Thursday, September 12, 2019

Self-Care (Pengurusan diri)

Assalammualaikum

Apa khabar kalian semua, macam biasa mungkin sebulan sekali je tangan aku nie boleh menari-nari di atas keyboard ini untuk update blog. Apa ke malas sangat aku iniπŸ˜“ . Hari ini aku nak membebel pasal self-care kat korang semua . Apa hal aku nie nak acah berilmu nie (tiber hari nie nak jadi palatau pulakπŸ˜…)

Pada 10 September lepas kita baru je menyambut hari Pencegahan Bunuh Diri . Hari pencegahan bunuh diri ini adalah salah satu langkah untuk mengurangkan risiko suicide dalam kalangan masyarakat dan juga kesedaran mencegah keingin membunuh diri . Kempen ini di sambut baik di seluruh dunia . Paling aku rasa teruja , pada hari pencegahan bunuh diri ramai yang update positive vibe kat twitter , kali ini aku nampak sebenarnya kita semua nie tak adalah jahat sangat boleh je pun tukar jadi baik walaupun ia adalah kepaksaan tapi paksa-paksa lama-lama jadi terbiasa. Daripada hari pencegahan bunuh diri ini aku perasan kita saling ingin membantu keluarga, sahabat, stranger dan sebagainya untuk teruskan perjuangan kehidupan ini. Kepada semua , you did a good job ! I love you.

Suicide, self-harm dan sebagainya yang membuat body kita rasa sakit bukanlah sesuatu yang rare lagi dalam era nie dan aku juga tak nak cakap ia adalah sesuatu yang biasa tetapi aku ingin bercakap perkara macam ini semakin lama semakin meneliti di cerobong telinga kita. Mungkin anda adalah salah seorang daripadanya . Sekiranya anda membaca blog ini saya ingin memberitahu anda yang anda tiada keseorangan dalam dunia ini, kami , mereka dan siapa sahaja sedang menyanyangi anda. Dapatkan rawatan secepat mungkin saya pasti pakar - pakar di luar sana sangat berlapang dada membantu anda . I love you ! πŸ’– (nahhhh ambil love nie simpan letak bawah bantal hehehe)

Korang mesti terkejut kalau korang tahu, aku adalah salah seorang yang pernah cuba atau ada keingin untuk self-harm (shhhhhhh jangan judge dulu, aku tengah bagi contoh) . Benda ini boleh berlaku pada siapa sahaja , tak kira usia, jantina, harta dan rupa. Self-harm ini bukan berlaku setiap hari , dan ia berlaku sekiranya terdapat sesuatu yang akan trigger emosi mereka. A few day sebelum aku tulis blog nie aku bersembang dengan seorang klinikal psikologi nie. Dalam perbualan dia , dia banyak tekankan self-care . Aku macam terujanya nak tahu dengan lebih detail pasal self-care nie dan aku pun google lahhhh (aku banyak masa lapang sekarang since thesis dah habis ---- tunggu update pasal thesis aku hehehehe) 

Self-care nie adalah pengurusan atau penjagaan diri yang mengubah kehidupan kita secara sihat. Self care ini melibatkan diet, senaman dan juga penjagaan tidur. Aku mungkin ada belajar tapi aku inikan kesedaran tu lambat sampai . Kalau kesedaran orang lain naik bus , aku still kayuh basikal . hahahaha. Ini adalah beberapa tips untuk stress management :-


1. Set Priorities
(decide what must get done and what can wait, learn to say no when it's necessary)

Okay macam ini bahasa pasarnya korang list kerja korang buat simbol "urgent" "tak urgent"

Contoh
"Urgent = 😑"  "Tak urgent = πŸ’…"

1. Poster markerting due 20/9 πŸ’… (sebab hari ini baru 13/9 jadi set jadual nak buat bila (16/9) )
2. Cuci Kereta πŸ’… (Jimat duit)
3. Dating πŸ’ (Reward bila siap kerja)
4. Update Blog 😑 (kalau bulan ni still tak update)
5. Update trip 😑 (kakak aku bising dah)
6. Officemate birthday πŸ’…
7. Cari klien😑 (nanti KPI tak naik)
8. Pengurusan klien πŸ’… (boleh bahagi kerja dengan team)
9. Sop kerja 😑 (nanti bos marah)
10.Basuh baju πŸ’… (baju ada lagi)


2. Avoid dwelling on problems
(bukan lari daripada masalah tapi elak daripada masalah)

contohnya kalau korang tahu ada kawan-kawan korang gaduh elakkan jadi penyatuan dua hati . Bukan sebab korang nie tak ada perasaan cuma korang ada diri yang perlu di jaga. Lagi contoh kalau ada bf elak-elak cari gaduh sebab nanti korang yang sakit . Spread love more and you can get more.

3. Schedule regular time for relaxing activities
(Selitkan hari liburan setelah kian lama tidak berhibur)

Dalam seminggu korang decidelah hari sabtu nak keluar daripada pagi sampai malam . Nak dating , nak makan , nak tengok movie, nak tidur sepanjang hari, nak travel, nak dengar ceramah buat je apa yang korang nak buat . Kalau seorang-seorang korang happy juga lantar pi orang cakap forever alone pun janji kau happy.

4. Explore stress coping programmers such as yoga , meditation or tai chi ke .

Dalam korang buat semua benda ini korang jangan lupa 3 main coping skill exercise . Daftar lah gym yang murah , atau pergi jogging seorang-seorang lepas kerja atau buat workout dalam bilik 10 minit sebelum baring atas katil . Simple-simple senaman pun dah cukup . Janji korang set goal sehari sekali kena peluh. Then nutrition , okey aku ada baca satu blog nie tips for healthy eating:- 1. prepare your own meals , 2. eat with moderation , 3. reduce sugar intake, eat a mix of lean protein, whole grains and colourful fruits and vegetable on a daily basis. Nampak mudah dan aku rasa kita boleh nie. hahaha . Lastly adalah sleep . Tidur kena cukup sis , biar 6 jam ke 8 jam tidur kena cukup . Bak kata dahlia trivago dalam procast thinker "aku kena tidur, tidur tu penting" hahahahah.

Aku harap update aku kali nie berguna kat korang luar sana. Semoga kita bertemu kembali sis. πŸ’žπŸ’žπŸ’ž