Thursday, December 5, 2019

Alumni CUCMS

Assalammualaikum

Selalu aku bukak blogger nie , tapi setiap kali aku bukak idea aku mesti hagus. Hilang dibakar dan menjadi abu. Setiap kali bangun pagi aku mesti berniat nak bersihkan kawasan blog nie supaya segar dan indah malangnya itu cuma niat (tarik nafas dalam - dalam hembus  ikut botot * terasa udara tak segar bukan ? mcam tulah blog aku sekarang*) hehehehe๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Okaylah hari ini aku mahu melaksanakan niat aku.

typing....
typing...
typing...

Delete ! Delete ! Delete ! 

stressnya aku tak ada benda aku nak cerita . *Nampak sangat aku try hard nak jadi blogger* (aku tahu korang nak kutuklah tu) ๐Ÿ˜œ

Hari ini aku nak tulis pasal "Convocation" . Untuk pengetahuan korang aku dah konvo ! ~ jyeahhh ! 

Tahniah Wara !
Congratulation Wara!
I'm really proud with you !

Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih buat korang yang mendoakan aku , mengutuk aku , mencintai aku , menyanyangi aku dan menghargai aku. Terasa satu beban dah terlepas, ini semua bagaikan mimpi indah buat aku. Tak pernah terfikir nak ada ijazah, tak pernah terfikir nak sambung degree dan tak pernah terfikir nak lulus cemerlang. Kalau korang tanya aku, apa yang aku fikir , aku hanya fikir nak jadi kaya dan mampu beli apa sahaja. Macam mana nak dapatkan duit aku tak tahu macam mana . hahahaha๐Ÿ˜˜

Mak dan abah sangat mengalakkan aku untuk belajar , bagi diorang aku kena kenal hidup daripada pendidikan formal mahu pun tidak. Daftar masuk Ijazah aku buat sendiri , aku beruntung sebab aku memang bekas student situ jadi tiada masalah untuk membuat pemohonon ke peringkat Ijazah. Alhamdululiah perjalanan permohonan Ijazah aku berjalan dengan lancar.

Sepanjang aku belajar daripada peringkat Diploma - Degree aku tak pernah mengadu aku benci apa yang aku belajar pada mak dan abah aku. Paling -paling aku mengadu pasal benda yang tak berkaitan. Aku sangat seronok melalui zaman-zaman itu walaupun aku tak banyak kawan tapi aku rasa kawan yang aku ada sangat berkualiti.

Dalam keseronokan, pasti ada kesedihan , kederitaan aku melalui perjalanan itu. Aku pernah rasa give up dengan kehidupan aku , bukan sebab pelajaran tapi sebab 'emotional' . That time aku tidak tahu cara mengendali perasaan stress , perasaan kecewa dan perasaan sedih. Ketika itu masalah macam bertimpa-timpa. Betullah kalau sesuatu yang tak best dalam diri kita ia akan effect persekitaran kita ๐Ÿ˜ž

Well actually belajar psikologi nie best taw , bila kau down macam tu kau tahu handle dia. Walaupun ambil masa yang lama aku nak bangun tapi alhamdulillah aku survive kowt ! *sound : clap hand !!!!!!*๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Masa nama aku di panggil aku macam teruja dan rasa nak jerit ... haaaaa mana kau yang cakap aku tak ada apa tu ? aku nonthing tu ? aku diploma je tu ? Now i'm graduated in Bachelor of Psyhology (Hons). *RIAK*

Masa naik pentas aku nampak mak, abah dan kak ana kat atas . Kalau dean tu bagi mic aku punya ucapan mau dua hari haahahahaha. Adik dapat nieee adik dapat jeyahhhhh. ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜. Buat kalian yang bersama aku dalam perjalanan ini , aku ucapakan terima kasih dan semoga kebaikan akan kembali kepada kehidupan kalian. Amin. Buat yang mengata aku , aku tak nak mendoakan keburukan buat kalian tetapi aku hanya ingin katakan ,  setiap manusia mempunyai jalan cerita yang berbeza mungkin bagi kau, aku lambat bagi rezeki gaji aku pada ibubapa aku tapi now i did. Aku bagi duit pada mak dan abah aku setiap bulan. Aku hanya harap kau tidak mendowngradekan orang lain seperti mana kau buat pada aku ๐Ÿ˜˜

Esok pagi lepas habis konvo , aku bangun tengok jam aku diam jap , sambil jerit...... Allah MARA kena bayar ! okay . Done !