Friday, January 17, 2020

Hotel In KYOTO | OSAKA | TOKYO

Assalammualaikum


Setelah 3 bulan pulang ke Malaysia, hari ini mood nak menulis tentang perjalanan aku ke Japan baru datang. Untuk hari ini aku nak review terlebih dahulu antara hotel - hotel yang aku tidur sepanjang di Japan berserta harganya. Hopefully penulisan aku ini dapat membantu korang untuk travel ke Japan. 

Travel Japan aku mengambil masa 15 hari termasuk waktu pergi dan balik. Aku cover Kyoto - Osaka - Tokyo . 3 daerah ini sahaja aku rasa masih belum cukup puas aku explore. In planing aku nak cover Sopporo, Fuji dan Fukuoka . Japan sangat - sangat besar dan aku rasa 2 minggu bukan masa yang baik untuk cover semua daerah di Japan. (Tolong doakan aku cepat kaya dan aku dapat pergi lagi kesana, mungkin aku boleh pergi kesana degan korang ✌ ) .

Pada mula perangancan aku ke Japan kami juga nak ke Mount Fuji , tapi disebabkan cuaca dan juga faktor kesihatan tak mengisinkan aku ke sana (makcik so sedihhhhhh😓). Aku bertolak ke Japan pada 23 Oktober dan selamat sampai pada 24 Oktober jam 12am (waktu Japan). Atas sebab aku sampai di tengah malam, aku decide untuk bermalam di airport sahaja kerana tiada pengankutan awam yang masih beroperasi ketika itu. Korang jangan risau aiport Haneda sangat besar dan ada makanan halal (korang boleh search halal food in Airport Haneda) . Terlalu excited pijak kaki di bumi Japan sampai tak tidur menunggu subuh. Turut disediakan sebuah surau di dalam Airport Haneda) . Prayers room Airport Haneda terletak di International Terminal Departure Lobby sebelum immigration di tingkat 3. Terdapat ruang mengambil wuduk juga disana, sangat selesa dan bersih surannya. 

 


Seawal 5.30 pagi aku telah pun siap dan membeli tiket ke Osaka. This time mencabar sebab aku arrive di Tokyo tapi first destination aku adalah Kyoto . Aku book tiket ke Kyoto menaiki Ana Airline. (Harga lebih murah berbanding JR pass ketika itu) . Ada dua cara Tokyo - Kyoto :-

1. Menaiki JR pass RM 1100 
2. Menaiki Kapal Terbang Domenstic RM 560 (pergi & balik)

Aku memilih menaiki Kapal terbang untuk penjimatan RM 500 🙈. Tokyo - Kyoto mengambil masa 1 jam perjalanan menaiki kapal terbang.

Sampai di Kyoto aku memilih untuk bermalam di Hotel 9 hours Kyoto . Sebuah Capsule yang boleh aku katakan cukup selesa. Tapi aku tak recomended korang yang ada anak untuk bermalam disini , sebab semua orang kat sini datang untuk berehat dan sekiranya korang tidak kisah untuk di tegur yes you can tapi aku hati tisu babe , bunyi plastik pun diorang tegur bising . Aku recomeded bagi korang yang sangat behave untuk duduk disini. Tenang dan sangat nyaman, decor yang berwarna putih buat aku tak sabar - sabar nak tidur dan mengambil gambar. Station bus dan station kereta api juga hampir tak adalah rasa gelabah nak balik. Didepan hotel, bersepah family mart korang tu . Bolehlah singgah dan dihadapan jalan besar berhampiran terdapat Kyoto Market (setiap malam aku kesini cari coklat kapal 😋 ). Jumlah harga Hotel untuk 4 hari 3 Malam RM 785.


Ini gambar depan Hotel (reference from booking.com)


Ini capsule *sepanjang 4 hari 3 Malam aku sembayang dalam Capsule nie tiada ruang solat disini*


Tempat letak kasut


Nie area chill dan daftar masuk . *untuk pengetahuan korang disini korang kena check in dan check out setiap hari ( agak leceh ) dan setiap hari korang kena bayar sebanyak 15yen sebagai check in



ini kawasan toilet dan locker . Bilik kat atas , locker dibawah.


Setelah 3 hari di Kyoto , aku ke Osaka dengan menaiki subway . Perjalanan Kyoto - Osaka mengambil masa dalam 1 jam juga. Okay kat Osaka nielah drama aku bermula. Setelah sampai ke Osaka suhu badan aku meningkat secara tiba-tiba, aku syak di sebabkan kurang rehat dan perjalanan agak jauh setiap hari . Di Osaka kami duduk di Hotel Wasabi Osaka Bed and Library.

Hotel ini sangat aku recomededkan kepada kalian. Sangat muslim Family. Terdapat pantry, terdapat peti ais khas untuk muslim dan banyak buku-buku diserata dunia disini. Konsep Hotel ini sangat santai. Macam aku demam kat Osaka banyak jadual aku ditukarkan , jadi untuk mengelakkan rasa bosan di hotel kakak aku dapat chill dan menikmati holiday dengan aman di area buku-buku yang disediakan sambil menikmati coffee panas yang menyamankan. Jumlah harga Hotel 4 hari 3 malam RM 382.




 Ini toilet dan tempat bersiap. Cantik


Ini kawasan capsule dan korang boleh letak bag di bawah katil korang . *terdapat ruang solat*


Nampak tak tu ??? okay bagi yang nak menginap disini korang kena kental bawa bag besar korang, kerana tiada lift atau tangga bergerak di sediakan . GOOD LUCK !



Ini adalah area untuk makan dan chill bersama buku-buku.

Setelah 4 hari 3 malam di Osaka , aku bangun seawal pagi untuk ke Airport pulang ke Tokyo . Osaka - Tokyo megambil masa 1 Jam perjalanan dengan menaiki Kapal terbang. Di Tokyo aku bermalam di Keikyu Ex Inn Asakusabashi Station , boleh aku cakap kat sini sangat selesa aku ambil satu bilik sebab aku dan kakak aku tak larat nak tidur capsule. Jadi di sini kami agak bayar mahal untuk sebuah hotel dan satu bilik.  Hotel kali ini agak jauh dengan destinasi kami . Perjalanan mengambil masa 20-30 minute kesuatu kawasan. Kenapa aku pilih hotel nie? sebab view cantik dan tak ramai orang, tidak sesak seperti tumpuan orang ramai. Aku sangat recomended bagi korang untuk menginap disini , walaupun jauh daripada tempat tumpuan tetapi dekat dengan station kereta api. Mudah nak kemana-mana. Bagi aku berjalan kami 20 ke 30 minute dah menjadi kebiasaan aku ketika di Japan . Cuaca yang tidak panas, melihat ramai orang berjumpa dengan penduduk setempat membuat aku lagi gembira ketika travel . Jumlah Hotel di Tokyo untuk 6 hari 5 malam RM1100.


ini adalah lobby hotel.


Ini toilet dia sangat kecil tapi selesa


ini dobi dan juga tempat ice


Ini bilik dia sangat kecil , sekiranya korang pergi ber4 aku cadangkan korang pilih bilik yang besar sedikit daripada bilik ini. Tak silap aku kalau kat sini korang tidak di benarkan tempah bilik berdua sekiranya korang ber3 dewasa. Kanak-kanak aku rasa okay je kowt.


Okay sampai sini dulu aku cerita next , aku akan menulis pulak aktiviti aku sepanjang di Japan.