Wednesday, December 16, 2015

# DAY 1 : ACEH


Assalammualaikum

Alhamdullilah jijak jugak kaki ketanah aceh indonesia . Kenapa aceh ? history tsunami membawa kami kesini. Tahun ini 11 tahun kejadian ombak besar yang berlaku di aceh indonesia ini . Berjuta-juta nyawa di ragut . Al-Fatihah buat mangsa Tsunami .

Sampai sahaja di aceh kami di bawa untuk mengisi perut yang kosong . Waktu Aceh dan Malaysia mempunyai perbezaan sejam . Kami tiba di Aceh pada jam 11 wib waktu Aceh bermakna jam 12 tengah hari waktu Malaysia . Selesai kami isi perut tour guard terus bawa kami ke"Perkuburan".Perkuburan ni tak bertanda . Di sinilah mangsa Tsunami di kebumikan . Berjuta-juta mangsa yang dikebumikan di sini . Berlapisan 7 tingkat .Menurut tour guard itu , perkuburan ini dicadangkan oleh salah seorang orang luar , untuk mengembumikan sebanyak jutaan nyawa. 

Kemudiaan kami ke "Kapal atas rumah" . Kapal atas rumah ini melambangkan peristiwa Tsunami yang berlaku di Aceh . Menurut peduduk kampung itu , sebelum berlakunya tsunami mereka di gegarkan dengan gempar bumi yang dasyat . Mereka memang sudah biasa dengan gempar tapi gempar bumi kali itu , teramat dasyat . Berlaku pun dalam minit yang lama sampaikan mereka rasa hari itu adalah hari pengakhiran(Kiamat). Bila je gempar berhenti mereka berasa lega dan mahu pulang ke rumah masing-masing. Mereka nak baiki balik keadaan rumah yang rosak di akibatkan gempar . Belum berapa lama mereka pulang , mereka mendengar ramai orang menjerit "air !! banjir! air banjir!" mereka sekali lagi keluar dan mereka nampak air setinggi pokok kelapa pantai seolah-olah berdiri ingin membaham mangsa . Kederasan air itu sangat laju . Ramai penduduk kampung itu di ragut nyawanya . Seorang pakcik yang mempunyai 3 orang anak cerita pada kami , sewaktu kejadian itu dia , isteri dan anak-anak tengah membersihkan rumah bila mereka nampak ombak besar mereka rasa takut tanpa berfikir panjang mereka lari tanpa menghiraukan satu sama lain . Baik anak , baik isteri , baik suami matlamat mereka nak selamatkan diri masing-masing . Masa dengar cerita tu wara dah mula rasa sebak dan rasa takut . Subahan ALLAH hebatnya kuasa Allah . Pakcik tu ternampak ranting kayu yang besar dan pakcik tu capai ranting kayu tu . Tengah dia menhayutkan diri dia terdengar suara budak kecik meminta tolong . Pakcik tu pun tolong budak kecik itu . Mereka ke satu atap rumah yang tinggi , budak kecik itu membalutkan kaki pakcik tu dengan sepihan kain bajunya sebab kaki pakcik tu luka terkena zink atap . Kemudian datang lagi ombak besar dan budak tu pun di hanyutkan sekali lagi . Pakcik itu kejar budak kecik tu . Tiba satu pokok kelapa budak itu tersangkut. Lepas itu pakcik itu terdengar suara anak dan isteri dia yang memanggil kemudian dia nampak anak dan isterinya berada di pokok kelapa . Tapi seorang lagi anaknya telah di hanyutkan sampai hari ini tak di jumpai . Masya Allah sebaknya . Masa mereka tersangkut di atas pokok kelapa pantai . Sewaktu itu mereka melihat satu kapal nelayan yang dihanyutkan oleh ombak besar itu ke satu rumah . Pemilik rumah itu selamat walaupun keadaan rumah itu teruk . Kuasa Allah . Jika Dia inginkan sesuatu itu berlaku maka sesuatu itu akan berlaku . Sewaktu itu perasaan insaf menyular dalam diri . 

Selepas itu kami teruskan lagi perjalanan untuk melihat bandar aceh . Walaupun 11 tahun Tsunami meninggalkan aceh tapi sisa bakinya masih ada lagi . Keadaan negara aceh tak semewah negara indonesia yang lain macam jakarta dan bandung. Mereka tidak diberi pilihan , mereka hidup sekadar ala kada.Kami menginap di HOTEL MEDAN . Hotel tu betul-betul tengah bandar Aceh di hotel itulah mayat-mayat mangsa Tsunami bertaburan . Mula-mula masa masuk tu cuak jugak . Orang cakap cuak dalam pasrah . Kami di beri masa untuk rehat seketika sebelum meneruskan lagi penjelajahan kami di bumi Aceh Indonesia.

Bila dah fresh penat pun dah hilang sedikit kami teruskan lagi ke "Kapal Genset Terapung". Kapal ini telah di
hanyutkan oleh Tsunami ke sebuah perkampungan nelayan . Berat kapal ini 1.6 tan dan panjangnya 63cm . Memang sebuah kapal yang sangat besar . Menurut juru cakap di situ mereka meramalkan terdapat mayat yang tersepit di bawah kapal itu tapi mereka tak dapat nak menarik di sebabkan kapal itu terlalu besar dan berat . Masa masuk dalam kapal , korang boleh rasa kapal itu seperti di atas permukaan air tapi kapal itu berada di darat sekarang , terasa bergelombang . Didalam kapal tu terdapat banyak kisah-kisah kejadian Tsunami . Siapa sangka kapal sebesar itu dan seberat itu pun dapat di kalahkan dengan ombak air. Kini kapal itu di jadikan tempat kuasa generate buat penduduk aceh . Day 2 akan bersambung.


                                                                                    


                                       




Ini kapal nelayan yang terdanpar di atas rumah





Kapal Genset Terapung


Nak tahu kenapa ioall sopan sangat ? 
Tunggu entry seterusnya . :)







No comments:

Post a Comment