Sunday, January 24, 2021

5 Way to stay productive during MCO 2.0

 Assalammualaikum

MCO 2.0 guys ingatkan 7 hari mencintaimu je ada vol 2 rupanya MCO pun ada vol 2 guys. Nak pengsan dengar 😅. MCO kali ini tak terlalu menekan sebabnya ekonomi masih berjalan seperti biasa namun hakikatnya kita perlu terima yang kes harian terus meningkat kebelakangan ini. Macam - macam pandangan yang dapat dilihat juga pendapat yang didengar👀. Kadang tu pernah termenung sendiri saya nak marah dan rasa nak lepas geram pada siapa je lalu didepan mata dek kerana sifat kecuaian orang lain😢. Well siapa kita nak menuding jari pada sesiapa pada akhirnya kelihatan kita tetap bersalah dan kena akui kesalahan itu👿.

Sejak hari pertama MCO 2.0 aku masih lagi menjalani rutin harian yang sama , masih rasa productive dan bernafas secara sihat. Diharap kalian juga bergitu, hari ini aku nak bagi tips 5 cara untuk kekal productive semasa MCO 2.0 walaupun mempunyai social distancing pada saat ini. Kini kita faham dimana kita berada di fasa digital, tiada lagi physical touch seperti dulu untuk meluahkan rasa sayang dan perhargaan . Banyak-banyak gesture yang boleh membantu kestabilan emosi adalah physical touch. Bila kita sedih orang peluk kita, orang usap belakang kita dan  orang pegang tangan kita automatic kita rasa disayangi dan dihargai. Sekarang yang dekat akan jauh dan yang jauh akan terus jauh, ini adalah fasa ketidak harmonian emosi, kita kena akui benda ini dan lalui hari mendatang dengan kuat💖.


5 cara kekal productive semasa MCO 2.0


1. Daftar free online class anjuran mana-mana university

Memandangkan online class semakin popular, jadi terdapat banyak university yang menganjurkan program-program online yang tidak berbayar. Sebagai contoh, Registration Webinar Awakening: Recharge A Sustainable Work-Life . Korang boleh try daftar .


2. Cari hobi yang baru

Masa sekarang aku banyak mencari  hobi baru contohnya aku cuba membaca buku - buku baru . Kalau dulu niat nak membaca selalu terbantut tapi kali ini aku try focus dan cuba habiskan bacaan aku sedaya yang mungkin. 


3. Ambil masa bersenam dan lakukan aktiviti sihat 

Korang boleh ajak kawan-kawan untuk berzoom supaya sihat bersama . Aku masuk program jom kurus. Niat aku nak kekal gaya hidup sihat dan kurus tanpa ubat. Sepanjang aku mengikuti program ini mind set aku semakin productive tak sempat nak fikir negative tak sempat nak fikir diri tak berguna dan sebagainya . Walaupun penat tapi rasa masa itu sangat digunakan dengan berharga. 


4. Siapkan kerja yang tertangguh

Aku cuti setiap hari sabtu , jadi bagi mengelakkan aku overthink untuk hidup aku , aku akan siapkan kerja rumah yang tertunggah . Contohnya hari sabtu adalah hari cucian . Aku akan bangun lewat sebabnya aku nikmati cuti secukupnya , bila aku bangun aku akan mandi sekali cuci toilet . Lepastu cuci toilet aku akan makan lunch terus , lepas lunch aku akan kemas bilik mop , tukar cadar , kemas meja makeup sambil main-main makeup lap-lap habuk. Kemudian aku akan siap berkemas dalam jam 4 petang macam tu aku terus cuci baju , lipat baju . Jam 6 petang aku akan bersiap-siap vitual senaman dengan geng jom kurus . Habis workout jam 7 petang aku akan ambil dinner dan mandi solat jam 9.00malam aku akan terbaring untuk tunggu masa tidur sebab esoknya aku kerja. Mingguan aku selalunya bergerak sama kecuali tak MCO 2.0 aku akan ambil masa untuk keluar jumpa tunang aku atau jumpa kawan-kawan aku. 


5. Tidur cukup

Walaupun MCO pastikan korang tidur dengan cukup. Jangan tidur lewat dan jangan dedahkan mata dengan cahaya diwaktu malam. Bila tidur cukup, kesihatan baik, hati senang korang akan hargai setiap nafas yang korang hirup. 


Aku harap dapatlah membantu korang ketika MCO 2.0 ini. If korang perlukan kawan untuk meluahkan kesedihan dan kegembiraan ketika MCO ini korang boleh emailkan pada aku waramokhtar@gmail.com. Ketika ini aku mampu memhulurkan support sekiranya mampu . Namun sekiranya ada isu psikologi berkaitan yang luar daripada kemampuan aku , aku akan suggestkan tempat - tempat psikologi yang dapat membatu kalian .


 xoxo wara