Thursday, January 11, 2024

PERANAN SELEPAS BERKAHWIN

 Assalammuaikum

Selamat tahun baru semua !, hari ini aku nak share dengan korang semua tentang peranan. Sejak kebelakangan ini aku selalu mendengar tentang krisis rumah tangga yang berlaku disekeliling aku. First of all, blogging kali ini bukan lah untuk menjaga tepi kain orang lain, namun ia lebih kepada ingin berkongsi tentang konflik rumah tangga yang sering berlaku kebelakangan ini. 

Justeru, segala maklumat dan cerita disini biarlah dijadikan perbincangan yang berilmu. Wah nampak semakin matang penulisan 2024 ye. Tahun ini aku nak letakkan satu matlamat bahawa aku nak menulis topik yang ilmiah yang dapat membantu orang lain diluar sana. 

Okay tajuk aku hari ini "peranan selepas berkahwin". Setiap manusia pastinya mempunyai impian untuk berkeluarga dan disayangi oleh orang yang bukan daripada keluarga asas. Justeru, apabila seseorang itu berkahwin lambat tidak perlulah diberi label "bujang terlajak atau anak dara tua". Keinginan berkasih sayang itu pastinya ada cuma Allah belum beri rezeki ke arah itu. Tetapi, walaupun lambat atau cepat seseorang itu mendirikan rumah tangga peranan dan tekanan tidak pernah terputus. Orang yang berkahwin akan menambahkan peranan sebagai isteri, suami, ibu dan ayah. Malahan orang yang tidak berkahwin bertambah peranan menjaga ibubapa yang sudah tua, menjadi pakcik makcik dan peranan sebagai anak. 

Apabila dilihat Allah itu Maha Adil, dunia bukan tempat berehat. Oleh itu, apabila seorang anak berkahwin adakah peranan sebagai seorang anak itu terhenti? TIDAK sama sekali. Namun, apabila seorang anak itu berkahwin, ia hanya menambahkan peranan dalam kehidupan mereka. Konflik sering berlaku apabila pasangan tidak memahami konsep peranan kekeluargaan selepas kahwin. Suami merasakan apabila sudah berkahwin isteri 100% menjalankan tanggunjawap dirumah, menjaga suami, anak dan sebagainya. Malahan suami lupa bahawa seorang isteri juga memainkan peranan sebagai seorang anak dan bergitu juga suami. Apabila sudah berkahwin isteri merasakan suami akan memahami peranan sebagai suami daripada sudut kasih sayangnya, penjagaan keluarga kecilnya dan isteri juga lupa seorang suami itu juga berperanan terhadap ibubapanya dan persekitaranya sebagai ketua keluarga. 

Konflik lain adalah peranan ibubapa dan mentua. Sewajarnya orang tua juga memahami peranan mereka supaya tidak melanggar boundaries anak-anak yang sudah mendirikan rumah tangga. Apa boundaries itu? memberi anak-anak membuat keputusan kehidupan mereka. Masa kini kita boleh lihat jatuhnya institusi kekeluarga adalah disebabkan campur tangan orang tua dalam pemilihan keputusan keluarga kecil anak-anak. Sebagai contoh : sepasang suami isteri nak membeli rumah, namun pemilihan rumah perlu dibuat berdasarkan persetujuan keluarga besar. Ini adalah salah satu ketidak adilan dalam rumah tangga. Tabonya orang kita terlalu memikirkan budaya yang menjadi templet sejak zaman dahalu. Dimana, setiap keputusan perlu mendapat persetujuan orang tua. Namun, hal ini akan menjadi konflik berpanjangan, sebarang keputusan didalam keluarga asas perlu persetujuan suami , isteri dan perbincangan bersama. 

Mungkin ada yang cakap kat sini "tak baik membelakangkan keluarga". Ia bukan membelakangkan namun apabila 2 individu memilih untuk berkahwin maksudnya mereka perlu bersedia menjadi seorang yang dewasa untuk memikirkan segala solusi dalam keluarga mereka. Sampai bila nak mengharapkan orang lain untuk membuatkan keputusan dalam hidup anda sendiri?

Disebabkan itu , aku selalu tekankan bahawa, setiap apa keputusan yang dilakukan pasti ada pro and con dan sebagai seseorang yang dewasa kita perlu bersiap sedia menghadapinya.  Perkahwinan ini bukan mengurangkan peranan kita. Tetapi ia menambahkan peranan kita sebagai manusia. Justeru, pada pendapat aku kursus perkahwinan perlu ditambah baik modulnya. Perlu menekankan soal keputusan bersama, peranan anak, isteri, suami dan ibubapa. Supaya konflik campur tangan keluarga dapat dikurangkan. Selain itu, kursus kesihatan , daripada segi dalaman dan luaran perlu di titik beratkan. Sehingga hari ini isu pendidikan seksual dalam institusi kekeluargaan masih kurang dibincangkan . Isu pendidikan seksual seperti umur berapa anak perlu pisah tempat tidur, siapa yang bertanggungjawap untuk memperkenalkan seksualiti anak, if mempunyai isu kesihatan seksual perlu rujuk siapa, hubungan intim di antara suami dan isteri dan sebagainya. Mesti ada yang kata "googlelaahhhh". Secara realitinya semua pencarian di google tidak dapat membantu lagi-lagi bab mandi hadas, mandi wajib dan mandi selepas bersalin. Disebakan itu aku rasa pendedahan tentang kesihatan dalam keluarga perlu ditekankan. 

Selain itu, konflik sering berlaku apabila pasangan menghadapi krisis kewangan. Pada pendapat aku bagi pasangan yang ingin berkahwin perlu mengikuti kursus kemahiran pengurusan kewangan selepas berkahwin. Hal ini kerana, terlalu banyak kes penderaan, kes pengabaian anak, kes keganasan rumah tangga berlaku disebabkan kurangnya sumber pendapatan dan kenaikan ekonomi berlaku. Mesti ada yang cakap , "dah tu buatlah dua  kerja, isteri berkerjalah jangan mengharapkan suami" . Namun, sekiranya pengurusan kewangan salah the root of issue will be same. Datangnya isu orang kedua dan ketiga apabila sesebuah keluarga mula berasa nyaman berada diluar rumah berbanding di rumah. Ini boleh dilihat sebagai tenatnya keluarga kecil itu.

Kesimpulanya perkahwinan ini bukan soal matang tapi ia soal ilmu. 





No comments:

Post a Comment