Wednesday, August 21, 2019

Journey as adults

Assalammualaikum

Selamat tengah hari geng ! 😋 . How are guys there ? I hope everything fine. Daha lunch belum ? siapa yang belum lunch tu pergi lunch sekarang , nanti perut masuk angin dan gastrik kasihanlah kesihatan tu . 😘 xoxo wara . hehehe 

Hari ni aku nak cerita pasal perjalanan aku sebagai dewasa. I feel like an adult now.  There are a lot of things I need to think about ( I'm crying 😢) Masa zaman belajar dulu aku selalu nak cepatkan kehidupan aku untuk jadi dewasa ( contohnya : sewa rumah sendiri, ada kerjaya, ada kereta, dapat beli apa sahaja dengan duit sendiri, dapat travel dengan sepuas hati tanpa memikirkan berapa beratnya tangungan aku , tak nak fikir pasal kerja kat rumah dan dapat enjoy dengan kawan-kawan every weekend) . Nampak tak pemikiran aku masa belajar dulu semuanya indah tapi realiti yang aku sedang jalani ini tak seperti itu. Bagi adik-adik yang baca blog ini, akak nasihatkan laluilah zaman korang dengan gembira jangan terlalu inginkan cepat dewasa . 

Setiap hari aku bangun pagi aku akan terkenang abah aku, macam ni rasanya mencari rezeki setiap hari . Bangun awal pagi , mandi, bersiap dan ke kerja. Setiap hari akan lalui pekara yang sama . Dah masuk 6 bulan aku lalui pekara routine ini dan dah jadi terbiasa. Setiap hari aku akan berkerja selama 8 jam dan laluinya dengan penuh kesabaran dan keikhlasan. Satu-satu aku belajar kalau dulu masa belajar kita rasa kita bijak pandai tapi bila kita masuk alam kerja , kita akan bertemu dengan orang lagi pandai dan bagi aku pekerjaan adalah satu pembelajaran yang tidak formal bila kita bertemu dengan orang lain, kita akan belajar cara komunikasi dan common sense terhadap bersekitaran. Unikkan perjalanan hidup kita . Terasa semalam baru belajar ba-ba-ba-ba (baby words) sekarang kita perlu belajar cara komunikasi seperti orang dewasa dan mengunakan akal secara sihat. 

Kalau dulu aku fikir weekend akan jadi hari yang gembira bagi aku, dapat enjoy dengan kawan-kawan tetapi aku silap. Weekend adalah hari yang sangat bermakna kalau kita meluangkan masa kita dirumah , siapkan kerja rumah yang tertanguh selama 5 hari, lifestyle aku sangat berubah sekarang. Ini namanya kita membesar daripada pengalaman . Wah tak sabar nak cerita kat anak-anak aku bila bila aku dah tua nanti . 

Bagi korang yang sedih dengan kehidupan korang , jangan risau semua orang melalui pekara yang sama dalam perkembangan kehidupan . Bagi korang yang tengah mencari kerjaya jangan pernah give-up , saat korang mencari adalah saat yang sangat indah hayatinya dan percaya pada rezeki Allah tetap akan beri. 


Selepas aku dapat kerja ini , aku terus senarikan matlamat aku selama setahun. Tujuan aku senaraikan ini semua adalah untuk aku nampak progress kehidupan aku satu persatu . Baru rasa hidup ini sangat bermakna. Aku nasihatkan korang  buat "long term goal" "short term goal" dalam kehidupan korang.


"apa goal long term ? " dan "apa goal short term?"
Long term goal adalah matlamat yang perlukan jangka masa yang panjang. Contonya :-

Tarikh : 22 Ogos 2019
Hari :     Khamis

Long term goal .
Tarikh : 22 Ogos 2020
Hari : Sabtu

Goal : Dapat kunci rumah pertama di ___________ dan buat sewa atau duduk.

Plan:-
1. Bukak ASB pinjaman (saving rm 1000 sebulan)
2. Buat partime yang dibayar secara cepat
3. Berbelanja tidak melebihi rm 800 sebulan


kemudian korang buat kotak jadual yang boleh membuat korang nampak flow duit keluar masuk korang selama setahun.


Itulah long term goal. Long term goal boleh juga buat untuk kahwin , untuk ada anak (family planing),  dan sebagainya.

Setengah orang rasa aku buat benda nie sebab aku kedekut atau sebagainya tetapi inilah pengurasan kehidupan yang membantu kita sehingga tua. Bila buat macam nie rasa rezeki tu dibuka luas-luas. Sebagai seorang dewasa , ekonomi adalah satu penting dalam meniti kehidupan . 

Short term goal adalah matlamat jangka pendek yang korang yakin boleh tertunai

Tarikh : 22 Ogos 2019
Hari : Khamis

Short term goal:
Tarikh : 30 December 2019
Hari : Isnin

Goal : Kereta _______ pertama

Plan:-
1. Bukak ASB pinjaman (saving rm 1000 sebulan)
2. Buat partime yang dibayar secara cepat
3. Berbelanja tidak melebihi rm 800 sebulan

Short term goal perlu untuk korang capai apa yang korang nak dalam hidup ini . Sebelum korang senaraikan short term korang , pastikan korang masak dah dengan kehidupan korang. Makanya korang tahu kebolehan korang untuk capai sesuatu itu. Orang cakap ukur baju di badan sendiri. Short term boleh juga buat untuk travel , beli baju, beli minyak wangi, beli apa yang korang inginkan .


Aku harap post kali ini membantu korang dan adults journey sangat mencabar , jadi aku ucapakan good luck ! semoga Allah lindungi dan bantu kita dalam apa jua keadaan. 



ini antara aku punya short term goal ( btw aku dah set long term goal hehehehe)
Korang boleh agak tak apa long term goal aku ? 👉👈


Monday, August 5, 2019

Superpark Malaysia

Assalammualaikum

Hai korang ! , sihat ? hari ini aku cuti biasalah waktu kerja aku tak sama macam orang lain . Orang kerja aku cuti orang cuti aku sibuk nak kerja. hahaha Okay since cakap pasal cuti nie aku nak ceritalah kat korang pasal pengalaman aku ke superpark malaysia. Korang tahu tak Superpark nie kat mana?????  (malaslah nak fikir bagitahu jelah wara oi !)😡

Okay fine aku bagitahu , Superpark nie terletak di Avenue k Kuala Lumpur. Pada mulanya aku tak tahu pun pasal Superpark nie . A few week before aku ke Superpark aku nampak kawan aku Ig story superpark nie , dan aku nampak aktiviti yang dia buat seronok sangat jadi apalagi aku jalankan misi aku terus DM si murnie tanya pasal Igstory dia dan murnie nie sangat-sangat membantu dia bagitahu everything pasal Superpark. Nak cerita sedap kebetulan Elle (kawan aku daripada Sabah) nak datang ke KL sebab kitaorang nak berpoya poya and aku apa lagi listkan Superpark nie salah satu tempat berpoya-poya kami lah. hahahahahha

Sehari sebelum ke Superpark aku check website dia.--------------->  (https://www.superpark.com.my ) aku tengok date yang aku nak pergi tu full. Kecewa gila , tapi dimana ada kemahuan disitu ada jalan aku call superpark customer service tanyakan pada tiket apa semua dan diorang suggest untuk aku walk in je . Sementara nak tunggu walk ini esok aku pun godek - godek pasal Superpark nie , anddddd aku jumpa promotion which is 20% off to all Maybank Member. Disini kalau korang bayar gunakan maybank card tak kiralah debit atau kredit korang akan dapat 20% off . Aku pergi masa tu weekday harga asal RM 50 sebabkan aku guna Maybank Card aku dapat harga RM 40 je . Murahkannn



                 1-Day TicketNormal Price20% off
(Maybank Cardmembers Price)
Regular DayRM50RM40
Super DayRM70RM56

Location: 
Unit 4-1 Level 4, Avenue K Shopping Mall, 156 Jalan Ampang , 50450 Kuala Lumpur

Opening Hours:
Monday – Friday10 a.m – 9 p.m.
Sat, Sun, Public and School Holidays9 a.m. – 9 p.m.

  • Offer is valid from 17 June until 30 September 2019
  • Payment must be made with Maybank MasterCard® or Visa Credit / Debit Cards.
  • Applicable at SuperPark Malaysia ticketing counter for redemption of up to four (4) SuperPark Malaysia tickets at 20% discount.
  • Offer is valid for One Day Ticket (Super Day) and One Day Ticket (Regular Day) only.
  • Admission is only valid on the same day of purchase and do not include grip socks.
  • Offer cannot be combined with other promotions.
  • In the event of dispute, SuperPark Malaysia’s decision is final.
  • All Maybank Cardmember who are entering the activity park must sign off the waiver form.

Bagi couple-couple yang tak tahu nak dating kat mana dah , kat sini korang harus pergi nikmatilah zaman muda-mudi korang sebelum masing-masing sakit pingang. HAHAHAAHA😜. Bagi yang ada anak , bawalah anak korang kesini , bagi anak-anak korang develop sensori dan juga skill - skill mengikut usia mereka dengan baik. Malah Superpark ini adalah tempat yang paling sesuai buat family spent time sama-sama. Good Job Superpark Malaysia. 


Di Superpark nie terdapat lebih 25 aktiviti untuk berbilang usia daripada yang kecik sehinggalah yang tua. Safety pulak sangat-sangat bagus dan sangat dijaga dengan baik. Semua aktiviti adalah indoor jadi jangan risau kalau tak pakai sunblock pada anak-anak korang. Takkan ada calar dan juga baju yang sukar hilang kekotorannya . hahahaha Bayaran tu pun masuk satu hari. Incase jam 1 korang lapar , korang boleh keluar daripada situ untuk makan dan masuk balik selepas tu . Janji jangan hilangkan gelang diorang . Locker free dan cuma perlu bayar stokin je RM 5.00 . Banyak nie aku dah bagi maklumat apa tunggu lagi pergilah superpark ! nah aku tinggalkan video dengan gambar.







Setelah aku jatuh dan tak boleh bangun , penat kowt lompat-lompat


muka teruk penat benor yop.


Action like a pro 


Nie paling aku suka


Here i attach you guys Youtube aku untuk koranh berseronok bersama-sama aku di Superpark Malaysia.