Sunday, October 11, 2020

5 Things You Can Do to Boost Self-Confidence

 Assalammualaikum


Hampir 2 bulan tak sentuh blog ini. Ini semua pasal aku tak ada idea untuk menulis, memandangkan aku bukan influencer jadi aku menjadi malas dan lemah untuk masuk kelaman sesawang aku ini. ๐Ÿ˜ . Tapi bukan hari ini, hari ini aku rajin untuk menari-narikan jari aku di keyboard ini๐Ÿ‘†.

Hari ini aku nak bagi tips confident pada diri sendiri. Kalau orang nak tahu aku adalah seorang yang mempunyai low self-confident ๐Ÿ˜Š . Aku banyak kelemahan tapi aku tutup kelemahan aku dengan kekuatan yang sedikit aku ada. Ramai orang tanya macam mana aku boleh confident upload gambar ootd dan macam mana aku confident bagi ayat-ayat bunga kat media sosial aku.Sebenarnya instagram aku hanya ada 500 lebih je pengikut . Semua itu adalah kenalan yang sememangnya aku kenal. Jadi tak adalah malu sangat aku upload ootd aku , semua orang tahu perangai si wara ini bagaimana ๐Ÿ˜›. Okay kat sini aku bagi tips confident kat orang.


1. Setiap pagi bangun ucapkan " Selamat pagi cantik" dekat depan cermin

Ini adalah cara untuk korang rasakan diri korang cantik **korang jangan malu untuk puji diri sendiri, kat bilik air tak ada orang dengar korang puji diri sendiri. Aku buat ini setiap hari, sambil aku tengok mata aku, bibir aku, hidung aku, kulit aku. Mulakan hari korang dengan positif. (pedulikan apa yang berlaku semalam ๐Ÿ’ƒ)


2. Kira hari

Setiap hari aku akan kira hari . Contoh : "wara hari ini hari apa? - "hari ini hari isnin" . Kau buat self talk, supaya kau alert dengan hari-hari kau . Dulu cikgu aku ada pesan orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa ingat hari . Ini kerana orang yang ingat hari dia tahu yang kehidupan ini tak panjang. Jadi bila kau tahu kehidupan ini tak panjang, jangan sesekali mengecewakan diri kau sendiri untuk melalui kebahagian hidup.


3. Gosok gigi 

Aku tahulah setiap hari korang gosok gigi , tapi cuba korang gosok gigi sambil niat dalam hati "biarlah senyuman aku hari ini menjadi senyuman yang termanis" . Ini adalah cara positive psychology . Change your mind set to be a positive person. Masa gosok gigi cuba kosongkan fikiran jangan sesekali korang fikir " dah lambat, tak siap lagi, anak-anak tak makan, nak beraklah" jangan fikir apa yang korang nak fikir tapi fikir apa sebenarnya korang perlu fikir.


4. Pakai apa sahaja yang korang rasa ini cantik (be yourself)

Lately ini aku tahu ramai influencer kat luar sana , menjadi ikutan  korang dalam berpakaian tetapi korang kena tahu yang sebenarnya korang sendiri boleh jadi influrncer pada diri korang. Pakai apa yang korang selesa untuk pakai, gaya seperti korang rasa ini sahaja hari yang korang boleh bergaya. Pekakkan telinga dengan apa orang kata. 


5. Sentiasa cakap "i'm proud with myself"

Lastly, sentiasa tanam impian untuk menjadi contoh buat setiap orang diluar sana. Aku daripada dulu sampailah sekarang aku nak orang datang ke media sosial aku dengan niat yang baik , dengan kata-kata yang baik dan aku berharap sangat orang tak datang ke media sosial aku untuk hanya bad mouth pasal aku. Aku ada masanya down, sampai no words can describe my feeling but i never want to shows it in my social media, i just want everyone proud with me as i'm proud with myself. 


Aku harap bermula hari esok korang juga boleh rebuild confident level korang. Jangan hancurkan diri korang dek kerana kutukan orang, shaming orang dan juga hinaan orang. Mereka bukan orang yang sayang pada diri korang tetapi diri korang tu yang tengah lapar untuk disayangi oleh diri sendiri. Bangun dan terus berlari. Love youself . xoxo





Saturday, July 25, 2020

PESANAN MAK MASA AKU NAK BERTUNANG .

Assalammualaikum

Sebelum bulan nie habis aku kena update blog nie. (visi aku sebulan sekali mesti kena update huhuhu)๐Ÿ˜† . Okay malam nie aku nak ceritakan macam mana keadaan aku waktu aku nak “sampaikan” hajat bagitahu mak untuk bertunang.

Bagi siapa yang baca blog aku pasal “WOLO HOTEL KUALA LUMPUR” aku ada mention yang malam tu aku ada deep talk dengan mak pasal “next level kehidupan aku” . Conversation tu lebih kurang macam nie :- (jom aku bawak korang imbas kembali pada malam itu) ๐Ÿ™Œ

Situasi atas katil ,

aku bagi hadiah kat mak aku sempena hari jadi aku yang ke 24 tahun. Aku bagi hadiah Innisfree sebab mak aku nie suka product muka nie ๐Ÿ’“๐Ÿ˜š๐Ÿ’ž .  Masa aku bagi Innisfree aku cakap dengan mak aku,

“mak nie adik bagi mak , adik bawa mak – kak ana tidur hotel sempena hari jadi adik. Tanpa mak dan kak ana mesti adik hilang tulang belakang”  ( aku berani cakap macam nie sebab kak ana pergi jumpa kawan dia masa tu , kalau tak mesti aku kena bahan hahaha) ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™Š

Kemudian mak buka mulut ๐Ÿ˜ฆ๐Ÿ’›

mak : “adik dengan si syafiq tu serius ke ?”

aku : “tak tahulah mak , mak doalah baik-baik” (sambil aku gelak-gelak , aku nie jenis malu kalau cakap pasal syafiq dengan mak aku . Rasa dah terbiasa tak open pasal cinta-cinta nie dengan mak . hahaha)

mak : “kalau betul serius , mak tak nak lama-lama”

aku : “ tapi adik tetap anak manja mak kan?”

Mak tarik nafas

mak: “Warah , siapa pun adik, apa pun adik buat mak takkan pernah buang adik. Adik kahwin atau adik tak kahwin adik tetap anak mak. Adik cari mana mak yang buang anak kalau anak dia nak kahwin?”

Air mata aku mula nak keluar masa tu ๐Ÿ˜ญ. Yelah 24 tahun mak berkorban untuk aku. Kalau korang nak tahu dulu masa aku sekolah abah duduk KL kerja , mak duduk manjung jaga anak-anak. Masa abah tak ada , mak lah jadi ketua keluarga.  Dulu mak tak ada lessen kereta tau, mak hantar aku pergi sekolah naik basikal. Pagi mak hantar sekolah agama dan petang mak hantar sekolah kebangsaan. Lepas tu dulu aku ingat lagi mak akan cari abang kakak aku kalau balik sekolah lambat . Aku ada 6 orang adik beradik yang bersekolah , mak aku jaga kami seorang diri ( tengah taip nie je aku dah rasa nak menagis )๐Ÿ’ง . Bila bayangkan keadaan mak aku ๐Ÿ’ซ, aku terfikir manalah datangnya kekuatan dia masa tu๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช. Abah akan balik kemanjung setiap minggu. Jadi setiap minggu tugas abah semak buku sekolah kami dan balut buku sekolah. Apa perangai kami buat akan mak report pada abah.

Tamat malam conversation di Wolo hotel . Pada 28 Januari 2020 , aku call mak . Masa ini aku nak bagitahu mak yang keluarga syafiq nak datang ke rumah. Masa aku nak bagitahu tu aku menangis dulu๐Ÿ˜… .

Kemudian mak tanya “adik kenapa ?” …. lama aku biarkan soalan mak aku masa tu ๐Ÿ’ญ๐Ÿ’ญ. Kemudian bila aku ada kekuatan aku cakap:-

Aku : “mak keluarga Syafiq nak datang” ๐Ÿ‘ฐ

Lepas aku cakap tu , mak  tak ada suara. Sunyi sepi telefon aku masa tu. Aku hanya mampu dengar nafas mak je. Lebih kurang 10 minit macam tu sunyi. Kemudian mak hanya cakap :-

 “adik balik manjung dulu kita bincang”

Masa mak cakap “kita bincang” lagi laju air mata aku keluar. Sampai aku cakap “mak adik minta maaf, adik tak tahu nak buat apa, adik tak tahu nak cakap apa . Adik sayang mak abah, adik tak tahu nak bagi jawapan” . Mak aku terus letak telepon. Aku masa tu rasa “lost” mak aku tengah marah ke apa , otak aku non-stop fikir menanti jawapan mak aku. Aku asyik call , tanpa henti  tapi mak aku tak angkat. Aku call kakak aku, kemudian aku dengar kakak aku menangis tanpa aku dengar perkataan. Lagilah aku runsing masa tu. Bila aku dah dengar kakak aku menangis aku letak telefon.

30 minit lepastu mak aku call.

Mak : “adik , alhamdulilah ada juga orang nak adik” (sambil aku dengar suara serak-serak cuba nak buat lawak) ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ž

Mak : “macam nie , mak dah bagitahu abah kami setuju suruhlah keluarga dia datang , kita kenal dan bincang, benda yang baik mak bersyukur. Mak cuma tak sangka anak mak dah besar. Anak mak yang bongsu dan manja nie nak kahwin” ๐Ÿ˜–

Aku hanya mampu menangis je. Aku tak tahulah kalau aku kahwin esok mesti banjir pelamin aku. Aku tak tahu nak gambarkan persaan aku masa tu. Persaan gembira dan sedih tu bercampur-campur.  Yelah 24 tahun aku tak pernah terfikir akan bercakap soal kahwin , bercinta dengan mak. Kemudian aku tak sangka dalam usia nie mak buka ruang untuk aku move to another step dalam kehidupan.

Kemudian mak pesan kat aku:-

1. Bila dah tunang kena fikir yang adik akan bina hidup baru.

2. Adik kena belajar untuk tanya pendapat syafiq untuk buat keputusan , adik tak boleh ikut adik je.

3. Adik tak boleh malas.

4. Mak kena slow –slow ajar adik bedikari. Mak tak boleh nak teman adik macam dulu. Teman adik study sampai pagi dan ulang alik manjung – kl hantar adik pagi-pagi pergi kerja.

5. Macam mana pun adik nanti mak tetap mak adik, adik tetap anak mak . Mak takkan sekali pun buang adik. Mak akan buka pintu sebesar-besarnya untuk adik.

6. Adik kena pandai jaga diri, adik tak boleh bergaul macam dulu.

7. Adik, jadilah anak yang terbaik yang menyenangkan hati mak dan abah.

Persanan mak aku nie makin hari makin bertambah. Comel mak aku nie sebenarnya, sekarang nie mak aku sayang sangat kat syafiq. Setiap kali call dia asyik tanya khabar syafiq. Hahaha Tapi bila dah bagitahu mak rasa perjalanan tu smooth , Allah permudahkan . Aku ingat pesanan ustaz aku , redho Allah tu terletak pada redhonya ibubapa. Sekarang nie aku harap semua urusan berjalan dengan lancar dan aku harap sangat dapat gembiranya mak dan abah.




(Ini gambar 6 tahun lepas , masa aku umur 18 tahun , masa nie mak aku tak bagi aku bercinta . Sekarang mak aku bagi peluang pada aku. Mak selalu cakap  "kalau mak bagi peluang, gunakan peluang tu elok-elok" )


Tuesday, June 9, 2020

The journey from friend to engagement

Assalammualaikum

Kemarin dah diumumkan boleh merentas negeri bermula 10 Jun - 31 Ogos 2020. Mesti semua pakat lega dapat jumpa mak, abah, atuk, nenek dan semua kaum keluargalah ๐Ÿ’–. Penurunan kes saban hari ini nampaknya menujukkan hubungan yang positif (Alhamdulillah), namun jangan lupa elakkan 3C  dan practice 3W ye semua.

Okay lets back to the topic, last post aku dah janji nak tulis pasal macam mana aku bagitahu mak aku yang aku nak bertunang kan ? . Hari ini aku nak mula cerita bermula aku perkenalkan "Dia" sehinggalah persetujuan terikatnya hubungan ini. Tujuan aku nak tulis post ini adalah nak titipkan sebagai kenangan yang boleh aku baca balik ๐Ÿ˜. 

Perkenalan aku dengan "Dia" bermula sejak sekolah rendah lagi. Kami satu sekolah dan kelas yang sama masa itu tahun 2007. Sekolah aku setiap tahun akan tukar kelas mengikut prestasi pelajar. Hampir 2 tahun aku satu kelas dengan "Dia" daripada 2007 - 2008 dahlah satu kelas lepastu selalu nak duduk dekat-dekat ๐Ÿ˜‘. Masa budak-budak manalah aku tahu cinta-cinta ini, masa zaman aku dulu kitaorang faham yang "suka-suka" je. Kalau tahu ada budak tu suka budak ini mesti satu kelas akan mula ejek, tak pun cakap "ceehhhhh" ramai-ramai.  Hahaha rindu pulak aku zaman sekolah dulu๐Ÿ˜‹. Zaman sekolah dulu aku gila kuasa , lepastu aku selalu jerit dalam kelas "DIAMMM !!" sampai orang tahulah suara aku macam mana, sampai ada yang meluat . hahaha . Masa darjah 5 "Dia" hantar surat kat aku

"Saya suka awak , awak suka saya ?"

Aku dapat surat tu terus aku marah , aku cakap "kenapa kau suka aku ?, jangan nak suka aku . Sebab aku tak suka kau". Lepas aku marah dia aku terus "suka-suka" tu hilang. Kami kawan macam budak-budak biasa. Lepastu kitaorang lost contact 1 tahun sebab sekolah yang berbeza , aku jumpa dia balik 2010 sebab aku tukar sekolah. Masa tu kenal-kenal tapi tak kawan rapat. Macam :-

                                                      "oh itulah budak yang suka aku tu"

Tahun 2011 perasaan tu datang kat aku , aku start macam suka "Dia". Feeling tu datang naturally okay , tanpa pernah berkomunikasi dan hanya terserempak je. Setiap kali terserempak jantung aku dupdap dupdap . Disebabkan perempuan yang sedang menaip ini makin gatal, kita guna kabel dapatkan nombor "Dia" . Bila dapat nombor dia aku mulalah langkah mengorat. (Sejujurnya aku memang tak tahu malu , sebab aku mengorat dia dulu) . Lepastu dia penah je reject aku , kononya dia tak suka aku lah  (well..... kita perempuan jangan pernah giveup)๐Ÿ˜. Then, kitaorang kawan macam biasa tapi setiap kali terserempak dengan dia aku jadi malu. (Walaupun aku tak give up, tapi aku seorang yang permalu) heeeeeeeeee. Kemudian 2012 start hubungan kawan yang sangat rapat. Tak declare hubungan tu tapi each other faham perasaan tu. Kitaorang kawan rapat until it getting serious 2015. "Dia" study di Unikl dan aku di CUCMS , sepanjang study tu banyak kali kami jumpa walaupun jauh KL dengan Cyber tu๐Ÿ‘€ (Kalau dulu rasa KL - Cyber sebelah taman je, sekarang KL-Cyber rasa macam Kelantan - Perak ๐Ÿ˜…) . 2015-2016 hubungan kitaorang boleh di cakap serious tapi kerap gaduh dan keraplah buat keputusan guna emosi daripada akal. hahahaha (Macam budak-budak bercinta masa tu tak matang). Kemudian tahun 2017 aku sambung study dan dia dah mula beri  focus pada bisnes dia 100% , dalam dia berbisnes dia banyak sacrifice aku, dia bertambah serious in this relationship. Something perempuan ini nak attention dan perempuan ini mengada-gada "Dia" selalu minta aku sabar, kata dia yang membuat aku tak ada sebab untuk tidak stay adalah "apa yang saya buat ini untuk kita" Sampai ke hari ini dia cakap kat aku.

2019 aku mula kerja bisnes dia pulak makin stabil dan dia achive banyak benda dalam hidup dia. Suatu hari bulan 9 dia cakap family dia nak datang jumpa family aku. Tapi aku hold sebab aku takut dan macam-macam aku fikir, aku tak tahu macam mana nak cakap dengan mak aku, macam mana aku saving dan macam - macam lagilah (aku cukup terkenal dengan overthinking ๐Ÿ˜Ÿ). Bila difikirkan lama aku hold benda yang baik akhirnya aku cakap "okay , kita move to the next step".

Okay part ini, aku nak korang ready untuk aku bercerita.  Bagi korang yang tak tahu aku adalah anak bongsu dan sangat manja dengan family aku. Sepanjang aku dengan "Dia" aku tak terlalu open untuk bercerita. Sebabnya aku tak rasa masa tu sesuai untuk open in this relationship. Tapi aku tahu je diorang tahu  pasal "Dia". Okay step pertama (1) bawa dia jumpa mak dan abah. Persoalannya  bila ? sebab aku tahu dia mesti takut kalau aku bawa jumpa macam tu je . Jadi aku plan ajak dia jumpa mak abah masa convocation aku bulan 11.  Itu adalah kali pertama family aku jumpa dia. hmmmm start perjumpaan tu, mak aku banyak bertanya pasal dia. Nampak hubungan yang positif. Step kedua (2) aku tanya pendapat mak aku pada "Dia" .  Respon agak positif dan mak aku cakap "jangan kawan lama-lama" greenlight dah kat situ๐Ÿ˜. Step ketiga (3) bagitahu mak aku family dia nak jumpa untuk meminang. Family dia datang merisik bulan 2 masa raya cinta kemudian diorang tetapkan tarikh pertunang bulan 3. Alhamdulilah. 






Friday, June 5, 2020

WOLO KUALA LUMPUR

Assalammualaikum

Punya lama aku peram cerita Wolo Hotel Kuala Lumpur ini, baru hari ini aku nak update. Sebenarnya banyak cerita yang aku pending, maafkan saya . Nanti saya akan update cuma agak lama berbulan sahaja. hahaha (aku pun tak tahu apa aku buat sampai sibuk tak update blog ini, macam manalah aku nak jadi blogger yang berjaya?) ๐Ÿ’

4 Januari - 5 Januari 2020

Aku plan tidur kat Wolo Hotel ini sebab nak sambut birthday aku yang ke 24 tahun. (p/s aku keluar duit sendiri dan review ini ikhlas ye). Sebenarnya aku baca review daripada seorang penguna twitter pasal Wolo Hotel ini, dia kata wolo hotel ini unik , cantik , sesuai untuk OOTD dan ditengah-tengah kotaraya. Jadi aku pun google lah pasal Wolo Hotel ini dan daripada situ aku suka dan nak sangat sambut birtday kat sana. 

Okay pekara pertama sekali aku buat adalah bukak Trivago , buat compare harga. Harga dia boleh tahan mahal jugalah, mungkin sebab baru , ia ditengah-tengah bandaraya dan 5 minit daripada pavillion. Senang cakap ia akan menjadi tumpuan pelancong sebab inilah mahal๐Ÿ˜‡. Lepas compare harga, aku terus ke app "shopback" . Aku suka "shopback" ini sebab bila beli barang mahal-mahal aku dapat cashback yang nilai besar-besar . Macam aku book Wolo Hotel harga dia RM 210 lepastu aku dapat cashback RM70. Kiranya harga hotel aku dapat dalam RM 140 untuk couple suit๐Ÿ‘ . Marilah kita menjadi penguna yang bijak . hahaha

Okay lepas dah book tiba masanya ! ( WOLO HOTEL KUALA LUMPUR)❤

Sekiranya korang naik kereta sendiri ke Wolo Hotel aku cadangkan korang parking di valet parking dan selepas itu tidak perlu bawak kereta lagi. Korang naik public transport if nak pergi jauh daripada bandar or jalan kaki je sekeliling bandar. Valet parking harga RM 20 sekali masuk, jadi kalau keluar masuk harga akan mahal, silap-silap lagi mahal daripada harga bilik korang. Pihak Wolo Hotel memang tak sediakan parking free. Kalau korang nak parking murah korang kena parking kat sungai wang. Kalau ikut aku tak sanggup sebab nak bawak beg jalan kaki dan aku ada mak yang sakit lutut. Jadi kami pilih untuk parking valet dan pandai-pandailah orang tu urus parking dimana๐Ÿ‘€. Tambahan lagi, pada pendapat aku kalau nak tidur sehari dua okaylah dan agak leceh kalau ada anak kecil sebabnya tiada hiburan untuk anak-anak. Aku rasa target dia pada orang muda sahaja. ๐Ÿ‘ญ.

Sampai di lobby hotel , memang cantik aku ulang alik OOTD depan lobby. Sebelah hotel adalah sturbuck yang besar. Jadi kalau korang dah penat berjalan atau duduk dalam bilik bolehlah korang mengopi di sturbuck sebelah. Decorasi yang cantik buat aku duduk sampai tengah malam. Sepanjang perjalanan ke bilik aku tak tahan tengok setiap sudut , rasa nak ootd je . Lepas tu kat tingkat atas sekali ada bar . Tapi masa aku datang tu tengah ubah suai.

Sampai dibilik, memang couple suit tak besar dan tak kecik sangat. Bilik aku menggadap bandar dan tengah malam aku boleh nampak orang busking daripada bilik aku sahaja. Decorasi bilik sangat cantik. Masuk je daripada pintu korang akan jumpa 2 toilet , satu bathroom , satu toilet. Berasingan. Lepastu korang akan jumpa cermin bulat dan singki diluar toilet. Sebelah kanan ada bar table dengan coffee maker. Tiada almari baju , kemudian korang jalan dalam 5 langkah anak sampailah di atas katil yang muat untuk 3 orang. nahhh dah terang aku kasi gambar.


Nampak saiz katil dia? nampak kecik kan ? muat untuk mak , kak na dan aku


ITI je tinggal. hahaha feel welcoming sangat bila ada welcome's words ini.



ini antara yang ada dalam bilik, towel , ubat gigi, berus gigi benda-benda basic kat hotel


ada dua kad dan ada surat welcome , since birthday aku adalah "Happy birthday Ms Siti , enjoy your short birthday vacation" gitu. 


Okay ini table bar aku cakap tu. Botol air dia macam botol IKEA kan hehehe







Okay ini sahaja yang aku boleh share . Next post aku pasal "AKU DAH JADI TUNANGAN ORANG"

kalau korang nak tahu conversation bertunang bermula di WOLO HOTEL inilah bila aku dan mak aku berdeep talk tengah malam dan masing-masing menangis. Korang kena tunggu next post aku. hehehe.


Wednesday, April 8, 2020

COVID-19 (2020)

Assalammualaikum

Hari ini adalah yang ke 22 untuk Malaysia Movement Control Order. Naik lemau otak nie duduk rumah , yelah ini pertama kali sepanjang aku hidup 24 tahun aku perlu kawal pergerakkan aku. Tiada hiburan diluar , tiada orang bermain - main , tiada orang berjoging dan tiada aktiviti sosial dijalannkan. Huhhh lagi sedih tiada solat berjemaah di masjid , ini betul sejarah yang akan aku cerita pada anak-anak aku nanti . Kalau anak aku merengek tak dapat keluar aku akan cerita kisah nie " mak dulu hampir sebulan duduk rumah , tak boleh keluar , tak boleh bermain , tak boleh jumpa orang , kalau mak buat mak akan kena tangkap dengan polis. Disebabkan rasa takut dengan askar dan polis serta ingin menyelamatkan diri sendiri daripada virus covid-19 mak akur dengan arahan. Korang baru 1 hari tak keluar dah macam lipan kena siram air" *dengan nada ala-ala mak-mak yang cerita sedih zaman perang*๐Ÿ˜†

Aku tak pernah terfikir tahun 2020 akan jadi macam nie , macam semua orang lost connection dengan aktiviti luar . Sejak-sejak musim PKP nie isu duit , isu kedudukan dan isu donation pun menjadi isu yang sensitive. Manusia semakin stress dan semakin agressif sekarang , pantang salah sikit habis susu sebelanga. Bagi aku manusia jadi sensitive macam itu disebabkan negative vibe yang ada dalam situasi ini. Masing-masing ada pendirian dan pendapat yang berbeza disebabkan itu berlakulah perselisihan faham dan penyebaran cerita yang bukan-bukan. Pandemik ini akan menyebabkan mental health seseorang itu terjejas. Bagi korang yang nak tahu macam mana nak jaga kesihatan mental masa tengah pandemik ini korang boleh pergi ke sini ---------------->  https://www.who.int/docs/default-source/coronaviruse/mental-health-considerations.pdf  (Mental health and psychosocial considerations during the COVID-19 outbreakn , 2020 , Retrieved from WHO ) atau https://www.weforum.org/agenda/2020/04/covid-19-mental-health/  ( Experts explain how to manage mental wellbeing during COVID-19) , well banyak lagi center-center swasta , even KMM sendiri pun ada warwarkan tentang isu mental health with COVID sebagai rujukkan korang.

Bagi yang rasa bosan dah nak baca fact , tips bla. bla. bla korang boleh call mana-mana telehealth macam befrienders 03-7956 8145 ,  Sols 24/7 Humanitarian Organization in Malaysia , Mercy Malay (diorang ada menjalan psychology counselling program) , Wecare , Jiwadamai dan banyak lagi korang google je. Okay janji orang stay at home. 

Aku ini bukanlah psikologi klinikal , jadi aku tak mahir nak cakap pasal ini semua jadi aku sediakan maklumat untuk korang seeking help. Well ada satu lagi cara untuk korang lalui hari yang mendatang, macam aku , aku buat "daily journey" lebih kurang macam dairi but dairi korang buatlah cantik - cantik ada bunga , ada gambar makanan ke ada apa-apa yang cantiklah baru korang semangat nak tulis. Lepastu nak dekat tidur korang baca balik korang akan nampak achievement yang besar dalam hidup korang which is  "today you are survive!" ๐Ÿ˜™  Selain itu korang amalkan kehidupan yang sihat kalau sebelum ini korang tak senaman (macam aku๐Ÿ‘€) cuba gunakan masa ini untuk senaman . Okay , aku nak share lagi satu senaman yang aku rasa fun dan aku buat hari-hari sekarang ----- >https://www.youtube.com/channel/UCBINFWq52ShSgUFEoynfSwg ( Youtube : Popsugar Fitness) aku suka sangat buat workout dengan dia ( dia dalam youtube dan aku luar youtubelah ๐Ÿ˜… ) untuk beginner macam aku , aku rasa sangat sesuai dan dia pun buat fun sangat , sambil sembang-sembang basiclly aku sukalah . Korang boleh try tau !


(  Taraaa inilah buku daily journey aku .. warna pink jadi semangat nak tulis dengan pen mata hitam yang tajam๐Ÿ’ช๐Ÿ’ฌ)


Aku bersyukur juga sebenarnya PKP ini  , aku dapat spent time dengan mak abah, kakak, kak ana dan abang-abang aku. Sebelum ini mimpi jelah aku nak spent time lama macam ini. Mana taknya lepas je aku habis study aku tak relax (gelabah) hari ini habis esoknya aku dah start kerja. Pada mulanya aku ralat tapi aku tak sangka ini Allah rancang untuk aku. Korang nak tahu tak ??? ๐Ÿ™‹(aku nak cerita jugaaaaaaaaaaaa, kalau korang tak nak tahu pun๐Ÿ‘ฟ)aku ini tak pernah cuti lama macam ini. Dulu masa lepas SPM aku kerja kat supermarket (orang manjung mesti tahu AEON) lepastu aku sambung diploma habis diploma aku kerja sebagai cikgu tadika lepastu aku berhenti dan aku sambung belajar. Masa study pun cuti tak lama so aku yakin Allah tengah sediakan sesuatu yang baik untuk aku๐Ÿ’•๐Ÿ’–.

Haaaaa lega aku dapat juga isi blog ini, walaupun aku ini macam chipsmore tapi aku tetap sayang blog aku ini. Nanti dah tua aku nak baca balik , yelah dah pencen-pencen kat rumah nak buat apa lagi kan ! HAHAHA. Stay Safe and Stay At Home. Baiiiii.


( Roomate sepanjang PKP aku๐Ÿ‘ญ)


( Ini gambar pertama sepanjang PKP , jyeahhh asal naufal yang tidak disia-siakan ๐Ÿ‘ต)

Wednesday, March 18, 2020

Speech Stimulation

Assalammualaikum

Hari ini aku nak gatai tangan tulis benda yang pandai-pandai sikit baru nampak macam orang cerdik-cerdik. hahaha (General Knowleged to You with LOVE)๐Ÿ’—.

Sejak aku mula kerja nie aku semakin hari semakin paranoid tengah perkembangan kanak-kanak, bila pergi sesuatu tempat dan aku dengar ada budak cakap pelat dan parents menYEkan pelat budak tu aku pulak yang rasa takut sebab kalau pekara tu berlarutan anak-anak akan berterusan untuk pelat.

Korang pernah tak dengar "PLAY SCHOOL" actually itu salah satu inisiatif untuk membantu perkembangan kanak-kanak. Okey aku nak spill the tea jap , kat tempat aku berkerja nie ada juga inisiatif untuk membantu perkembangan kanak-kanak seperti terapi bahasa dan pertuturan , terapi carakerja , Kelas Intervensi Awal dan Kelas Pintar Cakap. Hari ini aku nak mula dengan Kelas Pintar Cakap, okay Kelas Pintar Cakap ini di ketuai oleh Terapis Bahasa dan Pertuturan yang diiktiraf kemudia kami di didik untuk mengedalikan kelas ini.

Tujuan kelas ini adalah untuk membantu kanak-kanak daripada segi bermain, bercakap dan berkawan. Kelas ini adalah salah satu inisiatif untuk kanak-kanak yang ada pelat dalam pertuturan, kurang jumlah perkataan berdasarkan perkembangan umur dan kurangnya terdedah dengan perkataan - perkataan baru. Kalau dulu masa kita kanak-kanak orang tua bercakap je kita akan mendengar  (ke aku seorang je macam tu? hahaha ๐Ÿ˜…) secara tak langsung perkataan yang kita dengar akan di hantar kepada otak untuk diprosess dan diingat . Macam tulah kelas ini , "speech stimulation" , kami stimulate bahasa dan perkataan kepada kanak-kanak ini.

Kelas nie best taw , selain ada cikgu yang baik dan cantik ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ (gurau-gurau hahaha) kelas ini juga menyediakan pelbagai aktiviti seperti bermain dalam kumpulan , buat art , kenali perkataan baru, menyanyi , bersuka ria , dan macam-macam lagi๐Ÿ˜.

Perjalanan kelas ini sangat cantik , bagi ibubapa yang nak menghantar anak-anak mereka ke kelas ini mereka akan berjumpa dengan Speech Terapis / Terapis Bahasa dan Pertuturan di Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai  . Buat mommy dan daddy kat luar sana boleh hubungi 017 269 4852 admin Jiwadamai untuk menanyakan soal kelas ini. 

Okay ini je aku nak update . Jumpa next topic hahaha.









Friday, January 17, 2020

Hotel In KYOTO | OSAKA | TOKYO

Assalammualaikum


Setelah 3 bulan pulang ke Malaysia, hari ini mood nak menulis tentang perjalanan aku ke Japan baru datang. Untuk hari ini aku nak review terlebih dahulu antara hotel - hotel yang aku tidur sepanjang di Japan berserta harganya. Hopefully penulisan aku ini dapat membantu korang untuk travel ke Japan. 

Travel Japan aku mengambil masa 15 hari termasuk waktu pergi dan balik. Aku cover Kyoto - Osaka - Tokyo . 3 daerah ini sahaja aku rasa masih belum cukup puas aku explore. In planing aku nak cover Sopporo, Fuji dan Fukuoka . Japan sangat - sangat besar dan aku rasa 2 minggu bukan masa yang baik untuk cover semua daerah di Japan. (Tolong doakan aku cepat kaya dan aku dapat pergi lagi kesana, mungkin aku boleh pergi kesana degan korang ✌ ) .

Pada mula perangancan aku ke Japan kami juga nak ke Mount Fuji , tapi disebabkan cuaca dan juga faktor kesihatan tak mengisinkan aku ke sana (makcik so sedihhhhhh๐Ÿ˜“). Aku bertolak ke Japan pada 23 Oktober dan selamat sampai pada 24 Oktober jam 12am (waktu Japan). Atas sebab aku sampai di tengah malam, aku decide untuk bermalam di airport sahaja kerana tiada pengankutan awam yang masih beroperasi ketika itu. Korang jangan risau aiport Haneda sangat besar dan ada makanan halal (korang boleh search halal food in Airport Haneda) . Terlalu excited pijak kaki di bumi Japan sampai tak tidur menunggu subuh. Turut disediakan sebuah surau di dalam Airport Haneda) . Prayers room Airport Haneda terletak di International Terminal Departure Lobby sebelum immigration di tingkat 3. Terdapat ruang mengambil wuduk juga disana, sangat selesa dan bersih surannya. 

 


Seawal 5.30 pagi aku telah pun siap dan membeli tiket ke Osaka. This time mencabar sebab aku arrive di Tokyo tapi first destination aku adalah Kyoto . Aku book tiket ke Kyoto menaiki Ana Airline. (Harga lebih murah berbanding JR pass ketika itu) . Ada dua cara Tokyo - Kyoto :-

1. Menaiki JR pass RM 1100 
2. Menaiki Kapal Terbang Domenstic RM 560 (pergi & balik)

Aku memilih menaiki Kapal terbang untuk penjimatan RM 500 ๐Ÿ™ˆ. Tokyo - Kyoto mengambil masa 1 jam perjalanan menaiki kapal terbang.

Sampai di Kyoto aku memilih untuk bermalam di Hotel 9 hours Kyoto . Sebuah Capsule yang boleh aku katakan cukup selesa. Tapi aku tak recomended korang yang ada anak untuk bermalam disini , sebab semua orang kat sini datang untuk berehat dan sekiranya korang tidak kisah untuk di tegur yes you can tapi aku hati tisu babe , bunyi plastik pun diorang tegur bising . Aku recomeded bagi korang yang sangat behave untuk duduk disini. Tenang dan sangat nyaman, decor yang berwarna putih buat aku tak sabar - sabar nak tidur dan mengambil gambar. Station bus dan station kereta api juga hampir tak adalah rasa gelabah nak balik. Didepan hotel, bersepah family mart korang tu . Bolehlah singgah dan dihadapan jalan besar berhampiran terdapat Kyoto Market (setiap malam aku kesini cari coklat kapal ๐Ÿ˜‹ ). Jumlah harga Hotel untuk 4 hari 3 Malam RM 785.


Ini gambar depan Hotel (reference from booking.com)


Ini capsule *sepanjang 4 hari 3 Malam aku sembayang dalam Capsule nie tiada ruang solat disini*


Tempat letak kasut


Nie area chill dan daftar masuk . *untuk pengetahuan korang disini korang kena check in dan check out setiap hari ( agak leceh ) dan setiap hari korang kena bayar sebanyak 15yen sebagai check in



ini kawasan toilet dan locker . Bilik kat atas , locker dibawah.


Setelah 3 hari di Kyoto , aku ke Osaka dengan menaiki subway . Perjalanan Kyoto - Osaka mengambil masa dalam 1 jam juga. Okay kat Osaka nielah drama aku bermula. Setelah sampai ke Osaka suhu badan aku meningkat secara tiba-tiba, aku syak di sebabkan kurang rehat dan perjalanan agak jauh setiap hari . Di Osaka kami duduk di Hotel Wasabi Osaka Bed and Library.

Hotel ini sangat aku recomededkan kepada kalian. Sangat muslim Family. Terdapat pantry, terdapat peti ais khas untuk muslim dan banyak buku-buku diserata dunia disini. Konsep Hotel ini sangat santai. Macam aku demam kat Osaka banyak jadual aku ditukarkan , jadi untuk mengelakkan rasa bosan di hotel kakak aku dapat chill dan menikmati holiday dengan aman di area buku-buku yang disediakan sambil menikmati coffee panas yang menyamankan. Jumlah harga Hotel 4 hari 3 malam RM 382.




 Ini toilet dan tempat bersiap. Cantik


Ini kawasan capsule dan korang boleh letak bag di bawah katil korang . *terdapat ruang solat*


Nampak tak tu ??? okay bagi yang nak menginap disini korang kena kental bawa bag besar korang, kerana tiada lift atau tangga bergerak di sediakan . GOOD LUCK !



Ini adalah area untuk makan dan chill bersama buku-buku.

Setelah 4 hari 3 malam di Osaka , aku bangun seawal pagi untuk ke Airport pulang ke Tokyo . Osaka - Tokyo megambil masa 1 Jam perjalanan dengan menaiki Kapal terbang. Di Tokyo aku bermalam di Keikyu Ex Inn Asakusabashi Station , boleh aku cakap kat sini sangat selesa aku ambil satu bilik sebab aku dan kakak aku tak larat nak tidur capsule. Jadi di sini kami agak bayar mahal untuk sebuah hotel dan satu bilik.  Hotel kali ini agak jauh dengan destinasi kami . Perjalanan mengambil masa 20-30 minute kesuatu kawasan. Kenapa aku pilih hotel nie? sebab view cantik dan tak ramai orang, tidak sesak seperti tumpuan orang ramai. Aku sangat recomended bagi korang untuk menginap disini , walaupun jauh daripada tempat tumpuan tetapi dekat dengan station kereta api. Mudah nak kemana-mana. Bagi aku berjalan kami 20 ke 30 minute dah menjadi kebiasaan aku ketika di Japan . Cuaca yang tidak panas, melihat ramai orang berjumpa dengan penduduk setempat membuat aku lagi gembira ketika travel . Jumlah Hotel di Tokyo untuk 6 hari 5 malam RM1100.


ini adalah lobby hotel.


Ini toilet dia sangat kecil tapi selesa


ini dobi dan juga tempat ice


Ini bilik dia sangat kecil , sekiranya korang pergi ber4 aku cadangkan korang pilih bilik yang besar sedikit daripada bilik ini. Tak silap aku kalau kat sini korang tidak di benarkan tempah bilik berdua sekiranya korang ber3 dewasa. Kanak-kanak aku rasa okay je kowt.


Okay sampai sini dulu aku cerita next , aku akan menulis pulak aktiviti aku sepanjang di Japan.