Sunday, August 13, 2017

Wara In Seoul Part 7

Assalammualaikum

Alhamdulillah dah nak habis pun cerita kat Seoul. Setelah 7 bulan aku peram sampai nak basi dah ceritanya. hahaha okey ini part last. Korang dah boleh tenang lepas nie. For you guys yang tanya bajet aku ke korea, meh aku jawap. 

-Bajet aku travel ke Korea around RM6k including flight tiket + hotel + makan + shopping 
-Flight tiket RM 2000 + hotel RM 1000 +  travel wifi + travel insurance + duit poket around RM 4000- RM 5000 macam tu .
-Kami banyak bajet kat makanan. (sebab bukan permakan sangat)
-Hari pertama sehingga hari ke 4 masih focus pada tempat yang nak pergi.
-Hari ke 5 sampai akhir baru shopping.


Jom teruskan untuk part akhir.

30 October 2016

Hari nie hari akhir jalan-jalan di Seoul, esok pagi-pagi dah flight balik ke Malaysia. Jadi pagi nie bangun seawal yang boleh. hari ini nak pergi ke Paju English Village. Tempat nie agak jauh daripada bandar Seoul. Semoga Allah permudahkan urusan kami adik beradik. Amin.

Perjalanan ke Paju English Village memakan lebih kurang 1 jam lebih. Naik subway, naik bus kemudian jalan kami. Kurus aku weyy. Paju English Village nie tempat shooting running man . Memang cantik tempat dia betul-betul english style. Masuk kat Paju aku dah tak rasa kat Korea dah rasa macam kat Eropah  *tahu aku over*. Disebabkan itu hari ahad dan cuti sekolah Paju English Village ada buat aktiviti untuk kanak-kanak di Korea nie. Aktiviti diorang buat sama macam hari terbuka sekolah. Semua orang di jemput hadir, ada tarian, ada game, ada jualan makanan, buku ada pertunjukan. Memang seronok sangat aktiviti diorang. Tujuan mereka nak isi masa terluang kanak-kanak di seoul dengan aktiviti yang berfaedah. 















Meninjau kawasan Paju English Village nie buat hati meronta-ronta tak nak pulang ke Malaysia. Please nak tambah cuti *nangis tepi jalan* tapi apakan daya isnin kena start kerja . 😭😭😭 #iredho. Lebih kurang 3 jam berjalan-jalan di dalam Paju English Village sambil ambil gambar. Apabila dan penat kami pun bergerak pulak. Next destination is Gwangjang Market. Tempat membeli kain cotton korea. Biasalah perempuan, tak sah kalau tak shopping. 


Kain cotton kat sini memang cantik -cantik dan murah-murah. Kami beli lebih kurang 10 pasang. Hari nie tak banyak aktiviti kami buat. Kami banyak habiskan duit dan membazirkan duit serta belikan kiriman untuk orang. Sepanjang hari sehinggalah malam hari. Dah penat shopping kami pulang ke hostel letak barang kemudian pergi ke Myeongdong untuk shopping lagi. Okeylah aku nak shopping korang tengoklah gambar nie .













31 October 2016

Flight pukul 9 pagi waktu Seoul kami pulang. Bye Seoul nanti jumpa lagi !



Thank you guys. Oh yeah aku ada buat travelog kat Youtube. Pergilah search dan jangan lupa subscribe.  

No comments:

Post a Comment