Monday, July 28, 2014

1 syawal .

Assalammualaikum.

Alhamdulilah sebulan sudah kita berpuasa ! . Now adalah hari raya !! . Dikesempatan ini wara menyusun sepuluh jari memohon maaf seandainya ada tersalah bahasa dari segi tutur kata mahu pun penulisan wara dalam blog nie . Harap segalannya di ampun kan . Mula kosong-kosong okey ! .

1 syawal wara seperti biasa . Setiap tahun di hari raya wara akan bangun seawal pagi sebab nak letak kuih dalam balang raya dan wara adalah orang pertama yang akan rasa rendang ayam ,rendang danging, nasi tomato , ketupat dan lemang yang di buat asli mengunakan air tangan mak . My mum always be my superhero ! *why ?* . Sebab mak sanggup berjaga satu malam untuk sediakan segala juadah untuk pagi raya . That why i tabik spring kat mak !.

Selepas bersiapa dan solat raya kami sekeluarga menuju ke kubur arwah kakak . Dah masuk raya ke 4 tak beraya dengan dia . Tapi wara yakin raya dia di sana lagi meriah daripada kami di dunia yang nyata ini .


Al-FATIHAH.




Selepas itu kami pulang kerumah untuk menikmati hidangan hari raya . Kecoh riuh rumah tahun nie sebab dua hero ucu nie tahun nie raya kat sini . Kemain ligatnya dua orang anak buah wara nie . Merekalah penyeri di hari raya tahun nie . Selesai menikmati juadah kami berkumpul untuk bersalaman dan memohon maaf atas segala kesalah . *aku dahlah banyak dosa , masa nielah bersungguh2 nak minta ampun daripda mak dan abah huhuhu * . Masa nie yang paling best sebab lepas minta maaf dapat upahhhhhhhhh . *i oall dapat duit RAYA !!! siapa kata tua-tua tak boleh dapat duit raya lagi ? terbukti muka ioall muda okeyyy ! umur je meningkat hehehe*

Then kami siap-siap untuk balik kampung . Sebelum tu take a selfie satu !!! . hehe itulah cerita raya wara . korang punya raya pulak macam mana ? Mesti lagi ohsem kan ???? hehe xoxo