Assalammualaikum
Semakin hari semakin meningkat kes covid. Pasti ramai kalangan kita risau , takut , gementar untuk hadapi situasi seperti PKP 1 dulu . Aku berharap tak adalah PKP yang akan berlaku. Secara visulnya banyak sektor yang kita perlu jaga dan banyak periuk nasi yang perlu kita bantu dalam usaha memajukan ekonomi dalam negara ini. Sesetengah orang mungkin tidak merasa terkesan secara mental dengan apa yang berlaku dan ada yang terlalu terkesan sehingga terfikir untuk melakukan pekara yang memberi kesan pada orang lain terutama keluarga. Baru-baru ini aku banyak terdengar kes-kes cubaan membunuh diri , cubaan terjun bangunan , cubaan membunah ibu/bapa dan sebagainya. Justeru dengan kes sebegini kita sepatutnya sedar "red flag" yang bakal berlaku dalam negara kita ini . Sampai bila kes kesihatan mental nak diketepikan? . Ramai para pakar diluar sana memberi kesedaran tentang kesihatan diri namun tak ramai pakar yang mengulas tentang permasalahan kesihatan mental yang dalam diam sebenarnya meragut nyawa . Inilah kita kata pembunuhan dalam senyap, pengambilan benda terlarang , masalah sosial , terjebak dengan aktiviti yang luar daripada norms sedia ada dan gejala pembuangan bayi. Segala tingkah laku ini back to back kita akan salahkan perlaku akhirnya tiada solusi dan perlaku ambil langkah akhir. Satu nanah yang boleh dilihat juga adalah netizen yang gemar membuli sesama sendiri. Menegur itu boleh tapi jangan sampai menghina.
Kita semua mempunyai personaliti yang berbeza, setengah orang mungkin "lantak kau lahh", "pergi mampus lah" dengan komen-komen yang negatif , tapi sesetengah orang akan terfikir - fikir , akan rasa rendah diri , rasa malu , rasa useless dan rasa yang dia memang salah. Lagi bab agama , ada cara dan adab untuk kita menegur sesama kita. Jangan jadikan lidah itu binasa yang akhirnya membawa keburukan pada kita sendiri. Aku akui rakyat Malaysia adalah rakyat yang sangat prihati tentang kebajian orang lain , namun kita perlu tahu "do and don't" ketika melemparkan padangan atau berbicarakan pandangan. Jadi kat sini aku nak bagi sedikit panduan bantuan masalah kesihatan mental. Sekiranya terdapat "red flag" dikalangan kawan-kawan, keluarga, isteri, sabahat, suami atau siapa sahaja jadikan ini sebagai pengetahuan am untuk kegunaan masa hadapan.
Bagi bantuan kesihatan mental terbahagi kepada 3 iaitu kerajaan , swasta dan NGO. Okay ini basic yang kau kena tahu . Tak semua benda kau kena cari di kerajaan. Terdapat juga cara lain yang boleh membantu daripada segi kesihatan mental ini. Selain ini , masalah kesihatan mental bukan sahaja berlaku di kalangan remaja. Namun kadang kala ibubapa kita yang berusia 50-80 tahun juga menunjukkan masalah kesihatan mental cuma bagi kita "alaa biasalah orang tu, alaa biasalah tu dah tua tak ingat" kita terlalu alaaaa itu alaa ini.Permikiran kita masalah mental sahaja adalah MASALAH REMAJA. Tambahan lagi kanak-kanak juga tidak terlepas dengan masalah ini. Kes bercerai , kes keluarga , ke memilih makanan , kes speech delay , kes tantrum dan sebagainya sangat dekat dengan kanak-kanak oleh itu as parents kita perlu menilai sendiri "red flag" ini agar anak-anak tak membesar dengan taboo kesihatan mental yang sedia ada.
(Kerajaan)
Gambar dibawah adalah daripada KKM .
1. Kenalpasti masalah yang dihadapi
2. Pergi klinik kesihatan yang berdekatan untuk buat saringan
3. Bila dah buat saringan Pakar Perubatan Keluarga atau Pegawai Perubatan akan buat surat rujukan bagi rawatan lanjut.
Note : tak semua masalah kesihatan mental akan diberi ubat. Jadi janganlah terlalu berexpektasi, mungkin adalah sesetengah isu perlu jalani psikoterapi seperti rundingan , perbincangan , celik akal dan sebagainya. Soal disini bukan pakar yang tolong kita tapi kita yang tolong diri kita.
4. Mulakan buat temujanji dan berjumpa dengan pakar dihospital.
(Swasta)
Okay untuk swasta aku pecahkan adult kes dan child kes.
Adult
1. Kenal pasti masalah
2. Cari pusat psikologi atau kauseling swasta yang terdekat . Disini aku senaraikan pusat psikologi dan kauseling disetiap negeri
1. MindWell: Modern Psychology & Therapy
No comments:
Post a Comment