Thursday, January 11, 2024

PERANAN SELEPAS BERKAHWIN

 Assalammuaikum

Selamat tahun baru semua !, hari ini aku nak share dengan korang semua tentang peranan. Sejak kebelakangan ini aku selalu mendengar tentang krisis rumah tangga yang berlaku disekeliling aku. First of all, blogging kali ini bukan lah untuk menjaga tepi kain orang lain, namun ia lebih kepada ingin berkongsi tentang konflik rumah tangga yang sering berlaku kebelakangan ini. 

Justeru, segala maklumat dan cerita disini biarlah dijadikan perbincangan yang berilmu. Wah nampak semakin matang penulisan 2024 ye. Tahun ini aku nak letakkan satu matlamat bahawa aku nak menulis topik yang ilmiah yang dapat membantu orang lain diluar sana. 

Okay tajuk aku hari ini "peranan selepas berkahwin". Setiap manusia pastinya mempunyai impian untuk berkeluarga dan disayangi oleh orang yang bukan daripada keluarga asas. Justeru, apabila seseorang itu berkahwin lambat tidak perlulah diberi label "bujang terlajak atau anak dara tua". Keinginan berkasih sayang itu pastinya ada cuma Allah belum beri rezeki ke arah itu. Tetapi, walaupun lambat atau cepat seseorang itu mendirikan rumah tangga peranan dan tekanan tidak pernah terputus. Orang yang berkahwin akan menambahkan peranan sebagai isteri, suami, ibu dan ayah. Malahan orang yang tidak berkahwin bertambah peranan menjaga ibubapa yang sudah tua, menjadi pakcik makcik dan peranan sebagai anak. 

Apabila dilihat Allah itu Maha Adil, dunia bukan tempat berehat. Oleh itu, apabila seorang anak berkahwin adakah peranan sebagai seorang anak itu terhenti? TIDAK sama sekali. Namun, apabila seorang anak itu berkahwin, ia hanya menambahkan peranan dalam kehidupan mereka. Konflik sering berlaku apabila pasangan tidak memahami konsep peranan kekeluargaan selepas kahwin. Suami merasakan apabila sudah berkahwin isteri 100% menjalankan tanggunjawap dirumah, menjaga suami, anak dan sebagainya. Malahan suami lupa bahawa seorang isteri juga memainkan peranan sebagai seorang anak dan bergitu juga suami. Apabila sudah berkahwin isteri merasakan suami akan memahami peranan sebagai suami daripada sudut kasih sayangnya, penjagaan keluarga kecilnya dan isteri juga lupa seorang suami itu juga berperanan terhadap ibubapanya dan persekitaranya sebagai ketua keluarga. 

Konflik lain adalah peranan ibubapa dan mentua. Sewajarnya orang tua juga memahami peranan mereka supaya tidak melanggar boundaries anak-anak yang sudah mendirikan rumah tangga. Apa boundaries itu? memberi anak-anak membuat keputusan kehidupan mereka. Masa kini kita boleh lihat jatuhnya institusi kekeluarga adalah disebabkan campur tangan orang tua dalam pemilihan keputusan keluarga kecil anak-anak. Sebagai contoh : sepasang suami isteri nak membeli rumah, namun pemilihan rumah perlu dibuat berdasarkan persetujuan keluarga besar. Ini adalah salah satu ketidak adilan dalam rumah tangga. Tabonya orang kita terlalu memikirkan budaya yang menjadi templet sejak zaman dahalu. Dimana, setiap keputusan perlu mendapat persetujuan orang tua. Namun, hal ini akan menjadi konflik berpanjangan, sebarang keputusan didalam keluarga asas perlu persetujuan suami , isteri dan perbincangan bersama. 

Mungkin ada yang cakap kat sini "tak baik membelakangkan keluarga". Ia bukan membelakangkan namun apabila 2 individu memilih untuk berkahwin maksudnya mereka perlu bersedia menjadi seorang yang dewasa untuk memikirkan segala solusi dalam keluarga mereka. Sampai bila nak mengharapkan orang lain untuk membuatkan keputusan dalam hidup anda sendiri?

Disebabkan itu , aku selalu tekankan bahawa, setiap apa keputusan yang dilakukan pasti ada pro and con dan sebagai seseorang yang dewasa kita perlu bersiap sedia menghadapinya.  Perkahwinan ini bukan mengurangkan peranan kita. Tetapi ia menambahkan peranan kita sebagai manusia. Justeru, pada pendapat aku kursus perkahwinan perlu ditambah baik modulnya. Perlu menekankan soal keputusan bersama, peranan anak, isteri, suami dan ibubapa. Supaya konflik campur tangan keluarga dapat dikurangkan. Selain itu, kursus kesihatan , daripada segi dalaman dan luaran perlu di titik beratkan. Sehingga hari ini isu pendidikan seksual dalam institusi kekeluargaan masih kurang dibincangkan . Isu pendidikan seksual seperti umur berapa anak perlu pisah tempat tidur, siapa yang bertanggungjawap untuk memperkenalkan seksualiti anak, if mempunyai isu kesihatan seksual perlu rujuk siapa, hubungan intim di antara suami dan isteri dan sebagainya. Mesti ada yang kata "googlelaahhhh". Secara realitinya semua pencarian di google tidak dapat membantu lagi-lagi bab mandi hadas, mandi wajib dan mandi selepas bersalin. Disebakan itu aku rasa pendedahan tentang kesihatan dalam keluarga perlu ditekankan. 

Selain itu, konflik sering berlaku apabila pasangan menghadapi krisis kewangan. Pada pendapat aku bagi pasangan yang ingin berkahwin perlu mengikuti kursus kemahiran pengurusan kewangan selepas berkahwin. Hal ini kerana, terlalu banyak kes penderaan, kes pengabaian anak, kes keganasan rumah tangga berlaku disebabkan kurangnya sumber pendapatan dan kenaikan ekonomi berlaku. Mesti ada yang cakap , "dah tu buatlah dua  kerja, isteri berkerjalah jangan mengharapkan suami" . Namun, sekiranya pengurusan kewangan salah the root of issue will be same. Datangnya isu orang kedua dan ketiga apabila sesebuah keluarga mula berasa nyaman berada diluar rumah berbanding di rumah. Ini boleh dilihat sebagai tenatnya keluarga kecil itu.

Kesimpulanya perkahwinan ini bukan soal matang tapi ia soal ilmu. 





Tuesday, September 26, 2023

Menjaga Perasaan Daripada Tersakiti

 Assalammualaikum


Hai semua,apa khabar ? aku harap semua dalam keadaan sihat dan selamat. Hari ini aku ada idea nak menulis disini. Post kali ini adalah sekadar "educational puporse" dan ianya tiada kaitan dengan siapa-siapa. Hari ini aku nak bercerita tentang buli. Beberapa hari yang lalu aku ada jumpa dengan seseorang ini dan aku telah pun mendapatkan kebenaran beliau untuk aku ceritakan di blog ini. Ianya sekadar perkongsian dan untuk memberi kesedaran kepada diri sendiri tetang gejala buli dalam ahli keluarga.

Jadi kalau kita sebut pada buli mesti kita terfikir budak "sekolah", tapi pernah tak kita terfikir sebenarnya dalam keluarga boleh berlaku juga gejala buli yang boleh mengangu kesihatan mental. Kalau kes buli yang melibatkan orang luar mungkin seseorang itu boleh lari dan keluarkan diri daripada situasi tersebut. Namun apabila ia berlaku dalam keluarga maka, ia akan "stuck" di situ dan semakin lama ia akan menjadi nanah yang boleh menjadi kanser "dendam" akhirnya memakan diri sendiri. 

Jadi bagaimana ?

Buli ini berkaitan dengan kecederaan fizikal dan juga kecederaan mental yang mampu meninggalkan kesan pada mangsa. Justeru, aku nak sangat masyarakat  menitik beratkan tentang "Keluarga Selamat" dimana selamat didalam rumah sendiri dan didalam keluarga sendiri. Buli dalam keluarga boleh berlaku seperti body shaming , face shaming , lifestyle shaming dan sebagainya. Ia seperti mengumpat, menghina dan mencaci yang akhirnya beri kesan mendalam.

Bagaimana kalau kena buli oleh mentua ?

Pernah dengar orang cakap kalau kita nak berkahwin , kita kena berkahwin dengan keluarga pasangan itu sekali. Namun, tak ada siapa cakap pada bakal pengantin untuk hadam maksud surah an-nisa. Dimana surah an-nisa menjelaskan tentang terciptanya Adam dan Hawa, perintah menyambung silaturahim, larangan memakan harta anak yatim, pernikahan, permasalahan haid, serat hukum terkait perempuan lainnya seperti mahar, waris, mahram, hak-hak isteri, poligami, cerai, rujuk, mabuk dan lain sebagainya. Nahtinjahnya, sebelum menguasai yang lain kita perlu faham kenapa islam itu membenarkan perkahwinan. 

Jadi apabila kita masuk dalam keluarga pasangan kita akan boleh terima budaya yang berbeza dengan budaya keluarga kita. Melalui psikologi, setiap keluarga itu mempunyai budaya didikan anak-anak yang berbeza. Oleh itu, kefahaman atau kefungsian keluarga itu berbeza. Apabila kita menjadi bijak dalam soal "pembentukan keluarga" kita tidak semudahkan memberi laluan atau memberi negativiti untuk masuk dalam diri kita.

Mendapat mentua, ipar duai yang baik adalah bonus dan mendapat pasangan yang baik itu adalah hadiah. Kita juga digalakkan berkahwin sekufu. Untuk apa ? untuk mengurangkan konflik kekeluargaan berlaku. 

Apabila kita mendapat keluarga sebaliknya, peranan kita adalah "teguh". Dimana bersuara tapi bukan biadap. Hanya untuk stand to yourself. Belajar untuk kata tidak. Sekiranya kita rasa ini adalah situasi "buli" maka kita cuba dengan bertenang. Tidak semestinya semua situasi itu perlu berakhir dengan berbincang. Jadi, apabila kita disakiti hati , maka kita bersuara untuk diri sendiri. Semoga sesiapa yang dalam situasi sukar dapat dipermudahkan urusan keluarga. 

Ingat jangan mudah memberi lalui orang lain untuk membuli perasaan kita. Sayang diri sendiri sebelum sayang orang lain. Allah itu tak pernah tidur dan maha mengetahui setiap apa yang berlaku. Semoga ada pelangi dalam kehidupan korang. 


xoxo wara.




Friday, July 14, 2023

TRAVEL BAWA BABY ? ( BANGKOK 2023 )

 Assalammualaikum

Ini adalah post pertama tahun baru dan selepas 11 bulan. Aku lepas bersalin betul tak ada mood nak buat apa-apa . Rasa nak tidur je sepanjang hari tapi ada anak 👀 . Jadi hari ini rasanya hari yang sesuai aku menulis dan bermain-main di blog ini memandangkan di kecik sedang menikmati masa nap dia 😄. Ramai yang tanya aku :-

"tak bosan ke duduk rumah?"

"suri rumah ke?"

"apa je kau buat sekarang?"

"banyak free time"

Jadi untuk menjawap soalan di atas, marilah kita ketopik asal 😜😜 travel bersama bayi agaknya okay atau tidak? . Travel bersama anak nie perlukan mental dan juga fizikal yang kuat. Baru aku kenal erti kekuatan seorang ibu.

Pada asalnya aku nak bawa zara ke korea. Tapi bila fikir semula, aku tak boleh terus terkejut bawa zara ke perjalanan jauh. Kena ajar dia jangka masa pendek dan panjang dahulu. Yelah budak baru nak kenal dunia. Jadi aku decide paling pun bawa dia pergi langkawi . In Malaysia dan jarak perjalanan 1 jam . So pada awalnya zara ajak gementar. Memang 1 jam flight dia tak tidur. Sampai langkawi terus tidur, tapi tu pengalaman aku dengan syafiq. Kemudian perjalanan balik daripada langkawi ke KL dia dah mula selesa dan tidur sepanjang perjalanan. Jadi balik daripada langkawi aku terus decide nak bawa dia jauh sikit lagi .

Jadi aku pilih ke Bangkok. Bincang dengan syafiq tapiiii alamak si syafiq tak free. Jadi aku call superduper sister lah 💪💪, ajak my sister ke Bangkok. Dalam masa 2 minggu settel semua kitaorang pun fly ke Bangkok. Okay kali nie memang risau , zara okay tak 3 jam perjalanan , seperti biasa aku memang kuat berdrama, segala tips keselesaan ketika bawa bayi aku ikut :-

Tips bawa bayi menaiki kapal terbang :-

1. Beli tiket mengikut waktu tidur/nap bayi.

2. Pastikan datang awal ke aiport untuk mengurus bayi ( tukar pampes, tukar baju, makan)

3. Bawa mainan yang tidak mengangu penumpang lain.

4. Pastika bayi kekal selesa (terutama pakaian yang dipakai, pampes kekal kering)

5. Beri susu/makan yang cukup supaya bayi tak lapar.

6.Ketika kapal terbang take off pastikan bayi menyusu untuk mengelakkan tekanan yang tinggi pada telinga bayi.

Ini antara tips yang aku ikut . Selain tu aku memang bawa bantal kecil untuk zara tak gementar dan selesa. Alhamdulilah sebaik kapal terbang take off zara tidur sehinggalah ke Bangkok. Daripada segi makan pula.

Masa aku pergi nie Zara 10 bulan. Jadi untuk makanan dia banyaknya aku pack bubur dan aku bawa multicooker. Tapi bagi pengalaman aku , itu memenatkan , sebab korang dah jalan-jalan then nak masak apa semua. Baik bawa frozen. 

Selain tu aku bawa zara nestum , biskut dan beli buah kat 7E dia. Untuk trip aku tak ada lah terlalu berkira soal makan dengan zara. Ada part aku bagi je dia makan untuk merasa. Tapi janganlah sumbat tomyam macam cari masalah je . hahaha

Begin a parents kita tak boleh terlalu ikut semuanya . Macam "itu tak boleh ini tak boleh" it making us stress dan tak enjoy every momment. Walaupun nak jaga kesihatan anak tapi kita kena jaga kesihatan mental kita. Jadi transference. Alhamdulillah zara sekarang 1 tahun 3 bulan. Aku bagi macam-macam dah dekat dia dan aku pantau berak dia tindak balas dia lepas makan . Everything was very good.

Sampai 1 masa memang dia kena ada taste daripada segi permakanan. Biarkan mereka expore dan belajar makanan manis macam mana , makanan masin macam mana, masam macam mana, lembik macam mana, keras macam mana dan sebagainya . Kanak-kanak nie belajar melalui daya sensori mereka. 

Oleh itu, i jenis ibu yang if nak rasa aku bagi kalau tidak balas menolak that mean dia tak minta dah. Yang penting berbincang dengan Dr . 

Okay nah enjoylah gambar kita awak















Sunday, May 29, 2022

Pengalaman Bersalin Kerajaan

 Assalammualaikum

Dah 2 bulan aku tak update blog ini, aku just take break seketika setelah beremosi bersalin dan berpantang. Masa berpantang tak semudah yang aku bayangkan  Tapi bagi aku nasib seseorang itu berbeza tak mungkin akan sama jalan cerita kita. So hari ini, semantara anak aku masih lena dibuai mimpi aku nak share pengalaman aku bersalin di hospital kerajaan. Actually taklah teruk seperti orang cakap tapi still make sense setiap apa yang berlaku. Ada masanya kita akan jumpa orang baik dan ada masanya kita jumpa orang sebaliknya. 

Aku bersalin di Hospital Tunku Azizah ( Women and Children Hospital ) yang sebenarnya Hospital Kuala Lumpur (HKL) . Aku pilih hospital kerajaan sebab ada beberapa risiko yang menyebabkan aku hanya boleh bersalin dihospital besar kerajaan . Aku tak nak ambil risiko if apa-apa berlaku. Awalnya memang nak bersalin di hospital swasta dah survey siap kat mana aku nak bersalin dan plan nak bersalin untuk relax seperti bercuti. hahaha but ini macam nightmare bagi aku semua berubah sekelip mata . Racangan yang aku plan punah dan kita perlu redho. Aku merancang , Allah juga merancang tiada rancangan sebaik rancangan Allah . Jadi aku ambil iktibar dan hikmah daripada rancangan Allah aturkan . Semuanya indah dan aku bersyukur anak aku selamat dilahirkan.

Jadi, aku memang buat checkup di HTA . Sepanjang mengandung aku buat 2 checkup 1 checkup di Klinik Kesihatan dan 1 lagi checkup pakar di HTA. Pada week-week akhir doctor pakar aku bagi date untuk serah diri. Selalunya orang serah diri kalau overdue atau apa-apa kesakitan berlaku tapi aku serah diri pada week ke 39 dan baby memang nak keluar week ke 40. ( Hahaha 😄 ) .Hampir seminggu lebih aku kena tahan wad nak balik tak boleh , menangis jugalah aku nak balik sebab seksanya kena seluk setiap hari. Waktu seluk adalah jam 3am, 12pm, 2pm, 5pm . Boleh bayangkan 4 kali sehari kena seluk dan 4 kali aku rasa nak tendang orang . Kat sini aku tunjuk gambar seluk macam mana ;-


Bayangkan setiap kali kena seluk bukan seorang tau, tapi tengok keadaan. Kalau ada 3 doctor 3-3 doctor seluk kalau ada nurse , nurse pun seluk. Kadang rasa kesakitan itu parah wey! . Meleleh air mata setiap kali kena seluk. Lepastu seluk pulak ikut jari juga kalau kena jari besar sakitnya besar juga kalau kecil sakitnya kecil juga. Aku pernah cakap terima kasih kat seorang doctor nie sebab dia seluk sembut dan tak sakit . Aku cakap "terima kasih doctor , terima kasih buat dengan pernuh rasa hormat dan prihatin" . Aku bukan nak cakap buruk tapi ada sesetengah yang seluk aku , buat dengan sangat kasar macam aku tak ada maruah . Nak kencing pun pedih, ingat aku tak ada perasaan atau tiang lampu kau masuk jari macam nak termuntah aku. Sampai sekarang aku masih ras diva betul kau buat kerja. 

Jadi bila dah seluk pembukaan cervical aku lambat buka. Ini fakta ye sebab anak pertama dan bayi masih tak ada jalan untuk buka cervical sebab itu lambat. Bagi siapa anak pertama normal ye bayi lambat buka dan jalan kita slow progress. Melainkan kita pernah mengandung , sebab jalan bayi keluar dan sedia ada. Sebab itu kena start bersenam week 13 keatas bagi memudahkan bersalin. Jadi sebabkan aku punya progress slow aku di induce mengunakan belon bagi membatu membuka cervical aku . Ini gambarnya ;-

ini belon tu 



kemudian doctor akan masukkan kedalam cervical kita. 

Tahu perasaan aku masa ini, rasa kesakitan dan tidak selesa . Menangis aku call syafiq "sayang sakit sangat nak bersalin ini rupanya" tapi a few hours macam tu sakit tu hilang sampai aku nak bersalin , aku tak rasa sakit . Tak ada rezeki nak rasa contraction, aku ditolak ke labour room jam 8am dan mula tunggu di labour room 12jam tapi poor progress dan terus e-czer jam 9pm. Pengalaman bersalin adalah pengalaman yang tak mungkin semua orang merasainya . Aku tak boleh banyak complain sebab setiap cerita orang lain-lain. Ini cerita aku dan ini part aku , jangan kata "susahnya orang tu bersalin" dan "senangnya orang itu bersalin" setiap orang ada ceritanya dan jangan cari silap orang lain. Pada pandangan aku hospital kerajaan atau swasta sama je rasa bersalin tu. Procuder juga sama tapi mungkin di swasta selesa , tapi bagi aku kerajaan juga selesa sebab aku ambil first class punya jadi sama je . Cuma suami tak boleh teman bermalam. Bagi aku tak ada hal pun sebab rasa macam nanti suami aku bosan menunggu. 

Ini bilik aku masa di HTA 





makan hospital kerajaan . Tapi boleh je makan





Ini dalam LR sebelum pergi czer

Bagi aku okaylah , tak adalah teruk tapi penat menunggu jelah hospital kerajaan nie. Nak masuk LR pun aku tunggu 24jam . Sampai tertidur aku tunggu nurse ambil. So terpulang nak besalin swasta ke or kerajaan sama je . Sakit pun sama . Okay sampai sini jelah anak aku dah menangis pula. Aku sejak ada anak ini memang menyotong je aku. Kalau ada lagi 2 tangan masih tak cukup. Hari-hari aku bangun jam 5.30 pagi urus semua sekali. Nasib seorang kalau berorang-orang tak tau lah sempat mandi ke tak . hahahaha . daaaa




Thursday, March 24, 2022

36 Minggu : Positive Covid

 Assalammualaikum 

Hari ini aku nak cerita sikit pengalaman aku dijangkiti virus covid. Aku adalah orang yang sangat risau bila bab sakit nie. Rasa macam segala nikmat Allah terhenti bila kita sakit, nikmat menjadi sihat😭 . Pada mulanya syafiq positive terlebih dahulu dan aku tak positive juga ada gejala seperti batuk. 5 hari aku bertahan untuk tak dijangkiti, tapi akhirnya hari ke 5 aku di sahkan positive. Macam biasa bila positive peritnya nak lalui, kena tambah kuarantin 7 hari . 5 hari kuarantin close contact + 7 hari kuarantin positive😓. Memang terbaring je aku atas katil, sebab penat terlampau penat . Pada hari ke 5 , aku tengah masak sebab nak bagi orang positive tu makan ( a.k.a syafiq ) masa tengah masak tu tiba-tiba rasa kaki badan lenguh semacam , lenguh rasa nak menangis dan perut aku rasa macam tak sedap. Bukan tak sedap nak bersalin tu , tak sedap macam nak keluarkan isi yang aku makan pagi tadi. Terus rasa nak menangis kat dapur dan aku bercangkung je depan peti ais😰. 

Pada awalnya aku ingat mungkin simptom pregnant ke sebab kadang kesan pregnant nie pelik-pelik aku pun sendiri tak faham tindak balas dalam badan aku 😂 . Lepastu aku rasa lagi sedih sebab aku kena buat kerja sorang-sorang walaupun syafiq ada tapi dia dalam bilik kurantin . Kitaorang video call je, sejak aku pregnant belum lagi kita orang tak berjumpa sampai 5 hari. Paling lama pun 2 hari syafiq pergi kuantan sebab ada event. Selalu dia akan angkut je aku kehulu kehilir, memang sepanjang aku mengandung nie aku memang agak seperti belangkas sikit. Uish penat juga sebenarnya ada perasaan tak boleh ditinggalkan hahahaha. Mungkin orang akan cakap "ala mengada-gadalah mengadung macam tu". That is real guys kau tak tahu pun apa yang akan berlaku kat diri kau. Dulu aku ada judgemental macam tu kat orang mengandung tapi bila aku lalui sendiri memang tak lah aku nak judge lagi . Setiap manusia ada lain-lain cara untuk menonjolkan rasa disayangi dan menyanyangi. 

Pada hari pertama sehinggalah ke 5 sebelum aku positive syafiq teman aku tidur secara facetime ye . Aku faham perasaan yang dekat tetapi jauh tu, setiap apa yang jadi dalam rumah ini hanya kau dan suami kau je tahu. Orang luar takkan pernah tahu dan tak akan pernah faham . So masa hari ke 5 tu aku baring dan tak lalu nak makan. Aku risau baby kenapa-kenapa dan aku risau juga kalau bersalin habislah siapa pulak nak teman aku , nak bawak aku ke hospital. Lepastu jam 9malam macam tu hati aku tergerak nak buat swab. Masa nie jantung tak henti-henti laju, dalam hati aku doa biarlah tak positive, aku risaukan keadaan baby dalam perut. Selepas 10 minit result terhasil positive . Aku betul blur apa yang buat sebab aku dalam kalangan berisiko tinggi. Aku cuma nak selamatkan baby dan aku tiba-tiba bayang kes arwah Siti Sarah. Masa tu aku call syafiq cakap aku positive, dia dalam bilik dengar aku menangis memang dia gelabahlah, nak stopkan aku nangis tak boleh , nak cakap sesuatu yang positive pun dia tak boleh dan dia mula gelisah. Aku call kakak aku , kakak aku suruh maklumkan pada CAC tapi waktu operasi CAC daripada 8am - 9pm . Jadi aku call pada jam 9pm pun tak ada guna sebab takkan ada orang angkat. Lepastu kakak aku cakap syafiq dah boleh keluar jumpa aku sebab dua-dua positive. 

Masa tu syafiq dengar terus dia keluar bilik pergi kat aku, kitaorang memang kuat drama . Syafiq gelabah tanya kawan-kawan dia , aku pulak gelabah google apa nak buat👀. Kitaorang fikirkan baby je masa tu dan kitaorang pantau Fental Kick Chart setiap 1 jam. Kalau baby diam je aku akan kacau bagi dia bergerak dan berpusing. Esok pada , awal-awal pagi aku call CAC tapi CAC tanya keadaan aku . 

1. ada sesak nafas?

2.Status oxygen ?

3. demam?

4. Baby mengeras?

semua aku jawap jujur dan dia kata kalau semua saat ini okay aku boleh kuarantin di rumah sahaja sebab aku dah lengkap 3 dose vaksin. Mysejahtera aku update pun pada gejala 1, dalam tempoh 7 hari macan-macam  cara aku buat , minum lemon, minum air cengkih, makan banyak , minum air banyak, guna YL dan macam-macam lagilah.Sampailah hari ke 7 alhamdulillah semuanya okay dan aku checkup hospital. Jantung baby aktif, pada saat dr bagitahu tu aku dah lega sangat sebab lega semuanya selamat aku pun selamat, syafiq selamat dan baby selamat.

Tapi macam korang tahu bila kita kena covid kita akan lalui fasa prolong covid symptom. Pada saat ini ye aku laluinya , aku memang cepat penat , mudah hidung tersumbat dan rasa pening. So aku bagitahulah doktor apa aku alami, dan doktor pun cakap itu prolong covid symptom yang akan ada sehingga 3-6 bulan . So atas sebab tu aku risau juga keadaan baby macam mana. Jadi dr cadangkan untuk aku masuk ward pada 39 minggu usia kandungan aku. Ini pun salah satu yang aku risau sebab sehingga aku tulis blog nie aku masih tak ada tanda-tanda nak bersalin . Kata orang anak pertama memang agak susah nak buka jalan . Jadi doktor pun sarankan aku masuk ward pada 28hb dan tengok situasi pada hari itu macam mana. Sekiranya aku mengalami tanda semula jadi alhamdulillah tetapi kalau tidak mengeluarkan tanda aku perlu di induce (masuk ubat) untuk merasakan tanda. Memang takut , aku dah berapa malam tak cukup tidur dan overthink risau nak berjumpa dengan kesakitan in real. hahahaha

Aku mohon doa pada korang agar dipermudakan urusan aku pada hari kelahiran baby z nanti. Selain tu aku memohon maaf seandainya sepanjang aku menulis blog nie terdapat unsur sindiran atau sebagainya. Insya Allah aku bersedia . Babaiii .


                          

Thursday, March 17, 2022

35 minggu : Ambil booster okay ke ?

 Assalammualaikum

Pada awalnya aku memang tak nak ambil booster. Sebabnya aku tak nak risiko terhadap kandungan aku. Tapi setelah aku reject booster di Mysejahtera beberapa kali , kes harian semakin naik sampai mencecah 33k sehari . Aku makin risau juga, yelah mana tak risau kebanyakkan yang positive adalah kenalan aku dengan syafiq. Jadi semakin lama semakin berdebar , kes ibu mengadung dijangkiti covid-19 pun semakin hari semakin bertambah. Sikit-sikit dah terdetik nak ambil booster tapi sebab dah reject kat mysejahtera kenalah tunggu temujanji baru.

Nak dijadikan  cerita aku ada temujanji dengan Doctor MFM di Hospital Tunku Azizah . Jadi masa temujanji tu doctor tanya aku dah ambil booster ke . 

Doctor : Awak dah ambil booster?

Aku : Saya ada bercadang nak ambil tapi saya ingat nak ambil masa lepas bersalin.

Doctor : boleh kalau nak ambil lepas bersalin tak ada masalah, tapi kes ibu mengandung kena covid semakin hari semakin tinggi. Ada kes yang dah nak dekat bersalin lagi tahu dirinya positive.

Aku tahu doctor tengah sebarkan kesedaran vaksin terhadap ibu mengandung . Tapi aku still ragu-ragu sama ada nak ambil atau tak .Memanglah setengah orang cakap "badan kau , suka hati kaulah dan ada juga cakap tak wajib booster" . Balik rumah aku bagitahu syafiq. Kitaorang bincang kenapa aku nak pentingkan diri aku . Which is booster aku ambil bukan melindugi aku tapi melindungi baby supaya tak jangkiti. As korang tahu covid-19 menyerang kefungsian buah pinggang, jantung , hati, paru-paru dan sebagainya organ. Covid-19 juga ada kesan selepas dijangkiti. Justeru orang seperti aku ini, semakin berasa sakit bila fikir outcome sekiranya dijangkiti . Dalam setiap doa aku harap dijauhi sebarang virus mendekati keluarga aku. Jadi sokongan moral syafiq dia pun nak serah diri juga ambil booster😍.

28/2/2022 aku dan syafiq serah diri untuk ambil booster. So kita orang datang jam 2 petang dengan pelbagai perasaan. Aku dah standby bag hospital sekiranya ada apa-apa jadi. Jantung memang berdebar-debar sebab banyak aku dengar cerita tak best. Masa sampai kitaorang isi borang dulu , kemudia kitaorang dapatkan nasihat doctor bertugas untuk divaksin. Lepastu kami terus vaksin dan tunggu 15 minit sekiranya apa-apa berlaku. 

1/3/2022 bermulalah drama selepas ambil booster. Aku sakit tangan yang cucuk tu tapi syafiq dia mula demam. Kesan vaksin aku tak berapa kuat tapi syafiq sampai mengigil. Aku hanya risau keadaan baby je , jadi aku pantau FKC (Fental Kick Chart) , Aku pastikan baby tendang 10 kali dan kekal aktif . Syafiq demam 2 hari pada hari ke 3 alhamdulilah dia dah pun sembuh tapiiii lain pulak positive ! . Pada hari ke 4 selepas vaksin syafiq disahkan positive covid-19.

Tudia lepas ambil booster terus kena covid . hahaha next post aku adalah 36 minggu + positive covid. Ye aku tak terlepas ye , sebab duduk serumah confirm aku pun terlibat sama. Tapi memandangkan syafiq dah ambil vaksin, gejala yang dia ada tak terlalu teruk. 1. Demam 2 hari je tu pun masih tak boleh kesan covid. Masa dia demam memang aku buat swab test kat dia , 3 kali memang negative. Tapi hari ke 4 dia mula batuk dan selsema tu baru positive. Jadi syafiq isolate diri 7 hari sepanjang 7 hari alhamdulilah dia mengalami gejala yang tak teruk. 

Aku pun rasa bersyukur bila hati kuat nak ambil vaksin , aku dahlah dalam kalangan yang berisiko tinggi. Jadi aku memang risau bab jangkitan. Lepas ambil vaksin baby aktif macam biasa, aku cuma penat je , kepala sakit dan badan macam lenguh-lenguh. Tapi selepas 3 hari alhamdulilah aku fully recovery daripada kesan booster. Jadi untuk pregnant mommy kat luar sana, fikir untuk lindungi baby. Dapatkan nasihat doctor anda , memang vaksin nie pilihan tapi bagitahu aku, apa pilihan yang kita ada untuk lindungi baby kita ? tak keluar rumah ? sampai bila? , tak bersentuhan orang ? kita faham sop tapi orang lain? . Benda paling simple beratur nak bayar kat kaunter , orang kita dah nampak line jarak 1 meter tapi still rapat-rapat macam kalau boleh halang angin lalu. Mangsa siapa ? kita. Kefahaman dan kesedaran melindungi orang yang berisiko tinggi sangatlah kurang dalam komuniti kita.  Jadi apa yang kita ada untuk lindungi diri kita?

Aku faham ramai orang takut vaksin covid-19 ini since semua orang tahu ia masih dalam ujian klinikal. Tapi bagi aku , sebelum nak vaksin buatlah fully medical checkup diri korang . Supaya korang faham dan mengerti korang punya status kesihatan macam mana. Okay sampai sini je pengalaman aku ambil booster masa 35minggu. Tapi aku dijangkiti covid sebaik aku masuk 36 minggu. Akan share dengan korang macam mana keadaan aku masa dingkiti. see you soon.





Monday, February 28, 2022

Review Movie : Ku Kira kau Rumah

 Assalammualaikum

Hai, hai, hai walaupun aku lambat nak review tapi still aku nak review juga cerita Ku kirakau rumah nie.  So bagi aku cerita nie banyak sangat soalan , bagi otak beku macam aku memang lambat sikit nak jawap soalannya 😋 . Jalan cerita yang aku rasa tak ada lagi orang buat dan sikit sebanyak sebenarnya boleh related dengan kehidupan dalam hidup aku. Rate bagi cerita nie aku boleh bagi 7/10 macam gitu. Kenapa aku bagi rate macam tu ? okayyy here we go 😷

Cerita Ku Kira Kau Rumah nie mengisahkan seorang perempuan yang bernama Niskala, yang mempunyai personaliti dominasi . Dimana orang lain semua salah , dia sahaja betul. Orang lain tak boleh cakap "kau salah, kau tak betul" kepada dia sebab bagi dia perkataan tu nampak dia lemah . Pada awal cerita tu aku macam geram juga dengan Niskala nie , sebabnya asyik nak marah je sampailah dia berjumpa dengan seorang lelaki yang bernama Pram. Personaliti Pram nie nampak macam kesepian , dia selalu menulis lagu tapi kat sini aku pelik kenapa orang tak suka lagu-lagu dia dan dia menyanyi. Okay nampak banyak soalan aku nak tanya dan aku makin rasa apa benda cerita nie nak sampaikan😎. Laki aku kat sebelah asyik tengok jam (nampak dia dah bosan nie 😑) . Kalau kau nak tengok cerita macam nie janganlah bawak lelaki , kerna lelaki takkan pernah faham . hahahahaha ( mampus aku kalau lelaki lain baca, tapi i tak kesah 😛 )

Okay aku nak masuk part spoiler cerita nie , di tengah cerita ini barulah aku tahu yang Niskala nie mengidap "Bipolar Disorder" . Apa itu bipolar disorder ? , aku just terangkan secara general sahaja. Bipolar Disorder adalah satu ganguan kesihatan mental yang mempengaruhi emosi seseorang dalam suatu tempoh yang tidak terkawal. Sesorang yang disahkan bipolar ini selalunya akan dikaitkan dengan mania atau hipomania. Ia dikira suatu fasa bagi seseorang yang mengidap bipolar disorder. Perasaan emosi mereka mudah berubah dan perubahan itu kadang-kadang mempunyai 1 tempoh yang tertentu. Contohnya mungkin seseorang akan melalui fasa mania dalam tempoh 6 bulan atau mungkin mereka akan lalui fasa hipomania dalam 6 bulan . Mood mereka sentiasa berubah disebabkan tidak balas kimia didalam kefungsian otak mereka. 

Semasa mania, individu akan berkelakuan luar biasa bertenaga, gembira, atau marah. Hipomania pula sama seperti mania tetapi , mereka masih boleh mengawal emosi mereka mengikut sebab dan masa yang tertentu. Kebiasaanya individu yang sedang melalui fasa mania akan mengalami kesukaran tidur disebabkan otak mereka setiasa aktif. Seseorang yang mengalami biapolar akan menghadapi tempoh kemurungan, mungkin ada masa mereka akan  menangis, pandangan negatif terhadap kehidupan, dan hubungan mata yang lemah dengan orang lain. Risiko bunuh diri di kalangan mereka yang mempunyai bipolar ini yang tinggi .

So daripada cerita tu kita boleh nampak kenapa Niskala bila dia marah, dia betul-betul marah sehingga dia tak boleh fikir apa yang dia cakap , dia tak boleh nampak kebaikan apa yang kawan atau keluarga dia buat . Tapi dalam cerita ini pun apa yang aku nampak sokongan moral yang keluarga dan kawan dia beri tak membantu dalam kefungsian hidup dia. Ibubapa dia terlalu menghalang apa yang dia nak buat. Daripada sudut seorang ibubapa mungkin ayah dia nak kawal emosi dia , tak nak dia terlalu stress diluar dan bina dunia dia didalam rumah dia sendiri. Namun seorang Niskala bukan itu dia mahukan , dia nak dilayan seperti biasa bukan seperti persakit dan bila disekat banyak hal dalam hidup dia perasaan memberontak tu lagi tinggi, keadaan akan menyebabkan dia semakin tidak terkawal. Jadi dia akan bertidak lebih daripada suatu yang tidak dijangkakan . 

Sebagi bakal ibu, aku cuba membanyakkan bacaan tentang parenting. Dimana sebagai ibubapa kita tak boleh jadi helicopter parents . Menentukan siapa anak kita berkawan, apa dia akan jadi, apa yang baik atau buruk untuk dia dan dia perlu patuh kepada peraturan yang ditetapkan oleh ibubapa. Bagi aku tak semestinya ibu atau bapa itu sentiasa betul , kadang kita hanya perlu buat yang terbaik dan beri sedikit ruang untuk anak memilih. Tapi sebagai anak pula , kita tak boleh juga rasa kita sentiasa betul, kita kena fikir juga kenapa parents kita buat macam tu dan lebih baik berbincang apa yang kita suka dengan parents kita daripada orang luar. 

Okay bab kawan pula. Kawan still kawan , bagi aku seorang kawan nie tak berhak menentukan kehidupan kawannya. Sikap kawan-kawan Niskala tu pun buat aku panas juga, tak support langsung . Kalau aku nampak sudut lain lebih kepada cemburu . hahahaha jahatkan , tapi if korang sayang kawan korang , cukup sekadar nasihat dan beri dorongan . Tak perlu menyokong kalau keputusan yang kawan kita ambil itu berbeza dengan kita tapi cukup dengan beri dorongan. Setidaknya kawan kita rasa yang kita sentiasa ada sekiranya apa berlaku dengan dia.

Overall untuk faham cerita nie memang ambil masa sedikit. Bab bercinta tu tak terlalu banyak pun dan aku rasa tak adalah sweet mana tapi moral value dalam cerita tu sangat cantik dan perlu di ambil pengajaran. Selama ini kita hanya nampak sesorang yang mempunyai isu kesihatan mental melalui kehidupan yang sukar namun , mereka yang di sekeliling individu yang mempunyai kesihatan mental juga akan terkesan juga seperti kawan-kawan , keluarga , suami atau isteri. Jadi bagi aku isu kesihatan mental ini tak boleh pandang kepada individu sendiri namun kena pandang secara menyeluruh. Itu sahaja okay daripada aku.

Okaylah gerak dulu apa-apa aku update lagi.