Sunday, November 6, 2016

Wara In Seoul Part 1

Assalammualaikum.
Hari nie baru otak aku berfungsi untuk recall balik semua kejadian di korea. Bagi aku pengalaman di korea adalah pengalaman yang super duper menarik dan i really wish i will come back to korea. Yes Negara korea nie dah buat aku jatuh cinta ( rindu suasana korea, orang-orang korea yang sangat-sangat baik, banana milk yang sangat sedap, makanan yang super suka sedap, tempaat shopping yang super duper murah, pendek cerita semua yang ada kat korea tu aku suka !!!) okey let's start day 1 aku in korea.


23 October 2016

Flight daripada Kuala Lumpur ke Seoul. Kakak aku yang banyak uruskan percutian kali nie. Sebab aku sibuk dengan final bebagai jadi dia take over dalam semua aspek. Sometime kalau free time tu aku akan semak segala jadual yang dia dah tetapkan. So kami give and take dalam percutian kali nie. Kami beli tiket flight almost 8 bulan sebelum kami fly. Dalam bulan 3 macam tu kami beli tiket. Kami naik Malaysia Airline di sebabkan penerbangan kali ini memakan masa yang lama jadi Malaysia Airline menjadi pilihan kami di sebabkan faktor keselesaan yang sangat 5 bintang. Kami ambil flight tengah malam sebab kami nak sampai di Seoul pagi jadi boleh terus explore Negara kdrama nie. Flight kami pada 23 october 2016 jam 23.30 malam.



24 October 2016

pada jam 7.10 pagi kami arrived at Incheon International Airport. Pertama kami jejak kaki kat sini getak jugak jantung aku. Hampir gugur jantung macam mimpi je taw dapat ke sini. Dalam flight macam-macam fikir yelah perjalanan jauh nie jangan fikir seronok je kita kena jugak fikir something that could be happen . But Alhamdullilah Allah permudahkan perjalanan kami. Sampai je di airport aku dengan kakak aku pickup barang-barang kami. Jadi mulalah misi kami di Negara republic nie. Kami pergi ke station bus yang terletak di pintu keluar airport kami membeli tiket bus ke Myeongdong. Kami menaiki bus No. 6015 yang akan membawa kami ke tempat penginapan kami di Myeondong. Kami pilih tinggal di Myeongdong sebab Myeongdong nie berada di tengah-tengah kawansan jadi ia memudahkan perjalanan kami. Tambahan lagi Myeongdong adalah tempat tumpuan para pelancong dan rakyat korea. kalau korang nak tahu kat Myeongdong nielah korang banyak peluang cuci mata ( hehehhehehehhee) . Cuci mata daripada segi apa ? daripada semua segi . Oppa-oppa kat sini masya Allah seindah ciptaan Allah . Sob wara sob. hahaha

Sesampai di Myeondong kami terus menuju ke 7E. Tarik beg seberat guni yang berkilo-kilo. Masya Allah penyeksaan okey tarik beg besar-besar nie. (Hambik kau segala benda kau nak angkutkan wara). Aku punya semangat rasa nak bawak almari terus je . hahaha . Okey balik kenapa aku pergi 7E dulu? aku pergi 7E dulu sebab kami nak reload t-money. Apa t-money tu wara? T-money tu adalah macam kad touch'n go tu kegunaan t-money nie adalah untuk naik subway, naik bus segala transportation di korea nielah senang cerita. Jadi duit yang korang tukar tu tak mengangulah duit transportation kowt sebab semuanya ada didalam t-money. Aku reload 30,000 KRW. Kalau tak cukup boleh reload lagi kat mesin top up t-money, kalau ada lebihan duit dalam t-money tu pulak boleh claim kat mesin deposit t-money. Soo korang boleh dapat balik duit korang. Macam mana nak dapat t-money? okeyy itu next post aku akan bagi tahu yeeeeeeeeeee.

Lepas top up t-money kami teruskan tarik beg yang berat itu tadi menuju ke hostel. Kami menginap di Satrria Hostel. Aku book Starria Hostel nie 4 bulan sebelum kami sampai. Kami booking melalui airbnb. Memang sangat-sangat berbaloi. Lebih murah berbanding website online yang lain. Korang kena ingat, yang hostel, hotel dan guesthouse di luar negara ini akan naik dan turun mengikut kadar mata wang mereka. Hostel yang kami duduk tu tak jauh daripada station subway. Hanya dalam masa 5min je jalan kaki untuk ke station subway. Sampai di hostel kami terus tinggalkan barang kami pada pemilik hostel itu. Permilik hostel sangat-sangat friendly . Starria hostel punya service sangat-sangat memuaskan hati. Kami tidak dibenarkan check in lagi sebab check in pada pukul 2 jadi kami hanya tinggalkan barang kami. Kemudian kami memulakan misi ronda-ronda Myeondong. Lepas letih membeli sikit jaket sejuk bermusim kami terus ke Paris Baguette. Satu kedai coffee yang di syorkan oleh orang Malaysia yang berkerja di korea. Katanya coffee di Paris Baguette tidak di ragui. Korang boleh try coffe dia yang sangat sedap, big Macaroon Ice Cream yang puas hati. Tapi ingat jangan sesekali beli roti yang atas dia ada daging, sosej dan segala yang di ragui. Ingat apa-apa pun nak makan kena selidik dahulu.

Lepas tu kami sambung berjalan di daerah Myeondong. Sampai-samapi je aku dah rapuh dengan barangan dia. Sis kecundang duit melayang baru 4 jam di seoul. HAHAHA. Korang sampai sana takperlu lah berbajet kalau berbajet pun akhirnya korang kecundang jugak. hehe bukan nak menghasut tapi ini reality. Bagi aku semua di Myeondong tu semua taste aku. Barang-barang dia sangat-sangat yang aku nak jadi aku memang tak fikir 2 kali pun kalau beli kat sana. haha. Habis shopping kami menuju kembali ke Starria Hostel untuk check in dan berehat seketika badan yang penat nie . Re changes energy balik. 

Bila dah segar, energy pun dah full kami keluar ke destination pertama kami iaitu Bukchon Honok Village. Tujuan kami ke Bukchon Honok Village ini hanya nak ke rumah personal taste jeeee. Siapa tengok cerita tu angkat tangan !!!!! kita geng. misi pertama cari lee minho. macam mana nak ke sana wara? okey macam nie. Naik subway daripada Myeondong st- Chungmuro st- Gyeongbokgung st- Anguk st line 3 exit 2. Lepas tu korang keluar di exit 2 korang jalan je sikit kemudian korang akan nampak papan tanda yang tulis "Bukchon Honok Village" finally korang dah sampai . Kemudian bagi yang nak cari rumah personal taste tu kena gigih sikitlah. Aku dengan kakak aku hampir nak patah kaki cari rumah tu kowt. Hampir giveup naik turun bukit. Bagi yang nak Bukchon Honok Village nie baik korang ready mental dan fizikal yang taff. Jalan dia luar jangkaan berbukit-bukit weyy! naik sakit gila kaki aku nie haaaaaa!. Jangan berangan pakai kasut tumit tinggi okey guys. hahahaha

Selesai jumpa rumah mr lee minho dalam personal taste kami teruskan perjalanan ke Pastel De Nata. Siapa tengok The heirs?????? ini pun Lee Minho berlakon pendek cerita kami banyak pergi tempat Lee Minho shooting punya lahhh nak jumpa dia tu.hahaha kami masuk balik lorong subway tapi tak naik subway taw ! kami pergi cari exit 1 pulak. Kemudian jalan depan dalam 5 minit korang dah boleh nampak kedai egg tart. Actually tu kedai egg tart dalam cerita heirs tu ketika perempuan tu diri depan kedai dream catcher.Waktu malam di korea sangat cepat pukul 5 petang dah macam 9 malam. Jadi hari pertama kami berlalu macam tu. Kami pulang ke Myeondong pergi ke Nasam Tower. Hostel kami tu sangat strategik sebab dekat dengan Nasam tower dan dekat dengan subway station. Lepas dah mendaki Hanok Village kami mendaki pulak Nasam Tower. Separuh minta nyawa weyy naik Nasam nie. Menangis jugaklah punya gigih nak sangat naik Nasam. Kat korea nie memang korang kena banyak jalan kaki. Yang ada niat nak kurus tu bolehlah pergi korea buat percutian diet. hahaha. Balik  Malaysia aku hilang 4kg kowt. 49kg ke 45kg sekarang. Nampak tak? ioall bangga. hahahaha. Kalau pergi korea tak sahlahkan kalau tak ke Nasam Tower.

Sangat best ! sebabkan halloween jadi suasana dia sangat menyeramkan. Suasana menyeram romatika kat Nasam Tower nie. hahaha. Daripada Nasam Tower nie korang boleh nampak keseluruhan bandar seoul. Sempat jugak aku jerit #WarainSeoul. Adalah satu dua orang oppa tengok. Dia tengok sebab dia ingat aku gila kowt. hahaha Korea terbaik!!! Macam tulah hari-hari aku di korea. Korea memang buat aku jatuh cinta.   




Menunggu Lee Minho yang tak mungkin muncul




Sesat cari jalan keluar


Lee minhoooooo i seeee youuuu!!


Nielah  kedai egg tart tu. Siap ada poster pelakon the heirs lagi taw kat 
depan kedai tu.


Jangan tertipu dengan jalan mendata ini.(menagis jap)











okey ini baru day 1, aku dah pening kepala recall tak tahulah day 2 , 3  , 4 , 5 , 6 , 7, 8, 9 macam mana pulak. Day yang seterusnya i will update later okey. Banyak-banyak bersabar.  Mata tak makin bagi signal nie. Esok pagi-pagi nak pergi kerja. Aku akan cuba update bila masa kelapangan okey. aku akan pastikan day 2 hingga 9 akan di update. Video akan aku upload di youtube. kalau ada pertanyaan boleh terus ke ig aku yeee.

No comments:

Post a Comment