Thursday, December 2, 2021

Cabaran Pregnant Semasa Pandemik



 Assalammualaikum

Memandangkan aku dah post pasal pregnancy aku, hari ini aku nak cerita pulak cabaran pregnant semasa pandemik. Aku tahu aku pregnant masa aku nak ambil second dose vaksin tapi aku tak boleh ambil second dose masa tu. Ini kerana usia kandungan aku tidak melepasi fasa untuk dose vaksin. Jadi aku perlu batalkan temujanji vaksin kedua disebabkan aku mengandung . Pada mulanya sangat risau sebabnya aku rasa diri dan baby tak ada cukup protection daripada wabak covid. Aku harap bila korang baca post ini aku dah pun cucuk dose kedua dan rasa terselamat.

Memanglah vaksin tiada kuasa tapi sekurangnya aku rasa dilindungi. Ibarat nak pergi perang perlukan senjata untuk melindungi diri. Macam tulah aku rasa saat itu. Tambahan lagi, semasa aku tahu status diri aku , rakyat Malaysia di kejutkan dengan kehilangan artis disebabkan wabak covid-19 iaitu Siti Sarah . Rata-rata media masa mengeluarkan cerita tentang arwah yang membuat para ibu mengandung pastinya takut untuk keluar rumah. Awal pagi aku dapat berita tersebut aku terus bangun solat dan baca yassin, hati tergerak ya Allah lindungilah aku , lindungilah anak ini. Dalam otak aku apa cara lagi aku nak buat supaya aku sentiasa rasa selama. Pregnant ketika pandemik sentiasa memburu rasa ketakutan aku untuk keluar. Walhal aku perlu keluar dan jalanan hidup aku seperti biasa. Nasib baik pada saat itu aku berhenti kerja untuk berehat belajar. 

Korang tahu jadi ibu mengandung pada saat pandemik bukan sakit diperut sahaja malah sakit dibahagian mental juga. Sekiranya mental tak kuat ketika itu mungkin boleh mengalami depressi ketika hamil. Pastinya tiada orang duga depression juga boleh dialami oleh wanita mengandung. Kenapa macam tu ? ia banyak faktor , lagi tambahan musin Covid-19 ini . Rata-rata media mengeluarkan kenyataan ibu mengandung berisiko, ibu mengandung meninggal disebabkan covid, anak baru lahir meninggal disebabkan covid dan macam-macam lagi.

Perasaan aku ketika itu kerap termenung dan bersedih , adakah aku akan selamat ? adakah anak aku akan selamat ? dan adakah kami akan selamat ?, Sepanjang awal pregnacy aku rasa murung dan takut. Ada juga seketika menangis dan menung balik. Sampailah syafiq dapat syak perangai aku asyik nangis dan dia tak nak aku berterusan rasa macam tu. Nak tak nak dia cuba ajak aku keluar tetapi hanya duduk dalam kereta. Setiap kali ada masa dia akan bawa aku pusing-pusing dan makan dalam kereta. Pada awalnya aku takut setiap kali nak beli makan dan perlu turun kereta aku takut sangat. Pertama kali keluar aku punya takut sampai aku muntah-muntah dan pening kepala. 

Aku sentiasa email mysejahtera memberitahu status aku sekarang dan berharap dapat second dose secepat yang mungkin. Setiap ibu mestilah nak yang terbaik buat anak mereka , termasuklah aku. Setiap hari aku cakap dengan baby . Aku berdoa Allah sempurnakan janin aku dan matangkan janin ini sehingga menjadi baby yang sihat mental dan fizikalnya. Tambahan lagi saat itu aku mengalami alahan , nak kata teruk tu tak adalah . Tapi alahan daripada segi bau dapur, peti ais  dan setiap jam 3 pagi aku akan pening rasa nak muntah. Sakit perut macam gas banyak gila dalam perut setiap hari aku alami. 

Pada awalnya aku kurang selera makan , fikir pasal makanan memang aku rasa nak muntah. Aku makan hanya untuk baby. Tapi lama kelamaan selera datang dan macam-macam aku nak makan. Sebulan selera aku hilang, bila ada selera syafiq suka gila tengok aku makan . Setiap kali aku habis makanan aku syafiq akan senyum lebar tak dengar dah dia kata aku membazir. hahahahaha

Bila aku cakap aku nak makan itu je dia happy nak carikan sebab dia pasti aku akan habiskan makanan. Dia kata tak apa makan sekarang janji makan , jangan risau badan naik nanti dah bersalin kuruslah tu. HAHAHAHA well aku harap benda yang sama . Bila badan naik memang tak confident langsung nak tangkap gambar. 

Okay itulah pengalaman dan cabaran aku pregnant semasa pandemik. Aku harap korang doakan baby dan aku sihat ye sampai masa dia nak keluar. Excited aku nak jumpa wara jr. hahahaha daaa~



No comments:

Post a Comment