Sunday, August 13, 2017

Wara In Seoul Part 6

Assalammualaikum.

Ada yang tertunggu-tunggu tak entry wara in seoul nie? 🙈 I rasa tak ada siapa pun kesah. Mungkin ada setengah cakap "budak nie tak move on ke?". Relaxlah bukan tak nak movie on niat aku just nak share perjalanan aku di Korea and aku nak bantu mereka yang nak pergi Korea sendiri. Sikit sebanyak ilmu yang aku ada nie akan beri manfaat pada orang lain. 😘. Jom teruskan dengan part 6.

29 October 2016

Disebabkan semalam seronok benor shopping sampai lupa dengan diri sendiri, maka pagi nie kami terlewat bangun. Macam mana boleh tidur mati pun kami tak tahulah. Mungkin terlalu penat sampai jam loceng pun kami tak dengar. Lepas solat dan mandi kami terus bersiap-siap untuk pergi ke suatu tempat. Ke mana ??? Jom ikut kami. Pagi nie bandar Seoul suhunya drop teruk sampai -1. Kami pulak tak bawak baju sejuk yang terbal. Jadi kami redah acah-acah kulit nie setebah kulit buaya. Hahaha. Mengeletar jugaklah berjalan daripada hotel ke station subway. Tapi aku hairan, orang Korea relax je pakai skirt pendek time-time sejuk nie. (mungkin diorang dah biasa dengan pertukaran suhu mereka). Sejuk-sejuk macam nie seronok cuci mata. Ramai pulak lelaki korea yang handsome pagi nie lalu di depan hotel kami. Ocuh 💘. *Okey focus wara focus, ingat tujuan sebenar kau ke sini, mereka tak pandang kau*. Maka aku berjalan sambil tunduk kebawah untuk menjaga khilaf. Wekkk😰.

Sampai di station subway terasa kulit-kulit bernafas. Nasib baik station subway nie ada haba panas dapatlah kulit aku nie bernafas dengan normal. Kami punya plan hari nie nak ke Haneul sky Park. Haneul sky Park nie tempat lalang yang ada kat Malaysia sebenarnya. Tapi aku pun tak tahu kenapa kakak aku request untuk pergi ke sana. Disebabkan aku nie adik yang dengar kata, maka aku ikutkan sahaja, yelah takkan aku nak tinggal pulak. Kalau aku tinggal tak tahulah mana aku pergi. Silap-silap aku ikut lelaki korea yang handsome tadi *lawak hambar* hehehe.

Perjalanan daripada Myeongdong ke Haneul sky Park tak lama. Tapi jadi lama sebab kena jalan kaki jauh gila lebih kurang 30 minit dan perlu naik 291 anak tangga. Dalam hati aku rasa kakak aku nie gila sanggup dia nak dapatkan gambar yang terbaik dia korbankan lemak aku 😭😭. Kurus aku kat masa nie. I think i need go to Korea lagi lah untuk kurus. hehehe *demand nak joging tempat mahal* hahaha. Cara nak ke Haneul sky Park daripada Myeondong station ambil line ke World Cup Stadium station ambil exit 1. Kemudian keluar daripada station korang kena jalan kami sampai ke depan tulisan WORLD CUP STADIUM. Lepas tu jalan depan lagi okey part nie aku sesat, aku tanya orang Korea kat situ. Kat sini memang ramai ajjusi tengah jogging jadi korang tanya kat diorang. Kalau diorang tak faham apa korang cakap diorang akan sedaya upaya tolong. Korang pun belajar sikit-sikit korea, aleast basiclah. Satu masalah kat Korea adalah komunikasi jadi korang kena bijak untuk mengatasi masalah itu. Travel kat mana-mana pun sama je mesti ada masalah punya. Okey balik pada cerita setelah 20 minit kami sesat tanya orang Korea pun mereka tak faham datang seorang ajjusi nie. Dia tolong kami, dia volunteer diri dia untuk hantar kami ke Hannuel sky Park. Sepanjang berjalan kaki aku tak henti-henti sembang dengan dia. Memanh ramah tamah umur dia 45 tahun tapi serius muka dia nampak dalam lingkugan 30an. Baru nak try tapi dia dah ada anak dan cucu. hahaha terus cancle. Dia cerita pengalaman dia ke Malaysia dan dia sangat kagum dengan Malaysia. Aku pun kembanglah bila ada orang puji negara aku. hahahaha



Setelah 15 minit berjalan kami sampai. Dia cakap untuk sampai ke Hannuel sky Park kami kena naik 291 anak tangga. Masa tu aku dengan kakak aku mampu telan air liur jelah. Nak tak nak kami dah sampai, nampaknya tiada pilihan lain. nahhhhh korang tengoklah gambar nie 291 ANAK TANGGA!



Sampai di atas memang cantik view dia kalau tadi -1 sekarang aku rasa dah -0 sejuk sangat. Bibir aku mula biru dan tangga aku mula pucat. Ya ALLAH sejuk sangat tak tahu nak cakap macam mana. Kami gigihkan diri tanggap gambar sebab tak nak terlepas view cantik nie. Di Hannuel sky Park nie boleh nampak satu Seoul. Masa tu aku tak henti mengucap syukur. Tak pernah terfikir aku boleh sampai ke Seoul Korea nie. Setelah gigi simpan duit, ikat perut ini hasil yang aku dapat. Terima kasih ya Allah kerana  beri rezeki macam nie lagi. nahhh korang layan lah gambar aku nak layan view cantik niee.






No comments:

Post a Comment