Friday, August 11, 2017

Wara In Seoul Part 4

Assalammualaikum.

Wara In Seoul Part 4. Jom apa next destination kami.


27 October 2016

Hari nie kena bangun lebih awal daripada biasa. Perjalanan hari nie jauh. Kena berlari, berkejar, beredah-redahan. hahahaha (Overnyaaaaaaaaaaaaa) 🙈😱. Hari nie kami nak ke Nami Island. Kami memang sengaja pilih hari ke-4 pergi ke Nami. Dahulukan Lee Minho dulu. hehe now kita ke tempat shooting winter sonata !. Come on guys!. Perjalanan daripada Myeongdong ke Nami Island memakan masa selama 2 jam lebih. Semua perjalanaan di Seoul memang kena daya tahanan mental dan fizikal. So siapa yang nak pergi ke Seoul buatlah exercise sikit-sikit. 

Seperti biasa kami berjalan kaki ke subway station lebih kurang 5 minit. Daripada Myeongdong station kami ke Dongdaemun ke Cheongyagni dan di Cheongyagni kami beli tiket ITX ke Gapyeong station. Aku syorkan korang belilah tiket ITX lebih awal. Beli sebelum korang rancang ke Nami Island. Kami beli agak lewat jadi tiket yang ada seat dah habis. Terpaksa berdiri dalam train. 😭😭. Perjalanan dalam train lebih kurang 30 minit. *lenguh jugaklah kaki nie berdiri*. Sampai je di Gapyeong station korang kena berjalan ke luar station untuk beli tiket bus ke bandar Gapyeong. Okey tiket bas nie korang boleh guna untuk ronda-ronda di dalam Gapyeong. Best taw desa Gapyeong nie. Desa perkampungan kecil di Korea. Tenang rupaya Gapyeong nie. Daripada Gapyeong station ke Nami Island memakan masa dalam 15 minit. Dalam bus tu macam-macam ajoomma yang mengenalikan bus tu cerita pasal desa Gapyeong.






Sesampai di pintu station ferry untuk ke Nami Island, kami kena beratur lagi. Beratur selama 15minit untuk beli tiket ke Nami Island. Masya Allah nasib baik musim sejuk. Kalau musim panas aku rasa aku dah give up dulu dah. hehehe. Selama 15 minit akhirnya dapat jugak tiket ferry ke Nami island. HAH untuk maklumat korang, kalau korang tak nak beratur beli tiket ferry ada 2 cara nak ke Nami Island nie sebenarnya. 1 naik ferry , 2 naik zip wide. Zip Wide nie harga dia 2 kali ganda daripada korang naik ferry. First planing kami nak naik Zip wide tapi disebabkan berat badan kakak aku tak cukup 45kg jadi kami taklah naik. Tak akan aku nak berpecah dengan kakak aku kan. #sayaredho. Tu yang terpaksa beratur 15minit. Lepas dapat tiket kena beratur lagi tunggu ferry sampai. Lebih kurang 5minit macam tu ferry sampai. 








Jangan risau ferry boleh naik ramai-ramai. Cuaca yang cantik buat pemandangan di Nami tambah cantik. Akhirnyaa kami sampai di Nami Island.  Nami Island bukan tempat favorite aku, jadi aku tak berapa terujalah. hahaha. Sebabkan kami sampai tengah hari jadi kakak aku nak solat, kami pergi solat dan makan dulu. Dekat Nami Island ada tempat solat yang cantik. Bagi orang muslim tak perlu risau, kemudahan bilik wuduk dan bilik solat di sediakan di restaurant muslim di Nami Island nie. Memang selesa, usai solat kami ke restaurant makanan muslim. Ada 2 restaurant yang korang (muslim) boleh makan. Satu restaurant muslim , dua nasi goyang. Kami memilih restaurant muslim. Sebabkan nasi goyang tu sikit jadi tak boleh tambung rasa lapar kami dengan perjalanan jauh nie. hehehe. Kami isi perut dulu sebelum jalan-jalan. Makanan korea di restaurant Nami Island nie sedap dan kenyang. Lega akhirnya dapat makan dengan kenyang juga. Musim sejuk memang boleh buat diri rasa lapar. Jadi aku nasihatkan korang bawak lah biskut ke apa ke makanan untuk bekalan sementara korang nak jumpa makanan halal di korea. 

Lepas makan kami jalan-jalan dan tangkap gambar dia Nami Island. Daun yang bertukar warna, mengikut musim ini betul-betul buat aku teruja. Subahan Allah, akan kekuasaan Allah musin boleh menyebabkan warna-warna tumbuhan berubah. Kebetulan ramai pula yang kahwin hari tu. Jadi aku cuci matalah tengok pengantin korea. Masya Allah cantik betul diorang nie. Puas berjalan di Nami kami beratur pulang naik ferry . Okey part nie agak lawak. Tiket bus pulang HILANG !. Aku dah gelabah macam mana tiket boleh hilang. Kakak aku seperti biasa menjalankan tangunjawap dia membebel kat aku. Naik bernanah telinga aku dengan. Kami bermasam muka seketika. Kemudian ferry datang. Masih senyap . krik krik krik. Aku akui salah aku, tapi aku betul-betul tak tahu mana tiket tu tercicir. Sampai je kat station Nami Island, aku pergi tanya orang macam mana nak naik bus tiket bus hilang kemudian ada seorang kakak orang Malaysia nie, dia cakap kena beli baru kat dalam bus tu. Ush lega boleh beli baru tapi RUGI pada kamilah. Sambil membebel kakak aku keluarkan duit.

Next destination is Petite France. Tempat shooting running man. Korang jangan risau bus Gapyeong tu akan bawa korang ke Petite France. Kat Petite France nie tempat dia memag cantik. Masa kami pergi tu ada setengah tempat kena ubah suai. Kami tak lama dalam Petite France, sebabkan cuaca dah hampir malam. Selepas penat pusing di kawasan Petite France kami beratur menunggu bus. Sementara menunggu bus kami berkenalan dengan sekumpulan kakak daripada Malaysia.  Baik-baik melaka diorang nie. Bus pun tiba, okey dengar elok-elok ITX train untuk balik kena beli awal-awal. Kalau tak jadi macam kami, balik secara haram sebab tiket train ITX  HABIS. Kami terpaksa naik train tumpang-tumpang. Perjalanan semakin jauhlah. Nasib baik ada akak-akak yang daripada Malaysia tu. Kami ikut diorang naik train secara haram. Terima kasih kakak tu. Harap dapat jumpa lagi nanti. Okey sampai station dengan selamat kami terus jalan ke destinasi yang terakhir untuk hari ini iaitu Doota Mall Shopping.







Untuk ke Doota Mall korang ambil subway ke Dongdaemum History & Culture station kemudian exit dan jalan depan selama 5 minit korang akan nampak Doota Mall. Doota Mall nie macam Pavillion kalau kat Malaysia. Kami sahaja datang sini sebab dengar cerita kawasan Doota Malla nie havoc malam-malam. Ala-ala kalau kat Malaysia havoc macam bukit bintang tu. hahaha kebetulan masa kami datang tu ada even cerita k-drama  descendants of the sun jadi bersepah-sepah poster watak song jongki dan song hye-kyo kat Doota Mall tu dan siap ada promosi hebat. Malam tu memang havoc. Disebabkan halloween pada bulan october jadi nampaklah orang-orang korea yang sambutnya memakai pakaian hantu. Tapi wey walaupun diorang pakai pakaian hantu masih terpacar ke comelan dan ke handsome-man diorang tu. Ouch sis tak kuat hahahaha. Okeylah korang layan lah gambar nie sis nak berangan jumpa hantu sehandsome itu lagi . Good night!













No comments:

Post a Comment