Monday, August 5, 2019

Superpark Malaysia

Assalammualaikum

Hai korang ! , sihat ? hari ini aku cuti biasalah waktu kerja aku tak sama macam orang lain . Orang kerja aku cuti orang cuti aku sibuk nak kerja. hahaha Okay since cakap pasal cuti nie aku nak ceritalah kat korang pasal pengalaman aku ke superpark malaysia. Korang tahu tak Superpark nie kat mana?????  (malaslah nak fikir bagitahu jelah wara oi !)😡

Okay fine aku bagitahu , Superpark nie terletak di Avenue k Kuala Lumpur. Pada mulanya aku tak tahu pun pasal Superpark nie . A few week before aku ke Superpark aku nampak kawan aku Ig story superpark nie , dan aku nampak aktiviti yang dia buat seronok sangat jadi apalagi aku jalankan misi aku terus DM si murnie tanya pasal Igstory dia dan murnie nie sangat-sangat membantu dia bagitahu everything pasal Superpark. Nak cerita sedap kebetulan Elle (kawan aku daripada Sabah) nak datang ke KL sebab kitaorang nak berpoya poya and aku apa lagi listkan Superpark nie salah satu tempat berpoya-poya kami lah. hahahahahha

Sehari sebelum ke Superpark aku check website dia.--------------->  (https://www.superpark.com.my ) aku tengok date yang aku nak pergi tu full. Kecewa gila , tapi dimana ada kemahuan disitu ada jalan aku call superpark customer service tanyakan pada tiket apa semua dan diorang suggest untuk aku walk in je . Sementara nak tunggu walk ini esok aku pun godek - godek pasal Superpark nie , anddddd aku jumpa promotion which is 20% off to all Maybank Member. Disini kalau korang bayar gunakan maybank card tak kiralah debit atau kredit korang akan dapat 20% off . Aku pergi masa tu weekday harga asal RM 50 sebabkan aku guna Maybank Card aku dapat harga RM 40 je . Murahkannn



                 1-Day TicketNormal Price20% off
(Maybank Cardmembers Price)
Regular DayRM50RM40
Super DayRM70RM56

Location: 
Unit 4-1 Level 4, Avenue K Shopping Mall, 156 Jalan Ampang , 50450 Kuala Lumpur

Opening Hours:
Monday – Friday10 a.m – 9 p.m.
Sat, Sun, Public and School Holidays9 a.m. – 9 p.m.

  • Offer is valid from 17 June until 30 September 2019
  • Payment must be made with Maybank MasterCard® or Visa Credit / Debit Cards.
  • Applicable at SuperPark Malaysia ticketing counter for redemption of up to four (4) SuperPark Malaysia tickets at 20% discount.
  • Offer is valid for One Day Ticket (Super Day) and One Day Ticket (Regular Day) only.
  • Admission is only valid on the same day of purchase and do not include grip socks.
  • Offer cannot be combined with other promotions.
  • In the event of dispute, SuperPark Malaysia’s decision is final.
  • All Maybank Cardmember who are entering the activity park must sign off the waiver form.

Bagi couple-couple yang tak tahu nak dating kat mana dah , kat sini korang harus pergi nikmatilah zaman muda-mudi korang sebelum masing-masing sakit pingang. HAHAHAAHA😜. Bagi yang ada anak , bawalah anak korang kesini , bagi anak-anak korang develop sensori dan juga skill - skill mengikut usia mereka dengan baik. Malah Superpark ini adalah tempat yang paling sesuai buat family spent time sama-sama. Good Job Superpark Malaysia. 


Di Superpark nie terdapat lebih 25 aktiviti untuk berbilang usia daripada yang kecik sehinggalah yang tua. Safety pulak sangat-sangat bagus dan sangat dijaga dengan baik. Semua aktiviti adalah indoor jadi jangan risau kalau tak pakai sunblock pada anak-anak korang. Takkan ada calar dan juga baju yang sukar hilang kekotorannya . hahahaha Bayaran tu pun masuk satu hari. Incase jam 1 korang lapar , korang boleh keluar daripada situ untuk makan dan masuk balik selepas tu . Janji jangan hilangkan gelang diorang . Locker free dan cuma perlu bayar stokin je RM 5.00 . Banyak nie aku dah bagi maklumat apa tunggu lagi pergilah superpark ! nah aku tinggalkan video dengan gambar.







Setelah aku jatuh dan tak boleh bangun , penat kowt lompat-lompat


muka teruk penat benor yop.


Action like a pro 


Nie paling aku suka


Here i attach you guys Youtube aku untuk koranh berseronok bersama-sama aku di Superpark Malaysia.

No comments:

Post a Comment