Friday, June 28, 2019

My experience sitting for MUET


Assalammualaikum

Tadi tengah cerita pasal muet dengan officemate , membuatkan aku rasa nak throwback zaman aku lepas diploma nak ambil muet untuk sambung degree. Masa lepas diploma perasaan berkobar-kobar nak apply masuk IPTA , any IPTA yang terima aku , aku terima dengan hati yang terbuka. Maka dengan semangatnya aku beli no.pin BSN muet. 🙋. (P/s : untuk ambil muet korang kena beli no pin muet di BSN untuk mendaftar secara online) . Aku ambil Muet bulan Mac 2017 , sebab aku nak daftar UPU bulan JUN 2017. Pengalaman ambil muet memang seronok sangat. Aku macam nak ambil sekali lagi je 😹 . Aku tak fluent dalam English dan buat aku rasa gementar nak ambil muet, tapi aku tetap atasi perasaan tu demi segulung Ijazah Masa depan. Ramai je cakap dengan aku buat apa nak menyusahkan diri sambung study , tapi aku pekakkan telinga je. Aku memang suka hidup sebagai pelajar . soooooooooooooooooo what ?!

Peperiksaan Muet terbahagi kepada 4 iaitu speaking , writting , reading dan listening . Jarak exam speaking dengan exam yang lain memang jauh. Aku pun tak faham kenapa nak jauhkan . Exam speaking sangat best kalau dapat group yang saling bantu - membantu . Setiap daripada orang yang memahami English bukanlah bahasa utama seseorang tu. Aku dapat teammate yang sangat bagus, saling bantu membantu dalam mewujudkan suasana yang smooth sepanjang peperiksaan berlangsung. Jadi kalau nasib korang tak baik dapat lah groupmate yang pentingkan diri , aduh pening kepala wey !!!!!!!!!!!!.

Tajuk peperiksaan speaking aku ialah "What is the advantage if you have driving license" . Banyak juga yang aku taram . hahaha orang melayu kacukkan banjar nie payah bebenor nak speak London ! Masa untuk berfikir 5 minit dan masa untuk ulaskan segala point selama 10 minit. Pada mulanya aku rasa 10 minit tu lama bebenor , tapi bila idea mencurah-curah bagaikan curahnya air pancut 10 minit sangat-sangat  kejap bagi aku . Tips 1 : korang kena over-over taw bagi pemeriksan tu nampak korang berguna dalam group tu. (Over-over tu bukan maksud aku, kau tak bagi peluang dengan yang lain , tapi kau bercakap selagi boleh) . Guna perkataan *what do you think?* , *do you agree with me?* , *how about you?* , *yes , i agree with her/his point* dan bla bla lagi korang boleh guna. Biar nampak kau punya point bersambung dan sama dengan orang lain. 


Lepastu exam writing , listening and reading . Aku paling suka reading dengan listening. Writing aku aku tak suka sebab aku malas nak tulis. hahaha . Reading banyak kelirukan aku tapi kalau baca baik-baik 3 kali kau akan faham . Tips 2 : Jangan gopoh nak jawap soalan . Writing kau baca pass exam paper supaya kau boleh bayangkan apa soalan yang akan keluar. Tips 3 gunakan perkataan yang power-power untuk dapatkan markah yang tinggi. Korang tahu soalan writing aku sama macam soalan pass 2 years. Aku tak cakap senang tapi alhamdulilah bayangan tu memudahkan aku untuk menjawap. 1 bulan lepas aku settel semua exam aku dapat keputusan . Keputusan akan di warwarkan melalui online dan sijil muet akan dihantar pos ke rumah.

Aku dapat band 3 dalam muet. Okaylah daripada tak ada. Lepas habis muet aku sebenarnya lupa nak mohon UPU dan aku akhirnya kembali ke CUCMS dan CUCMS dan mengunakan muet untuk aku masuk. HAHAHA habis duit aku bayor ! . Setengah IPTS tidak memerlukan muet untuk masuk , tapi kalau kau ada bagus for your future lah . CUCMS bahasa bondanya English jadi muet bukan big thing untuk kau dapat degree. Cumanya kalau CUCMS buat muet kau joinlah mana tahu tiba-tiba dia wajibkan korang untuk konvo mesti ada muet. hahahaha

Bagi korang yang nak ambil muet aku suggestkan korang ke website ini untuk dapatkan panduan MUET . klik di sini :  Panduan MUET


aku tengah klik panduan ambil muet nie untu master . Korang bila lagi ? kliklah sekarang 

1 comment:

  1. Sorry nak tanya Kalau isi upu kene ada result muet kan? Untuk sambung degree. ?

    ReplyDelete