Saturday, July 25, 2020

PESANAN MAK MASA AKU NAK BERTUNANG .

Assalammualaikum

Sebelum bulan nie habis aku kena update blog nie. (visi aku sebulan sekali mesti kena update huhuhu)πŸ˜† . Okay malam nie aku nak ceritakan macam mana keadaan aku waktu aku nak “sampaikan” hajat bagitahu mak untuk bertunang.

Bagi siapa yang baca blog aku pasal “WOLO HOTEL KUALA LUMPUR” aku ada mention yang malam tu aku ada deep talk dengan mak pasal “next level kehidupan aku” . Conversation tu lebih kurang macam nie :- (jom aku bawak korang imbas kembali pada malam itu) πŸ™Œ

Situasi atas katil ,

aku bagi hadiah kat mak aku sempena hari jadi aku yang ke 24 tahun. Aku bagi hadiah Innisfree sebab mak aku nie suka product muka nie πŸ’“πŸ˜šπŸ’ž .  Masa aku bagi Innisfree aku cakap dengan mak aku,

“mak nie adik bagi mak , adik bawa mak – kak ana tidur hotel sempena hari jadi adik. Tanpa mak dan kak ana mesti adik hilang tulang belakang”  ( aku berani cakap macam nie sebab kak ana pergi jumpa kawan dia masa tu , kalau tak mesti aku kena bahan hahaha) πŸ™ˆπŸ™Š

Kemudian mak buka mulut πŸ˜¦πŸ’›

mak : “adik dengan si syafiq tu serius ke ?”

aku : “tak tahulah mak , mak doalah baik-baik” (sambil aku gelak-gelak , aku nie jenis malu kalau cakap pasal syafiq dengan mak aku . Rasa dah terbiasa tak open pasal cinta-cinta nie dengan mak . hahaha)

mak : “kalau betul serius , mak tak nak lama-lama”

aku : “ tapi adik tetap anak manja mak kan?”

Mak tarik nafas

mak: “Warah , siapa pun adik, apa pun adik buat mak takkan pernah buang adik. Adik kahwin atau adik tak kahwin adik tetap anak mak. Adik cari mana mak yang buang anak kalau anak dia nak kahwin?”

Air mata aku mula nak keluar masa tu 😭. Yelah 24 tahun mak berkorban untuk aku. Kalau korang nak tahu dulu masa aku sekolah abah duduk KL kerja , mak duduk manjung jaga anak-anak. Masa abah tak ada , mak lah jadi ketua keluarga.  Dulu mak tak ada lessen kereta tau, mak hantar aku pergi sekolah naik basikal. Pagi mak hantar sekolah agama dan petang mak hantar sekolah kebangsaan. Lepas tu dulu aku ingat lagi mak akan cari abang kakak aku kalau balik sekolah lambat . Aku ada 6 orang adik beradik yang bersekolah , mak aku jaga kami seorang diri ( tengah taip nie je aku dah rasa nak menagis )πŸ’§ . Bila bayangkan keadaan mak aku πŸ’«, aku terfikir manalah datangnya kekuatan dia masa tuπŸ’ͺπŸ’ͺ. Abah akan balik kemanjung setiap minggu. Jadi setiap minggu tugas abah semak buku sekolah kami dan balut buku sekolah. Apa perangai kami buat akan mak report pada abah.

Tamat malam conversation di Wolo hotel . Pada 28 Januari 2020 , aku call mak . Masa ini aku nak bagitahu mak yang keluarga syafiq nak datang ke rumah. Masa aku nak bagitahu tu aku menangis duluπŸ˜… .

Kemudian mak tanya “adik kenapa ?” …. lama aku biarkan soalan mak aku masa tu πŸ’­πŸ’­. Kemudian bila aku ada kekuatan aku cakap:-

Aku : “mak keluarga Syafiq nak datang” πŸ‘°

Lepas aku cakap tu , mak  tak ada suara. Sunyi sepi telefon aku masa tu. Aku hanya mampu dengar nafas mak je. Lebih kurang 10 minit macam tu sunyi. Kemudian mak hanya cakap :-

 “adik balik manjung dulu kita bincang”

Masa mak cakap “kita bincang” lagi laju air mata aku keluar. Sampai aku cakap “mak adik minta maaf, adik tak tahu nak buat apa, adik tak tahu nak cakap apa . Adik sayang mak abah, adik tak tahu nak bagi jawapan” . Mak aku terus letak telepon. Aku masa tu rasa “lost” mak aku tengah marah ke apa , otak aku non-stop fikir menanti jawapan mak aku. Aku asyik call , tanpa henti  tapi mak aku tak angkat. Aku call kakak aku, kemudian aku dengar kakak aku menangis tanpa aku dengar perkataan. Lagilah aku runsing masa tu. Bila aku dah dengar kakak aku menangis aku letak telefon.

30 minit lepastu mak aku call.

Mak : “adik , alhamdulilah ada juga orang nak adik” (sambil aku dengar suara serak-serak cuba nak buat lawak) 😒😞

Mak : “macam nie , mak dah bagitahu abah kami setuju suruhlah keluarga dia datang , kita kenal dan bincang, benda yang baik mak bersyukur. Mak cuma tak sangka anak mak dah besar. Anak mak yang bongsu dan manja nie nak kahwin” πŸ˜–

Aku hanya mampu menangis je. Aku tak tahulah kalau aku kahwin esok mesti banjir pelamin aku. Aku tak tahu nak gambarkan persaan aku masa tu. Persaan gembira dan sedih tu bercampur-campur.  Yelah 24 tahun aku tak pernah terfikir akan bercakap soal kahwin , bercinta dengan mak. Kemudian aku tak sangka dalam usia nie mak buka ruang untuk aku move to another step dalam kehidupan.

Kemudian mak pesan kat aku:-

1. Bila dah tunang kena fikir yang adik akan bina hidup baru.

2. Adik kena belajar untuk tanya pendapat syafiq untuk buat keputusan , adik tak boleh ikut adik je.

3. Adik tak boleh malas.

4. Mak kena slow –slow ajar adik bedikari. Mak tak boleh nak teman adik macam dulu. Teman adik study sampai pagi dan ulang alik manjung – kl hantar adik pagi-pagi pergi kerja.

5. Macam mana pun adik nanti mak tetap mak adik, adik tetap anak mak . Mak takkan sekali pun buang adik. Mak akan buka pintu sebesar-besarnya untuk adik.

6. Adik kena pandai jaga diri, adik tak boleh bergaul macam dulu.

7. Adik, jadilah anak yang terbaik yang menyenangkan hati mak dan abah.

Persanan mak aku nie makin hari makin bertambah. Comel mak aku nie sebenarnya, sekarang nie mak aku sayang sangat kat syafiq. Setiap kali call dia asyik tanya khabar syafiq. Hahaha Tapi bila dah bagitahu mak rasa perjalanan tu smooth , Allah permudahkan . Aku ingat pesanan ustaz aku , redho Allah tu terletak pada redhonya ibubapa. Sekarang nie aku harap semua urusan berjalan dengan lancar dan aku harap sangat dapat gembiranya mak dan abah.




(Ini gambar 6 tahun lepas , masa aku umur 18 tahun , masa nie mak aku tak bagi aku bercinta . Sekarang mak aku bagi peluang pada aku. Mak selalu cakap  "kalau mak bagi peluang, gunakan peluang tu elok-elok" )