Friday, July 9, 2021

Tiktok berhantu Mop rumah bagi berkilat

Assalammualaikum

Apa khabar korang , masih chill atas katil ke tu ? mesti dah lemau duduk rumahkan? . Samalah dengan aku , naik marah aku tengok case harian makin tambah-tambah non-stop . Mungkin status saringan daripada kluster-kluster baru . Kita doakan supaya Malaysia tetap aman dan semua orang kuat dan tabah harungi semuanya. Okay jangan cerita benda sedihlah , tak elok fikir negative it not good for our mental health.💪 

Hari ini aku nak cerita pasal tiktok nie berhantu, dulu aku pernah cakap “ee tiktok ni apalah aplikasi menari-nari” negative je memanjang kat tiktok sekali bila aku terjebak dalam lembah tiktok maka tiada jalan keluar untuk aku. Mula nak tengok seminit , jadi 1 jam , jadi 2 jam dan jadi berjam-jam . Masya Allah apakah yang aku lakukan😌. Sejak aku terjebak ni perspektif aku dengan tiktok mula berubah. Betul kata orang tak kenal maka tak cinta. Buat masa sekarang Alhamdulilah tiktok banyak bagi manfaat buat aku.  Ini adalah pengajaran untuk aku supaya jangan sesekali pandang sesuatu itu pada satu sudut sahaja. Tak tahu tanya jangan bersomberono je menuduh atau menunding jadi. Macam situasi kita sekarang si A tunjuk B , si B tunjuk C  akhirnya kita tetapi macam ini stay at home tanpa tahu apa kesudahanya😞.

Jadi kat sini aku nak bagi tips macam mana korang nak mop rumah bersih dan berkilat. Ini daripada tiktok yeee dan aku pun dah cuba berkali - kali ini semua benarrr.

Bahan - bahannya

1. Pencuci lantai ( 1 penutup kecil )

2. Air suam 

3. Soda bikarbonat ( 1 sudu teh kecil)

4. Cuka ( 1 sudu teh kecil )

5. Mop


Kemudian korang moplah satu rumah sambil dengar lagu “aku budak girl” 👯barulah semangat. Walaupun WFH kita kena multitasking . Kita kena try and error semua benda untuk buat kita happy , kalau kita stress  kita akan produce quantity bukan quality . Kalau bos kejar due , kita kejar kebahagian . Dulu aku selalu stress kerja, nak kejar due, nak kejar client, nak fikir mana company nak dapatkan duit bayar gaji aku, mana nak close client then bila buat kerja lain masa dalam waktu kerja aku rasa tak berkat dan sebagainya . Akhirnya apa aku dapat? dapat burnout and hampir ada sucidal thoughts😢. Kepada majikan sekalian janganlah korang dok cerita isu kewangan pada staff. Jangan desak atau takut-takutkan staff , “kalau korang tak buat itu, macam mana kita nak dapat duit bayar gaji korang” . Aku rasa majikan semua kena belajar psikologi industri agar staff tak burnout. Kesian staff yang kena tangung dan disorokan rasa ketakutan ,diberhentikan kerja , di bayar gaji separuh dan nak hadap kes covid -19 ini. Aku faham company pun nak kena fikirkan macam mana dorang nak maintain tapi wujudkan satu team marketing untuk brainstoming bukan tambah kerja staff yang lain . Okay done membebel 😝

Okay kita kembali, lepas dah mop satu rumah korang bilas pulak. Tapiiiiiii bilas guna air suam. Lepastu biar kering . korang akan puas hati tengok rumah korang bersih. 👏. Lepastu boleh lah menari intan payung tanda “ you did it” 😎


Okay sekian tips hari ini. Semoga ketemu lagi. 




No comments:

Post a Comment