Monday, November 9, 2015

#Jom jadi positif .

Assalammualaikum.




1) "dia tak pakai tudung . Dah tentu minah rempit"

2) "dia bertudung labuh . Mesti dia ahli syurga"

3) "lelaki tu hisap vape . Mesti lelaki jahat , tengok muka pun dah tahu"

4) "Lelaki tu muka baik , senyum manis . Mesti seorang lelaki yang berakhlak mulia"

5) "Dia bekas penangih dadah . Kes pecah masuk rumah semalam mesti dia yang rancang"

6) "Dia pengangur . Mesti sekolah dulu dia tak pandai"

7) "Dahlah pandai cantik pula tu . Beauty with brain"

8) "Abang bedah tu janda . Jangan nak baik sangat"

9) "Kerajaan X salah ahli neraka semua tu"

10) "artis nie dulu macam nie macam nie(gosip)

Hari ini kita dapat lihat berapa ramai manusia diluar sana menjadi hakim luar makhamah dengan menghukum manusia lain mengikut emosi mereka sendiri . Kadang kala wara pelik dan hairan kenapa kita sebagai manusia suka benar menjatuhkan hukum seolah kita adalah sesebaik hamba .

Lihat sahaja dilaman sosial setiap hari pasti ada sahaja fitnah cyber yang mengalir bagaikan air . Kadang kala terfikir jugak mereka nie tak ada kerja lain ke ? memang kerja asyik menghadap gadget je ke?. Hentilah menjadi keybord worrier . Apa kata kita buat kempen "update pekara baik" . Kurangkan dosa kering . Bukalah minda kita Malaysia . Jadilah manusia yang positif atas setiap perkara . Manusia yang positif akan dikelilingi dengan orang-orang yang positif dan cerita yang positif . Tapi orang yang sentiasa berfikiran negatif , mereka akan dikelilingi dengan orang yang negatif dan pekara-pekara yang negatif . 

Jadi hari nie jom kita sama-sama ubah pandangan kita ke arah yang positif . Hentikan sifat judgemental yang ada dalam diri kita . Sentiasa pandang baik pada orang lain . Orang lain juga akan pandang baik pada kita . 

No comments:

Post a Comment