Saturday, November 8, 2014

#Pandangan

Assalammualaikum.
Tujaan post nie bukan nak menghina atau nak mencaci siapa-siapa nie sekadar apa yang dilihat dimata kasar tentang masyarakat zaman ini . Suka membuat aduan atau aibpan melalui laman sosial berbanding aduan pada undang-undang . Yang si pengomen yang tak tahu pokok pangkal cerita "MENGYEKAN" sahaja si penulis status atau lebih senang cakap "SI PENGADU LAMAN SOSIAL" kalau komen tu sedap di baca tak apa ini siap ada perkataan yang rasanya boleh memalukan bangsa sendiri. Negara kita ada undang-undang, pihak berkuasa tak ada kuasanya nak baca aduan awak kat laman sosial sekiranya awak tidak kemukakan secara sah dan ada hitam putih serta saksi . Jadilah manusia yang bertamadun kita bukan lagi hidup di zaman batu yang nak mengadu kena tulis kat atas batu kat atas tanah . Ingatlah Rasulullah s.a.w pernah berpesan dalam hadits shahih: "Dan barangsiapa yang menutup aib seorang muslim, niscaya Allah menutup aibnya di dunia dan akhirat." (HR. Muslim).

Kita di era 2000 kita patut mengubah pandang kita . Bangsa kita ini sering dihormati tapi adakah dengan cara yang kita lakukan ini bangsa kita akan terus di hormati ? . Kalau wara cakap sebergini orang akan cakap melayu jatuhkan
melayu tapi cuba kita tengok secara terperinci dan menyeluruh ada tak bangsa cina atau india giat aktif untuk jatuhkan bangsa mereka sendiri ? TAK ADA . Melayu pantang nampak syarikat melayu lain maju mulalah ada yang "buat membuat ini" sedangkan kita adalah melayu yang ada agama yang ada tamadun tapi kita tak beri contoh yang baik pada masyarakat dunia .

Sejujurnya post kali ini wara nak masyarakat kita ubah pandang mereka . Jangan jadikan sesuatu itu  atasan atau benting untuk menjadi "glamor" di laman sosial . Gunalah laman sosial tu dengan baik dan bertamadun . Laman sosial di cipta bukan untuk kita mengfitnh atau mengaibkan orang lain . Sebelum mengemukakan status berfikir dahulu baik buruknya . Dalam negara ini juga ada akta undang-undang laman sosial . Sekiranya tersalah langkah orang yang dianiaya boleh mengemukakan saman malu  . Siapa yang akan susah diri sendiri bukan ?

Nasihat wara bagi penguna laman sosial gunakanlha laman sosial ini dengan molek dan waras . Jauhi daripada anasir ganas dan anasir fitnah memfitnah . Kepada "SI PENGADU LAMAN SOSIAL" sekiranya awak tidak berpuas hati dengan sesorang individu bersemuka dengan individu tersebut dan sekiranya di tipu laporkan secara pantas pada pihak berkuasa jangan update je tahu tapi nak ambil langkah yang sepatutnya di ambil tak tahu .