Assalammualaikum.
Tajuk dah macam lagu
gayanya . hahaha (hentam sajalah labu ) Hari nie wara nak kasi throwback
sikit kisah lama . Dulu masa wara kecik-kecik wara selalu rasakan bestnya jadi
dewasa . Sebab orang dewasa boleh keluar sana sini boleh pergi belajar jauh
jauh , boleh cepat kerja dan the most important boleh kahwin . (uuuuuuuuuuu nampak
sangat daripada kecik kau dah gatai wara ish ish ish ) . Tapi sebenarnya liku
liku cerita dewasa tak sama langsung daripda apa yang wara perhatikan masa
kecik dulu susah sebenarnya jadi dewasa . Tak sama macam apa yang kita semua
bayangkan . Semakin dewasa kita semakin banyak masalah yang kita perlu pikul .
Kalau dulu wara pernah nak lari rumah sebab mak rotan tapi
sekarang wara kalau boleh nak hari-hari kat rumah tak nak keluar-keluar ,
kalau dulu wara asyik gaduh dengan adik
beradik tapi sekarang wara rasa adik beradiklah sebenarnya supported yang
terbaik , mereka tulang belakang wara untuk wara berdiri hari ini . Apa yang
wara lakukan hari ini wara harap dapat membuahkan hasil buat keluarga dan mampu
buat mereka gembira . Kalau dulu wara tak kena rotan , tak kena membebel , tak
kena kejar dengan mak sebab balik sekolah lewat mesti wara tak akan jadi orang
hari ini . Betul kata orang apa yang berlaku pada kenangan itu kau pasti akan
berterima kasih pada kenangan itu . Kerana disebabkan kenangan itu kau menjadi
manusia yang matang hari ini .
Betul kata sir rahsidi “you rasa jadi dewasa seronok ke ?
you sebenarnya beruntung jadi pelajar sekolah sebab you tak perlu fikir pasal
bil api , bil air yang you tahu cukup minggu minta duit belanja” Yess sir
sekarang baru saya sedar kita sebenarnya tak pernah bersyukur dengan apa yang
kita dapat hari ini . Kalau bisa putarkan masa akan ku putarkan kembali zaman
kecik ku , biar wara dapat menghargai
zaman itu dengan sebaiknya .
Sekarang mak dan abah pun dah lanjut usia kalau setiap kali
hati jadi resah , nak exam , sedih mesti orang pertama wara akan call mereka .
Bila lepas call rasa tenang hati nie . Bila wara rasa bosan kak ana selalu jadi
mangsa wara untuk whatsaap walaupun sometime wara rasa menjengkalkan whatsaap
wara tapi dia tetap layankan saja . Abang wan always give supported and
kadang-kadang seram nak buat hal dia memantau walaupun dalam diam . Bila wara
rasa bosan wara akan call kakak , suruh ambil or pergi rumah dia. Beruntung
sebenarnya jadi anak bongsu nie sebab ramai yang akan jage and didik kita jadi
manusia kita je yang selalu rasa diorang tak sayang kita padahal sebenarnya sayang
.
Jadi harap kepada semua pembaca hargailah masa-masa anda
sekarang dengan keluarga . Ingat keluargalah segala-galanya . Bak kata perpatah
melayu “air yang di cincang tidak akan putus” bergitulah hubungan sedarah
sedaging kita .