Thursday, December 2, 2021

Cabaran Pregnant Semasa Pandemik



 Assalammualaikum

Memandangkan aku dah post pasal pregnancy aku, hari ini aku nak cerita pulak cabaran pregnant semasa pandemik. Aku tahu aku pregnant masa aku nak ambil second dose vaksin tapi aku tak boleh ambil second dose masa tu. Ini kerana usia kandungan aku tidak melepasi fasa untuk dose vaksin. Jadi aku perlu batalkan temujanji vaksin kedua disebabkan aku mengandung . Pada mulanya sangat risau sebabnya aku rasa diri dan baby tak ada cukup protection daripada wabak covid. Aku harap bila korang baca post ini aku dah pun cucuk dose kedua dan rasa terselamat.

Memanglah vaksin tiada kuasa tapi sekurangnya aku rasa dilindungi. Ibarat nak pergi perang perlukan senjata untuk melindungi diri. Macam tulah aku rasa saat itu. Tambahan lagi, semasa aku tahu status diri aku , rakyat Malaysia di kejutkan dengan kehilangan artis disebabkan wabak covid-19 iaitu Siti Sarah . Rata-rata media masa mengeluarkan cerita tentang arwah yang membuat para ibu mengandung pastinya takut untuk keluar rumah. Awal pagi aku dapat berita tersebut aku terus bangun solat dan baca yassin, hati tergerak ya Allah lindungilah aku , lindungilah anak ini. Dalam otak aku apa cara lagi aku nak buat supaya aku sentiasa rasa selama. Pregnant ketika pandemik sentiasa memburu rasa ketakutan aku untuk keluar. Walhal aku perlu keluar dan jalanan hidup aku seperti biasa. Nasib baik pada saat itu aku berhenti kerja untuk berehat belajar. 

Korang tahu jadi ibu mengandung pada saat pandemik bukan sakit diperut sahaja malah sakit dibahagian mental juga. Sekiranya mental tak kuat ketika itu mungkin boleh mengalami depressi ketika hamil. Pastinya tiada orang duga depression juga boleh dialami oleh wanita mengandung. Kenapa macam tu ? ia banyak faktor , lagi tambahan musin Covid-19 ini . Rata-rata media mengeluarkan kenyataan ibu mengandung berisiko, ibu mengandung meninggal disebabkan covid, anak baru lahir meninggal disebabkan covid dan macam-macam lagi.

Perasaan aku ketika itu kerap termenung dan bersedih , adakah aku akan selamat ? adakah anak aku akan selamat ? dan adakah kami akan selamat ?, Sepanjang awal pregnacy aku rasa murung dan takut. Ada juga seketika menangis dan menung balik. Sampailah syafiq dapat syak perangai aku asyik nangis dan dia tak nak aku berterusan rasa macam tu. Nak tak nak dia cuba ajak aku keluar tetapi hanya duduk dalam kereta. Setiap kali ada masa dia akan bawa aku pusing-pusing dan makan dalam kereta. Pada awalnya aku takut setiap kali nak beli makan dan perlu turun kereta aku takut sangat. Pertama kali keluar aku punya takut sampai aku muntah-muntah dan pening kepala. 

Aku sentiasa email mysejahtera memberitahu status aku sekarang dan berharap dapat second dose secepat yang mungkin. Setiap ibu mestilah nak yang terbaik buat anak mereka , termasuklah aku. Setiap hari aku cakap dengan baby . Aku berdoa Allah sempurnakan janin aku dan matangkan janin ini sehingga menjadi baby yang sihat mental dan fizikalnya. Tambahan lagi saat itu aku mengalami alahan , nak kata teruk tu tak adalah . Tapi alahan daripada segi bau dapur, peti ais  dan setiap jam 3 pagi aku akan pening rasa nak muntah. Sakit perut macam gas banyak gila dalam perut setiap hari aku alami. 

Pada awalnya aku kurang selera makan , fikir pasal makanan memang aku rasa nak muntah. Aku makan hanya untuk baby. Tapi lama kelamaan selera datang dan macam-macam aku nak makan. Sebulan selera aku hilang, bila ada selera syafiq suka gila tengok aku makan . Setiap kali aku habis makanan aku syafiq akan senyum lebar tak dengar dah dia kata aku membazir. hahahahaha

Bila aku cakap aku nak makan itu je dia happy nak carikan sebab dia pasti aku akan habiskan makanan. Dia kata tak apa makan sekarang janji makan , jangan risau badan naik nanti dah bersalin kuruslah tu. HAHAHAHA well aku harap benda yang sama . Bila badan naik memang tak confident langsung nak tangkap gambar. 

Okay itulah pengalaman dan cabaran aku pregnant semasa pandemik. Aku harap korang doakan baby dan aku sihat ye sampai masa dia nak keluar. Excited aku nak jumpa wara jr. hahahaha daaa~



Saturday, November 6, 2021

Yes , I’m Pregnant

 Assalammualaikum

Bila korang tengok tajuk je , aku pasti korang dah boleh tahu topic hari ini pasal apa๐Ÿ˜Ž. Mana yang tengok instagram aku pastinya dah sedia maklum , tapi aku tak terlalu terbuka nak ceritakan lagi. Semasa aku blog ini usia kandungan aku baru mencecah 10 minggu bermaksud 3 bulan . Tapi ketika korang baca post ini mungkin kandungan ini dah berusia 5 bulan Insya Allah. 

Pengalaman yang aku rasa setiap  wanita pasti akan teruja๐Ÿ’•. Ramai kenalan bertanya , macam mana aku boleh tahu aku pregnant ?๐Ÿ˜….  Jawapan aku “SEBAB AKU ADA LAKI LAH” hahahaha ๐Ÿ˜ช๐Ÿ˜ช . Sepanjang perkahwinan ini aku just nakkan sesuatu yang fun , tak terlalu focus untuk mendapatkan anak, bagi aku Allah itu tahu kemampuan umatnya sekiranya dia titibkan rezeki anak , Alhamdulillah . Namun jika sebaliknya percaya pada kekuasaannya. Sebab itu selepas berkahwin kalau orang tanya aku pasal anak, aku selalu mengelak, sebab itu bukan kuasa aku . Tapi bila masa Allah dah sampaikan rezeki itu pasti aku akan kongsikan berita baik ini pada semua๐Ÿ’–

Macam mana aku tahu aku pregnant ? sebab aku nak ambil second dose vaksin . Nak jadikan cerita aku tengok tiktok, yang wajib setiap wanita yang berkahwin check pregnant dahulu sebelum ambil vaksin . Masa dose pertama aku tak terfikir nak check , tapi untuk dose ke dua hati tiba rasa kuat nak check. Awalnya sebelum itu aku demam , lepastu mysejahtera detact aku “suspek case” sedangkan aku tak close contact cuma ada sejarah casual contact . Masa aku demam tu dan mysejahtera detect pulak macam tu terus aku buat swab test. Dan hasilnya adalah negative . Lepastu mak aku pulak risau aku demam , masa tu kes memang tengah meningkat 10k ke 20k mau mak aku tak risau. Lepastu mak aku tanya pasal period aku. Sepanjang hidup aku period aku datang lambat atau awal memang aku tak ambil port, sebab selalu tak teratur jadi bila mak aku call masa tu aku cakap dah period sebab hujung bulan 6 aku dah period so expectation aku akan period akhir bulan 7. Pada akhir bulan 7 pun tak period , aku buat tak tahu lagi, sampailah nak vaksin . Baru hati nie macam kuat nak check, rasa risau nak vaksin kali kedua nie. 

Sooo aku pun pergi watson beli pregnancy test yang RM5.00 tu , sebab perasaan aku rasa tak mungkin tapi hati suruh check๐Ÿ˜…. Dah check nahhhh tak reti pulak tengok. Gila gelabah aku, siap google lagi macam mana nak baca. Aku nampak macam double line tapi kalau angkat tinggi-tinggi , angkat rendah nampak single line. So aku blur jap (haiiiii dah beli tapi tak pandai guna pulakkk ๐Ÿ˜“)

Esoknya aku beli yang digital senang terus tulis “pregnant or non pregnant” . Lepas tuuuuuuuu jawapan dia “pregnant 2-3” maksunya lebih daripada 3 week. Aku macam Masya Allah apa aku dah buat nie? . Tapi bila aku tenung muka aku kat cermin kenapa aku nak cakap macam tu , bukan aku ada laki ke ? ๐Ÿ™ˆ. Lepastu aru aku teringat, syafiq sebab aku pergi beli sendiri lupa pulak laki ada hahahaha. Pagi aku kejut dia , “sayang bangunlah , bangun apa kita nak buat nie ?” sambil tunjuk pregnancy test . Dia mamai-mamai bangun cakap “haaa apa ?” , Aku tunjuk pregnancy test “positive?” , “haa nanti kita pergi klinik balik” . Masa tu aku nak je gigit telinga dia , tak macam dalam tv pun bila isteri-ieteri bagitahu suami๐Ÿ˜ณ.

Lepastu aku duduk kat meja study , tiba-tiba sedih . Dalam otak aku masa tu , fikir mampu tak aku dan syafiq jadi seorang ibubapa ? . Bagaimana kesediaan kami nak membimbing , membesarkan dan membahagiakan keluarga kami? . Tengok gambar lama dengan syafiq , lelaki yang aku bercinta zaman sekolah sekarang akan jadi ayah anak aku? ๐Ÿ™€. Menjadi bakal ibubapa bukanlah sesuatu yang perlu dipandang sebelah mata , sebab ia adalah amanah. Lepastu syafiq masuk bilik study , dia try tenangkan aku. Kata dia kita kena bersyukur , Allah percaya kat kita untuk beri rezeki ini . Dan syafiq suruh siap-siap untuk pergi klinik double confirm.

So klinik pun dah confirmkan , mulalah perjalanan baru buat aku dan syafiq. Pada awal perkahwinan memang kami cuba untuk merancang tapi dengan nasihat keluarga , kami berhenti untuk memikirkan soal merancang dan bina kegembiraan dalam rumah tangga. Anak adalah rezeki dan rezeki mereka bakal kita ibubapa tumpang. Setiap hari aku doakan , anak aku sihat fizikal dan mental , dijauhi daripada segala kecelakaan . Dulu mungkin perasaan nak jadi seorang ibu itu kurang , sekarang setiap hari rasa ada peneman yang sedang membesar dalam rahim ini. Kebahagian demi rasa cinta. ๐Ÿ˜˜







Ini yang watson punya . 



Ini yang digital 1 dan satu lagi biasa punya but still MAHALL hahaha


Ini pula bila Dr sahkan . Kecik lagi and setiap kali checkup aku dengan 
syafiq tak sabar sangat nak tengok. Sampai dalam phone aku dengan syafiq install app baby 
progress. Hahaha

Saturday, September 18, 2021

Konsep Rezeki

 Assalammualaikum

Musim-musim PKP ini sudah tentu aku sangat rajin tersidai disini ๐Ÿ‘‹ . Hari ini aku nak share pasal konsep rezeki. Sharing kali ini adalah daripada pengalaman aku dan juga daripada MR google ๐Ÿ˜‡. Jadi harap korang semua suka baca sharing kali ini.

Berdasarkan satu article yang pernah aku baca , kita sebagai seorang manusia hendaklah sentiasa bersangka baik dengan Tuhan dalam bab rezeki. Pada mulanya aku memandang rezeki ini adalah daripada  kewangan dan harta benda . Tetapi semakin dewasa rezeki ini terlalu general dan ia tidak specificnya kepada kewangan dan harta benda. Rezeki terbahagi kepada banyak perkara rezeki kesihatan , rezeki kewangan , rezeki harta benda, rezeki jodoh, rezeki anak, rezeki mempunyai ibu dan bapa dan banyak lagi nikmat yang ada pada kita itu sebagai rezeki☝. Dalam rezeki tiada istilah diskriminasi mengiku agama. Allah ini punya sayang pada hambanya dia meletakkan rezeki tanpa dia melihat siapa pun hambanya. Cuma kita sebagai hambaNya  mempunyai sifat yang tamak sehingga kita memandang rezeki itu daripada sekadar harta benda.

Rezeki juga sangat berhubung rapat dengan sedekah. Kalau kita nak rezeki lebih kita kena rajin bersedekah. Dulu aku fikir sedekah adalah daripada kewangan dan harta benda juga. Tapi sedekah ini boleh dikatakan dengan perbuatan kita. 

Contoh : Konsep sedekah (perbuatan) , kita beri makanan pada seorang anak kecil kemudian selang beberapa hari kita lupa bawak duit unuk makan tengah hari. Konsep Rezeki (Reward) Tiba-tiba kawan kita belanje kita makan. 

So nampak tak sekecil mana pun perbuatan sedekah kita , kita akan setiasa dibalas dengan rezeki yang baik dan sebaliknya.

Dulu masa aku baru berkerja , gaji aku tak banyak cuma RM 500 sahaja sebulan . Nak sara hidup dibandar dan sewa bilik lagi ketika itu. Tapi aku bersyukur mak abah sentiasa bantu aku dalam menyesuaikan diri daripada seorang pelajar kepada seorang yang berkerja. Walaupun gaji RM 500 sahaja masa itu aku tetap cekal dan makabah rasa duit gaji aku bulanan . Setiap bulan aku akan masukkan RM 50 sahaja kat makabah. Masa itu RM 50 sangatlah sedikit dan aku sangat sedih hanya mampu beri banyak itu je setiap bulan pada mak abah. Tapi disebabkan doa mak abah aku sentiasa dimurahkan rezeki. Perjalanan hidup yang aku fikir akan menjadi susah dan sukar dipermudahkan selepas 6 bulan gaji aku dinaikkan sebanyak RM 1500 . Dengan gaji RM 1500 aku mampu beli kereta dan bayaran bulanan tanpa mengunakkan duit mak dan abah. Selepas itu rezeki jodoh juga sampai. Dalam perancangan aku simpan duit kahwin , aku masih boleh simpan duit travel ke Japan. Korang bayangkan dengan gaji RM 1500 je aku mampu buat semua benda dan sentiasa rasa duit aku mencukupi setiap bulan. Macam tak logik kan ?  Tapi itu betul terjadi kat aku . Sejujurnya aku memang seorang yang boros, tapi setiap kali dapat duit gaji aku akan buat kiraan dulu pekara yang penting. Terutama beri duit pada makabah.

Selepas itu PKP 1.0 aku berhenti kerja, masa itu aku lost sebab aku dah nak kahwin kemudian tak ada kerja . Bila dah berkerja korang akan rasa komitment bertambah , secara tak jangka aku dapat tawaran kerja sehari selepas aku berhenti kerja. Petang sebelum aku balik kerja , aku dapat call :-

Ulang semula :-

Unknow number : Hello boleh saya bercakap dengan Cik Siti Monauwarah ?

Aku : Ye saya.

Unknow number : Saya ________ (nama dia) daripada _________ (nama syarikat tu) nak tanya Cik Siti, masih berminat dengan _____ (nama syarikat tu). Kami tawarkan gaji basic RM 2000 dan ada EPS , SOCSO dan juga commission .

Aku : Ye saya berminat (memang tak fikir pandang orang cakap langkah kanan. Alhamdulilah aku berkerja selama 6 - 7 bulan sebelum aku berkerja kembali di area aku.

Berkerja dengan sebuah syarikat yang besar bagi aku ia pengalaman yang menyeronokkan . Dikelilingi kawan-kawan yang baik. Kawan-kawan yang kini aku boleh cakap abang dan kakak yang sentiasa mendoakan kebaikan adik mereka. Itu juga rezeki yang aku tak pernah terfikir aku dapat . Walaupun pengelanan aku singkat dengan mereka tapi sehingga hari ini mereka masih contact dan tanyakan khabar aku.

Kalau nak cerita bab rezeki nie memang panjang tapi aku harap sharing aku kali ini dapatlah buat korang berfikir konsep rezeki ini bagaimana . Kadang kita rasa hidup ini hanya untuk kita tapi kita lupa kita hidup adalah untuk amal kepada orang lain juga. Kalau rasa sempitnya rezeki berilah sedikit sedekah , tak perlu cari orang susah yang jauh cukup beri pada ibubapa kita . Kalau ibubapa dah tak ada cukup bagi kenalan kita . Dalam sedar tak sedar mungkin orang sekeliling kita , adik beradik kita dalam kesempitan. Percayalah Allah itu pegang pada janjiNya, kau beri RM 1 Allah pasti akan gantikan 2 kali ganda pemberian kau. Pernah tak korang dengar tangan memberi lebih baik daripada tangan menerima. Janganlah kita jadi meminta-minta kalau kita tidak ada sedikit hati untuk memberi.

Okaylah sampai sini sahaja post kali ini . Next aku nak membebel cerita lain. daaaaa ~๐Ÿ’‹



Makin berisi itu juga rezeki guys . Maksudnya saya cukup makan dan nikmat selera daaa ~


Thursday, September 16, 2021

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

 Assalammualaikum 


Akhirnya aku dapat juga post pasal UKM . Inilah posting yang aku paling tak sabar nak post, tapi sebabkan aku nak urus dulu urusan pendaftaran, yuran dan sebagainya barulah aku yakin nak post. Alhamdulillah akhirnya impian aku untuk jadi pelajar UKM tercapai. Daripada lepas SPM aku memang bercita-cita nak jadi pelajar UKM tapi disebabkan tak ada rezeki aku disitu aku sambung Diploma hingga ke Degree di CUCMS. Pada awalnya aku tak yakin nak apply sebab bagi aku , aku tak pandai pun nak ke UKM  terima aku ๐Ÿ˜“. Macam biasa aku bedal je , terima tak terima belakang cerita. hahaha.

Aku budak biasa je  , bukan budak pandai-pandai tapi aku  percaya pada rezeki dan usaha. Masa UPSR aku dapat 2A , PMR 3A , SPM 4A dan Degree aku tamatkan dengan CGPA 3.45. So korang boleh nampak perjalanan aku biasa-biasa je . Sebab itu aku tak berapa suka bila orang cakap “sijil tak ada tak apa janji kaya” bagi aku rezeki tu masing-masing dan tak perlu membezakan rezeki kau dan aku๐Ÿ˜Š. Kalau kau belajar pasal Maslow’s Hierarchy of Needs stage yang paling atas adalah self-actualization dalam bahasa melayunya ialah keperluan sempurna kendiri. Setiap orang mempunyai “keperluan” yang berbeza.

Contoh : Si A berkerja di sektor kerajaan. Bagi si A ia dah cukup kerna dia dapat banyak kebaikkan berkerja di sektor kerajan dan juga dia berasa puas melakukan kerja tersebut. Namun ia berbeza dengan si B , walaupun berkerja di sektor yang sama dengan si A , juga mendapat banyak kebaikkan namun kerja yang dia lakukan tidak capai pada kepuasan diri . Menyebabkan si B mengambil langkah untuk pergi kesektor lain. 

Hal macam ini kita tak boleh nak tunding jari cakap seseorang itu tidak bersyukur . Sebabnya setiap daripada kita mempunyai ‘need’ yang berbeza. Jadi ramai yang tanya aku , kenapa aku nak sambung master ? , kenapa tak teruskan berkerja ? , apa yang aku akan buat bila aku habis master ? , adakah sebab aku nak kerja lagi baik atau sebaliknya ?.

Okay , kenapa aku nak sambung master ? . Sebab sejak aku umur 18 tahun lagi aku dah tanam dalam diri aku, aku nak jadi seorang yang berilmu dalam bidang aku sendiri. Lagi bertambah keinginan aku untuk sambung belajar adalah apabila aku melihat kakak aku sendiri dapat sambung belajar sampai ke Phd dan aku nampak bertapa gembira mak dan abah aku pergi convocation kakak aku ketika itu. Masa aku dapat kerja selepas degree bos aku ada tanya , apa yang aku nak lihat diri aku sebelum umur aku 30 Tahun. Spontonnya aku terus cakap , saya nak pastikan saya ada title DR Phd bila saya umur 30 Tahun. 

Aku hanya mampu merancang dan Allah je dapat menentukan . Master bukan level mudah dan aku tahu ia akan sulitkan kehidupan aku . Tapi aku percaya kalau ada usaha pasti boleh berjaya. Jadi aku hadap jelah apa je yang berlaku nanti. Mesti ada yang tertanyakan Degree of Psychology ambil master dalam bidang apa ?

So aku ambil Master of Education (Guidance and Counselling), berdasarkan UKM punya website ini adalah pengenalan program :-

1. Melahirkan profesional yang dapat memberi khidmat kaunseling kepada sekolah, keluarga dan institusi umum. 

2. Memberi pengetahuan yang mendalam kepada pelajar tentang teori-teori asas dalam kaunseling.

3. Memberi kemahiran-kemahiran dalam kaunseling.

4. Membentuk sikap saintifik dan profesionalisme dalam diri pelajar supaya dapat melaksanakan tugas bimbingan dan kaunseling secara berkesan.

5. Melayakkan calon untuk memohon keahlian Kaunseling Berdaftar daripada Lembaga Kaunseling Malaysia

Jadi perancangan aku adalah untuk menjadi kauselor yang berdaftar dibawah Lembaga Kauseling Malaysia juga ingin menjadi seorang pendidik. Untuk master yang aku ambil terdapat 2 mod dan tempoh program .

Mod Pengajian : Kerja Kursus / Mode of Study : Course Work

1. Full time 

2. Partime :2  1⁄2tahun

*Kuliah bermua 8pagi – 5petang (Sabtu-Ahad) Atau 6.30petang – 9.30petang (Isnin-Jumaat) / All lectures start from 8am – 5pm (Saturday-Sunday), Or 6.30pm – 9.30pm (Monday-Friday)

Ini semua daripada website UKM ye .

Jadi aku ambil mod partime. Awalnya aku nak berkerja sambil belajar tapi syafiq tak nak aku stress dia suruh aku decide belajar sahaja. Aku pun okay jelah, dalam masa yang sama aku dapat bantu dia kembangkan bisness dia . Alhamdulillah. 

 Untuk post seterusnya aku akan cerita macam mana aku daftar masuk tapi kena tunggu bulan depanlah . Sebab bulan depan adalah bulan yang pertama kali aku jadi seorang pelajar Master. Akhirnyaaa. 





Tuesday, August 24, 2021

Aktiviti bersama anak dirumah

 Assalammualaikum

Apa khabar semua, hari ini aku agak rajin nak share 1 aktiviti yang boleh ibubapa buat di rumah. Aku yakin ramai ibu bapa keluh resah musim pandemik ini sebabnya hampir 2 tahun anak-anak tidak keluar rumah , pelajaran juga terganggu apatah lagi perkembangan development. Sebelum aku share , aku nak nyatakan disini , aku bukanlah seorang yang pakar namun aku ada sedikit pengalaman dengan kanak-kanak.  Dengan sedikit pengalaman inilah aku nak share pada korang semua. Aku harap post kali ini akan jadi post yang bermanfaat buat korang.

Aktiviti : Masukkan kayu ais krim 

Objektif : memperkernalkan warna , belajar mengikut arahan , belajar menunggu giliran dan belajar mengunakan moto halus.

Bahan - bahan :-


1. Kayu Ais Krim yang berwana warni




                       2. Cawan kertas warna wani ( kalau ada cawan ikea, pakai je cawan ikea)


Cara-cara bermain :-

1. Ibubapa mestilah perkenalkan dahulu warna kayu ais krim . Contohnya ambil 4 warna ( biru , kuning merah )

Tujukkan pada anak-anak , pastikan kayu ais krim itu diparas eyes contact anak . Lepastu cakap dengan anak "naufal ini warna merah" sambil menunjukkan kayu ais krim tersebut. 


2. Buat sekurangnya 3 kali setiap warna . (anak tak repeat warna tersebut pun tak apa , tapi kalau mereka repeat itu sangat bagus)

3. Selepas itu , susun cawan kertas berwana ( ambil warna yang sama dengan kayu ais krim yang kita ajar tadi )

4. Kemudian , tunjukkan anak cara nak bermain aktiviti . Contohnya "naufal tengok cawan merah , kayu ais krim merah ( ibubapa letak kayu ais krim didalam cawan merah) " . Buat sehingga anak tertarik untuk join aktiviti tersebut.



      7. Minta anak kelaskan warna tersebut. Sesekali ibubapa tanya " warna apa nie ?" tunggu respon anak. Sekiranya anak tidak respon ibubapa terus cakap ini warna kuning sambil menunjukkan kayu ais krim tersebut. 

Actually aktiviti inilah aktiviti yang paling aku suka main dengan budak-budak. Dulu anak saudara aku pun aku main benda nie, sampai sekarang dah darjah 3 dah aku still main benda nie , kadang main kat app phone je . hahahaha dah majukan sekarang.

Aktiviti ini tak ambil masa yang lama pun untuk buat dengan anak-anak . Jangan risau , ia sangat membantu anak-anak , bermain sambil belajar.

Semoga ia bermanfaat , jumpa lagi di next post ✋

Saturday, August 21, 2021

Life after married

 Assalammualaikum

Hai semua , macam mana hujung minggu ? . Harap semuanya okaylah macam lagu vida lavida . ( Yang dekat okay, yang jauh okay,Di Hari Raya semuanya mesti okay , Ibu ayah okay, Anak-anak okay, Raya with my family feelingnya paling okay) . Banyak-banyak lagu , lagu vida juga buat hari aku ceria hari ini . hahaha๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Aku pejam celik pejam celik 5 bulan dah aku kahwin. 5 bulan yang buat hidup aku pusing 360 darjah bersamaan 150 hari. Orang kata perkahwinan ini indah , dan seronok , gembira dan sentiasa bahagia.

In the reality adalah pasang surutnya , tak sama macam kisah cinderella. But perasaan tu berbeza dan pelik. hahaha๐Ÿ˜‚ . Kenapa aku kata pelik ? . Entahlah rasa pelik , kalau sebelum ini semua benda aku boleh buat sendiri sekarang semua benda berteman , kalau dulu belilah macam-macam sampai bagi duit dalam bank habis, sekarang semua nak kena tanya dulu. Kadang tu rasa tak terluak duit dalam bank tu sebab malas nak tanya. hahaha๐Ÿ˜…. But it a new lesson to me , mengenali orang yang memang kita kenal , memahami orang memang kita dah faham dan mencintai orang yang kita dah cinta. Kehidupan sangat unik dan sangat menarik. Jujur aku cakap , kehidupan aku rasa sama tapi berbeza dan aku percaya semua orang impikan kehidupan berteman , bercinta dan berkasih sayang. Terasa lengkap agama itu. 

Sebulan selepas aku berkahwin aku lalui fasa berpuasa dengan "suami" , until now aku akan gelak kalau aku guna perkataan "suami" . Actually cute taw guna bahasa melayu nie . Macam "suami ku , isteri ku" aku rasa comel , kadang-kadang aku menyakat syafiq dengan panggilan tu. Nampak muka di blushing-blushing. Hahaha macam terbalik , aku yang suka menyakat dia bagi blushing๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š.

Kehidupan selepas berkahwin memang kena tolehrasi , memahami , mengerti dan tak saling berputus asa. Kadang kala, aku rasa hidup dah cukup bertuah dan aku je yang tak reti nak bersyukur. Allah berikan semua yang aku nak dan Allah beri senyuman yang aku sendiri lupa nak lakarkan. Aku ada mak , abah , suami , keluarga mertua dan sahabat yang sayang kat aku . Rasa sempurna dah hidup ini. Kehidupan yang lebih sempurna daripada cinderella . 

Kalau dulu aku menangis aku akan simpan sendiri , sekarang aku menangis akan ada orang pujuk. Kalau dulu buat tak adalah kuat sangat buat kerja rumah , sekarang daripada mengemas , memasak , mencuci dan membuat syafiq senyum sepanjang hari adalah tanggunjawap aku. It really fun , subahan Allah. Korang tahu , aku rasa masa bercinta dah cukup merepek isu yang aku gaduh , rupanya kahwin lagi merepek aku pertikakan isu. Isu beli shoppe, siapa yang nak turun ambil makan , kipas slow sangat dan pelik-pelik . Uhm lama kelamaan kita saling belajar kawal dan faham satu sama lain๐Ÿ’“

Kata orang sebab baru berkahwin semuanya indah , tapi bagi aku hujan pasti turun dan pelagi menyusul selepas itu. Berat mana sesuatu yang kita tangung dan hadap kita bertanggunjawap atas kehidupan kita sendiri. Aku harap semua yang baca ini nampak kehidupan aku selepas kahwin macam mana dan aku turut berdoa kalian akan rasai kehidupan ini sama seperti aku. 

Jumpa lagi next post ๐Ÿ˜˜



Wednesday, August 11, 2021

A Beautiful Day to Remember

 Assalammualaikum


Aku dah lama nak post hari terindah ini , tapi aku agak malas untuk menaip dan kadang tu rasa macam poyo nak exposes kat umum๐Ÿคฃ. Tapi bila difikirkan balik , nanti dah tua satu-satunya benda yang berlaku dan mengubah hidup aku , aku tak tulis disini. Blog ini dah seumpama hidup membesar dengan aku. Walaupun aku jarang menghiasi diruang ini , namun disinilah aku mula belajar erti setia dan berkawan dengan ikhlas๐Ÿ’.

Okay jom start, pada 25 March 2021 hidup aku mula berubah status. Ia ibarat kejutan dan menghentikan sesaat waktu berjalan . Seawal 5 pagi aku bangun , menunaikan solat subuh dan menarik nafas sebentar. Melihat sekeliling orang yang sibuk. Kakak dan mak aku daripada semalam berpesan jangan menangis nanti seri muka aku hilang. Katanyaa ๐Ÿ˜…. Wa hal , diorang tak tahu ke anak dan adik diorang nie seri sentiasa ada dan semestinya sentiasa cantik ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ ( siapa lagi nak puji aku , kalau bukan diri sendiri) ๐Ÿคซ. Pada hari itu , semua ada cuba kakak aku yang kedua tak pulang disebabkan tidak boleh rentas negeri. Pada awalnya aku ada bercadang untuk bernikah sahaja, tapi kata mak “adik, biar buat kecik tapu lepas semuannya. Kalau dah bernikah jangan mimpi kau nak bersanding nanti dengan status covid masa sekarang yang merisaukan”. Sejujurnya aku faham hati orang tua, yelah bila pasangan dah tinggal bersama dalam tempoh yang lama dan kemudian nak bersanding itu satu perkara yang tipis . Andai kata mengandung , takkan nak bersanding bertiga. 

Jadi majlis kahwin diteruskan dengan jemputan minimal. Tapi aku rasa lega bila dah selamat semua tak perlu ambil cuti lagi untuk bersanding. Pada mulanya kes covid meningkat dan hampir menakutkan aku nak teruskan . Bulan 1 diorang tutup sempadan negeri, aku dah hampir putus asa dan malas nak fikir, tapi disebabkan rezeki dan doa ibubapa yang tak putus , kerajaan membenarkan majlis kahwin mengikut kapasiti kawasan ketika itu. Subahan Allah , Allahamdulilah . Ada juga memori yang terpahat dalam ingatan. Nak jadikan cerita 1 hari sebelum akkad nikah , tok kadi hubungi aku dan nyatakan aku boleh bernikah di masjid. Itu lagi satu rezeki yang aku tak duga, Allah beri aku peluang untuk bernikah didalam rumahnya ๐Ÿฅฒ.

Pagi sebelum nikah , aku dah nampak abah segak berbaju melayu dan bersamping , mak dengan shawl melilitnya . Sekali tengok macam diorang pulak nak nikah lagi ๐Ÿ˜…. Mua aku datang siapakn aku jam 7 pagi. Kemudian, siap dalam jam 8.15 pagi macam tu  niiiieee gambar aku lepas  siap ๐Ÿ‘‡๐Ÿป




Sebelum nak menikah aku still tak rasa apa-apa . Aku cuba rasa sedih je , sebab terbayang mak dan abah yang dah besarkan aku. Okay kemudian bila semua dah siap , kami semua bergerak ke masjid. Kami pergi 2 buah kereta, aku nak satu kereta dengan abah dan mak. Abang dan kakak aku naik satu kereta yang lain. 

Masa dalam kereta , mula drama sedetik lebih . Abah cakap dulu abah hantar adik pergi sekolah , sekarang dah tiba masa abah hantar adik pergi bernikah. Allahu naik jatuh hati nie taw, abah selalunya tak drive. Aku dengan kakak aku je drive, abah akan duduk belakang kalau pergi mana-mana sebab dah ada anak boleh drive. Tiba-tiba pagi tu dia nak drive , aku eeee abah nie mula lah nak drama. Ini gambar aku dalam kereta.



Masa tiba untuk akkad , aku kat belakang dah drama air mata. Syafiq lepas kahwin dia cakap “saya dengar awak nangis , saya risau masjid banjir. Dah jadi kita pasangan terakhir nikah kang”๐Ÿ˜’. Kuang asam . Bukan nak puji aku cantik ke , nie kutuk aku lagi ๐Ÿ˜•

Lepas bernikah , akhirnya dah sah. Bertahun bercinta akhirnya kahwin juga. Masa syafiq baca taat setia, aku tengok dia haaaa ingat tu masuk otak dalam-dalam yeee. (AMARAN). Lepas tu kami semua balik kerumah . Jamuan makan , mak aku hanya bungkuskan makanan untuk tertamu yang datang cuma rombongan sahaja mak sediakan makan untuk makan. 

Lega untuk 1 hari dan akan ke majlis pula. nieee aku bagi gambar nikah aku :-















Selesai majlis akkad , pada 27 March 2021 tibalah majlis sanding. Majlis kali ini lagi mencabar dan aku pulak pilih pakai gaun konon nak nampak macam princess. ๐Ÿคฃ 

Macam biasa pagi yang pelik , sebab aku rasa macam aku jadi tumpuan , aku bersiap jam 9pagi bersolek dan pakai baju yang tebal dan kembang. Aku akan ingat sampai mati bertapa sesaknya aku pakai baju tu. Nak berjalan pun rasa susah. Aku minta maaf pada yang hadir sekiranya aku tidak datang bersua dan mengucapkan terima kasih. Jujur aku sangat bahagia kalian sudi memeriahkan majlis ini. 


Ini mekaup aku pada hari itu. Actaully aku suka sebab nampak lain daripada aku nampak muka aku kat cermin. 


Inilah benda yang aku rasa nak mencarut dalam hati, hahahaha bila aku asyik terpijak kain aku sendiri dan aku tak boleh focus dengan perjalanan menuju pelamin. Aku punya kasut pulak hari itu longgar gilossss, padahal aku beli saiz aku . Nak longgar pun hari tu jugak. 

Tapi bila mana aku , di atas pelamin dan melihat semua tetamu datang. Tiba perasaan yang finally angan-angan jadi keyataan . Rezeki yang Allah berikan seketika buat aku lalui akkad dimasjid, majlis didewan dengan boyfriend yang jadi ex. Allah bagi semua yang aku doa. Tak ada tertinggal satu pun dan aku percaya doa ini juga sebabkan doa ibu bapa. Okayy nak gambar dan video kahwin aku

















Friday, July 9, 2021

Tiktok berhantu Mop rumah bagi berkilat

Assalammualaikum

Apa khabar korang , masih chill atas katil ke tu ? mesti dah lemau duduk rumahkan? . Samalah dengan aku , naik marah aku tengok case harian makin tambah-tambah non-stop . Mungkin status saringan daripada kluster-kluster baru . Kita doakan supaya Malaysia tetap aman dan semua orang kuat dan tabah harungi semuanya. Okay jangan cerita benda sedihlah , tak elok fikir negative it not good for our mental health.๐Ÿ’ช 

Hari ini aku nak cerita pasal tiktok nie berhantu, dulu aku pernah cakap “ee tiktok ni apalah aplikasi menari-nari” negative je memanjang kat tiktok sekali bila aku terjebak dalam lembah tiktok maka tiada jalan keluar untuk aku. Mula nak tengok seminit , jadi 1 jam , jadi 2 jam dan jadi berjam-jam . Masya Allah apakah yang aku lakukan๐Ÿ˜Œ. Sejak aku terjebak ni perspektif aku dengan tiktok mula berubah. Betul kata orang tak kenal maka tak cinta. Buat masa sekarang Alhamdulilah tiktok banyak bagi manfaat buat aku.  Ini adalah pengajaran untuk aku supaya jangan sesekali pandang sesuatu itu pada satu sudut sahaja. Tak tahu tanya jangan bersomberono je menuduh atau menunding jadi. Macam situasi kita sekarang si A tunjuk B , si B tunjuk C  akhirnya kita tetapi macam ini stay at home tanpa tahu apa kesudahanya๐Ÿ˜ž.

Jadi kat sini aku nak bagi tips macam mana korang nak mop rumah bersih dan berkilat. Ini daripada tiktok yeee dan aku pun dah cuba berkali - kali ini semua benarrr.

Bahan - bahannya

1. Pencuci lantai ( 1 penutup kecil )

2. Air suam 

3. Soda bikarbonat ( 1 sudu teh kecil)

4. Cuka ( 1 sudu teh kecil )

5. Mop


Kemudian korang moplah satu rumah sambil dengar lagu “aku budak girl” ๐Ÿ‘ฏbarulah semangat. Walaupun WFH kita kena multitasking . Kita kena try and error semua benda untuk buat kita happy , kalau kita stress  kita akan produce quantity bukan quality . Kalau bos kejar due , kita kejar kebahagian . Dulu aku selalu stress kerja, nak kejar due, nak kejar client, nak fikir mana company nak dapatkan duit bayar gaji aku, mana nak close client then bila buat kerja lain masa dalam waktu kerja aku rasa tak berkat dan sebagainya . Akhirnya apa aku dapat? dapat burnout and hampir ada sucidal thoughts๐Ÿ˜ข. Kepada majikan sekalian janganlah korang dok cerita isu kewangan pada staff. Jangan desak atau takut-takutkan staff , “kalau korang tak buat itu, macam mana kita nak dapat duit bayar gaji korang” . Aku rasa majikan semua kena belajar psikologi industri agar staff tak burnout. Kesian staff yang kena tangung dan disorokan rasa ketakutan ,diberhentikan kerja , di bayar gaji separuh dan nak hadap kes covid -19 ini. Aku faham company pun nak kena fikirkan macam mana dorang nak maintain tapi wujudkan satu team marketing untuk brainstoming bukan tambah kerja staff yang lain . Okay done membebel ๐Ÿ˜

Okay kita kembali, lepas dah mop satu rumah korang bilas pulak. Tapiiiiiii bilas guna air suam. Lepastu biar kering . korang akan puas hati tengok rumah korang bersih. ๐Ÿ‘. Lepastu boleh lah menari intan payung tanda “ you did it” ๐Ÿ˜Ž


Okay sekian tips hari ini. Semoga ketemu lagi. 




Thursday, June 10, 2021

Cara Buat Waffle

 Assalammualaikum


Bertemu sekali lagi kita ye, aku kalau rajin , berkali-kali aku update blog. hahaha , so hari ini aku nak bagi resipi pula. Tak pernah -pernah dalam blog aku ini aku share resipi sekali bila dah kahwin tiba rajin nak share. hahaha

Masa bujang dulu aku cakap kat kawan-kawan aku, kalau aku dah kahwin aku nak try masak semua benda. Aku nak jadikan dapur sebagai tempat aku hilangkan tekanan. Alhamdulilah sepanjang 2 bulan ini aku masih tenang di dapur. Okay nah aku share resipi yang senang dan ringkas korang perlu sediakan untuk husband korang :-


Bahan kering 

1/2 cawan tepung gandum 

1/2 cawan tepung jagung

1 sudu kecil bicarbonate 

1 sudu kecil baking powder 

1/2 sudu garam

1 sudu kecil gula

(sekalikan adik beradik ini dan letak disebelah)


Bahan Basah

1 biji kuning telur (kuning je taw)

1 cawan minyak

1 sudu kecil essen vanilla 

(kacau rata sampai bahan-bahan ini bersatu)


Bila bahan basah dah bersatu masukkan bahan kering dalam bahan basah tersebut. Lepastu kau kacau - kacau sampai tak nampak berketul.


Panaskan tempat masak waffle atau pan kecik letak sedikit minyak (sapulah bukan letak macam nak goreng) letak manja macam kau sapu serum kat muka sebab nak jimat hahahaha๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

then biarkan , sampai naik bau . Kalau pakai pan kau terbalik-terbalikkan lah supaya masak sekata.



Kalau ada vanilla ice cream dan coklat syrup letakkan
sedapnyaaaa ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹ 

Selamat mencuba !



Wednesday, June 9, 2021

Cara Permohonan Benar Nikah

 Assalammualaikum

Selamat datang kembali ke laman sesawang aku ❤. Minggu nie adalah minggu kedua kita status “Lockdown” aku dah masuk 9 hari tak keluar rumah , gamaknya cara pakai tudung pun aku lupa nanti hahaha (over sangat tuuuuu๐Ÿ˜œ) . Macam biasa musim COVID nie pastinya ramai yang “PANIC MARRIED” hahaha macam panic buyinglah lebih kurang tapi kali nie buying pelaburan sepanjang hayat yang boleh bantu jalan ke syurga *gitu* hahaha. Memandangkan ramai yang nak berkahwin jadi aku dapat idea nak keluarkan satu content persediaan sebelum kahwin, topic kali ini aku lebihkan kepada daftar online di “BENAR NIKAH” ( tekan je kat situ aku dah bagi link). Tak semua negari mengunakan benar nikah . Meh aku senaraikan negeri mana yang boleh daftar benar nikah nie NEGERI SEMBILAN , MELAKA, PERLIS, KEDAH, PERAK, WILAYAH PERSEKUTUAN DAN JOHOR. 

Bagi negeri yang tidak dinyatakan di atas prosess permohonan nikah berbeza. Nanti aku akan update macam mana nak mohon bagi negeri yang tak dinyatakan . Hari ini aku cerita dulu macam mana korang nak buat permohonan nikah melalui benar nikah terlebih dahulu. 

1. Layari Laman Web Benar Nikah (sekali lagi aku sertakan link tekan jer)

Bila korang dah masuk laman tu akan keluar homepage macam ini ๐Ÿ‘‡

(Gambar 1)

Lepas tu mata korang tengok kat sebelah kanan yang ada site ini ๐Ÿ‘‡


(Gambar 2)

bagi permohonan baru “klik kat permohonan baru tu” 


(Gambar 3)

Untuk pasangan yang duduk dalam kawasan yang mengunakan “benar nikah” hanya salah seorang pasangan je yang daftar. Selalunya perempuanlah yang rajin daftarkan (MACAM AKU๐Ÿ˜’ lelaki nak mudah je tahu-tahu dah kena hantar je , tahu tahu datang nikah je ๐Ÿ˜‘)
 
Walaupun salah seorang yang isi korang perlu juga dapatkan maklumat peribadi pasangan dengan tepat supaya tak berlaku apa-apa maklumat yang tertinggal. Aku masa nak isi borang inilah mencabar. Peringatan pastikan korang simpan no rujukan tu elok-elok. No rujukan tu tujuan untuk bantu korang edit semula maklumat sebelum korang betul-betul hantar ke pejabat agama. Kalau korang tengok balik Gambar 2 kat situ ada tulis carian permohonan , bil korang dah daftar dan dapat no rujukan korang boleh buat carian semula sekianya ada maklumat tak lengkap atau nak ubah tarikh letak je no ic dan no rujukan kau. 



                                                                       (Gambar 4)
Korang nampak dalam Gambar 4 aku bulatkan tu, haaa itulah no rujukan yang korang kena simpan sampai korang hantar borang ke jabatan agama islam.


2. Kenalpasti Daerah Pasangan

Daerah Sama

Kalau pasangan korang daripada daerah yang sama , korang perlu hantar borang yang dah di cetak ke Pejabat Agama daerah dalam tempoh 30 hari / 1 bulan sebelum korang bernikah :-

Contoh : Syafiq berasal daripada daerah manjung
               Wara berasal daripada daerah manjung 

Jadi daerah yang sama wara hanya perlu tunggu 30 hari sebelum nikah untuk hantar borang nikah ke Pejabat Agama Islam Manjung.

INFO : sebelum nak serahkan borang call dulu pejabat agama tanya tarikh sekian sekian ada kosong , kalau tak ada kena tukar tarikh awal atau lambatkan .



Daerah/ Negeri Berbeza

Kalau daerah/negeri lelaki berbeza dengan perempuan , bakal pengantin lelaki mesti menghantar borang “terlebih dahulu” ke pejabat agama daerah/negeri bakal pengantin lelaki dalam tempoh 90 hari/ 3bulan . Bila Pejabat Agama daerah/negeri pengantin lelaki kata “okay teruskan” , pengantin lelaki hendaklah beri borangnya ke pada pihak pengantin perempuan untuk dihantar ke Pejabat Agama daerah/negeri pengantin perempuan. 


INFO : sebelum nak serahkan borang call dulu pejabat agama tanya tarikh sekian sekian ada kosong , kalau tak ada kena tukar tarikh awal atau lambatkan .


INFO TAMBAHAN : Pasangan pengantin kena kenalpasti Kariah Masjid korang untuk isi borang, sebelum ke pejabat agama pastikan korang dah jumpa dan dapatkan pengesaha penolong pendaftar/ tok kadi barulah hantar borang tersebut. (JANGAN SUSAHKAN BENDA YANG SENANG , TAK FAHAM TANYA)


3. Test HIV 

Memandangkan aku pun kahwin dalam musim covid jadi aku kena lalui norma baru. Cara nak buat temujanji test HIV pun mudah. Korang boleh gunakan aplikasi Mysejahtera. Korang bukak Mysejahtera korang kemudian :- 



( Gambar 5)

Korang tekan “Digital Health” lepastu akan keluar nie:-



(Gambar 6)

Lepastu klik clinic appointment booking , dah tekan tu akan keluar macam-macam temu janji korang tekan “QueueMed” , mulalah pencarian korang di klinik-klinik yang buat saringan HIV .

INFO : Untuk permohonan kahwin Test HIV yang DIBUAT di HOSPITAL KERAJAAN sahaja diterima . Jangan buang duit nak pergi swasta tak pasal banyak kerja. (JANGAN SUSAHKAN BENDA YANG SENANG , TAK FAHAM TANYA)

INFO TAMBAHAN : korang kena bawak surat test HIV yang ini ( BORANG TEST HIV ) klik je kat situ bawa 4 keping salinan 2 kau punya 2 pasangan kau punya ke hospital yang kau buat temujanji tu.


Okay sampai situ jelah dulu aku share. Semoga penulisan aku hari ini membantu korang. JANGAN LUPA CETAK BORANG LEPAS ISI DAN HANTAR. Selagi korang tak hantar ke pejabat agama selagi tulah permohonan korang diawang-awangan . Good luck bakal pengantin ๐Ÿ’“๐Ÿ’“