Wednesday, June 9, 2021

Cara Permohonan Benar Nikah

 Assalammualaikum

Selamat datang kembali ke laman sesawang aku ❤. Minggu nie adalah minggu kedua kita status “Lockdown” aku dah masuk 9 hari tak keluar rumah , gamaknya cara pakai tudung pun aku lupa nanti hahaha (over sangat tuuuuu😜) . Macam biasa musim COVID nie pastinya ramai yang “PANIC MARRIED” hahaha macam panic buyinglah lebih kurang tapi kali nie buying pelaburan sepanjang hayat yang boleh bantu jalan ke syurga *gitu* hahaha. Memandangkan ramai yang nak berkahwin jadi aku dapat idea nak keluarkan satu content persediaan sebelum kahwin, topic kali ini aku lebihkan kepada daftar online di “BENAR NIKAH” ( tekan je kat situ aku dah bagi link). Tak semua negari mengunakan benar nikah . Meh aku senaraikan negeri mana yang boleh daftar benar nikah nie NEGERI SEMBILAN , MELAKA, PERLIS, KEDAH, PERAK, WILAYAH PERSEKUTUAN DAN JOHOR. 

Bagi negeri yang tidak dinyatakan di atas prosess permohonan nikah berbeza. Nanti aku akan update macam mana nak mohon bagi negeri yang tak dinyatakan . Hari ini aku cerita dulu macam mana korang nak buat permohonan nikah melalui benar nikah terlebih dahulu. 

1. Layari Laman Web Benar Nikah (sekali lagi aku sertakan link tekan jer)

Bila korang dah masuk laman tu akan keluar homepage macam ini 👇

(Gambar 1)

Lepas tu mata korang tengok kat sebelah kanan yang ada site ini 👇


(Gambar 2)

bagi permohonan baru “klik kat permohonan baru tu” 


(Gambar 3)

Untuk pasangan yang duduk dalam kawasan yang mengunakan “benar nikah” hanya salah seorang pasangan je yang daftar. Selalunya perempuanlah yang rajin daftarkan (MACAM AKU😒 lelaki nak mudah je tahu-tahu dah kena hantar je , tahu tahu datang nikah je 😑)
 
Walaupun salah seorang yang isi korang perlu juga dapatkan maklumat peribadi pasangan dengan tepat supaya tak berlaku apa-apa maklumat yang tertinggal. Aku masa nak isi borang inilah mencabar. Peringatan pastikan korang simpan no rujukan tu elok-elok. No rujukan tu tujuan untuk bantu korang edit semula maklumat sebelum korang betul-betul hantar ke pejabat agama. Kalau korang tengok balik Gambar 2 kat situ ada tulis carian permohonan , bil korang dah daftar dan dapat no rujukan korang boleh buat carian semula sekianya ada maklumat tak lengkap atau nak ubah tarikh letak je no ic dan no rujukan kau. 



                                                                       (Gambar 4)
Korang nampak dalam Gambar 4 aku bulatkan tu, haaa itulah no rujukan yang korang kena simpan sampai korang hantar borang ke jabatan agama islam.


2. Kenalpasti Daerah Pasangan

Daerah Sama

Kalau pasangan korang daripada daerah yang sama , korang perlu hantar borang yang dah di cetak ke Pejabat Agama daerah dalam tempoh 30 hari / 1 bulan sebelum korang bernikah :-

Contoh : Syafiq berasal daripada daerah manjung
               Wara berasal daripada daerah manjung 

Jadi daerah yang sama wara hanya perlu tunggu 30 hari sebelum nikah untuk hantar borang nikah ke Pejabat Agama Islam Manjung.

INFO : sebelum nak serahkan borang call dulu pejabat agama tanya tarikh sekian sekian ada kosong , kalau tak ada kena tukar tarikh awal atau lambatkan .



Daerah/ Negeri Berbeza

Kalau daerah/negeri lelaki berbeza dengan perempuan , bakal pengantin lelaki mesti menghantar borang “terlebih dahulu” ke pejabat agama daerah/negeri bakal pengantin lelaki dalam tempoh 90 hari/ 3bulan . Bila Pejabat Agama daerah/negeri pengantin lelaki kata “okay teruskan” , pengantin lelaki hendaklah beri borangnya ke pada pihak pengantin perempuan untuk dihantar ke Pejabat Agama daerah/negeri pengantin perempuan. 


INFO : sebelum nak serahkan borang call dulu pejabat agama tanya tarikh sekian sekian ada kosong , kalau tak ada kena tukar tarikh awal atau lambatkan .


INFO TAMBAHAN : Pasangan pengantin kena kenalpasti Kariah Masjid korang untuk isi borang, sebelum ke pejabat agama pastikan korang dah jumpa dan dapatkan pengesaha penolong pendaftar/ tok kadi barulah hantar borang tersebut. (JANGAN SUSAHKAN BENDA YANG SENANG , TAK FAHAM TANYA)


3. Test HIV 

Memandangkan aku pun kahwin dalam musim covid jadi aku kena lalui norma baru. Cara nak buat temujanji test HIV pun mudah. Korang boleh gunakan aplikasi Mysejahtera. Korang bukak Mysejahtera korang kemudian :- 



( Gambar 5)

Korang tekan “Digital Health” lepastu akan keluar nie:-



(Gambar 6)

Lepastu klik clinic appointment booking , dah tekan tu akan keluar macam-macam temu janji korang tekan “QueueMed” , mulalah pencarian korang di klinik-klinik yang buat saringan HIV .

INFO : Untuk permohonan kahwin Test HIV yang DIBUAT di HOSPITAL KERAJAAN sahaja diterima . Jangan buang duit nak pergi swasta tak pasal banyak kerja. (JANGAN SUSAHKAN BENDA YANG SENANG , TAK FAHAM TANYA)

INFO TAMBAHAN : korang kena bawak surat test HIV yang ini ( BORANG TEST HIV ) klik je kat situ bawa 4 keping salinan 2 kau punya 2 pasangan kau punya ke hospital yang kau buat temujanji tu.


Okay sampai situ jelah dulu aku share. Semoga penulisan aku hari ini membantu korang. JANGAN LUPA CETAK BORANG LEPAS ISI DAN HANTAR. Selagi korang tak hantar ke pejabat agama selagi tulah permohonan korang diawang-awangan . Good luck bakal pengantin 💓💓









No comments:

Post a Comment