapat aku meningkatkan mutu penulisan aku dalam research aku. Penat sebenarnya buat research. Aku boleh katakan mereka yang banyak mengeluarkan research ini adalah kalangan ahli jauhari.

Hari ini 12 April 2019 aku masih lagi dekat Chapter 2 buat literature Review dan juga theory  . Harap dapatlah siap dalam minggu nie .  😣😣😣😣😣😣😣






P/s aku letak gambar @aleezaorelle , sebab inilah kawan sama-sama susah buat research saat nie. Walaupun laut yang memisah tapi kami masih sama-sama struggle nak siapkan research nie.