Saturday, February 12, 2022

32 week pregnancy

 Assalammualaikum

Hari ini aku nak berkongsi pengalaman aku pregnant 32 minggu . Alhamdulillah . Posting kali ini adalah untuk bantu para bakal ibu diluar sana juga berdasarkan pengalaman aku. Aku yakin semua orang yang mengandung anak pertama mesti hilang arah sekejap sebab tak tahu apa nak buat step by step. Itulah yang aku alami sepanjang pregnancy nie . Semua benda yang aku buat semuanya adalah pengalaman kali pertama. Pada awalnya malu nak tanya itu dan ini , tapi demi anak yang baru nak membesar kenalah banyak bertanya ye kawan-kawan. Pengalaman orang lain - lain mungkin boleh dijadikan perdoman dan pengajaran. Okey jom start ! ๐Ÿ˜˜


1. Macam mana nak tahu kalau pregnant ?

Okay ini jawapan yang cliche bila kau "miss" period kau, benda pertama kau kena agak adalah "mengandung" . Kalau kau jenis period teratur , setiap bulan datang tapi tiba-tiba 1 bulan tu kau tak datang. Apa yang kau kena buat adalah beli pregnancy kit terlebih dahulu . Jangan panic ye, (ini bagi sesiapa yang dah berkahwin atau telah melakukan hubungan intim).Jangan naif sangat bab ini ye kawan-kawan waktu sekolah dulu pun dah belajarkan bab 3 . HAAA kau tak payah nak muka terkejut sangat ๐Ÿ˜…. Kenapa aku kata kalau miss period je related to mengandung ? Sebab kebanyakkan kajian menjelaskan itu. Ada je orang yang miss period disebabkan faktor lain , tapi kalau kau jenis dah jangka apa berlaku please jangan naif sangat ๐Ÿ˜‘. Kat bawah ini aku tujuk jenis-jenis utp (pregnancy kit) ๐Ÿ‘‡




Kebanyakkan pregnancy kit ini sama je rupa dia tapi harga berbeza. Aku dulu awalnya beli yang murah je dulu RM 4.90 jenama guardian. Tapi disebabkan aku tak jelas , aku beli lagi jenama clearblue. Okay ini memang mahal , 1 ini RM 47.90 tak silap aku. haaaa so kalau kau rasa nak check suka-suka beli yang murah dulu. Kalau rasa nak double confirm barulah up sikit harga. hahaha . Bagi aku clearblue yang jenis digital nie senang sebabnya dia terus bagitahu kau pregnant or not pregnant. So kau dah boleh fikir next step lepas kau tahu jawapan. Okay ini selalu orang buat which is simpan pregnancy kit yang telah digunakan. Based on apa yang aku pernah baca pregnancy kit tak boleh disimpan kerana ada bacteria setelah digunakkan . So sebelum nak buang kau ambil jelah gambar kenangan dan buang dengan cara yang betul bagi mengelakkan virus. Ini pengajaran pertama adalah part kebersihan . 

2. Kalau UTP positive apa nak buat?

Bila UTP kau menunjukkan positive (double line , sign pregnant ) , kau pergilah mana-mana klinik untuk buat scan baby . Ini bertujuan untuk sahkan kandungan . Tapi penjelasan kat sini selalunya klinik akan check kau pun last period. So kalau kau check UTP dan ianya positive , kau check last tarikh period kau sehingglah kau punya UTP tu positive. Sebab aku cakap macam tu , sebab Dr nak tengok kau dah mengandung berapa minggu . Selalunya scan boleh dibuat bila janin dalam 6 minggu ke atas . Kalau terlalu kecil susah sikit nak nampak. Soo para wanita silalah pastikan korang ingat betul-betul tarikh last period korang . Kalau susah sangat nak ingat kau upload je app period calender macam kat bawah nie kat phone kau. 


3. Folic Asid

Sebelum aku berkahwin ramai yang suruh aku ambil folic asid , katanya untuk orang yang baru nak kahwin. Okay pembetulan , folic asid fungsinya adalah untuk persediaan kau untuk mengandung. Kalau kau merancang untuk mengandung makanlah folic asid supaya baby yang dikandungkan selamat daripada risiko yang lain. Antara risiko yang mungkin berlaku sekiranya kau abaikan folic asid adalah spina bifida . Kat bawah ini aku tunjuk sikit apa itu spina bifida ๐Ÿ‘‡

baby punya tulang belakang tak tutup habis.

Ini antara risiko yang boleh berlaku kalau bakal ibu abaikan folic asid. Pada mulanya aku memang tak makan folic asid sehingglah aku tahu aku pregnant . Serius takut sangat sebab tak ada protection pada baby. Lagi masa aku dapat tapi aku pregnant masa tu aku dah 5 minggu . Jadi masa tu dr bagi aku 3 ubat yang besar-besar untuk make sure semuanya okay. Aku check dengan klinik swasta berkala sehingga janin besar ke 8 minggu kemudian aku buka buku pink di kerajaan aku stop terus klinik swasta . Awalnya dr bagi aku 3 ubat iaitu folic asid , b complex dan obical . So aku hanya telan 3 ubat nie setiap hari . Sampailah janin dah mula kuat, baby dah terbentuk dr tukar pada Obimin. Sehingga sekarang aku makan obimin sahaja. Okay obimin nie dah complete semuanya dalam 1 tablet termasuklah asid folic. Amaran jangan skip ubat.


4. Kenapa daripada klinik swasta ke kerajaan?

Okay klinik yang aku pergi tu bukan boleh sambut bersalin. Klinik biasa sahaja , jadinya bila kau dah tahu apa kau nak buat , benda pertama kau perlu fikir nak bersalin kat mana ? Kalau kau nak bersalin swasta aku prefer kau terus buat checkup baby di hospital swasta tempat kau nak bersalin . Which is tak adalah dr yang nak sambut baby kau nanti berteka teki tentang kondisi diri kau. Tapi kalau kau nak check kerajaan dan bersalin swasta pun boleh bawa je buku pink kau bila nak dekat due check dengan hospital yang kau nak bersalin. Tapi kalau kau fikir nak check dengan swasta tapi nak bersalin kerajaan pun boleh bawa juga buku laporan kesihatan kau . Janji kelahiran adalah selamat. Jangan bawa pergi jumpa dola pula. haaa gisau๐Ÿ‘€

5. Buku Pink

Part buku pink , aku yakin ramai yang blur terutama wanita yang mengandung kali pertama. So here we go, buku pink nie tak semua orang perlu buka. Kalau kau jenis dah focus bersalin swasta , checkup swasta tak perlulah buku pink asalkan kau ada buku laporan kesihatan baby dan mommy cukup. Apa fugsinya ? ia adalah untuk pantau perkembangan kau dan baby. Mengandung nie bukan tak ada isu kesihatan taw, lagi banyak benda kau kena pantau gula dalam darah, darah tinggi, emosi, sakit itu sakit ini. Ye mengandung ini rezeki selain itu ia juga risiko yang perlu kita jaga. Jangan fikir nak selamatkan nyawa baby je , nyawa ibu pun kena fikir sekali . Siapa nak sayang diri kita kalau bukan kita. So to newbie mommy jangan ambil seberono je tentang kesihatan bila dah pregnant . Buat montly checkup agar kau tahu kondisi kau. Tapi kalau kau nak senang tak perlu bayar setiap kali checkup bukalah buku pink. Bagi aku yang pernah pergi swasta dan kerajaan process sama . Aku pergi swasta sebab aku nak pautau berkala dan aku plan bersalin dihospital kerajaan. Andai kata ada any risiko swasta akan hantar ke kerajaan juga dan walaupun kau bersalin di swasta kau kena update juga status bersalin kau di kerajaan. Tak apa bersalin je dimana-mana yang penting bersalin secara selamat. 

6. Air gula

Ramai yang tanya aku macam mana minum air gula ? Semakin kau berusia semakin risiko bila kau mengandung. Banyak kajian dijalankan berkenaan usia ibu dan kehamilan. Usia 25 ke atas mild risikonya jadi untuk minum air gula dr akan check risiko ibu. Ada setengah orang minum 2 kali sepanjang mengandung , ada yang 3 kali , ada yang 4 kali so bagi aku ia bergandung pada risiko ibu itu. Sepanjang mengandung kau kena pastikan berat tak boleh mendadak naik dan mendadak turun. Ini kerana apa bila berat mendadak naik risiko GDM berlaku. Apa itu GDM? okayy kau tekan link nie untuk baca -------------> http://www.myhealth.gov.my/diabetes-semasa-hamil/  .
Pengalaman aku , aku minum sekali sahaja dan alhamdulilah result gula semua baik dan aku bersyukur. Sebabnya aku jenis kuat minum manis masa pregnant nie , agak merisaukan tapii still aku control sebab bos besar kaki bebel ๐Ÿ˜…. 

7. Permakanan

Secara jujurnya aku memang tak jaga permakanan sepanjang mengandung. Aku main tibai je apa yang aku rasa nak makan. Tapi aku adalah baca yang sebenarnya ibu mengandung perlu ikut suku-suku separuh untuk perkembangan bayi dan ibu. Ini kerana bayi berkembang mengikut nutrisi si ibu makan. Aku kadang risau juga adakah baby z dapat nutrisi yang cukup ? tapi aku sertakan doa dan insya Allah apa yang aku makan anak aku dapat kebaikannya. Jadi para ibu amallah suku-suku separuh.

8. Berat Badan

Semasa mengandung janganlah berulang alik timbang berat badan. Sebabnya masa kau pergi check nanti kau asyik kena timbang berat je. Haaaa gisau kann. Bagi aku berat badan yang ideal bukan masanya sekarang. Masanya adalah untuk kau happy tummy dan enjoy the journey. Lantaklah siapa pun nak cakap kau gebu ke , double chin ke , berisi ke biarkan sahaja yang penting kau happy. Jangan makan any supplement kurus, diet, buat IF jangan . Baby nak enjoy dalam perut kau so nikmatilah hidup makanan ini. Nanti baby dah keluar berpantanglah betul-betul untuk kurus. Aku tak sabar siap dah beli bengkung bertali-tali lagi . hahahaha

9. Insecure/low confident level

Masa trimester 1 dan 2 tak rasa self confident berkurang , tapi bila masuk trimester 3 ye semua wanita akan rasa . Baju ini tak sesuai baju itu tak sesuai, muka ada je tak kena, rasa semua orang cantik dan kau je tak cantik . Itu biasa ibu - ibu. Aku sedang hadapinya , confident aku hilang , terbang melayang so adalah beberapa kali asyik tenung gambar lama je . Kat sini suami kena mainkan peranan , cubalah puji isteri setiap hari . Aku paksa suami aku puji setiap kali aku bangun tidur "saya cantik tak?"kadang suami aku malas nak layan . hahaha ๐Ÿ˜œ dalam 1 hari adalah 6 7 kali aku tanya , suami aku layan je. Baju memang aku asyik membeli je , sebab baju lama semua dah ketat dan kadang malas nak keluar rumah sebab dah tak boleh pakai baju lawa. hahahaha , lain orang lain confident dia tapi percayalah setiap wanita ada kecantikannya. 

10. Hubungan suami isteri

Ramai yang malu nak tulis bab nie, tapi aku selitkan as education purpose. Aku yakin ramai bakal ibu yang fikirkan tentang baik sampai jauhkan diri dengan suami dan ada setengah hubungan menjadi hambar. Secara jujurnya kebanyakkan kes , curang berlaku ketika isteri mengandung tak dinafikan. Sebaik sahaja aku pregnant memang aku malas nak bersiap, malas nak masak , malas nak kemas rumah, malas nak jaga diri dan malas nak bercakap. Aku dalam dunia aku sendiri , duduk atas katil main phone dan tidur. Part nie mencabar sebenarnya , suami kena betul-betul faham perubahan hormone isteri . Main psikologi juga aku masa nie , so aku buat wakeup call . Masa awal trimester rajin syafiq ajak aku sembang keluar ambil angin dan layan je aku . Kat sini turn point aku suami patut dihargai, dia sebuat semua pekara and aku akan bagi dia segala perhargaan. Ingat jangan abaikan kehidupan rumah tangga, jadikan hari-hari yang mendatang itu adalah hari yang istimewa. So masa pregnacy aku betulkan komunikasi , jadi wife yang dengar kata (kadang tu ada jugalah melawan ๐Ÿ˜… ) . Selain ini , minta konsultasi daripada dr sekiranya nak bersama . Sebanyak sekiranya uri dibawah akan menyebabkan bahaya pada bayi jadi dapatkan konsultasi dr dulu supaya tak memudaratkan . 

Okay sampai sini jelah dulu . Jumpa next posting ✌✌








1 comment: