Assalammualaikum
Sebelum bulan nie habis aku kena update blog nie. (visi aku
sebulan sekali mesti kena update huhuhu)π . Okay malam nie aku nak ceritakan
macam mana keadaan aku waktu aku nak “sampaikan” hajat bagitahu mak untuk
bertunang.
Bagi siapa yang baca blog aku pasal “WOLO HOTEL KUALA LUMPUR”
aku ada mention yang malam tu aku ada deep talk dengan mak pasal “next level
kehidupan aku” . Conversation tu lebih kurang macam nie :- (jom aku bawak
korang imbas kembali pada malam itu) π
Situasi atas katil ,
aku bagi hadiah kat mak aku sempena hari jadi aku yang ke 24
tahun. Aku bagi hadiah Innisfree sebab mak aku nie suka product muka nie πππ . Masa aku bagi Innisfree aku cakap dengan mak aku,
“mak nie adik bagi mak , adik bawa mak – kak ana tidur hotel
sempena hari jadi adik. Tanpa mak dan kak ana mesti adik hilang tulang belakang”
( aku berani cakap macam nie sebab kak
ana pergi jumpa kawan dia masa tu , kalau tak mesti aku kena bahan hahaha) ππ
Kemudian mak buka mulut π¦π
mak : “adik dengan si syafiq tu serius ke ?”
aku : “tak tahulah mak , mak doalah baik-baik” (sambil aku
gelak-gelak , aku nie jenis malu kalau cakap pasal syafiq dengan mak aku . Rasa
dah terbiasa tak open pasal cinta-cinta nie dengan mak . hahaha)
mak : “kalau betul serius , mak tak nak lama-lama”
aku : “ tapi adik tetap anak manja mak kan?”
Mak tarik nafas
mak: “Warah , siapa pun adik, apa pun adik buat mak takkan pernah
buang adik. Adik kahwin atau adik tak kahwin adik tetap anak mak. Adik cari
mana mak yang buang anak kalau anak dia nak kahwin?”
Air mata aku mula nak keluar masa tu π. Yelah 24 tahun mak
berkorban untuk aku. Kalau korang nak tahu dulu masa aku sekolah abah duduk KL kerja
, mak duduk manjung jaga anak-anak. Masa abah tak ada , mak lah jadi ketua
keluarga. Dulu mak tak ada lessen kereta
tau, mak hantar aku pergi sekolah naik basikal. Pagi mak hantar sekolah agama
dan petang mak hantar sekolah kebangsaan. Lepas tu dulu aku ingat lagi mak akan
cari abang kakak aku kalau balik sekolah lambat . Aku ada 6 orang adik beradik
yang bersekolah , mak aku jaga kami seorang diri ( tengah taip nie je aku dah
rasa nak menagis )π§ . Bila bayangkan keadaan mak aku π«, aku terfikir manalah
datangnya kekuatan dia masa tuπͺπͺ. Abah akan balik kemanjung setiap minggu. Jadi
setiap minggu tugas abah semak buku sekolah kami dan balut buku sekolah. Apa
perangai kami buat akan mak report pada abah.
Tamat malam conversation di Wolo hotel . Pada 28 Januari
2020 , aku call mak . Masa ini aku nak bagitahu mak yang keluarga syafiq nak
datang ke rumah. Masa aku nak bagitahu tu aku menangis duluπ
.
Kemudian mak tanya “adik kenapa ?” …. lama aku biarkan
soalan mak aku masa tu ππ. Kemudian bila aku ada kekuatan aku cakap:-
Aku : “mak keluarga Syafiq nak datang” π°
Lepas aku cakap tu , mak tak ada suara. Sunyi sepi telefon aku masa tu. Aku hanya mampu dengar nafas mak je. Lebih kurang 10 minit macam tu sunyi. Kemudian mak hanya cakap :-
“adik balik manjung dulu kita bincang”
Masa mak cakap “kita bincang” lagi laju air mata aku keluar.
Sampai aku cakap “mak adik minta maaf, adik tak tahu nak buat apa, adik tak
tahu nak cakap apa . Adik sayang mak abah, adik tak tahu nak bagi jawapan” .
Mak aku terus letak telepon. Aku masa tu rasa “lost” mak aku tengah marah ke
apa , otak aku non-stop fikir menanti jawapan mak aku. Aku asyik call , tanpa
henti tapi mak aku tak angkat. Aku call
kakak aku, kemudian aku dengar kakak aku menangis tanpa aku dengar perkataan.
Lagilah aku runsing masa tu. Bila aku dah dengar kakak aku menangis aku letak
telefon.
30 minit lepastu mak aku call.
Mak : “adik , alhamdulilah ada juga orang nak adik” (sambil
aku dengar suara serak-serak cuba nak buat lawak) π’π
Mak : “macam nie , mak dah bagitahu abah kami setuju
suruhlah keluarga dia datang , kita kenal dan bincang, benda yang baik mak
bersyukur. Mak cuma tak sangka anak mak dah besar. Anak mak yang bongsu dan
manja nie nak kahwin” π
Aku hanya mampu menangis je. Aku tak tahulah kalau aku
kahwin esok mesti banjir pelamin aku. Aku tak tahu nak gambarkan persaan aku
masa tu. Persaan gembira dan sedih tu bercampur-campur. Yelah 24 tahun aku tak pernah terfikir akan
bercakap soal kahwin , bercinta dengan mak. Kemudian aku tak sangka dalam usia
nie mak buka ruang untuk aku move to another step dalam kehidupan.
Kemudian mak pesan kat aku:-
1. Bila dah tunang kena fikir yang adik akan bina hidup
baru.
2. Adik kena belajar untuk tanya pendapat syafiq untuk buat
keputusan , adik tak boleh ikut adik je.
3. Adik tak boleh malas.
4. Mak kena slow –slow ajar adik bedikari. Mak tak boleh nak
teman adik macam dulu. Teman adik study sampai pagi dan ulang alik manjung – kl
hantar adik pagi-pagi pergi kerja.
5. Macam mana pun adik nanti mak tetap mak adik, adik tetap
anak mak . Mak takkan sekali pun buang adik. Mak akan buka pintu sebesar-besarnya
untuk adik.
6. Adik kena pandai jaga diri, adik tak boleh bergaul macam
dulu.
7. Adik, jadilah anak yang terbaik yang menyenangkan hati mak dan abah.
Persanan mak aku nie makin hari makin bertambah. Comel mak
aku nie sebenarnya, sekarang nie mak aku sayang sangat kat syafiq. Setiap kali
call dia asyik tanya khabar syafiq. Hahaha Tapi bila dah bagitahu mak rasa
perjalanan tu smooth , Allah permudahkan . Aku ingat pesanan ustaz aku , redho
Allah tu terletak pada redhonya ibubapa. Sekarang nie aku harap semua urusan
berjalan dengan lancar dan aku harap sangat dapat gembiranya mak dan abah.
No comments:
Post a Comment