Tuesday, February 2, 2016

#Day 2 : Aceh

Assalammualaikum

Hari kedua di aceh . Bangun awal pagi, sebab nak breakfast. Hari pertama wara kelaparan. Ioall nak habak mai, makanan di Aceh bukan seperti makanan dia bandar-bandar besar Indonesia. So jangan mudahnya kata makanan di Indonesia semuanya sama. HUHU. Makanan di Aceh lebihnya pada tumbuh-tumbuhan. Air buluh is the first and last for me , hopefully haha. Kalau di Malaysia bila sebut je TOMYAM kita akan bayangkan, pedas, ayam , udang dan rasa masam-masam tapi Aceh TOMYAM adalah kuah lodeh. Tahu lodeh apa ?? tahu tak ? alaaaaa yang selalu kita makan masa hari raya makan dengan nasi impit tu. Dalam tomyam aceh ini ada ayam, sayur menyalar ( i don't what type of sayur ) yang penting sedap, then nasi dan burgerdil.Simple menu bagi kita tapi bagi mereka itu adalah makanan yang paling susah mereka nak makan. Sometime rasa sedih sangat bila melihat ada anak-anak kecil terpaksa minta sedekah di kedai-kedai, di jalanan. Kita di Malaysia di beri pilihan, tapi mereka di sana tiada pilihan. Mereka menjalani hidup sekadar termampu sahaja. Sebenarnya aceh ini sebuah daerah yang tidak merdeka di Indonesia. Sebelum berlakunya Tsunami aceh dalam peperangan. Siang malam mereka berperang. Sehinggalah berlakunya Tsunami . Bagi mereka Tsunami itu adalah hikmah untuk membersihkan darah peperangan.

 Hari kedua di teruskan ke Muzium Tsunami. Muzium ini adalah sebagai tanda peringatan terhadap berlakunya bencana yang besar meragut jutaan penduduk di aceh. Melangkah masuk ke muzium tsunami itu ada satu perasaan yang lain. Perasaan yang seolah-olah kita ada ketika berlakunya tsunami. Satu perasaan yang tak boleh nak di gambarkan. Hiba ada, sedih ada, takut ada, teruja ada.Trip kali ini betul-betul bagi kesedaran yang kematian memang memburu kita. Masa masuk di dalam muzium tu ada satu laluan yang gelap gelita, sepanjang laluan gelap tu, akan dengar bunyi ombak laut yang kuat, pecikan air seolah Tsunami tu sedang berlaku, sepanjang laluan tu akan terdengar surah-surah kitab suci Al-Quran. Ya Allah masa tu wara tak nak lepaskan tangan mak dan abah. Rasa satu perasaan yang takut kehilangan. Ramai mangsa tsunami kehilangan ibu dan bapa mereka. Ya Allah besar dugaan mereka. Kemudian di muzium itu terdapat paparan sebenar berlakunya Tsunami. Semuanya di ceritakan melalui rakaman visual dan secara lisan. Actually muzium Tsunami ini berbentuk pusingan ombak. Letih jugaklah pusing-pusing punya pusing dalam cahaya samar tu.Di satu ruang berbentuk terlaga yang diberi nama "Sumur Doa" di ruang itu terdapat nama-nama mangsa tsunami yang dihantar oleh warisnya dan di atas sekali ruang sumur doa itu ada kalimah ALLAH yang bercahaya. Maksud ruang itu, kemana pun kita, siapa pun kita, apa pun status kita dan bagaimana pun kehidupan kita, kita adalah hambar yang akan kembali kepada sang pencipta dunia iaitu ALLAH swt.

Selepas itu, kami di bawa ke rumah minang di aceh. Menurut penjaga rumah tu, rumah minag ini tidak ada sebutir paku. Ia di dirikan secara tradisional. Cantik rumah tu. Binaan yang sangat klasik. Di rumah minang tu terdapat sejarah peperangan aceh. Macam cerita sejarah-sejarah biasa. Kalau di cerita kat sini dah rasa macam cikgu sekolah pulak. hehe so tak payah beratkan kepala tentang sejarah ye. Hahaha. Kemudian makcik-makcik dan pakcik-pakcik nie nak shopping katanya tour guide pun bawalah kami ke pasar aceh.   ( aku syak pakcik dan makcik ini stress kowt dengar sejarah aceh tu yang request nak pergi shopping, belum lagu sejarah dunia pakcik makcik hehehehe ). Dalam trip tu wara dengan kakak memang kuat menyakat pakcik-makcik nie maklumlah kami je yang paling muda dikalang mereka. hehe. Rindu pulak kita dengan pakcik makcik tu zzzzzzzzzzzzzz.

Pasar aceh. Pasar aceh adalah tempat tumpuan penduduk aceh. Itu di kira mall paling besarlah untuk mereka. Di situlah mereka membeli belah. Kalau makcik-makcik sukalah telekung dengan perbagai warna dan reka bentuk yang penting murah ! boleh bawak balik buat bisnes telekung bayar 2 kali hahahaha.Bagi kaum muda mungkin bukan tempatnya. Seketika itu tak jumpa lagi tempat buat kaum muda. Kami menegok sahajalah makcik memborong.Satu kedai hampir setengah jam huh!.

Hari ke dua berlalu bergitu sahaja. Kami pulang ke hotel untuk berehat eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeehhhhhhhhhh kejap lupa nak bagitahu sesiapa yang bakal pergi ke aceh or plan untuk pergi lepas baca entry nie. I cadangkan you all should standby kain, jubah, seluar yang besar or baju yang besar. Sebab di sana wanita tidak dibenarkan memakai seluar yang ketat. Dan siapa yang memakai seluar tidak di benarkan masuk di dalam masjid. Bukan dalam sahaja pekarangan masjib pun tak boleh. Kalau berdegil juga pergawai polis aceh akan datang menahan anda. Ioll pernah kena okey. Nasib baik pelancong dia bagi juga lepas dengan beramaran keras. Malu wey. Buat pengalaman dan boleh di ceritakan.



Al-Fatihah


Kembali padaNya itu pasti.


After Tsunami happen in aceh.Aceh be like padang jarak padang terkukur.


Blood


Pakcik-pakcik senyummmmmm (honeymoon mereka)


Rumah Minag Aceh.