Thursday, March 14, 2019

Macam mana nak jadi psychologist?

Assalammualaikum
Korang aku dah kembali berjumpa blog aku nie, terasa ada idea nak menulis. Aku tak consistent melepak dekat blog sendiri. Banyak melepak di laman orang je sebab nak membawang. HAHAHA . Laman aku nie sendu sebab aku tak bawak pak bawang mak bawang masuk. Kalau ada membawang pun lepas aku post nie. Aku pasti ramai yang cakap "eleh, itu pun nak tulis", suka hati akulah tenuk nak tulis apa pun, cemburulah tu tak reti menulis. Okay I'm done , kibar tudung jap.

Okay korang tengok tajuk post aku , macam mana nak jadi psychologist?. Ramai yang tanya aku soalan nie, terutama adik-adik junior :-

"kak wara macam mana nak jadi psychologist?" "macam mana nak bagi talk macam psychologist?" "macam mana nak sebarkan awareness macam orang tu dan orang nie" "kak wara saya suka belajar psikologi saya nak jadi psychologist" "kak wara saya suka nasihat orang , saya nak jadi psikologist"

Okay wahai adik-adik sekalian , akak cakap jujur kat sini, kalau impian awak nak jadi psikologist sebab nak keluar tv, nak bagi talk, nak jadi influences awak kena pastikan pengikut media social awak tu  berjuta-juta. Then awak ulaslah tentang isu-isu semasa kaitkan dengan tingkah laku dan kemudian orang akan kagum. Berapa kukuh pencerahan awak hanya awak sendiri tahu. 

Ramai yang memandang psikologi daripada satu penglihatan, maksudnya belajar psikologi then keluar terus jadi psikologist, tak adik - adik , untuk jadi psikologist awak kena specifickan bidang awak. macam mana nak specifickan bidang? sambung belajar. Kemudian seorang psikologist tugas dia bukan sahaja untuk memberi ilmu pada orang awam tentang mental health isu malahan seorang psikologist juga kena mencari ilmu untuk gain knowledge. 

"tak cukup ke belajar psikologi, sampai kena cari lagi?"

Ini aku ambil apa yang lecture aku cakap dulu , client kau berlatar belakangkan macam-macam . Mungkin dia ada UPRS, mungkin dia ada PMR , mungkin dia ada SPM, mungkin dia ada Diploma, mungkin dia ada Master, mungkin dia ada PHD, mungkin dia LGBT, mungkin dia Single father/single monther, mungkin penagih dadah, mungkin seksual worker dan boleh apa sahaja . Jadi setiap golongan ini mempunyai cara komunikasi yang berbeza mungkin ada yang kasar, lembut dan tak cakap langsung. Ilmu diorang tak sama dengan ilmu kita, so that kita kena banyak membaca, pergi majlis ilmu, pergi join ngo , turun padang supaya kita tahu berkomunikasi yang betul dalam golongan  mereka. Definisi psikologi adalah memahami tingkah laku dan permikiran manusia. So that korang boleh nampak dalam definisi tu , memahami tingkah laku manusia. Seseorang yang bertingkah laku sedemikian mempunyai sebab sedemikian. Kat situ je dah jelaskan seseorang psikologist bukanlah seorang yang judgmental person. Atas sebab itu orang yang nak menjadi psikologist yang hebat kena sentiasa mencari ilmu dan bukan sahaja mengeluarkan ilmu.


"okay macam mana pula kalau belajar psikologi tapi tak jadi psikologist?"

Macam ini, belajar psikologi merangkumi semua aspek, dalam psikologi kau nak belajar marketing ada, kau nak belajar education ada, kau nak belajar penjagaan kanak-kanak ada, kau nak belajar communication skill ada, kau nak belajar jadi speaker ada. Ramai orang dalam dunia nie ambil psikologi tapi bila habis belajar mereka berkerja dalam bidang masing2, ada yang tak letak pun title psikologist, bagi aku tak penting pun unless ilmu psikologi tu kau ada. Kalau kau perasan , orang psikologist akan kenalkan diri dia macam nie, 
  1. "Saya sipolan , clinical psychologist"
  2. "Saya sipolan , education psychologist"
  3. "Saya sipolan , developmental psychologist"
  4. "Saya sipolan , sport psychologist" 
Kau akan nampak diorang perkenalkan diri mesti dalam specific bidang diorang. Sebab diorang pakar dalam bidang tu dan diorang juga mempunyai master dalam bidang itu. Kiranya untuk ada title psikologist kau kena sambung Master. Jadi kalau nak tanya soal ADHD jangan tanya kat sport psychologist pulak.

 Kalau orang yang belajar psikologi dan tak letak psikologist dekat belakang nama dia pulak macam nie:-
  1. "Saya sipolan , speech therapy"
  2. "Saya sipolan , marketing manager"
  3. "Saya sipolan , pegawai permulihan"
  4. "Saya sipolan , social woker"
Diaorang nie pun belajar psikologi cumanya diorang tak guna perkataan psychologist kat belakang title diorang. That mean diorang mostlynya degree in psychology ( Degree in psychology adalah general dan tak ada specific bidang, untuk speech therapy diorang dah specific bidang semasa degree)

Jadi buat yang minat psikologi fikir betul-betul bidang korang , as student psikologi jauh perjalanan kita nak tambah pengetahuan. Macam aku kadang-kadang sampai rasa macam nak muntah belajar, lepas tu tenang lepas tu rasa nak muntah. Tetapi memang best belajar psikologi nie. Kat sini pun aku nak pesan kat korang kalau korang ada mental health isu, korang pergi lah rujuk pakar dan jangan sesekali diagnose diri sendiri. Kalau rasa swasta mahal pergi kerajaan. Jangan kau pergi dm , student degree macam aku ke , orang yang bagi talk tak penah buat sesi ke, orang yang viral sebab pengalaman dia ke. Jumpa pakar. Kalau sakit perut , sakit kepala , ciri birit tahu korang cari doctor bukan cari "orang yang pernah kena" . Diorang boleh explain what you feel but they never want to feel what you feel. As student psikologi aku sering di ajar cara put youself in their shoes, even you not wear the shoes but just feel it and you can feel how the sickness of people who are suffer from mental health issue.  


FYI : Psychologist kerja tak sama macam kauselor tau. 

Kat bawah nie aku bagi perbezaan 



Counselor

  • Often used as an umbrella term for both licensed clinicians with advanced degrees and those offering other forms of counseling.
  • Counselors work with the patient to determine the best way for the counseling sessions to provide preferred outcomes.
  • Counselors do not require the same degree of advanced training or licensure to operate.
  • Counselors have access to a much broader field of potential models for counseling.
  • Counselors lack the in-depth understanding provided by clinical research found in therapy and Psychology

Therapist

  • Protected title in some states such as California, requiring licensure to operate
  • Can include various kinds of Psychologists, Licensed Social Workers, Counselors and Marriage and Family Therapists.
  • Use behavioral approach to therapy
  • Different degrees offer routes to the protected title of therapist including but not limited to: Master in Psychology,
  • Master in Marriage and Family Therapy, Master of Social Work, Master in Counseling or a Doctorate in any of those fields.
  • In some states where this term is not legally protected this can include life coaches and others who may not have the same kind of licensure and degree requirements.

Psychologists

  • Usually requiring a minimum of a Master’s degree in Psychology to achieve this title. In rare cases, might include Bachelor’s degree holders.
  • In most cases, refers only to those licensed by a state board to provide Psychological therapy.
  • Must adhere to high standards regarding ethics and confidentiality as provided by the state board.
  • Can be involved in direct therapy with patients in private practice.
  • May teach at a college or university
  • Might be a leader or part of a team conducting research for a university or private enterprise
  • Uses researched based psychological behavioral approach to treating clients
  • Can assess and make clinical evaluations of clients mental health and diagnose mental illness
  • Make judgments on the best course of treatments based upon current clinical research in the field.
Human service edu .org , counselor vs therapist vs psychologist , retrieve from https://www.humanservicesedu.org/counselor-vs-psych-vs-therapist.html#context/api/listings/prefilter






2 comments:

  1. Assalamualaikum...oak wara ...saye nk tanya klu nk jdi psychologists agak2 gaji paling rendah berapa dan course psychology lagi elok ke berbanding lain??

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak wara, nak jadi psychology ni boleh belajar kat universiti mna?

    ReplyDelete