Wednesday, August 11, 2021

A Beautiful Day to Remember

 Assalammualaikum


Aku dah lama nak post hari terindah ini , tapi aku agak malas untuk menaip dan kadang tu rasa macam poyo nak exposes kat umum🤣. Tapi bila difikirkan balik , nanti dah tua satu-satunya benda yang berlaku dan mengubah hidup aku , aku tak tulis disini. Blog ini dah seumpama hidup membesar dengan aku. Walaupun aku jarang menghiasi diruang ini , namun disinilah aku mula belajar erti setia dan berkawan dengan ikhlas💝.

Okay jom start, pada 25 March 2021 hidup aku mula berubah status. Ia ibarat kejutan dan menghentikan sesaat waktu berjalan . Seawal 5 pagi aku bangun , menunaikan solat subuh dan menarik nafas sebentar. Melihat sekeliling orang yang sibuk. Kakak dan mak aku daripada semalam berpesan jangan menangis nanti seri muka aku hilang. Katanyaa 😅. Wa hal , diorang tak tahu ke anak dan adik diorang nie seri sentiasa ada dan semestinya sentiasa cantik 🤣🤣🤣🤣 ( siapa lagi nak puji aku , kalau bukan diri sendiri) 🤫. Pada hari itu , semua ada cuba kakak aku yang kedua tak pulang disebabkan tidak boleh rentas negeri. Pada awalnya aku ada bercadang untuk bernikah sahaja, tapi kata mak “adik, biar buat kecik tapu lepas semuannya. Kalau dah bernikah jangan mimpi kau nak bersanding nanti dengan status covid masa sekarang yang merisaukan”. Sejujurnya aku faham hati orang tua, yelah bila pasangan dah tinggal bersama dalam tempoh yang lama dan kemudian nak bersanding itu satu perkara yang tipis . Andai kata mengandung , takkan nak bersanding bertiga. 

Jadi majlis kahwin diteruskan dengan jemputan minimal. Tapi aku rasa lega bila dah selamat semua tak perlu ambil cuti lagi untuk bersanding. Pada mulanya kes covid meningkat dan hampir menakutkan aku nak teruskan . Bulan 1 diorang tutup sempadan negeri, aku dah hampir putus asa dan malas nak fikir, tapi disebabkan rezeki dan doa ibubapa yang tak putus , kerajaan membenarkan majlis kahwin mengikut kapasiti kawasan ketika itu. Subahan Allah , Allahamdulilah . Ada juga memori yang terpahat dalam ingatan. Nak jadikan cerita 1 hari sebelum akkad nikah , tok kadi hubungi aku dan nyatakan aku boleh bernikah di masjid. Itu lagi satu rezeki yang aku tak duga, Allah beri aku peluang untuk bernikah didalam rumahnya 🥲.

Pagi sebelum nikah , aku dah nampak abah segak berbaju melayu dan bersamping , mak dengan shawl melilitnya . Sekali tengok macam diorang pulak nak nikah lagi 😅. Mua aku datang siapakn aku jam 7 pagi. Kemudian, siap dalam jam 8.15 pagi macam tu  niiiieee gambar aku lepas  siap 👇🏻




Sebelum nak menikah aku still tak rasa apa-apa . Aku cuba rasa sedih je , sebab terbayang mak dan abah yang dah besarkan aku. Okay kemudian bila semua dah siap , kami semua bergerak ke masjid. Kami pergi 2 buah kereta, aku nak satu kereta dengan abah dan mak. Abang dan kakak aku naik satu kereta yang lain. 

Masa dalam kereta , mula drama sedetik lebih . Abah cakap dulu abah hantar adik pergi sekolah , sekarang dah tiba masa abah hantar adik pergi bernikah. Allahu naik jatuh hati nie taw, abah selalunya tak drive. Aku dengan kakak aku je drive, abah akan duduk belakang kalau pergi mana-mana sebab dah ada anak boleh drive. Tiba-tiba pagi tu dia nak drive , aku eeee abah nie mula lah nak drama. Ini gambar aku dalam kereta.



Masa tiba untuk akkad , aku kat belakang dah drama air mata. Syafiq lepas kahwin dia cakap “saya dengar awak nangis , saya risau masjid banjir. Dah jadi kita pasangan terakhir nikah kang”😒. Kuang asam . Bukan nak puji aku cantik ke , nie kutuk aku lagi 😕

Lepas bernikah , akhirnya dah sah. Bertahun bercinta akhirnya kahwin juga. Masa syafiq baca taat setia, aku tengok dia haaaa ingat tu masuk otak dalam-dalam yeee. (AMARAN). Lepas tu kami semua balik kerumah . Jamuan makan , mak aku hanya bungkuskan makanan untuk tertamu yang datang cuma rombongan sahaja mak sediakan makan untuk makan. 

Lega untuk 1 hari dan akan ke majlis pula. nieee aku bagi gambar nikah aku :-















Selesai majlis akkad , pada 27 March 2021 tibalah majlis sanding. Majlis kali ini lagi mencabar dan aku pulak pilih pakai gaun konon nak nampak macam princess. 🤣 

Macam biasa pagi yang pelik , sebab aku rasa macam aku jadi tumpuan , aku bersiap jam 9pagi bersolek dan pakai baju yang tebal dan kembang. Aku akan ingat sampai mati bertapa sesaknya aku pakai baju tu. Nak berjalan pun rasa susah. Aku minta maaf pada yang hadir sekiranya aku tidak datang bersua dan mengucapkan terima kasih. Jujur aku sangat bahagia kalian sudi memeriahkan majlis ini. 


Ini mekaup aku pada hari itu. Actaully aku suka sebab nampak lain daripada aku nampak muka aku kat cermin. 


Inilah benda yang aku rasa nak mencarut dalam hati, hahahaha bila aku asyik terpijak kain aku sendiri dan aku tak boleh focus dengan perjalanan menuju pelamin. Aku punya kasut pulak hari itu longgar gilossss, padahal aku beli saiz aku . Nak longgar pun hari tu jugak. 

Tapi bila mana aku , di atas pelamin dan melihat semua tetamu datang. Tiba perasaan yang finally angan-angan jadi keyataan . Rezeki yang Allah berikan seketika buat aku lalui akkad dimasjid, majlis didewan dengan boyfriend yang jadi ex. Allah bagi semua yang aku doa. Tak ada tertinggal satu pun dan aku percaya doa ini juga sebabkan doa ibu bapa. Okayy nak gambar dan video kahwin aku

















No comments:

Post a Comment