Saturday, June 22, 2019

Seoul , Korea aku rindu .

Assalammualaikum

Kali nie aku nak cerita pasal second time aku ke Korea. Last year , bulan 10 aku pergi ke Korea setelah 2 tahun aku tak sangka aku dapat kembali ke negera itu. Pada mula aku nak beli tiket , kakak aku membebel 2 hari 2 malam sebab katanya buat apa nak pergi sana sampai 2 kali . Tapi aku tetap pujuk dia ke sana juga. Aku tak tahu apa yang menarik sangat sampai aku rasa nak berulang alik kesana. Hmmmm nak cakap aku syok sangat kat mamat-mamat korea tu tak juga . Aku hanya minat Lee Minho je , nak kata aku kpop punya orang tak juga , aku apa pun tak tahu pasal kpop. Even blackpink pun baru-baru nie je aku tahu. Sebab aku tak faham pun lirik dia jadi tak masuk sangat dengan aku . Nak kata aku kdrama . Tengok mood . Kalau musim nak bercinta-cinta aku tengoklah tu pun aku suka kdrama yang lama-lama. Sebab tu aku banyak pergi tempat shooting k drama yang lama-lama . Baru-baru nie tengok kadang-kadang separuh jalan ke aku tengok.

Aku pergi masa tu musim luruh . Mungkin aku jatuh cinta tengok perubahan cuaca, perubahan warna daun , pembangunan yang maju dan kehidupan yang sentiasa sibuk sampai tak mampu fikir kehidupan orang lain. Sebulan sebelum berlepas aku dah bukak Vlog aku masa tahun 2016 dulu . Dalam hati tak sabarnya aku , lepastu aku ada follow instarfamous indonesia nie dia photographer yang menetap di Korea. Dia cakap kat Ig story dia "Siapa yang pergi ke Korea tak akan pernah move on" dan aku balas Ig story dia , niat bukan minta attention pun . Tak sangka pulak aku, dia balas Ig story aku. Dannnnnn korang tahu aku terjumpa dengan dia semasa nak ke Nami Island . Masa tu dia tunjukkan gate nak ke Nami Island , aku tak sure dia nak kemana pagi tu . Dengan selamber aku cakap😓


 " eh you , orang indonesia @Rufusazarya kan ?? " 
"dia cakap ya betul" 
"I follow you kat IG dan pernah DM you pasal trip i"


Elok lepas ayat aku habis aku terus lari kejar train , okay actually aku kejar train yang salah dan aku tak sempat tunggu dia balas ayat dia . Tapi aku boleh nampak dia terpinga-pinga . Mesti dia fikir 

"Perempuan daripada planet manalah budak nie"

Masa kat Korea aku memang extra peramah tegur orang sembang dengan orang. Pernah je aku kena reject sebab mungkin orang rasa aku menjengkilkan . hahahaha so whattttt?! , dengan ajumma , ajussi pun aku main taram je cakap . Siap ada yang offer aku cari dia kalau pergi ke Busan nanti . Pernah aku nak beli barang aku panggil Ajumma tu "Omma" dan dia perasan pulak tu aku panggil dia "Omma" aku pun cakap tak fikir. Tapi lepas cakap tu aku fikir "kalau dia nie mak lee minho, then aku panggil di Omma?? OMG !" okay done berangan . Lepas ajumma tu dengar aku panggi dia "omma"  terus  dia pengang belakang aku sambil cakapgwaenchanhda " dia bukan mencarut tau ..... Dia cakap "it okay". Lepastu sepanjang aku kat sana aku sentiasa jumpa korean yang baik tunjuk jalan sambil sembang dengan dia , tapi aku dengan kakak aku cakap campur korean + english lepastu kalau kami give up kami cakap terus bahasa melayu. hahahaha , ada 2 orang korea aku ajar 2 perkataan bahasa melayu okay !👀

Selain daripada tu aku rasa mungkin sebab aku berdua dengan kakak aku . Kitaorang spent time together, bergaduh, menangis , gembira. kadang-kadang adalah drama-drama malaysia kami bawak macam tingglkan satu sama lain , hahahahah (serius kami buat) cumanya kejap jelah. Bila tengah gaduh-gaduh mesti ada orang nak tangkapkan gambar kami , nak tak nak depan orang aku terpaksalah berbaik dengan kakak aku. Jadi aku tak tahulah apa jadi kalau hidup aku tanpa kakak aku dan kakak aku tanpa aku. 

Bandar Seoul taklah besar mana , kalau kau travel 3 minggu dah settel dah kau cover cumanya , yang membuat kau jadi tak settel cover bila setiap langkah kau rasa cantik dan nak ambil gambar. weyyyyyy aku rindu korea !!!!!!!!!!!!!💓

Before nie aku pernah tulis blog pasal korea , incase korang tak jumpa blog aku tu , nieee kat bawah  👇👇👇aku sertakan link nie korang boleh studylah cara perjalanan nak ke korea. Study dan make sure korang sampai kat sana ! Dah lah malas nak tulis panjang-panjang bukan Korea Tourism Organization nak sponsor aku. Sepanjang perjalanan aku , aku mengunakan map, coupon , t-money , free entrance dan macam - macam lagi daripada Korea Tourism Organization . Check their website to get more information .   

Wara In Seoul (ada 7 Part semuanya ,  detail )

Wara In Seoul Part 1


Wara In Seoul Part 2


Wara In Seoul Part 3


Wara In Seoul Part 4


Wara In Seoul Part 5


Wara In Seoul Part 6


Wara In Seoul Part 7




Ini Youtube aku . 





Kat blog aku dah bagitahu bajet dan perjalanan aku macam mana kat sana . Sama je semua . 

No comments:

Post a Comment