Sunday, August 6, 2017

Wara In Seoul Part 2

Assalammualaikum

Korea entry is back ! Okey dah 7 bulan tak update pasal korea. Mesti orang dah start menyampah sebab tertunggu-tunggu (masalahnya ada ke yang tunggu??????) hahahaha biar aku perasan seorang-seorang lah . okey jom balik pada 25 October 2016.


25 October 2016 

Pagi nie hujan pulak dah. Nasib baik hotel kat korea nie sediakan payung sewa untuk pelancong. Jadi aku pun sewalah payung tu. Harga sewa payung 500 KRW, tapi 500 KRW akan dapat balik bila korang pulangkan balik payung tu. Kami menuju ke subway. Plan pagi nie nak ke English Village. Tempat shooting Boy Over Flower. Tujuan utama aku, aku nak pijak kat tapak kaki Lee Minho 🙈. hehehe. Okey perjalanan daripada hotel aku ke English Village 1 jam 30 mins. Sebabkan kami stay kat myeongdong jadi aku cerita perjalanan aku daripada myeongdong ke English Village nie. Aku naik subway Ichon station kemudian tranfer ke Junjang station ambil line warna Blue or Green turun ke Yongmun station ambil exit 1 . Kemudia keluar daripada station kena jalan kaki untuk ambil teksi. Jalan agak jauh nie weyyyy. Nangis aku tepi jalan. Dia punya jauh seperti jauhnya jodohku . ( drama sangat) hahahah. Korang jalan je depan sampai nampak pondok teksi. Ambil teksi menuju ke English Village. Dalam 20 minit taraaaaa sampai jugak kat English Village. Macam nak gila oiiii nampak Lee Minho everywhere ! hahahaha. Finally aku dapat juga duduk kat kerusi yang Lee Minho duduk, aku dapat berdiri kat tapak Kaki Lee Minho. Super duper excited wey. Sumpah aku teruja. English Village nie agak sunyi sebenarnya. English Village nie macam sekolah International kat korea. Kebetulan masa aku pergi tu cuti sekolah jadi sunyilah tapi ada setengah kelas buat camp cuti sekolah. Nampaklah kanak-kanak kecik korea yang cute belajar bahasa english. Nampak gaya diorang nie macam anak-anak orang beradalah. Alaaaa kalau kat Malaysia ini International ramai anak orang kaya gitu jugalah kat korea. Kami jalan-jalan kat situ lebih kurang 2 jam. Masuk semua kelas diorang, pergi masuk kelas F4. Untuk maklumat korang kelas F4 nie berkunci taw. Aku rasa semua barang-barang shooting Boy Over Flower ada kat dalam tu. Sebabnya tarikan utama tempat tu pun sebabkan k-drama tu. Sepanjang perjalanan aku dalam English Village nie banyak betul gambar F4. Besar-besar pulak tu. Mau tak gila . hahahhaha macam tak percaya yang akhirnya aku berdiri jugak kat situ. Okey lepas penat jalan-jalan kat situ kami pun balik ke station. Tapi ada sesuatu jadi kat aku ...... KAD T-MONEY HILANG. wey hilang t-money maka tak boleh pulang ke station . Aku dah gelabah wey. Kemudian pak guard English Village call syarikat teksi tadi untuk ambil kami ke station. Nak jadikan cerita teksi yang hantar kami tadi juga lah yang ambil kami balik. Dalam teksi aku dah menangis dah tapi jeng jeng jeng aku jumpa t-money aku balik dalam teksi tuuuuu. Syukur wey. Memang betul orang cakap korea negara yang selamat. Kalau kau hilang barang pasti kau akan jumpa balik barang tu. Elok je kad tu kat tepi terletak dengan nama aku. Sampai station kami pun gelak dan gembira. Next destinasi ke The Hill House tempat shootingThe Heir. 

Daripada Yongmum station ambil subway ke Yangpyeong station exit 2. Keluar daripada station kami jalan kaki menuju ke bus stop. Okey peringatan , bus stop dia sumpah jauh. Korang perlu ternaga fizikal dan mental untuk berjalan. Jadi bacalah doa kesabaran yeee. hahahahaha sampai bus stop kami ambil bus no 4-9 atau 4-10 ke The Hill House. Dalam 15 minit dalam bus kami akhirnyaa sampai ke The Hill House.Cantiknyaaaa. Actually The Hill House nie sebuah hotel 5 bintang. Memang tempat mewah dan cantik . Secantik dalam cerita The Heir. Actually tempat nie penuh dengan pemandangan yang cantik. Aku rasa kalau ada Lee Minho mesti cantik lagi pemandangan nie. hahaha. Kami kat The Hill House tak lama pun. Puas pusing-pusing tangkap gambar kami pun kembali ke bus stop untuk pulang ke station. Okey balik ke station ikut step macam mana datang tadi. Disebabkan cuaca sejuk jadi waktu siang tu agak singkat. Kalau pukul 5 petang diorang dah gelap macam pukul 8 malam kita. Sebab tu kami agak mengejar masa. Destinasi seterusnya ke Namdaemum.

Ambil subway ke Myeongdong station kemudian ke Namdaemum. Namdaemum Market nie adalah tempat pasar korea yang jual pelbagai benda. Daripada barang basah ke barang kering. Sempat aku beli shawl kat sini. Murahhh gilaaa borang teruk wey aku . hahahaha stoking cute gilos buat aku menagis. Kat sini aku jumpa mak angkat baru. hehehehe aku harap anak dia rupa sebijik macam Lee Minhoo. hahaha. Habis pusing kat Namdaemum kami pun pulang ke Myeongdong. Tak cukup shoping kat Namdaemum market kami shoping kat Myeongdong. Sepanjang aku duduk kat korea, setiap hari aku ke Myeongdong. Sebabnya hotel kami area situ. Aku nasihatkan korang duduk lah kat area situ sebab mudah korea nak bergerak ke sana dan kesini. 

okey cukup itu sahaja untuk hari ini. Sebabkan aku cuti sem jadi aku akan kerap update pasal korea. Insya Allah dalam minggu nie complete semua entry pasal korea. Esok aku update lagi stay tune okey..! Good nite. 













No comments:

Post a Comment