Friday, July 5, 2019

Tips Buang Perasaan Toxis .

Assalammualaikum

Selamat bercuti kalian semua. Aku hari nie masuk kerja , walaupun sabtu tapi aku tetap berkerja. *nasib si fresh graduate*. Tiada apa yang indah pun jadi seorang pekerja , bagi aku indah bila awal bulan , gaji masuk hehehehehe. Bila masuk minggu seterusnya aku dah lemau , hati dan fikiran mula tak nak berkawan. (apa yang nak dirajukkan tu pun aku tak tahulah) . Since hati dan fikiran aku tengah merajuk sekarang jadi aku decide nak share kat korang tentang manusia dan perasaan sakit hati .

Kita manusia nie perasaan ada macam-macam perasaan sedih , marah, gembira, kecewa dan macam macamlah . 

"Jadi wara mana datangnya perasaan sakit hati nie ? 😮

Perasan sakit hati nie muncul bila primary perasan kau bercampur dalam satu masa yang sama. Sampaikan kau rasa resah dan geram terhadap seseorang individu. Kau sendiri yang create perasaan tu dan orang lain tak tahu pun kau sedang rasakan perasan tu. 💁 . Pelikkan , kau yang sakit hati dan kau salahkan orang atas kesakitan yang kau derita 😮 . Pernah satu tahap sesorang nie mula mempercayai sesuatu yang syirik membuatkan seseorang yang di benci itu derita. Apa-apa tingkah laku yang mendatangkan sesuatu yang negatif terhadap diri kita mahu pun orang lain , iakan perlu dirawat secara psikologi (Sila atur temujanji korang dekat Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai) dengan kadar segera. 🙎


Aku sebenarnya rasa sedih dengan masyarakat zaman sekarang yang masing-masing berlumba-lumba untuk membuktikan diri kita hebat, kaya, disukai dan dicintai. Hidup kita tidak akan pernah puas, tidak akan pernah lapang dan tidak akan pernah suka dengan pilihan kita . Manusia nie sebenarnya tamak . Dah dapat lebih,  nak lebih sampai dah tak tahu nak mintak apa lagi dah . Ini aku boleh cakap sedeh hidup! 😀 . 

Jadi kat sini aku nak bantu korang untuk elakkan perasaan cemburu yang menjerus kepada sakit hati dan sakit nurani. 

Tip 1 : Berhenti membezakan kehidupan kau dan kehidupan dia

Setiap daripada kita mempunyai jalan cerita yang berbeza, ujian yang berbeza , rezeki yang berbeza dan segala benda yang ada pada kita ini berbeza. (Kau pun mesti tak sukakan orang sama-samakan diri kau dengan orang lain) . Jadi kau tuan kepada badan kau berhenti "compare" diri kau dengan orang lain . Mungkin kau tak sedar yang kau tengah create  perasaan sakit hati dengan ayat "bestnya hidup macam dia" , "untungnya dia dapat suami kaya" , "untungnya dia lahir daripada keluarga kaya" ----------- ayat nie nampak simple je macam tak ada apa-apa tapi impak pada nurani kau sangatlah besar. Cut off ayat yang boleh menjatuhkan niat kau kepada niat buruk. 

Tip 2 : Berhenti bermegah-megah dengan diri kau sendiri

Dunia nie terlalu luas, kau kena faham jalan cerita yang kau sedang lalui nie . Kau dok sibuk cerita tentang kehebatan diri kau sampai kau lupa, ada individu lain yang lagi hebat daripada kau . Once kau terjumpa orang yang lebih hebat daripada kau , kau akan jatuh kau akan rasa stress , hina , bodoh and segala macam bad words  yang akan kau label pada diri kau sendiri.------------- ini bermula dengan perasaan kau ingin berlumba-lumba dengan apa yang kau ada sampai kau tertinggal jauh untuk melihat apa yang mereka ada . Kau rasa kau di atas sampai kau lupa yang kau hanya di pertengahan dan sedang takut rapuh  di tengah tiang . 


Pada zaman media teknologi nie , kita terlalu suka buat kajian tentang hidup orang lain daripada hidup kita, suka mencari objektif hidup orang berbanding hidup kita sendiri. Apa kata kita sama-sama tukar hidup kita untuk ke arah better future , daripada perasaan cemburu sebab orang mampu jadi kaya kita tukar perasaan tu  ke arah kita usaha untuk jadi kaya . Malaysia boleh ! Anda boleh ! Wara boleh !.


Aku tengah berusaha nak naik ballon panas supaya aku berjaya mencapai impian yang tinggi macam orang lain . Orang cakap orang yang banyak cakap nie kadang-kadang habuk pun tak ada . Macam akulah tu . huhuhuhu