Sunday, October 11, 2020

5 Things You Can Do to Boost Self-Confidence

 Assalammualaikum


Hampir 2 bulan tak sentuh blog ini. Ini semua pasal aku tak ada idea untuk menulis, memandangkan aku bukan influencer jadi aku menjadi malas dan lemah untuk masuk kelaman sesawang aku ini. 😏 . Tapi bukan hari ini, hari ini aku rajin untuk menari-narikan jari aku di keyboard ini👆.

Hari ini aku nak bagi tips confident pada diri sendiri. Kalau orang nak tahu aku adalah seorang yang mempunyai low self-confident 😊 . Aku banyak kelemahan tapi aku tutup kelemahan aku dengan kekuatan yang sedikit aku ada. Ramai orang tanya macam mana aku boleh confident upload gambar ootd dan macam mana aku confident bagi ayat-ayat bunga kat media sosial aku.Sebenarnya instagram aku hanya ada 500 lebih je pengikut . Semua itu adalah kenalan yang sememangnya aku kenal. Jadi tak adalah malu sangat aku upload ootd aku , semua orang tahu perangai si wara ini bagaimana 😛. Okay kat sini aku bagi tips confident kat orang.


1. Setiap pagi bangun ucapkan " Selamat pagi cantik" dekat depan cermin

Ini adalah cara untuk korang rasakan diri korang cantik **korang jangan malu untuk puji diri sendiri, kat bilik air tak ada orang dengar korang puji diri sendiri. Aku buat ini setiap hari, sambil aku tengok mata aku, bibir aku, hidung aku, kulit aku. Mulakan hari korang dengan positif. (pedulikan apa yang berlaku semalam 💃)


2. Kira hari

Setiap hari aku akan kira hari . Contoh : "wara hari ini hari apa? - "hari ini hari isnin" . Kau buat self talk, supaya kau alert dengan hari-hari kau . Dulu cikgu aku ada pesan orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa ingat hari . Ini kerana orang yang ingat hari dia tahu yang kehidupan ini tak panjang. Jadi bila kau tahu kehidupan ini tak panjang, jangan sesekali mengecewakan diri kau sendiri untuk melalui kebahagian hidup.


3. Gosok gigi 

Aku tahulah setiap hari korang gosok gigi , tapi cuba korang gosok gigi sambil niat dalam hati "biarlah senyuman aku hari ini menjadi senyuman yang termanis" . Ini adalah cara positive psychology . Change your mind set to be a positive person. Masa gosok gigi cuba kosongkan fikiran jangan sesekali korang fikir " dah lambat, tak siap lagi, anak-anak tak makan, nak beraklah" jangan fikir apa yang korang nak fikir tapi fikir apa sebenarnya korang perlu fikir.


4. Pakai apa sahaja yang korang rasa ini cantik (be yourself)

Lately ini aku tahu ramai influencer kat luar sana , menjadi ikutan  korang dalam berpakaian tetapi korang kena tahu yang sebenarnya korang sendiri boleh jadi influrncer pada diri korang. Pakai apa yang korang selesa untuk pakai, gaya seperti korang rasa ini sahaja hari yang korang boleh bergaya. Pekakkan telinga dengan apa orang kata. 


5. Sentiasa cakap "i'm proud with myself"

Lastly, sentiasa tanam impian untuk menjadi contoh buat setiap orang diluar sana. Aku daripada dulu sampailah sekarang aku nak orang datang ke media sosial aku dengan niat yang baik , dengan kata-kata yang baik dan aku berharap sangat orang tak datang ke media sosial aku untuk hanya bad mouth pasal aku. Aku ada masanya down, sampai no words can describe my feeling but i never want to shows it in my social media, i just want everyone proud with me as i'm proud with myself. 


Aku harap bermula hari esok korang juga boleh rebuild confident level korang. Jangan hancurkan diri korang dek kerana kutukan orang, shaming orang dan juga hinaan orang. Mereka bukan orang yang sayang pada diri korang tetapi diri korang tu yang tengah lapar untuk disayangi oleh diri sendiri. Bangun dan terus berlari. Love youself . xoxo





No comments:

Post a Comment