Saturday, November 6, 2021

Yes , I’m Pregnant

 Assalammualaikum

Bila korang tengok tajuk je , aku pasti korang dah boleh tahu topic hari ini pasal apa😎. Mana yang tengok instagram aku pastinya dah sedia maklum , tapi aku tak terlalu terbuka nak ceritakan lagi. Semasa aku blog ini usia kandungan aku baru mencecah 10 minggu bermaksud 3 bulan . Tapi ketika korang baca post ini mungkin kandungan ini dah berusia 5 bulan Insya Allah. 

Pengalaman yang aku rasa setiap  wanita pasti akan teruja💕. Ramai kenalan bertanya , macam mana aku boleh tahu aku pregnant ?😅.  Jawapan aku “SEBAB AKU ADA LAKI LAH” hahahaha 😪😪 . Sepanjang perkahwinan ini aku just nakkan sesuatu yang fun , tak terlalu focus untuk mendapatkan anak, bagi aku Allah itu tahu kemampuan umatnya sekiranya dia titibkan rezeki anak , Alhamdulillah . Namun jika sebaliknya percaya pada kekuasaannya. Sebab itu selepas berkahwin kalau orang tanya aku pasal anak, aku selalu mengelak, sebab itu bukan kuasa aku . Tapi bila masa Allah dah sampaikan rezeki itu pasti aku akan kongsikan berita baik ini pada semua💖

Macam mana aku tahu aku pregnant ? sebab aku nak ambil second dose vaksin . Nak jadikan cerita aku tengok tiktok, yang wajib setiap wanita yang berkahwin check pregnant dahulu sebelum ambil vaksin . Masa dose pertama aku tak terfikir nak check , tapi untuk dose ke dua hati tiba rasa kuat nak check. Awalnya sebelum itu aku demam , lepastu mysejahtera detact aku “suspek case” sedangkan aku tak close contact cuma ada sejarah casual contact . Masa aku demam tu dan mysejahtera detect pulak macam tu terus aku buat swab test. Dan hasilnya adalah negative . Lepastu mak aku pulak risau aku demam , masa tu kes memang tengah meningkat 10k ke 20k mau mak aku tak risau. Lepastu mak aku tanya pasal period aku. Sepanjang hidup aku period aku datang lambat atau awal memang aku tak ambil port, sebab selalu tak teratur jadi bila mak aku call masa tu aku cakap dah period sebab hujung bulan 6 aku dah period so expectation aku akan period akhir bulan 7. Pada akhir bulan 7 pun tak period , aku buat tak tahu lagi, sampailah nak vaksin . Baru hati nie macam kuat nak check, rasa risau nak vaksin kali kedua nie. 

Sooo aku pun pergi watson beli pregnancy test yang RM5.00 tu , sebab perasaan aku rasa tak mungkin tapi hati suruh check😅. Dah check nahhhh tak reti pulak tengok. Gila gelabah aku, siap google lagi macam mana nak baca. Aku nampak macam double line tapi kalau angkat tinggi-tinggi , angkat rendah nampak single line. So aku blur jap (haiiiii dah beli tapi tak pandai guna pulakkk 😓)

Esoknya aku beli yang digital senang terus tulis “pregnant or non pregnant” . Lepas tuuuuuuuu jawapan dia “pregnant 2-3” maksunya lebih daripada 3 week. Aku macam Masya Allah apa aku dah buat nie? . Tapi bila aku tenung muka aku kat cermin kenapa aku nak cakap macam tu , bukan aku ada laki ke ? 🙈. Lepastu aru aku teringat, syafiq sebab aku pergi beli sendiri lupa pulak laki ada hahahaha. Pagi aku kejut dia , “sayang bangunlah , bangun apa kita nak buat nie ?” sambil tunjuk pregnancy test . Dia mamai-mamai bangun cakap “haaa apa ?” , Aku tunjuk pregnancy test “positive?” , “haa nanti kita pergi klinik balik” . Masa tu aku nak je gigit telinga dia , tak macam dalam tv pun bila isteri-ieteri bagitahu suami😳.

Lepastu aku duduk kat meja study , tiba-tiba sedih . Dalam otak aku masa tu , fikir mampu tak aku dan syafiq jadi seorang ibubapa ? . Bagaimana kesediaan kami nak membimbing , membesarkan dan membahagiakan keluarga kami? . Tengok gambar lama dengan syafiq , lelaki yang aku bercinta zaman sekolah sekarang akan jadi ayah anak aku? 🙀. Menjadi bakal ibubapa bukanlah sesuatu yang perlu dipandang sebelah mata , sebab ia adalah amanah. Lepastu syafiq masuk bilik study , dia try tenangkan aku. Kata dia kita kena bersyukur , Allah percaya kat kita untuk beri rezeki ini . Dan syafiq suruh siap-siap untuk pergi klinik double confirm.

So klinik pun dah confirmkan , mulalah perjalanan baru buat aku dan syafiq. Pada awal perkahwinan memang kami cuba untuk merancang tapi dengan nasihat keluarga , kami berhenti untuk memikirkan soal merancang dan bina kegembiraan dalam rumah tangga. Anak adalah rezeki dan rezeki mereka bakal kita ibubapa tumpang. Setiap hari aku doakan , anak aku sihat fizikal dan mental , dijauhi daripada segala kecelakaan . Dulu mungkin perasaan nak jadi seorang ibu itu kurang , sekarang setiap hari rasa ada peneman yang sedang membesar dalam rahim ini. Kebahagian demi rasa cinta. 😘







Ini yang watson punya . 



Ini yang digital 1 dan satu lagi biasa punya but still MAHALL hahaha


Ini pula bila Dr sahkan . Kecik lagi and setiap kali checkup aku dengan 
syafiq tak sabar sangat nak tengok. Sampai dalam phone aku dengan syafiq install app baby 
progress. Hahaha

No comments:

Post a Comment